assalamualaikum
Selamat bercuti persekolahan penggal kedua. Hoyeahhh
cuti 2 minggu tu kan. Sukanyaaa...
ada yg balik kampung ni sb cuti yg panjang. Bestnya kan
apapun xtvt anak2 yg penting bermanfaat betul tak. Kami masih di sini minggu pertama cuti sb anak2(si kakak thn 6) tak dibenarkan cuti pun. Isnin sampai khamis ni sekolah mcm biasa sessi kelas tambahan. so nak balik kampung kena tunggu minggu kedua lah.
Si abng pun buzy dgn program dia, emmm tinggal si adik kenalah ikut mama g taska je.
ok masak2 pertama selepas sakit. Kerang ni bukanlah feberet mama mahupun asben anak2 lagilah tak makan. Tp terpaksa makan jg. emmm inilah satu2nya kategori seefood yg mama boleh telan. Memandangkan sudah terpaksa gagahkan jg. Masa kat spital makcik2 sebelah katil semua duk saran makan kerang dan hati lembu,hati ayam. emmm semua yg mama x suka ni ha haaa
Bila paras darah masa kena admit memang turun sgt2 down lebih teruk dari pengalaman2 masa preggy hu huu bayangkan setip satu jam adik2 jururawat tu chek paras darah, uwaaaa tak dpt nak lena dibuatnya. Darah jg Doc kata terlalu cair. Memanglah kena berubah he heee
kerang masak lemak kuning lepas teringat mak dulu ada masak camni memandangkan mak tak ada kenalah usaha sendiri. Belasah pun bolehlah kan. Kalu masak lemak asben dan adik pun boleh tumpang makan kuahnya tu. Kalau rebus alamaknya mama soranglah yg makan.
KERANG MASAK LEMAK KUNING
sumber: Saranur
bahan-bahannya
kerang dlm 1/2 kilo
(dicuci hingga bersih kulitnya)
sebatang serai dimayang halus*
kunyit*
3 cili padi *
seulas bawang merah*
sbtg serai diketuk
2 cwn santan pekat
garam secukup rasa
cara-caranya
tumbuk bahan2 bertanda * serai, bawang ,cili dan kunyit hidup
sehingga halus
masukkan dlm perituk bersama santan pekat dan kerang
renehkan dan mskkkan garam secukupnya
siap utk hidangan
ok laju je makan nasi tengahri ni tau he hee bersama ikan goreng dan tomato



















