Tuesday, December 29

sira ubikayu


assalamualaikum

menu feberet dari dulu2 lg ni

terutama bila balik kampung

dan skrg ni bila mkn  rasa sedihhh sgttt

makin teringat dan rinduuuuu pd arwah mak

al fatihah buat bondaku HAJJAH ZARIAH HJ HASSAN





  mak  memang rajin dan sukaa tanam ubi keliling umah
  anak sorang ni pula

memang suka ubikayu

skrg blk ke rumah kakak pun dia tanam ubi tepi 2 umahnya juga 

alhamdulillah masih dpt merasa tiapkali balik ke kg


Monday, December 28

kek pisang


 

ASSALAMUALAIKUM

SELAMAT PAGI😍😍

pagi ni mendung cuaca, menunggu masa nak hujan

cepat2 td kalihkan motor msk parking dalam

he hee sebelum kena mandi ujan


gambar minggu lepas bila terajin juga membaking kek pisang ni

sbnya ada beli tepung muffin segera  ni tp lama juga tersimpan disitu

akhirnya terhasil jua

komen sis agak kurang suka kek ni klau nak dibandingkan dgn kek pisang yg guna tepung gandum je

tp tak apalah kan lepas ni ingat jgn duk beli lg ha haaa


Sunday, December 27

apam gula hangus


ASSALAMUALAIKUM SEMUA

Alhamdulillah masih diberi peluang bertemu disini

pantasnya masa berlalu , tak puas lg bercuti di kampung rasanya

mcm nak lma2 lg disana  he hee

tapi apakan daya kan

ikutkan hati ni nak je lama lamaaan  



 byk cerita dan bermcm2 juga yg terjadi

rasa tangan pun gatal nak menulis

ok cerita apam gula hangus dulu lah ye

lama tak buat apam ni tiba2 hari tu teringat dan teringin pula

maka terjadilah ia di pagi hari

mudah sb hanguskan je sikit gula dan kita blend je bhn2 ni pastu 

 kukus dlm bekas kecik2 gini

sedap mkn panas2 gitu

resepi disini ye 👉👉Apam Gula Hangus

ok jumpa lagi


Sunday, December 20

si Melati yg harum


assalamualaikum semua

selamat pg ,semoga pg ni  ceria2 semuanya ye

auto update  sb sis berada di kg sekrg ni

kg halaman tercinta😊

sini intenet limited la nak tgk lappy memang taklah

tp line ok di kebun setakat call dan wassap memang boleh

tp kalau di rumah line sepi kejap ok kejap hilang

sb tu anak2 kurang minat balik kg huhuu

tak dpt jengah dan komen blog kwn2 minggu ni

maaf ye semua

nyaman udara dan pg2 gini sejukk 

kadang berkabus, ujung2 thn memang hujan 


ok cerita si melati pg ni, sis sgt ceria bila cium harum si melati ni😍

tapi si melati putih ni bukanlah di kg tp di Kuala Lumpur😍

di tepi pagar letaknya

sedappp betul baunya , selain ros , bunga melati ni salah satu yg sis 

suka cium he hee

petik dan letak atas meja sambil buat keja 

mood pun rasa ok 😊😊


ok jommm pergi ke kebun, banyak keja ni nak menyangkul rumput2 

dan bersihkan kawasan pokok2 durian




 

Saturday, December 19

roti kentang

ASSALAMUALAIKUM

SELAMAT PG

dah sarapan ke semua, sis sarapan roti kentang ni ,makan panas2 suka sgttt sedappp

dah sejuk pun masih lembut roti ni



 

ROTI KENTANG

500 GM TEPUNG ROTI

100 GM GULA KASTOR

1 PEKET YIS 11 GM

 I BIJI KENTANG YG BESAR -REBUS DAN LENYEK HINGGA HALUS

2 BIJI TELUR

SEDIKIT GARAM

160 ML SUSU SEGAR

2 SB MARJERIN


👉MASUKAN BAHN KERING DAN DIIKUTI BAHN BASAH

SIS GUNA MIXER ADUN HINGGA SEBATI

KEMUDIAN PERAP HINGA NAIK 2 KALI GANDA

KEMUDIAN BARU BENTUKKAN BULAT2 

BIARKAN HINGGA NAIK LG DLM 25 MINIT

BAKAR

Thursday, December 17

sun flower @bunga matahari



ASSALAMUALAIKUM

SELAMAT PAGI

ALHAMDULILLAH


 july 2020 sis semai benih bunga matahari ni, Dibelai belai hari2 

akhirnya Disember berbunga bunga rasa hati bila kelibat kumtuman

 nya mula mekar

sukaaanya tgk bunga ni

walaupun kecik tak sebesar bunga induk yg sis ambik benih

maklumlah kawasan sini terhad tanahnya tak subur sgt kot

mula2 tanam dlm pasu pokoknya kecik dan lepas sis tanam di tanah

 tepi ni baru nampak pokokya membesar dan bercabang

yg bertahan membesar dgn jayanya ni hanya 4 pokok😍

yg lain2 layu di pertengahan masa

takpelah kan janji ada juga






 

Ahad 9/8 ke vet bawa stokin annual vaksin dan bw jga lola sb dia asyik bersin dgn nafas berbunyi mcm teraumbat tu. Ya Allah ramaii sungguh d...