Thursday, May 2

Selamat pilih.. utk.mengundi



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah...entry 3 hari akhir sblm menjelang pilihanraya
jg sblm lebih buzy esok


Marilah kita menjalankan tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia . Marilah mengundi
mudahhhh he heee cuma pangkah pilihan kita ok

sebelum tu baca dulu kata2 dibawah yg ambil dari fb seorg kawan.
hanya share... 
mcm2 ada, macam2 pesanan jg. biasa la tu ragam manusia 
tak sama yg elok ambil yg tak elok biarkan ia berlalu


Saturday, April 27

tutti fruity

 assalamualaikum

Selamat pagi, dah breakfast he heeee mestilah sudah kan
wokey x nak cerita panjang2 sb masa itu emas , hari sabtu yg cerah pagi ni. Lepas antar si kecik ni g sekolah td sempat singgah pekena roti canai. Hari ni sekolah ganti la pulak.
Sebelum keluar kempen pilihanraya he heee masuk entry dulu.

Layan eskrim yogurt ni memang sedaplah, cerita lama sudah ni
kat wangsa Maju berhadapan dgn Wangsa Walk.



sempat posink he heee kebetulan malam tu tak ramai org pun
ok stop disini dulu

jom menjalankan tugas...

Wednesday, April 24

kesukaanku putu kacang


assalamualaikum semua

Semoga ceria2 dan sehat2 sejahtera semuanya kan.
tayang kuih bukan nak raya ye he he tp nak pilihanRaya 
yg cuma tinggal beberapa hari je lg.
 Macam2 tgh berlaku rancak skrg ni. Sedia maklumlah kan. 

Jangan lupa keluar utk mengundi ye, jalankan tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia.



ok tetiba rasa nak makan kuih tradisional lama ni.
 Feberet no 1 tau, kalu pi beraya terutama kat kg mesti tgk ada tak kuih ni tp alahai jarangnya jumpa sekarang. kalu ada pun tak menepati piawaian rasa tekak...ada yg kerasss ada lak tu mak aiii manis leting he heee so kita merajinkan diri buat lah.
kuih ni nostalgia jg zaman kanak2 lg mak memang suker buat terutama nak raya puasa, guna lesung tumbuk kayu tu tau tradisional betul2 hentak guna kaki tu. sayangnya dah tak ada alatan ni 4 tahun lepas kot selepas arwah tokngah kembali, air sungai naik membanjiri kg arwah tok.
 memang sekali tu air sungai sgt2 melimpah sampaikan ke bawah rumah dan kayu yg berat ni boleh hanyut...sayangkan..
tak dapatlah nak tunjuk pada generasi akn dtang @ anak2 macamnan susah payahnya mama dan opah dulu2 masa nak menumbuk kacang2 ni.
Tp kat umah mak masih ada satu lg lesung batu tumbuk drpd besi
fungsinya masih sama cuma perlukan tenaga tangan lah.

Resepi  kuih ni paling mudah rasanya dan bahanya jg hanya kacang hijau dan gula. Tp yg payahnya cara nak menyediakannya tu. Lebih mudah beli kacang hijau yg telah dibuang kulit. Cuma perlu rendam ,tos dan kemudian disangai @ goreng tanpa minyak hingga masak iaitu keperangan warnanya. Lepas tu menumbuk hingga hancur, diayak mnjadi sperti tepung. Barulah digaul bersama gula halus. Tekan dlm acaun kayu dan akhir sekali menjemur . Walaupun mudah tp agak rumit kan.
Hasilnya memang sedapppp. Selalunya dulu dgn mak kami akan buat dlm 2 kilo je, itupun jenuh nak jg. Dari malamnya rendam, memang sehari suntuklah keja utk habiskan. tp blm bab menekan dlm acuan ni ye. Masa ni dah rilex  sikit sambil2 tgk tv pun boleh he heee

