Tuesday, December 6

kenangan akhir DISEMBER

Disember dtg lg😌 

setiap kali disember , akan muncul kenangan paling mengusik jiwa.

walau kini 5 tahun berlalu.

tp terasa seolah olah hanya semalam. Hari ini beranikan diri  tulis coretan ....

Al Fatihah buat kesayangan Bondaku Hajjah Zariah Hj Hassan.

yg telah kembali ke rahmatullah pd 5 jan 2018.

Allah rinduuuu yg terungkap dgn kta2 setiap detik masa.

kenangan akhir ini hanya gambar yg tetap tersimpan.

SETIAP kali bulan disember memang dinanti2 suatu ketika dulu

cuti yg panjang ...utk luangkan masa dan berada dgn arwah mak dan pak di kg.

Masa ni jga dpt berkumpul adikberadik, Masing2 balik , cucu cucu sepupu sepapat.  Meriahh umah. opah sb tu lah Disember   paling di nanti ....anak2 dari zaman sek sukaa dpt blk kg lama .

Bermain dgn sepupu2nya. yg jauh sekali sekala dpt jumpa kumpul.

Mandi sungai, main tanah, kejar ayam opah tokki.

Detik.terakam ini pd tanggal 3 disember 2017. Waktu ni kat di rumah kakak no 3.

Bila Mak pilih duduk di pondok, tumah kakak yg ni la jd tumpuan.

Minggu akhir disember tu mak  dtg ke Kuala Lumpur ikut adik kat Gombak. Kemudian ke rumah ku pula bergilir, siapa sangka minggu akhir ini Dpt luangkan masa dgn mak sekejap ,dpt mkn masakan mak kali akhir😌😌 

Ada ajak jln2 mak menolak xnak nak duk rumah je ktnya tp ptg sabtu dpt ajak jga mak ke pasar malam . 

Ingat lg tanya mak nk apa2 tak? mak cuma nk buah epal hijau , nk blend minum air ktnya sb elok utk kolestrol dan yg dia  berkenan sandal warna hitam , boleh pakai pegi surau ktnya

Sayunya bila teringat sb epal mlm tu x sempat nk tolong blend 😌. 

Tergesa gesa sebenarnya blk pasar mlm tu  ciknur ada meeting kat taska utk majlis openday ahad..

Adik kat Gombak dtg  ambik mak malam.tu dan bw ke rumahnya so tak sempat jumpa pun. 

 Isnin tu mak beriya iya nk balik Penang (pndok) adik call  bgtau masa dah otw hantar mak balik ke pondok. mak nk balik .

Bila teringat ralatnya rasa hati😌 Tak jumpa kali akhir. Perancangan Allah dah tertulis . PG  khamis dpt panggilan dari kwn mak di pondok. Mak dorang jumpa tak sedar @pengsan di bilik air.  

Mereka tolong  bawa ke hospital sementara tunggu ank2 sampai. 

Allahuakbar masa tu memang Allah je tahu perasaan mcmna  ,terus call adik yg kat Gombak ajak blk . Dlm perjlan kakak disana call bgtau mak dah sedar. Leganya hati,  sempat berenti solat minum di rnr Tapah .

Masa sampai spital ,mak sedar tp.x buka mata cuma bibirnya x berhenti sebut Allah. masa doktor kata x dpt buat apa2 terus kami adikberadik minta nk bw mak ke Hospital Taiping sana ada doktor pakar dan byk kemudahan berbanding sini nampak kekurangan . Pesakit seolah terbiar 😌😌

Akhir selepas mcm2 prosedur ,sb awalnya spital  x benarkan tp kami bertegas jga dan akhirnya dpt , cari  ambulan swasta utk bawa nak magrib baru dpt pindahkan ke spital taiping.

Bawa kecemasan dan scan.

Jangkamasa yg lama hampir 1 jam jg perjlnan dan masa tu   mak hanya bergantung pd oksigen.

Paling x blh lupa bila doktor scan dan  bg penerangan......memang lerai airmata.

Rasa x sanggup nk dengar.

Dan malam.tu mak dibawa ke wad.

