iklan

Sunday, 25 August 2013

agar-agar milo susu

assalamualaikum
selamat berhari minggu

jom makan agar2 milo he hee tp dah abisss la
buat ahad lepas utk hidangan tetamu. kawan asben call nak dtg beraya so buat apa yg patut. masak mee kari dan desertnya agar2 milo ni

resepi agar2 milo cp dari blog kak ummihttp://ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com/

tqqqqq kak ummi

AGAR-AGAR MILO
Sumber: Jthorge

Bahan (Lapisan Coklat)

  • 8 gm agar-agar tali (strand) - basuh dan toskan
  • 1 3/4 cawan air (akak letak hampir2 2 cawan)
  • 1/3 cawan gula
  • 3/4 cawan serbuk Milo
Cara-Cara:-
  1. Masak agar-agar bersama air hingga agar2 larut. Masukkan gula dan milo, kacau perlahan hingga gula larut. Tapiskan.
  2. Tuangkan aduna ke dalam loyang empat segi 20 x 20 cm ataupun dalam acuan yang dikehendaki. Biarkan beku sebentar.
  3. Kemudian cakar sedikit permukaan lapisan coklat dengan garfu dan bolehlah dituangkan lapisan susu nnt.

Bahan-bahan
Lapisan Susu:-
  • 10 gm agar-agar tali (basuh dan toskan)
  • 1 1/2 cawan air (akak lebihkan jadi 1 3/4 cawan)
  • 1/2 cawan gula
  • 1 cawan susu sejat Ideal/Carnation
  • beberapa titis esen vanila
Cara-Cara:-
  1. Masak agar-agar dengan air hingga agar-agar larut.
  2. Masukkan gual an kacau sebati hingga gula larut. Tapiskan.
  3. Masukkan susu sejat dan esen vanila.
  4. Dengan perlahan-lahan, tuangkan adunan ke atas lapisan coklat tadi. Letak dalam fridge dan hidangan sejuk2.

8 comments:

  1. dapnya..cntik juga kejadiannya..:)

    ReplyDelete
  2. Sedapnya

    Tapi guna agar2 tali yg fail ni

    ReplyDelete
  3. itu sedap sesangat...akak nak makan masa sejuk2.. alahai sedapnyer...

    ReplyDelete
  4. Okje teringin nak buat agar2 milo oreo tu SN

    ReplyDelete
  5. Okje teringin nak buat agar2 milo oreo tu SN

    ReplyDelete
  6. Sedapnya Cik Nor! Nak buat jugak ni....

    ReplyDelete
  7. Sedapnya agar2 milo.. kalau letak dalam loyang biasa, mudah tak nak keluarkan?

    ReplyDelete

kata-kata manis