Thursday, December 17

sun flower @bunga matahari



ASSALAMUALAIKUM

SELAMAT PAGI

ALHAMDULILLAH


 july 2020 sis semai benih bunga matahari ni, Dibelai belai hari2 

akhirnya Disember berbunga bunga rasa hati bila kelibat kumtuman

 nya mula mekar

sukaaanya tgk bunga ni

walaupun kecik tak sebesar bunga induk yg sis ambik benih

maklumlah kawasan sini terhad tanahnya tak subur sgt kot

mula2 tanam dlm pasu pokoknya kecik dan lepas sis tanam di tanah

 tepi ni baru nampak pokokya membesar dan bercabang

yg bertahan membesar dgn jayanya ni hanya 4 pokok😍

yg lain2 layu di pertengahan masa

takpelah kan janji ada juga






 

Wednesday, December 16

KEK SPAN BASUH PINGGAN VIRAL


 ASSALAMUALAIKUM

SELAMAT PG

terrajin pula mencuba kek viral ni

 kek ni dah terbuat awal pulok

kek span basuh pinggan ni rupanya kek span biasa juga

bahan2 dan cara adun pun sama

bezanya ia di bakar dlm 2 loyang dan dah masak kita gabungkan 

jd 2 lapisan tebal dan 1 nipis

mcm span basuh pinggan tu sb kalernya hijau kuning

dan sis pula buat xlah sama kalernya 

kaler kuning seakan oren sb guna egg yellow dan hijau pun 


sedapp je sb kek span lembut gebus

my tester pertama si anak dara he heee dan dia la yg abiskan kek ni

resepi ikut πŸ‘‡πŸ‘‡

/https://www.mingguanwanita.my/resipi-mudah-kek-span-cuci-pinggan-viral-guna-loyang-9x11-dapat-6-biji/



Tuesday, December 15

kek butter oren

ASSALAMUALAIKUM

SELAMAT PAGI

cuaca cerah hari ini mentari dah nampak menyinar

alhamdulillah

kalau pg smlm dari pg mendung , gerimis tengahari hingga ke ptg 

membawa hujan yg 

tak berhenti membasahi bumi 

agak lebat juga dan hujan sambung menyambung




 minggu lepas sis baking kek oren utk seoarang kawan , nak balik kampung katanya setelah agak lama tak dpt blk 

dia order kek coklat fudge strawbery kegemearan anak2 nya juga

kek oren ni mcm kek butter yg biasa buat tu cuma sis tambah perisa oren @ sunguick dlm botol

letak dlm 3 sb utk rasa oren dan sedikit pewarna kuning

bila dah potong slice2 ni sis rasalah sikit😊😊

dgn kebenaran he hee

dan saje buat dlm loyang saiz 9 utk nampak besar dan tak tebal sangat

resepi pun satu adunan guna butter yg 250 gm

alhamdulillah moist sgttt😍 kawan sis pun sgt menyukai

kek oren

πŸ‘‡πŸ‘‡

250 butter

180 gula halus

5 biji telur 

250 gm tepung

esen vanila

serbuk penaik

2 sb susu pekat manis

3 sb oren sunquick

cara caranya

mix butter dan gula sehingga sebati  @kembang

mskkan telur satu persatu

susu dll

akhir tepung sebatikan

dan boleh bakar suhu 170 c kira2 40 minit

Monday, December 14

Donat ball @ bomboloni


 assalamualaikum semua

selamat pg😍😍😍

hari ni nak cerita tentang donut

masa mula mula menulis blog ni anak2 masih kecik2 rajin la 

mendonut he hee

try mcm2 resepi yg dikongsi rakan2

pantang nampak post donut mesti nak cuba

Donut kentang, donut pandan, dan mcm2 lg

maklumlah tengah semangat dan rajin

nak pula anak2 suka makan time tu kan

mcm2 versi resepi  dan bila buat ada yg menjadi elok dan ada juga 

yg memang tak menjadi terus msk dlm tong sampah 

penah try resepi donut yg katanya resepi ni tak perlu perap

uli2 terus goreng

bg yg nak cepat tu memang try la emmm malangnya hampehh

keras berdengunggg la gayanya πŸ˜‡πŸ˜‡

takpe kan try and error

yg penting kena mencuba

dan sis masih simpan resepi masa msk kelas baking dgn seorg cheff 

di Bagus bekery dgn tips2 yg diberi.

