Saturday, October 19

bingka labu lemak manis

assalamualaikum

bersua lagi 
breakfast semalam, bingka labu ni, makan ramai2 kat taska.
alhamdulillah rezeki hari jumaat memasing bawa bekal he hee pastu share .my boss beli nasi lemak, dan sorang lg bawa nasi impit dgn sambal sotong, kentang ala2 steak dan aku kuih je he hee



kebetulan smlm en hubby suh buat kuih utk dibawa ke Melaka.
beli labu bila rebus dan lecek dapat 4 cawan lebih so buat 2 adunan, satu loyang utk asben dan satu utk breakfast .
sedappp lemak dan lembut. resepi dari cp dari blog dapur-mamasya lagi
tqqqqqqqq mamasya. sy cp disini sebagai rujukan masa akan datang ye.





Bingka Labu Lemak Manis 


Oleh; Dapurmamasya 



BAHAN-BAHAN-Yatie guna loyang bulat 9 inci 
2 biji telur 
2 cwn santan (Yatie guna santan kotak kara 200ml, selebihnya tambah air biasa je)- mama guna 1 pkt santan debu jadikan 2cwn 
1/2 cwn susu cair 
2 cwn tepung gandum 
1/2 cwn gula pasir halus 
1/2 cwn susu pekat manis 
1/2 sudu kecil garam 
1 sudu kecil esen vanilla 
2 sudu besar butter/minyak sapi-Yatie guna minyak sapi 
2 cwn labu- yg telah direbus, toskan dan dilecek 
sedikit bijan utk tabur di atas permukaan kuih 



CARA-CARA 

Panaskan oven pada suhu 200C, lenser loyang dengan mentega, panaskan sebentar . 
Satukan bahan2 diatas kecuali labu yg di lecek dan bijan dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu. 
Tapis adunan tadi, kalau guna blender lagi senang. Tuangkan dlm mangkuk besar dan masukkan labu yg telah di lecek, kacau hingga rata. 
Tuang dalam loyang yang telah di panaskan tadi. 
Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, 'tambah masa pembakaran.mama bakar suhu 180'C guna api atas bawah dlm 50 min. 
Biarkan kuih betul2 sejuk barulah di potong. 


Thursday, October 17

puding coktail berkuah 2 mamasya


 assalamualaikum

apa khabar semua teman2
alhamdullilah...semoga kita semua sentiasa di dalam lindungaNya
sedar tak sedar kini sudah ke penghujung oktober
cepat kan masa beredar...


tak ada cerita menarik atau menu istimewa nak ditampilkan akhir2 ni...kekekangan masa juga. amboi mcmlah buzy bebenor ye

ok smlm kita layan desert ni puding kastad coktail
makan sejuk2 yummy sedappp tak terkata

jom tgk resepinya ye cp dari blog dapur-mamasya
TQQQ mamasya

Puding Cocktail Berkuah  

Sumber; K.Zai@Dapur Impian 

Bahan-bahan puding: 

1 cawan tepung custard
1 sudu besar tepung jagung 
5 cawan air 
gula ikut rasa manis 
1 biji telur 

Cara-cara: 

> Campurkan kesemua sekali dan dimasak diatas api yg sederhana dan dikacau sampai pekat dan likat. 
> Setelah pekat dan likat,masukkan kedalam acuan yang berbentuk supaya senang dimakan. 
> sejukkan didalam peti ais hingga beku dan keluarkan dari acuannya. 
> dihidangkan bersama fruit cocktail dan kuahnya.

 Kuah: 

1 tin susu cair 
1 tin air (guna sukatan dr tin susu cair ni juga) 
Gula ikut rasa manis 
Jika suka bolih taruh sebiji kuning telur 

Cara-cara: 

> Campurkan kesemua bahan2 dan jerangkan diatas api hingga mendidih dan biarkan sejuk dahulu kemudian dihidangkan bersama buahan coktail dlm tin






Sunday, October 13

kek mable pelangi


 assalamualaikum

selamat berhari minggu....hari utk berkemas apa yg patut
pastu sambil2 tu masak2 he hee
dah lama tak buat kek warna warni gini
atau biasa panggil kek planta ni.
kalu kat kampung tu kompemm sgt2 laku kejap je habis.
ramai peminat kek ni.

