Wednesday, 20 May 2020

biskut semperit



assalamualaikum semua

selamat pg ....sejuk pg ni cuaca. pokok2 semua segar

alhamdulillah

dah hujung2 puasa ni buka fb, IG semua update cookies😍

tahun ni ambik tempahan sikit je

tu pun jenuhh jga alahaii makin berumur ni keletihan lain mcm

tak mcm dulu mampu berjaga hingga lewat pg wat cookies

lepas terawih dahh pancit , letak je kepala 

emm lena terus. terjaga kol 4 nk siap sahur je

lepas suboh , gerak ke taska 

walaupun tak operasi mcm biasa tp tetap masuk kerja , kami masih buka utk parents yg bekerja septi 

nurse, polis, tentera

3, 4 org je hadir yg adikberadik

ikut SOP yg ditetapkan



ok kisah semperit ni, tiaptahun wajib je buat, dan buat  temphan jga utk yg dah biasa dgn akak.

tp akak jual semperit dahlia klasik, biskut org dulu2

kisahnya ank dara bungsu akak ni suka biskut semperit panjang2 gini

tiaptahun request😗 dah besar panjang ni kita kasi dia tekan sendiri hahh mama penat wehh nak

tekan2 dah. layann je. mama adun dia buatkan ikut sukalah dikk jadi boleh makan sendiri


3 comments:

Amie said...

Samperit memang biskut keje. Tak pernah jemu dan kemu culannya sentiasa dinanti walau setahun hanya sekali.

NA said...

Hehe nak yang panjang pula. Kenalah buat sendiri.
Jenuh tekan boleh terputus-putus. Pernah buat.

TukangKebun said...

Biasanya tiap tahun mak buat kuih semperit,, tapi tahun ni sebab tiada tetamu mak tak buat.

Tumpang menjamu mata tengok kuih samperit di sini hilang rindu.