Monday, July 31

Rezeki kuih dan buah cerry


Pesanan buat Diri

Hiduplah sbgai Hamba Allah
bukan hamba Manusia
Hiduplah utk mencari pujian Allah bukan manusia
Hiduplah untuk cari Redha Allah bukan mencari redha manusia dan Hidup UTk AKHIRAT
bukan Utk DUNIA


Alhamdulilah


Pg2 terima kuihhmuih utk sarapan
alhamdulillh rezeki pemberian
hamba Allah
2 jenis kuih, kuih nona manis jagung dan apam bunga kacang merah.

ptg pula dpt cerry 😊 mcm tau je tgh teringin nk cerry sb hari tu nmpk seseorg letak kat status beli cerry masa pegi ke Thailand . tp ktnya mahal kat sna.

cerry ni manis sgt memang sedapp. 


 

Sunday, July 30

tart nenas bulat


makin mendung cuaca hari ini.

terlupa pula nk buat entry yg satu ni. terlepas pandang

Bila masih ada lebihan jem nenas yg hari raya lepas. Nak clear peti ais

terpaksa gigih bg rajin tp buat tart nenas versi malas
Boleh jga kan mkn2 he hee
Bulat2 inti kat dalam.

Tart nenas ikut resepi tart nenas nyonya. Paling suka resepi ni.
kalau x silap resepi kak Azlita Aziz.

dah melekat dgn resepinya

✌️✌️tart nenas nyonya



kuih lompang @ kaswi Dan donut susu


lompang atau kaswi
ciknur biasa nama lompang takkira la dlm acuan kecik atau yg dlm loyang besar kita potong2
suka panggil lompang he hee
kuih lamaa yg tak lapuk, mak2 dulu rajin buat utk mkn pg atau ptg.
gaul dgn kelapa parut.
kena yg lembut memang sedapp la kan. skrg org ckp gedik gedik.
kenyal2 gitu. 

skrg kan org duk viral kaswi gedik pandan dalam acuan comel2 tu.
mcm2 perisa, pandan, gula merah, jagung pun ada. cantikk je.
Dah terbeli jga hari tu saha nk rasa kan

so smlm cuti2 di rumah jd rajin kejap buat kuih ni. kadang nk mkn beli sbnya nk mkn sikit je kan. en suami sukaa tp dia xmau letak kelapa.
anak2 jga. 


 resepi yg depa duk viral kat tiktok tu letak santan, nampak berkilat je kan, mcm2 resepi ada. ada video siapp. Senangg utk yg memang rajin nk buat.
tapi tak try yg santan lg. 
nnti nantilah he hee

Kuih lompang @ kaswi

1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi kayu
1 cawan gula merah
1 sudu besar gula putih
3 cawan air
1 sk kapur mkn

sb kita malas mana lebuhh je semua bahan dlm blender.

tapis dan kukus 30-45 minit.
 tunggu sejuk baru potong gaul dgn kelapa parut putih. 



 Jgn vkp rajin ye, 😁😁 tak berqpa rajin tp sb sabtu tu alang2 si kakak ada, dia yg nk mkn donut ni.
so mama terus terbuat.
Ambik resepi Donut susu khairul Aming kat tiktok he hee
tapi versi malas kita buat besau2 gedabak ha haaa
nak cepatt siap.
donutnya lembut je cuma bila digaul dgn susu tepung tu mcm tak boleh msk pula kat tekak
he hee last2 kita mkn dgn gula je la



 

Friday, July 28

berakhirnya Kisah Cik Bu


Assalamualaikum.
salam 10 Muharram. Selamat berpuasa hari Asyura buat semua.


Hari ni ada kisah sedihh buat cik nur.  Dari mlm asyik teringatt dan terfikir fikir.

Akhirnya Allah tunjukkan.Sblm tu

Nk puji pegawai MpAJ yg cepat bertindak. 

jam 5 pgi td ckknur wassap buat aduan terus reply dan jam 9 hantar pekerja dtg buat kerja pembersihan. Siap En Rosli sendiri turun pantau lg. Good jobπŸ‘πŸ‘

sebenarnya kali kedua ciknur buat aduan tentang permasalahan kawsn rumah , thn lepas sb timbunan smpah @perabut dan sbgnya yg dilonggokkan tmpt tong smpah seberang jalan rumah.

Mentality org kita *pemalas' asalkan bkn dpn rumah dia blh je dibuang longgok serba makneka. emmm kita yg rumah dpn sakit mata hari2 tgk.

apa salahnya kan buang tmpt pembuangan. ini tak almari, tilam buruk, kerusi patah semua main letak je. Baju2 tak terpakai pun letak jgaπŸ˜’πŸ˜‡πŸ˜‡ setakat sampah ok la ad jadual hari2 dorang akan dtg ambik sampah2. tp kayu, kotak kainbajj ni dsb lain tugasan pula. Bkn keja org angkut sampah. 



pg jumaat kisahnya amat sedihh πŸ˜”πŸ˜” kswn sini @rumah memg byk stray cat. Makin bertambah pula nmpaknya

 Depan belakang lorong rumah jga.

