Sunday, November 14

Dinner ✌️D timer Cafe

 


Assalamualaikum 

sunday dating dgn my luv ni❤️

layann  je abang kakak dan. adik. 

D' timer Cafe  Setapak. Tp memandangkan dtg dah kol 6 ptg. Menu di minta pun dah habis.  

menu mama je byk, soto, laksa Johor

Dpt la order   Nasi beriayani ayam je 

dan  mkn roti bakar. 

Mama. memang cuti masak sb sakit belakang ni.  Rest sungguh 2 hari ni. 

 😁  lagipun Abah ke Melaka dgn geng2. so makn tghari cuma goreng ayam kunyit utk adik. Sb minah sorang ni tqk boleh kalau x makan nasi putih✌️😜





Air lemon yg tersangatlah masam😉😉


 terimaa kasih  semua yg mendoakan. cik nur. Alhamdulillah 


Saturday, November 13

kebun semaian


assalamualaikum 

selamat berhari minggu

Ptg ni Mampu pandang je pokok2 belakang dan depan rumah. 3 hari ni tak berdaya nk bergerak aktif.  kalau. tak. dah dialihkan. segala. bagai pasu2 
Bila. Allah uji dgn kesakitan, syukur alhamdulillah. Buat diri terfikir 
Baru sikit nak
dibadingkan. dgn ujian. yg lebih berat pd mereka2 yg lain. 
Nak bg rehatttt sambil 😊fikir. posifif. 
tapi cik. nur tetap. bekerja @ke taska. emm. sbnya sekolah bermula ank2 transit yg tadika /sk dah dtg  nk. mc pun fikir byk kali. 😁✌️
esk. lusa kalu masih takda perubahan
nk kena. jga ke. klinik rasanyaa
dah berumur ni kan. kudrat tak. mcm org muda ha haaa

ceritanya 3 hari lepas, angkat2 baldi. air je pun utk. siram /basuh lantai. 
tiba2 terpeleot, terus rasa cam patah pinggang ni. lumur minyak. panas gagah berjln sikit tapi menjelang  ptg je Lepas duduk kerusi nk. bangun. aduhaii. sakit sgt2.  Jalan pun terpaksa.bongkok badan. Tak boleh nk tegak. 
jenuhh menahann sakit. jga. Malam tido rasa. berdenyut2. sebelah kanan. pinggang. en. somi.sapu minyak katanya bengkak.urat. Badan rasa nk demam dah
sekbaik masih ada. ubat demam/sakit badan. lega sikitt. Dpt. tido. lena. esoknya terus cari no telefon tukang urut alhamdulillah 
 pgnya dia.free Sakitt yg amat la time kena urut  tu katanya urat pinggang tersimpul bukan retak, legaa dengar. 
ber denyut dari sblh kanan. pinggang/belakang. sakitnya sampai
ke paha. 2 hari jga terpaksa jadi org malas. Tak boleh buat apa2. Duduk kerusi tgk je. Sampai nk apa2 pun suh ank2 ambikkan. 
Suami kena. jd driver utk 2 hari. he jee hantar pg dan ambkk ptg. tghari tunggu/hantar ke kelas ajar mengaji  

pokok2 ni pun tak dpt nk jengah. 
Alhamdulillah ujan turun tak payah siram. kalau tak layuu semuanya



pokok kesum wajib sb my sil. suka buqt asam pedas he hee



 Pokok2 hasil semaian en somi.  Pokok mangga ,ada mangga epal ,chakonan,  mangga apa ntah lg. pokok cempedak, nangka , durian belanda dan. pokok durian pun mcm2. jenis jga. Ada yg di camtumkan. @tut.  Experiment dia. bila tgk youtube ha haa. Nak bawa blk kg szbznarnya utk tanam kat kebun. tpp kan PKp ni asyik tzrtunda  sampai pokok2 dah makin membesar nampaknya huhuu harap2 bln 12ni blh la bw blk. 

