iklan

Saturday, 1 November 2014

victoria sandwis kek




assalamualaikum

selamat petang semua.
dah siapkan makan petang 
emmm hujan2 ni lapo je
kat sini cuaca sejuk lepas hujan, alhamdulillah
segar pokok2 disirami air




taklah rajin ye, tp teringin nak rasa sendiri kek yg nama omputih ni
dah buat kita tahu dah sedap ker tak  kan
kadang2 apa yg org kata sedap tu tak semestinya  sedap  jg di tekak kita ni.
kek ni cam kek biasa atau kek butter
tp dilapisi jem strawberry dan letak krim sikit
sb tu namanya sandwish 

sedappp 



jom tengok resepinya, hasil carian di goggle
pencarian terhenti di sini juicycafe. tqqq ya
tp akak wat separuh daripada sukatan ni dulu




bahan-bahannya

250 gm mentega
200 gm gula kastor
4 biji telur A
1 sdk perasa vanilla
250 gm tepung superfine*
1/2 sdk serbuk penaik* - *satukan dan ayak
1 sdb susu segar

Bahan-bahan filling..
300 gm jem strawberry - gaul agar tidak berketul
150 gm freshcream - pukul sehingga kental
1 sdb snow sugar
10 biji strawberry segar - hiasan

Cara-caranya..
1. Dalam mangkuk pengadun, pukul mentega dan gula sehingga berkrim.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji bersama perasa vanilla dan pukul lagi sehingga gebu.
3. Tambahkan sedikit demi sedikit adunan tepung, gaul dengan rata.
4. Tambahkan susu dan gaul rata lagi.
5. Sediakan 2 loyang bersaiz 7 atau 8 inci. Oles sedikit mentega, lapik kertas minyak dan oles mentega lagi.
6. Tuang adunan sebanyak +- 470 gram untuk 1 loyang, ratakan dan buat lekuk ditengah tengah adunan. Ini supaya kek tidak naik membukit di tengah tengah ketika proses pembakaran.
7. bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 170C selama 30-35 minit.


6 comments:

  1. Mestilah sodap kek omputih nih... he hehheheh!

    ReplyDelete
  2. Sedapnya..pernah makan tapi kat tengah letak jem je..

    ReplyDelete
  3. menarik..wana nampak banyak juga blogger tayang kek ni..nak juga try nanti bila ada masa.. *_^

    ReplyDelete
  4. Rajinnya mama sara nur..mengekek...anak xder kat rmh..mmg xdernya nk msk kek bagai..hihi

    ReplyDelete
  5. zila dah banyak kali jugk buat ni mama,banyak resepi yg lbh kurng sama kan..sedapp.

    ReplyDelete
  6. saya juga nak cuba buat kek ni.nampak menarik tapi tu lah time nak buat, stoberinya ngak ada pula!

    ReplyDelete

kata-kata manis