Monday, February 28

Giveaway by sii Nurul


 

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.  Sebelum febuari menutup tirainya

Jom bergiveaway lg,

segmen-giveaway-sii-nurul

By adik  Sii Nurul .

Syarat2 yg mudah 

follow blog Sii Nurul dan inspirasi kami dan buat entr dgnt letak banner giveaway.

dan jgn lupa komen letak link.entry.

Masih byk masa lg utk yg belum join.

tarihk tutupnya pd 12 mac 2022


blm terlambat lg kan nk ucapkan Selamat pengantin baru buat Nurul.dan suami🥰❤️

semoga kekal bahagia dlm.melayari bahtera rumahtangga ye adik.

tepis segalaa cabaran dan ujian.

Fasa pertama ni memang byk ujian

kena bersabar dan saling toleransi.




Isra & Mikraj


 Salam isra Mikraj 



Sunday, February 27

Kenangan mengusik jiwa❤️


 
ni Rumah arwah toklong.

tersimpan kenangan seribu kisah suka duka 🥰 



Rumah ayahbonda. Tempat dilahirkan dibesarkan .
segala kisah perjalanan kehidupan yg bermula disini

sepi dan makin  usang 😌😌

setiap kali memandangnya seakan Mata masih terlihat kelibat, keriuhan suatu masa dulu .
Tak tergambar dgn kata kata
apa.yg terbuku dlm hati.....rinduuu sayuu

Thursday, February 24

Giveaway Buku Kereta Lembu Dari Melaka oleh www.fairusmamat.com




  Salam jumaat yg barakah

alhamdulillah❤️


Menarik kan hadiah giveaway Fairus Org Melaka ni hadiahnya nanti  dpt buku andai terpilih.☺️

jom kita support dgn menyertainya.
dgn syarat2 mudah shj. 
buat entry letak banner giveaway backlink  dan taq rakan2.


giveaway bermula 24 feb 2022 dan berakhir 8 mac 2022.

cik nur taq  dua rakan  aiitu Abam Kie http://www.zukidin.com/?m=1
dan Dana

selamattt bergiveaway



Tuesday, February 22

one day ✌️Pengkalan Balak

Assalamualaikum

subhanaullah. Suka tgk suasana begini.
Keindahan ciptaanNya. 
Pemandangan di tepian Pantai pengkalan balak Chalet Pak Sheikh.

kali kedua sampai ke  pengkalan Balak Melaka
masa ujung 2020 jga dtg sini dgn adik ipar tp chalet lain, sederet  . Di tepian pantai jga. Penting sekali privacy tak campur org lain. family shj kan. Mandi laut pun kita2 je .Yg bestnya menginap disini chalet tepi pantai, ke luar pintu je hadap laut.🥰 
boss booking sederet terus ada 10 pintu bilik. Yg bujang bilik ada 2 katil single.
tempat Mkan dan tempat utk masak disediakan depan mengadap laut. . tapi kena.bawa dapur dan peralatan lah.



Kami.sampai dah lewat ptg jam.5 lebih.
sempatlah jalan dipersisiran pantai.
sambil bergambar. 



Malam singgah sekejap disini. 




Bilik serba purple, dari dinding ,cadar.






Chek out jam 12, posing la dulu buat kenangan☺︎︎☺︎︎

Monday, February 21

4 Menu sedap

tajukkk he hee bolehh la kan, xtau nk letak apa.

al kisah smlm otw balik kl. oh tak plan apa2 sebenarnya sabtu tiba2 boss call ajak ke Pengkalan Balak kat Melaka.

boss ciknur dan keluarganya. cuti2 Anak beranak . Ada kosong 1 bilik. Cousin dia x dpt dtg so ciknur penganti je. Booking tahun lepas lg sb Pkp asyik tertangguh katanya. Rezeki ciknur😉Chalet pak Sheikh. Dpt bilik ada 1 katil besar dan 1 single. Muat lah kami 4 beranak. 


otw blk kl melencong kejap kat pantai dkt2 situ jga. singgah mkn nasi ayam bakar ni

sedapp . Cukup rasa. Nampak pula rojak buah Harga Rm3.  pun sedapp jga he he

dan terlihat pula kuih abok2 rega Rm3  ni yg feberett. Sekbaik sedapp


Rojak buah.



 kuih abok2.

lasttt singgah beli dodol cair katanya.

byk sepanjang jalan tgk depa duk kacau dodol.dlm.kawah besar.

Masa beli panas, cair sedapp. Tp rasa lebih pd gula melaka kot.

kalernya pun cerah. 

Harga sebekas ni Rm15.


Tak.mcm.dodol.yg hitam.tu.

tp bolehlahh sedapp jga. 