Tuesday, November 9

settle dos 2 utk anak. bungsu

alhamdullah 8 November 2021 settle dos 2 utk Adik. Sarah @ ank bungsu. 

dan jga pelajr2 SMART form 1 - 3

hari kedua kebykan ibubapa update ank2 cuti sb tak. sehat. ada yg demam ada yg pening kepala. 

Sarah pun demam, smlm 2 kali jga paksa dia telan panadol. 

harap2 tak berpanjangan. 

semoga anak2 Semua diberikan kesehatan yg baik hendaknya


 

😁✌️sempat selpii jap dgn ank bungsu 

settle. vaksin. blk singgah mkn tghari sini

lama. betul. tak mkn nasi ayam. hainam. Melawati sedapp ni.  Nasi ayam memang sedapp. Tp agak sedikit nasinya 

cik. nur suka nasi sikit2 ni

tp utk yg kuat makn kena tambah 2 he hee

dulu2  masa bujang inilah tempat selalu singgah mkn. Balik dari  opiss. 

dulu dpn.ni masih blm ada bangunan. 

tempat pasar malam dan. pasar tani. 

Bazar Ramadhan jga kat sini. 

Laluan blk opis jalan kaki je ni  era tahun 1998.

Opis ciknur kat Wangsa Melawati, rumah sewa pula kat  f4 taman melawati

lalu sini akan terkznng byk peristiwa dulu2 ha haa apa khabar agaknya teman2 serumah dulu. Masing2 lost contact terus lepas kawen. 

#Su,  Kelly  dan Yati. ❤️ andai diketemukan lg alangkah bestnya. 

pernah try cqri kat fb tak jumpa pulak




 

Saturday, November 6

kek. chiffon lagi


assalamualaikum

selamat berhari minggu♥️

kisah semalam. cik. nur baking lg kek chiffon. vanila he hee
Alhamdulillah menjadi pulak kali ni
sukaa si kakak. mkan sambil jawab exam ha ha
layannkan. aje. Mlm. dah abis kek. nya😂


cik. nur save resepi disini utk rujukan
 sekarang kalau nk rzsepi byk ada di youtube kan
siap. step. by srmtep
mudahh utk yg nk mencuba
ikut je cara2 yg mereka. kongsikan. tu
insyaallah menjadi

cik nur ambik. resepi dari KAK AZLITA MASAM. MANIS

Kek. chiffon vanila

6 biji telur gradz A-asingkan putih dan kuning elok2
120 gm gula. kastor
60 ml air 
60 ml minyak. jagung
100 gm tepung kek
esen. vanila

cara cranya

1. telur kuning whisk dulu hancur
2. mskkan. gula. 60 gm
3 adunkan. dgn air
4 masukkan. minyak serta esen
5 sebatikan. hingga buble2 nmpak. sekata
6 ketzpikan. sebentar

7. telur putih pula. pukul. kembang
8 masukkan. gula. kastor sikit2
9 hingga jadi meringeu
@ kental. bila terbalikkan pun. ianya tak. jatuh
10. masukkan. sikit2 dlm. adunan telur td
11 sebatikan. dgn. spatula
12 mskkan dlm. loyang kek chiffon ni
13 bakar 60 minit



 

Friday, November 5

Nasi kerabu Raja


Assalamulaikum

happy saturday😍✌️ hari utk rilez2 dirumah tp bukan duk goyang kaki he hee banyakk tugasan di rumah pula
sambil2. blh jelajah blog rasanya minggu ni kurang jln2. 
.