dan resepi  donut yg selalu dpt result puashati 

dari perkongsian rakan blogger Izah Muffin Lover

memang menjadi resepinya

dan kbykan sis buat donut ikut resepi Izah ni

tqq ye Izah yg lama tak dengar khabar berita

terkini muncul bomboloni pula kan 

donut yg diisi dgn mcm2 inti

coklat nuttela, strawbery dn mcm2 la pilihan

 sis pun try la juga ha haa resepi Bomboloni tp buat ball kecik2 je

anak dara mkn dgn nuttela

nak tepek disini resepinya

resepi-donut-bomboloni

BAHAN-BAHAN

(A)

1peket yis mauripan

2 sb susu pekat

1 1/2 cawan air suam

2 sb gula

(B)

4 cawan tepung gandum

2 sb marjerin pelangi

2st baking

1st garam

cara caranya

campurkan semua bhn2 A dan biarkan naik kembang 

gaul bahan2 b dlm bekas besar

dan masukkan bhn A yg telah kembang

uli hingga sebati tak melekat ditangan

tp sis mskkan dlm mixer je

mixkan hingga sebati elok

dan tutup dgn tower basah 

biarkan adunan mengembang berganda ganda

sis biarkan dlm 40 minit gitu dah nampak penuh bekas td

bolehlah keluarkan dan picit bagi keluar angin

masa ni best picit2 sb pejal2 dah

siap boleh buat bentuk mcmna nak samada bulatkan atau bentuk ring

dan sb sis malas buat bulat2 mcm ball

je

susun dlm dulang yg ditabur sedikit tepung

jarak2 kan ia 

10 minit dah nampak elok je

boleh pnaskan minyak di goreng

api kena slow takut hangus 😎😎

Thursday, December 10

desert, coktail @ agar agar buah


ASSALAMUALAIKUM

meh layan desert ni, rasanya lama sungguh dah tak buat ni

bila anak dara sis tu tiba2 menyebut yebut nak makan desert ni baru tergerak hati nak membuatnya ha haaa terukkk nya kan

terpaksa la ke pasaraya mencari buah2 dlm tin ni

skali skala sejukkan tekak layan desert ni

sis kalau agar2 ni lebih suka guna agar2 bertali berbanding agar2 serbuk , nampak la org lama gayanya yeπŸ˜‰πŸ˜‰

sukatan pun ikut stail mak2 dulu yg ajor

agar2 tali yg 20gm dlm plastik tu, sukatan air juga guna plastiknya

sb desert ni kena yg lembut goyang2 gitu so airnya kita lebihkan

bersamaan dgn sukatan 1:2.5

susu cair  f&N 1 tin

gula ikut manis  @ 

2st banana esen utk keharuman baunya

dah mendidih blhlah mskksn dlm acuan

sejukkan dlm petis air

nak mkn kita taburkan buah2 dlm tin dan sdikit airnya

yummmyyyy






 

Wednesday, December 2

SAMA TAPI TAK SERUPA

sama tapi lain warnaπŸ˜πŸ˜€

sis bukanlah peminat tegar bunga bungaan ni tapi bila nampak bunga2 cantik menarik comfirm tertarik

biasa la kan wanita 

sgt mudah tertarik dgn  yg cantik ,segak ,  nak lg yg warna warni

bunga2 ni di halaman rumah kakak sis di kg

kalu tak silap nama bunga ni org sebut bunga Tahi Ayam 

cantik cuma baunya tak berapa sedappp

ha haa betul tak, ntah kenapa le kan diberi nama ni emmm πŸ˜†πŸ˜†

adakah sb baunya tu




 pandang betul2 cantik la bunga ni  kumtumannya tu 

warnanya

walau tak seharum bunga roses yg semerbak

rupanya byk jenis dan warna, bentuk rupanya kumpulan bunga ni

cer goggle hehee




Syukur alhamdulillah Langit membiru skrg❤️ Pergi sudah ‘jerebu’ yg melanda