Next kita up gambar tepi pantai ☺️

Sunday, February 20

Macaroni cheese bakar

 

Assalamualaikum.

jamu mata jap dgn macaroni cheese bakar.
ciknur baking minggu lepas. 
Satu adunan dpt 4 pek cam gambar ni.

buat 2 dpt 8. atas permintaan ank2 taska transit. Katanya lama x mkn.
tiba2 teringat la tu.

Ciknur suka dan ikut  resepi macaroni cheese by Iza Akma tuan blog
Memang menepati citarasa .🥰Sedapp







Saturday, February 19

Giveaway Awal Tahun 2022 Mamapipie




Giveaway Awal Tahun 2022 Mamapipie

assalamualaikum


alhamdulillah. syukran. Last day dpat join lg Giveaway🤭😍 





Syarat penyertaan mudah aje:

  1. Terbuka lepada semua blogger di Malaysia.
  2. Buat blog post bertajuk "Giveaway Awal Tahun 2022 Mamapipie". Tepek banner di atas beserta link ke post ini.
  3. Nyatakan 1 blog post mama yang menjadi kesukaan korang beserta link post tu. Saja mama nak tahu post mama yang disukai korang.
  4. Wajib letak blog http://www.mamapipie.com dalam bloglist korang
  5. Jemput Follow Media Social Mama (tak wajib pun)  || Instagram | Youtube | Twitter | FB Page| |
  6. Tinggalkan link pernyertaan korang di post ini..

Hadiah

3 beg comel seperti dalam banner tu.


Blog Mamapipie ni  suka sb segmen jalan2, byk info jalan2 tu yg ciknur suka. 


Tuesday, February 15

Kek coklat kukus


selamat pg teman teman kesayangan
alhamdulilla h.
 Terima kasih ya atas ucapan sempena ulangtahun perkahwinan kami  dan doa2 yg dikirimkan.
 ..Aaminn

kisahnya pd hari jumaat lepas ni ciknur dpt penuhi permintaan  rakan keja yg teringin nk mkn kek coklat .
kek lava tu.  So dpt la siapkan utk dia.
tapi kannn tgk kek coklat ,yg membuatnya pun rasa teringin he he

jdinya buatlah 2, satu utk dia dan 1 utk sendiri.

Kek coklat ni diminati ramai😍
Nak lg tg moist, dgn limphan coklat cair
adusssss memang bestt mkn

Ciknur masih setia dgn resepi kek kukus ni dari dulu. Dah set dlm minda ha haa

sukatan mudah guna cawan.

nak resepi 🤭🤭

KEK COKLAT
(bahan A)
1 Cawan serbuk coklat
1 cawan minyak masak
1 cawan gula
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat

*bahan2 ni kita masak dulu 
agak2 dah hancur gula 
jgn lama2  -alakadar je 

*bahan B)
3 Biji telur A
*Pecahkan dan pukul dgn garfu shj

(bahan C)
1 cawan tepung gandun
1 sk baking powdee
1sk soda bicabonat

* ayak dulu bg rata

**
Bahan A + bahan B
akhir masukkan bhan C
dan sedikit esen vanila

gaul sebati

panaskan pengukus dan
kukus 1 jam


**pastikan tutup loyang kek tu dgn aluminium ye. Supaya air tak menitis pd kek


Okkk boleh cuba❤️❤️


 

Monday, February 14

happy anniversary❤️




Syukur alhamdulillah
 13 /2/1999🥰
 13/2/2022

semoga akan terus Melewati usia tua bersama sama❤️



 

Saturday, February 12

Pulut kuning rendang pedas ayam


alhmdulillah 
selesai kan niat ☺️
 Walau awal plan isnin tp sb ayam xda so tangguh rabu baru dpt beli ayam . 
Lagi elok kan dpt sedekah pg jumaat
Syukur

Biasa buat pulut kuning , tempahan parents ank2 yg khatam quran. letak dlm bekas siap2 ayam dan puluh bersebelahan sb senang nk agihkan pada kanak2 Yg hadir.

Bila buat bekas lain2 ni kena mkn share share lah. Msk mangkuk sendiri.

2 Ekor ayam dan 2 kg pulut.




 rendang pedas ayam  ni bila mkn teringat raya☹︎☺︎︎

mkn dgn lemang. Adusssa

Thursday, February 10

Kek birthday Iman Zahiah

salam jumaat🥰

ujan renyai2 di pg jumaat . 