Ciknur dan asben memang  akan bg mkanan kucing. Hari2 dorang akan menunggu, pg, ptg, malam.

kadang2 ada rezeki awal bln beli ikan, ayam. kongsi rezeki. Ada ibu2 kucing siap bawa anak2. tu yg tak tahan tgk😒

Dari liar lama2 jd manja dh.  Silih berganti, hilang dtg lain pula.  beginilahh dari dulu. Ada seekor kucing jantan ni cantik putih tompok2 hitam, tak salah dah 2 thn dia duk blkg ni kdang2 ke dpn jga. pg2 siap akan duduk tpi tingkap dapur. walau berjaring. tunghu mkn, dah kenyang menghilng la bw diri. Bila lapar muncul lg.

ciknur pnggil dia cik bu sb corak mcm lembu. Bulunya cantik bersih je ekor pula kembng.

siap suami buatkan tmpt di kt blkg umh utk lindung dari ujan.  dia pun selesa nmpk tido dlm. tu. Ye la bila. ujan lebat ada la. tmpt berlindung.

Bila muncul kucing2 jntan lain dua akan menyorok tpi tingkap.

Ada jga kucing2 jantan yg suka bergaduh. itu yg tak suka😒

cik nur kesian dan x blh tgk bila dorang gaduh huhuu

Tp minggu lepas tgk cik bu start batuk dan selsema. ciknur bg jg ubat, dan vitamin. tp nmpk makin teruk pula bulu berubah jd kotor. tktau la mana dia pegi merayap. Dah lap2 sikit. 3 mlm lepas dia tido je dpn pintu depan. Bg mkn tuna (dlm tin) sikit je dia mkn. biasa tu la kesukaan dia. sampai tak cukup2

ptg bila dia dtg suami ciknur bg mkn tp  sikit je pastu pegi. Ktorg agak dia tak sehat sb selsema. batuk tu. isnin-rabu tak muncul2 lg dah. Dlm hati memng terdetik cik bu mesti hilangkan diri 😭😭

dan. khamis bila kemas pokok dpn ada bau busuk. tercari2 lah celah2 pasu, pokok risau kdang ada tikus mati.. tak jjmpa apa2. mkn kuat kuat baunya. Jiran pun ckp bau busuk. Dlm hati teringat cik bu je.

Akhirnya dpt jawapan bila suloh dlm longkang Allahuakbarr😭😭kelibat cikbu bulu putih hitam terbaring.

Disini dia hilangkan diri rupanya

Allah rupanya hanya sampai setakat ini umurnya. sedihh walau bkn kucing peliharaan tp dia dah manja dgn kita.

Memang tak dpt nk mbik kuburkan dia sb dlm longkang. kalau blh msk ciknur dah buat.

Risau kalu biar bau akan makin kuat. Lalat pun start dah nmpk.  Terus wassap En Rosli. 

Awalnya tak boleh nk buka /msk sb dah di skru. legaa akhirnya En Rosli berjaya membukanya. Gigih dia menarik. 

pekerjanya turun korek buang pokok2 dlm longkang dan berjaya bw keluar  cik bu huhuuu

sudah tertulis maka hari ni catat kisah dlm kenangan. Berakhirnya kenagan bersama. Cik Bu😒😒

tiada lg kelibat penunggu tepi tingkap waktu bgn solat suboh huhuu


Wednesday, July 26

Selamat berpuasa'Puasa Tasu'a & Puasa Asyura



 Berpuasalah kamu pd hari Asyura dan buatlah perbezaan pdnya (dari org yahudi) dgn berpuasa sehari sebelumnya atau sehari selepasnya


Puasa Asyura puasa pd 10 Muharram puasa yg digalakkan kerana fadhilat kelebihannya cukup besar. 

Sunday, July 23

heavy breakfast


assalamualaikum

cerita di pagi sabtu. heavy breakfast ni bg ciknur.
Di Puncak setiawangsa.
Restoren Diva namanya.
kalau x silap penah kesini dulu. sekrg dah berubah la mungkin lain pengurusan. kot. 
Dulu menu2 kita ambik sendiri mcm nasi lemak, bihun, mee.
skrg semua kena order dan tunggu je dihantar. 
jarang2 dpt mkn pg menu mcm2.
tp bila ada yg belanja kan layann jew he hee.
asben ciknur mkn roti telur goyang, termiss nk snap gambar.
Nampakk sedapp nextlah nk try ni. 
cik nur ambik laksa johor, lamaa tak mkn ni. memang sedapp
tp x mampu mkn byk sb agak pedas.

Byk lg menu menarik dan sedqpp 2
ada nasi lemak, mee gorzng mamak, lontong dll.
kuih2 muih jga ada siap pek.


makan lempeng pisng cicah kelapa. 


Ubikayu rebus ni harus ambik bila ada dlm senarai menu he hee
so mkn la. jga. ciknur suka cicah kelapa dari sambal. 


kenyang ke tengahri la nmpaknya.


 

Syukur alhamdulillah Langit membiru skrg❤️ Pergi sudah ‘jerebu’ yg melanda