boleh jugak makan2 petang kan, dgn air kopi o he hee
teringat kat kakak kat taiping tu kalu kek ni dia suka makan cicah air teh o.
ala tp kan kat umah ni petang sokmo cekodok je.
ok jom layan, karang nak buat kek lg utk raya haji pulak


kek pelangi

bahan-bahannya

1 cawan planta @ marjerin
1 cawan gula halus
4 biji telur
11/2 cawan tepung gandum
1 st baking powder
1st esen vanila

cara-caranya

pukul planta dan gula hingga kembang putih gebu
masukkan telur satu
persatu
masuk vanila dan akhir tepung
sebatikan
warna ikut suka ye
dan bakar 45 minit 170c

Friday, October 11

aneka kuih lapis

 

               Assalamualaikum

        alhamdulillah bersua lg ye. 
        Kebelakangan ni lemau sikit plus buzy  
      Nk jln2 blog kenkawan pun x sempat.
      x sempat nk ngadap lappy, komen pun dgn hp bila kelapangan.


         Beberapa hari lg kita semua akan.menyambut hari raya haji @  korban @  aidiladha.
ada yg blk kg kan. Biasanya raya korban ni persediaan x sangat ala kadar je.
Cuti pun sehari je hu huu
Apapun Selamat menyambut aidiladha pd semua, Penting kita menghayati apa erti Korban sebenarnya.


Saja nk letak gambar2 kuih lapis ni. Kuih2 yg ditempah utk mkn2 majlis kecil kawan2 rapat. Resepi kuih lapis dah wat entry sblm ni. Blh rujuk bhgn resepi kuih2 talam. Dah serasi dgn resepi yg ni. Kadang2 bila yg mintak kuih segera kuih lapis ni jd pilihan sb penyediaan mudah sikit

         

Okeyyy sampai disini dulu.
         Jumpa lg minggu dpn.

Monday, October 7

atvt perkhemahan di Alang Sekayu Gombak


assalamualaikum

sebagai kenangan entry hari ni tentang xtvt anak daraku kakak Firashah , perkhemahan di Alang Sekayu Gombak pada  minggu lepas. Xtvt lazim untuk murid2 tahun 6 pada hujung tahun persekolahan .  xtvt selepas tamat UPSR jg.
memang xtvt yg ditunggu-tunggu jg ni. Dari awal persekolahan sibuk kumpul dana he hee

walaupun  tahun ni tempatnya tidaklah jauh tetapi menarik sebenarnya. Mama sendiri pun belum sampai sini.
Cuma selalu dengar cerita tentang keistimewaan tempatnya.

Bertolak jam 3petang dari SKTK 1.
 Program berlangung utk 2 malam sahaja. Mengikut cerita si kakak ni seronok penuh padat xtvt disana. Sampaikan tidur pun kurang. Biasalah tu kan. Namanya pun kem he hee



masing2 tak sabar dah tu...nak naik bas
utk tahun ni tshirt peserta berwarna oren,

inilah kakak yg agak susah nak senyum, bergambar pun kena paksa dgn mama ni

ok selamat berhari minggu ye

Thursday, October 3

puding laici peach + jelly

 assalamualaikum semua
harap-harap semuanya sehat-sehat belaka ye.
semalam terlebih rajin he hee tu yg watkan puding @ agar-agar laici ni. sedappp makan sejuk2 maklumlah tekak ni lepas batuk2 hari tu

sebenarnya nak wat agar-agar laici yg lembutt mcm taufu fa tu tp susu cair pula ada separuh je tu yg bertukar resepi he hee
tgk peach pun masih ada teruslah masukkan je
campur terus jadi lagu ni warna warni lak.

puding laici +peach+ jelly

bahan-bahannya
10 gm agar2 strip
5 cawan air
1 cawan air laici tin
1 cawan susu cair
gula ikut manis
buah peach dlm tin
jelly sumi

cara-cara

masak agar2 dgn 5 cawan air
setelah hancur masukkan gula
kemudian susu cair dan air laici
serta buah-buahan tadi

kemudian masukkan dlm acuan dan bekukan


Ahad 9/8 ke vet bawa stokin annual vaksin dan bw jga lola sb dia asyik bersin dgn nafas berbunyi mcm teraumbat tu. Ya Allah ramaii sungguh d...