Monday, September 16

talam keladi chef asma

assalamualaikum

Salam Satu MALAYSIA
Selamat hari Malaysia yg ke 50 buat semua rakyat Malaysia.
Amin.....syukur diatas segala nikmatNya...

berkesempatan jg smlm menyambutnya di KLMO gombak.

hari ni layan kuih talam feberet ni talam pepel kaler
talam keladi yg mabeless  , kali ni resepi ikut resepi yg dikongsikan oleh Cheff Asma. memang sedaplah.
tqqqq Cheff Asma diatas perkongsiaan ini.
cp dari blog ummizzkitchen. tqq Ummi





Kuih Talam Keladi

sumber: Yatie memeories
sumber : ummi 

Bahan Lapisan Bawah :
2 Cawan tepung beras 
3 Sudu besar tepung ubi
1 1/2 Sudu kecil garam
6 Sudu besar gula pasir 
300 ml santan pekat
700 ml air



300 gm keladi - dibersihkan dan basuh dengan air garam untuk tidak hitam. Potong kiub dan kukus selama 5 minit - (kukus dulu, baru ditimbang).



Cara-cara :
1. Bancuh semua bahan A hingga rata dan sebati .
2. Tapis ke dalam periuk. Masak sehingga naik wap dan masukkan keladi yang di potong kiub tadi.
3. Kacau sebentar dan tuang ke dalam loyang 10" x 10" x 3"
4. Kukus selama 25 minit



Bahan Lapisan Atas :
1 1/2 cawan tepung gandum
250 gm gula halus
3 biji telur 
250 ml santan
500 ml air
Sedikit pewarna purple dan perisa Yam



Cara-cara :
1. Bancuh semua bahan bahan diatas, tapis ke dalam periuk
2. Masak sehingga naik wap. Tuang ke atas lapisan bawah
3. Kukus selama 30 minit lagi. Lap tutup kukusan setiap 5 minit sekali.

Thursday, September 12

cempedakk ooo cempedak

 assalamualaikum

yeahhhhhooo sukanya tgk anak2 thn 6 petang tadi sebaik semuanya selasai. he hee gembira , gembira jugak ye adik2 tp perjalanan hidupmu masih jauh di hadapan .
apapun kita tunggu dan lihat resultnya nanti okkkk.






esok dah pun jumaat, zassssss masa beredar.
begitu pantas. nak menulis pun mcm suramm sikit he heee malas pun ada. itulah penyakit yg selalu menyerang

tp nampak gambar disini buah cempedak la pulak kan, ha mesti kenai idak.
buah femes dan mabeless ni. emmm dpt mkan yg goreng time petang2 gini sedappppnya aii. kalu org goreng baunya menusuk hidung....wanginya sedapnya
tp mahalnya kan si cempedak ni. sekilo berhinggit-hinggit.
kalu sebiji ..pernah beli cempedak 18 hinggit sebiji.
teringat zaman2 dulu masa zaman sekolah rendah, cempedak ni berlambak-lambak sampai x termakan. pokoknya memang banyak kat kampung ,bila musim buah jenuhlah duk pi angkut, dgn arwah toklong dulu sampai ktorg jemur kasi kering sb sayang nak buang. memang tak termakan dah...arwah tok2 dulu suka tanam cempedak dan durian. nak jual,emm rasanya masa tu tak penah jual kot
Sampaikan anak2 cucu tak termakan. paling sedap dpt makan yg mentah2 ishhhh sedapnya....
skrg pun masih ada pokok2nya cuma taklah dpt hasil cam dulu.
biasa la kan bila tak ada jagaan dan duk jenguk selalu, benda lain la pulak ambik alih. he hee kalu binatang hutan oklah sedekah tp masalahnya manusia yg reti malu, yg hobbynya ambil org punya.
waaaaa yg bestnya tu kita punyalah duk berangan nak tunggu masak tup tup bila pi nak ambik tingaii pokok je hu huuu
sakit hati kan. tak merasalahhh macam dulu2.
duk KL almatnya beli je walau mahal sb nak makan.
yg siap goreng 5 ketul ,RM2 tp blm tentu ok sedspnya. kadang2 bila terlebih masak goreng berminyak-minyaklah. ada tu penah sekali beli mcm nk busuk dah. apakan daya kan



Monday, September 9

kuih koleh kacang


assalamualaikum

alhamdulillah.... bersua lagi ye di hari yg ceria

fisrt nak ucapkan GOOD LUCK buat anak2 tahun 6 hari ni yg akan menduduki UPSR bg tahun 2013.
semoga semua anak2 tenang dan menjawab soalan2 dgn baik ye, INSYA ALLAH  ..gunakan segala yg dipelari selama ini dgn sebaik-baiknya ye
TRY THE BESTTT ok
buat kakak Firasya, Hidayah, Siti Mariam
mama sentiasa doakan kalian



malam isnin hari tu merajinkan diri membuat kuih koleh kacang ni. Firstime mencuba.
itu pun selepas banyak kali tertangguh he heee beli tepung kacang hijau dan kelapa parut , selalu bila beli kelapa lain yg jadinya
Resepi asal  DI SINI ye. boleh jenggah
hasil perkongsian Ros Jintan Manis  
tqqqqq ye.
nanti cp resepinya kat sini