Alhamdulilah rezeki di hri jumaat yg barakah
Jiran selang 3 rumah yg biasa dgn panggilan kak jah, sedekahkan mkan tengahari.  2 pek. nasi kerabu Raja. 
woww firstime tau dzngar dan makan nasi kerabu Raja ni.
Cik jah ni org. Klate memangg la bab makanan camni biasa.  
Mcm nasi kerabu yg biasa dijual  jga. bezanya nasi berwarna kuning. 😍
sb tu kot letk nama nasi kerabu Raja. 

sedappp secukup rasa, ada tzlur masin. keropok, sambal. budu, kelapa, isi ikan. dan. ulam. ulamannya

alhamdulillah kenyang, 😁
dipek cantik elok.  asing dan. siap plastik setiap. bhn2. 
so mudah sb tak bercampur, utk cik. nur yg tak berapa suka pedas ni. 
sukaa sagtt😁









Thursday, November 4

al kisah si oren

 


Assalamualaikum

salam jumaat yg barakah

semoga dipermudahkan. apapun. urusan. kita semua hari ini.  Aaminn

✌️✌️Selamat bercuti buat yg bercuti or pegi holiday 

sb semlm cuti Depavali. mesti ramai sambung cuti kan.  Jadi 4 hari terus boleh blk. kampung atau holiday kemana mana.

cik nur sambung keja😁tak boleh cuti or kemana mana la nampaknya.

minggu dpn dah start sekolah ank dara bungsu. oppps lupa isnin. ada vaksin dos. 2 utk. dia.

al. kisahnya 2 hari lepas tolong selamatkan. ank bulus kecik yg comel ni. kaler orzn rasanya umur dlm 2 bulan kot. Kesiannnnya dia. kehilangan ibu ni ataupun kena buang 😒

sebenarnya dari mlm asyik dengar  suara ank kucing orzn yg mengiau ngiau kuat pulak tu. kita ingat jiran. ada bela ank kucing baru. 

Petang nk maghrib tiba2 bunyi lg, tgkk jiran sblh rumah tgh bising2 sambil tgk saluran lubang porch rumahnya. 

Aduhaii rupanya ada ank kucing dlm tu. Jenuhh jga nk suruh keluar sb ank kucing ni tak biasa agaknya dgn org jd ketakutan. Dah la lubang tu muat2 je dia huhuuu 

gagah buat mcm2 cara nk keluarkan dia. Last2 ciknur terpaksa la masuk longkang besar utk tolak keluar. Sarah pula tukang tarik. Akhirnya dpt ambik. tpi terlepas pulak terus lari bwh almari kasut. Terkial2 ktorg.  😢

Dpt tangkap je terus letak dlm cage kebetulan cage kecil tu kosong. Kesiannnya dia dah tercirit birit mungkin sb 2 hari x minum susu ibunya.  Sampai kemerahan bontot. Anak2 cik nur ni memang tinggi sifat empati dan sayang emm memang dibelai2 laa. 

 Suami ckp kalu x ok je kita bw vet. 

Alhamdulillah Allah permudahkan cara. 

Bila letak pula dekat stokin dan bby2nya. Diam si orzn ni. Stokin pun tak kisah atau marah dan boleh  siap susukan sekali. alahaiii lega tgk oren tak mengiau giau lg. 

cuma. si comot. dan moktam yg marah🤣😂jelesss la tu mama layan si oren

Dah mcm sebaya pulak  dgn ank2 stokin Oreo,  Mocha dan snow ha haa  tiba2  skrg ank stokin 3 terus tukauu jd  4

emmm 😇😇jga ni kena. uruskan. 

panjanggg cerita pulak ya he hee

nextlahh. sambung kisahnya. 

HARAP2 si ibu orzn akan. dtg cari anknya yg ter cicir. 

semoga Allah berikan kekuatan dan. limpahan rzzeki utk terus menjaga anak2 bulus ni. 

Aaminn

Try letak air dan mknan ank kucing jga. 







Salam jumaat ❤️❤️​ Mini cupkek utk Adik Aishah Senang nk mkn dgn kwn2 Utk Abgnya thn 6 buat besar2 sikit Antara koleksi yg sempat ambik orde...