Semalaman ku menemani mak. ..hanya berlapikan kain batik 

Dan pd Allah sentiasa mohon tunjukan keajaiban. Semoga mak akan sedar dan diberi Kesembuhan.

Keesokan DR bgtau lg khabar sedih dan minta supaya semua ank2 ada .disisi mak..  seeloknya bgtau pd saudara mara dtg😌😌

 Cuma kakak yg di Pahang agak  lmbt sampai. kami  7 beradik dah ada silih berganti.

Ank2ku dan suami bertolak ptg tu jga

Suasana hiba .....😭😭😭

Memang redha dan doa ....

sehari semalaman ciknur x kemana2 pun hanya menunggu disisi mak .  Rasa tak sanggup nk tinggal walau sesaat.

Hampir magbrib baru kakak dari Pahang sampai dgn ank2 nya.

 barulah ciknur keluar utk mkn... hanya beberapa ketika tinggal , dpt call dari   kakak sulong  bgtau mak dah tak ada😭😭😭 innalillahiwainnarojiun

betul tekaan , mak hanya menunggu ank sulongnya yg dari jauh tu balik dan   melihatnya.....baru  pergi akhir dgn tenang.

 Jumaat 5 januari 2018..... mak disemadikan. Wajah yg berseri. 

hanya tinggal 11 hari, tarihk 16 JANUARI adalah hari kelahiran mak.

😭😭😭😭


 AL.FATIHAH  ... semoga mak tenang disana dan bersama dgn org2 yg solehah.
AAMINNN

Teringat kata kata akhir yg selalu diucapkan, mak selalu berdoa dan  minta Allah akan akhiri hidup  dgn mudah  dan tak  menyusahkan anak2 utk
menjaganya ketika terlantar sakit. ALHAMDULILLAH
Allah makbulkan doa mak😭😭 😭
memang Mak tak menyusahkan kami semua. 

#wajah yg tak penah lenyap dari ingatan setiap saat dan ketika

11 comments:

  1. Allah kak, baca pun dana dapat rasa sebak nya kak. Mudah mak akak pergi, kejap je sakitnya tapi dah memang itu ketentuan Illahi ye kak. Alfatihah buat arwah mak akak

    ReplyDelete
  2. Innalillahi wainna ilaihi rojiun...

    Sayunya bila baca kenangan ciknor ni. Semuanya dah tertulis di Luh Mahfuz, semoga ciknor redha dan berlapang dada atas apa yang telah ditakdirkan.

    Alhamdulillah mak ciknor pergi dengan mudah dan tenang di samping anak2. Perbanyakkan sedekah doa dan al-Fatihah buat mak semoga dia tenang di sana Insha Allah.

    ReplyDelete
  3. al fatihah untuk mak ciknur moga berada di taman2 syurga.bergenang airmata sebak rasa hati

    ReplyDelete
  4. Semoga roh arwah tenang di sana. Terima kasih Cik Nur kongsikan cerita ini pada kami semua. Sebagai anak sulung yang juah dari ibubapa, terkesan saya.

    ReplyDelete
  5. Al-Fatihah. Moga Allah tempatkan emak Puan Sara bersama orang-orang beriman.

    ReplyDelete
  6. Innalillahi wainna ilaihi rojiun... al-fatihah untuk mak cik nur... arwah pergi mcm tu je x menyusahkan anak² mmg dipermudahkan semuanya

    ReplyDelete
  7. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

    ReplyDelete
  8. Sebaknya baca coretan ciknur πŸ₯²
    Semoga Allah kurniakan keampunan dan merahmati roh mak ciknur.

    ReplyDelete
  9. Alfatihah.
    Sayu baca. Faham perasaan Cik Nor.

    ReplyDelete
  10. tak lama lagi kita berada dalam tahun 2023..Good bye 2022

    ReplyDelete

kata-kata manis,
tqqq di atas komen2 anda. insyaallah akan sy kunjung balas

Jam 12 ready chekout☺️☺️ anak2 dara plan nak mkn dimana hee hee Last2 ktrtnya nk singgah Gpo je situu ada  tmpt mkn Cuaca elok alhamdulillah...