Friday, September 6

kemeriahan jamuan raya Taska Auza



alhamdulillah...ahad lepas Taska Auza buat jamuan raya , meriah sgttt. dari pagi kami bertukus lumus wat persiapan sampai ke senja baru dpt balik . walaupun minggu yg agak kelam kabut dek masalah bekalan air yg ada kejap tak ada hu huu
Tetamu juga tak putus2 dari jam 12 tengahari. walaupun petang hujan turun dgn lebatnya tp tetamu tetap singgah.
mcm2 menu, satay, nasi impit kuah kacang, lemang, rendang ayam mee kari, laksa, nasi berlauk ,kuihmuih, kek2 ,buah2an dll ada antaranya jg di sponsor oleh parents.memang kenyanggg habisss


antara menu paling larissss sgt ni BBQ (kambing bakar) musroom sup dan garlic bread,sekejap je tau habiss
beratur panjang tetamu. sempat gak rasa sikit he hee


sessi bergambar ramai2 selepas tetamu dah reda he hee 
Dapat kumpul gini memang best kan...




Monday, September 2

kawan lamaku

 assalamualaikum

dah penghujung syawal nampaknya , tp kat Kolumpo ni makin rancak dgn open house sana sini
sabtu ahad je full dgn jemputan sana sini. yg bestnya kat jalan2 raya tu apalgi jem berderetlah he heee
minggu akhir ni esok lusa pun dah 3 4 jemputan.

hari ni tuan rumah nak enterprem ye he hee
raya kali ni happy sgt sb dikunjungi oleh seorang teman lama 
lama tau dari zaman budak2 he hee ingat lg dulu kami satu kelas satu sekolah rendah. ha masa thun satu tau. sama2 g sekolah.
Ni lah kawan sepermainan ..rumah kami berjiran je tp terpisah bila familynya berpindah ke Felda. so memang terpisahlah terus
tp kami bertemu kembali masa form 4 di sekolah yg sama.
kenangan2 dulu memang tak pernah lupa....
tak reti nak cerita macamna sebenarnya.....

skrg Fai duk Trengganu, raya lepas dtg sefamily, makabahnya juga yg kenalan rapat mak ayahku.







Monday, August 26

snow cheese cake



assalamualaikum semua

entry kek hari ni ye. Snow cheese cake ni dah lama berangan nak buat. Bila asyik tgk ditayangkan kat blogger2 femes.
memang terliur tengok kan. kek yg penuh dgn rasa lemak2 chese.
kek spannya pun lembut je. 


alhamdulillah akhirnya terlaksana juga he hee
tp taklah secantik blogger2 femes.




resepi cp dari blog kak noor http://nooriahnaim.blogspot.com/

TQQQQ kak Noor


Kek Cheese Bersalji


Resepi : Sherry mz@MyR


  • 6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
  • 100 gram gula halus
  • 100 gram tepung hong kong (blue key superfine boleh juga) - akak guna shelf raising flour
  • 60 gram tepung jagung (maizena)
  • 50 gram air sejuk (dr peti ais)
  • 1 sudu teh baking powder- tak letak
  • 2 sudu makan ovelet
  • 75 gram mentega (dicairkan)
  • UNTUK KRIM
  • 1 kotak cream cheese philadelphia
  • 1/2 tin susu pekat manis- akak letak 1 cwn (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2.
  • UTK TOPPING
  • 1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)
Cara-cara:

1. Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair dan putar.

2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.


3. Sediakan acuan yang telah dialas dgn kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.


4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.
5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.


6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.


7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.



Sunday, August 25

agar-agar milo susu

assalamualaikum
selamat berhari minggu

jom makan agar2 milo he hee tp dah abisss la
buat ahad lepas utk hidangan tetamu. kawan asben call nak dtg beraya so buat apa yg patut. masak mee kari dan desertnya agar2 milo ni

resepi agar2 milo cp dari blog kak ummihttp://ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com/

tqqqqq kak ummi

AGAR-AGAR MILO
Sumber: Jthorge

Bahan (Lapisan Coklat)

  • 8 gm agar-agar tali (strand) - basuh dan toskan
  • 1 3/4 cawan air (akak letak hampir2 2 cawan)
  • 1/3 cawan gula
  • 3/4 cawan serbuk Milo
Cara-Cara:-
  1. Masak agar-agar bersama air hingga agar2 larut. Masukkan gula dan milo, kacau perlahan hingga gula larut. Tapiskan.
  2. Tuangkan aduna ke dalam loyang empat segi 20 x 20 cm ataupun dalam acuan yang dikehendaki. Biarkan beku sebentar.
  3. Kemudian cakar sedikit permukaan lapisan coklat dengan garfu dan bolehlah dituangkan lapisan susu nnt.

Bahan-bahan
Lapisan Susu:-
  • 10 gm agar-agar tali (basuh dan toskan)
  • 1 1/2 cawan air (akak lebihkan jadi 1 3/4 cawan)
  • 1/2 cawan gula
  • 1 cawan susu sejat Ideal/Carnation
  • beberapa titis esen vanila
Cara-Cara:-
  1. Masak agar-agar dengan air hingga agar-agar larut.
  2. Masukkan gual an kacau sebati hingga gula larut. Tapiskan.
  3. Masukkan susu sejat dan esen vanila.
  4. Dengan perlahan-lahan, tuangkan adunan ke atas lapisan coklat tadi. Letak dalam fridge dan hidangan sejuk2.

Day 3 Bangun pagi masing2 6.30 pg konon nak ke Tuna bay utk breakfast dan  Ootd tapi tak berjaya sbnya kol 7.30 pun bot teksi masih tak ada ...