Sebalang pun boleh mama habissss tau

Monday, April 22

kek karemel

assalamualaikum

bila si ank teringin nk makan ku gagahkan jg membuatnya ptg semalam selepas blk dari pdm. Minggu lepas buat utk ank buah, bila si sarah nk tgk nak jaga katanya he heee nk kek yg warna warni.
Dah org punya takkan nk potong ye tak heeee pujuk2 dia janji nk buat lg utk dia, br ok. so janji ditepatilah kannnnn
mama pun leh tumpang makan gak heheeee 


sedapkan makan sejuk2. kek ni tak jemu dan tak kira musim kot sb asyik ada je nak.
duk buat org punya mana sempat post gini kan. ni ambik la peluang utk wat entry.
resepi masih sama kan 

KEK KARAMEL
Resepi : Puan Munira Baharum
Sumber: Azlita @ Masam Manis


A - Gula Hangus
  • 2 sudu besar gula pasir (*akak letak 3 sudu besar)
  • 2 sudu besar air panas
Cara-Cara:-
  1. Sediakan loyang bulat 8 inci.
  2. Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan. Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
  3. Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan. Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras. Ketepikan.
B - Adunan Karamel
  • 1/2 tin susu cair (susu sejat)
  • 70 gram gula castor
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 3 biji kuning telur
Cara-Cara:-
  1. Kacau susu dan gula hingga gula larut.
  2. Dalam bekas berasingan, kacau telur dan esen perlahan.
  3. Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje. Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi. Ketepikan.
  4. Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
  5. (Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )
C - Adunan Kek 
  • 70 gram gula kastor
  • 3 biji telur kuning
  • 135ml air
  • 45ml minyak masak
  • 140 gm tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
Cara-Cara:-
  1. Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
  2. Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.
  3. Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak.
  4. Masukan sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
  5. Ketepikan.
D - Bahan Meringe

  • 6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
  • 70 gram gula castor
  • 1 sudu teh serbuk cream of tar-tar
Cara-Cara:-
  1. Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering. Masukkan putih telur dan pukul sebentar hingga berbuih.
  2. Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. (soft peak - kalau kita terbalikkan loyang adunan, putih telur tu tidak jatuh.)
  3. Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunan tepung tadi. Gaul rata secara kaup balik.
  4. Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.
Cara Menyediakan Keseluruhan Kek Karamel:-
  1. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak dalam bekas berasingan.
  2. Letakkan pewarna yang anda sukai, kacau warna sebati.
  3. Bermula dari tengah, sudukan 3 sudu besar adunan purple, diikuti 3 sudu besar pink atas lapisan purple, dan 3 sudu besar adunan biru atas pink lapisan pink. (Nota - adunan yang awal2 mmg akan terapung2 di atas karamel...sehingga adunan dah hampir separuh diletakkan dan sampai ke tepi loyang, baru adunan berkedudukan tetap...no worries ok!)
  4. Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn sukatan 2 sudu besar pula setiap lapisan warna
  5. Akhir sekali dengan 1 sudu besar setiap lapiasan warna.
  6. Lorekkan atas adunan dengan lidi.
  7. Panaskan oven terlebih dahulu (*Ita panaskan pada suhu 170C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven, Ita tukar pada suhu 160C. Gunakan api bawah saja)
Kaedah Steam Bath: 
  1. Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
  2. Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
  3. Letakkan pada rak bawah dalam oven.
  4. Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
  5. Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
  6. Selepas masak ita biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
  7. Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri. (lap-lapkan air karamel yang turun di bahagian tepi kek - elok letak kek atas jaringan rasanya, so x terendam)
  8. Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
  9. Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama. Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.





Friday, April 19

jom MENGUNDI...sayangi MALAYSIA



Assalamualaikum semua

Berkibaran disana sini, sangattttttttt meriah macam2 ada he hee macam2 kaler sepanjang jalan2, kawasan perumahan, segala tiang2. Tak kira dimana sahaja. Biasa la tu kan bila sedia maklum  PM kesayangan telah umumkan pembubaran dan tarihk utk mengundi.
 Mari-marilah mari..... Lagu 2 jg berkumandang di tv. 
Foto

Buat kali kedua nak memangkah undi di sini. Paling teruja kali pertama nak menjalankan tugas sbgai petugas IT pd hari kejadian debar2 pun ada, ...harap2 semuanya lancar tiada kesilapan besar.
Paling penting tiada yg buruk berlaku kelak..isshhhh risau bebenor kan.......
Paling penting kita jalankan tanggUngjawab kita sebagai rakyat MALAYSIA ye..keluarlah utk mengUNDI k, pilihan masing2 shhhshhh rahsia tak ada org nampak masa memangkah tu.
For me tiada rahsia Dulu dan selamanya ...






ok sambung citer lain lak ye. Bulan lepas kami diberi peluang menonton filem kontroversi  TANDA PUTERA. Filem yg belum ditayangkan dan tidak dpt ditayangkan di atas sb2 ......
 mungkin selepas pilihanraya baru keluar citer ni.
Diatas alasan2 nya...katanya lah...Lakonan hebat dan cukup berkesan oleh pelakun2 hebat2 belaka antaranya Rusdi Ramli, Faezah Elai dan ramai lg pelakon2 hebat. 
Cerita ni sangat2 menyentuh hati, sebak itu je dpt dikatakan.takleh citer banyak2 takut tersalah bicara tp cukuplah andai dengar tema lagunya nyanyian Awie ni....fahami sendiri maksud tersirat.
berulang kali dengar .....kita akan faham.

Sayangi Malaysia....tanah air tercinta. 


Tuesday, April 16

kek coklat kukus Zubaidah

 assalamualaikum

Lama jg tak membaking apa2 kek, bukan apa malas sejak dua menjak ni. Tp minggu lepas bila dpt order baru merajinkan diri jg.
Sambil pada tu terus baking kek utk makan2 sendiri emmmm teringin jg sb tekak ni lama tak makan kek coklat. Sambil tu boleh jg mencuba resepi dlm list ni.kek coklat mcm2 resepinya kan.
Selalu ikut yg mudah2 tp kali ni teringin nak cuba dan rasa keenakan kek coklat kukus Zubaidah pula. buat 2 versi kukus dan bakar. utk tempahan yg bakar sementara makan2 di rumah yg kukus. 
Nak dijadikan cerita yg kukus ni tersalah pula he hee masa ayak tepung masukkan baking powder dan soda tp terambil cream of tartar, dah siap masuk dlm kukusan baru perasan alamakkkk he heee tp  alhamdulillah masak naik ok je dan lembut ...boleh je ngap sampai licin




RESIPI KEK COKLAT LEMBAB KUKUS CHEF ZUBAIDAH 
Resipi Asal : Chef Zubaidah


BAHAN-BAHAN

**100 gm serbuk koko
**1 tin susu  cair
**200 gm minyak masak/minyak sayuran/butter cair
**250 gm susu pekat

250 gm gula kastor - noorsha kurangkan ke 180 gm saja
4 biji telur - pukul hingga berbuih
150 gm tepung gandum
1st soda bikarbonat
1 st baking powder


                                                             Cara-Cara

  1. Campurkan kesemua bhn bertanda ** dan masak dgn api perlahan sehingga licin. Tak payah sampai menggelegak
  2. Satukan dgn telur yg di pukul tadi dgn mixer. Gaulkan bhn2 kering & campurkan sedikit2 sehingga sebati.
  3. Masukkan ke dlm tin yg di lapik & minyakkan. Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.
  4. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing @ ganache.

ok jom makan...jumpa lagi

Syukur alhamdulillah Langit membiru skrg❤️ Pergi sudah ‘jerebu’ yg melanda