Sejuk suasana. Semoga kita semua diberikan kesihatan yg baik2 hendaknya . Aaminn


simpan gambar2 kenangan disinilah. hasil keja keras tangan ku awal 2022.

peristiwa hari selasa 8 febuari 2022

sempena sambutan hari lahir anak jgaan taska Transit si Iman Zahiah yg ke 8 ..mkn dgn kawan2 yg ada. Walau x ramai pun. Janji dia happy kan.

jamuan ringan2, potong kek, mkn spaggety oglio termiss pulak nk ambik gambar mkn2.

Iman ni dari baby usia 4 bulan dah di hantar ke taska tempat ciknur keja ni.

lihat dia membesarr , bby yg kuat menangis mulanya😅🤭 Kasi pening teacher2 jga sbnya

dia tak mau dgn pengasuh lain bila dgn seorang pengasuh shj.

msk playschool di usia 3 & 4 tahun. Dan ke tadika usia 5 &6 tahun. 

Tapi tetap blk tadika transit kat taska.

lip lap lip lap dah usianya 8 tahun dah kan. 

tiaptahun Memang sambut birthday kat taska  cuma 2020 dan 2021 tak dpt sambut sb pKp.☺️😉



alhamdulillah

ciknur dpt buatkan kek no 8 sempena besday ke 8.

kesukaan dia kek coklat.  Mamanya tu custemer tetappp order kek dari dulu he hee


 

Wednesday, February 9

Nasi dagang Trengganu rezeki pg khamis



Alhamdulillah
rezeki pg td. Nasi dagang sedappp terlaris.
Terdetik  dlm hati smlm nk order nasi dagang lah tup tupp pg ni dpt 🥰

Tp pg ni dpt lauknya  kari ayam dan telur..
tapi tetappp.sedapp.wehh walau lauk bukn ikan tongkol.
kenyangg sebungkus ni, ayamnya pun besar. Memang x abis pun.

boleh cari Kat KLCC kalau nak cuba.
Grannies,
memangg sedapp😍

 

Tuesday, February 8

Bunga buah letup2


assalamualaikum

selamat pg🥰

View pg ni . Cantik kan bunga ni
selalu tumbuh meliar kat hutan2 atau tepi2 jalan tp ni sengaja ciknur biarkan ia memanjat ,merinbum kat tepi tiang dlm kawasan tepi ni .  tak sabar Tunggu buahnya menguning boleh mkn .
Tumbuhan eksotik ni.
kalu nama lain xtau lah  Seingat zaman kanak2  namanya duk sebut buah letup letup. seangkatan dgn buah markisa, isinya sama cuma.buah letup ni kecik.
memang sukaa  ank kamponggg maklum la kan mkn je buah ni he hee Tumbuhan ni
ada khasiat tersendiri baru terbaca kat sini
jommm bac✔︎✔︎




 


Sunday, February 6

sarapan dgn kuih cara berlauk

 Assalamualaikum.

cuaca elok je pg td, jalan cam sunyi sikit. biasanya kereta berderet jg. Emmm Tp kan rasanya tak cuti,

takpalahh x payah fikir ha haa

isnin ,kejappp nya aii dah 7 february , lip lapp sat masuk bulan mac pula  kan

pg ni  jga dpt sarapan salah satu kuih sedqpp feberett jgaklah ni. Jadi sempatlah snap gambar he hee alhamdulillah kenyang mkn dengan air teh o.

selain kuih cara manis, yg berlauk ni memanggg sedapp layann

ada daging  berempah dan tak pedass sgt

sedang2 gitu.  


semalam ke pasaraya nk beli ayam.adoiiii semua kehabisan.  Kat giant ,kat Rosyam mart. Emmmm apakah punca nya ni?

hajat nk buat rendang dan pulut pun tak jadi. Harap2 hari ni ada la ye
 

Saturday, February 5

jovian from. Ako

alhamdullah 
tak sabar sebenar nya cik nur nk. update storyy😁
petang td masa tgh siap2 nk ke pasar malam tiba2 encik suami yg tgh siram pokok masuk bg satu bungkusan. 
ada org bg katanya 😊 Ninja van hantar. 
mula2 terfikir jga ehhh xda rasanya order apa2 dgn shopee minggu ni he hzz

 belek 2 dari mana agaknya
ohhh baru teringat ada hantar email address kat Ako. 
wahh pantas sekali kirimanya selamat sampai. 
terpilih sbgai penerima saguhati top komentar utk bulan. januari 22.  blog
alhamdullah sukaaa sgt2 😁😁

mask cantik Jovian. ni. 
macehhh Ako. muahhh

kegembiraan berblog bila dpt kenalan baru☺️ walau hanya di alam. maya.
walau ciknur ni jarang2 nk jln2 komen
kadang2 kekangan masa.  
kat hp bila free memang tgk2 jga. 
cumanya kadang tu nk komen. mcm loodinggg lama. adoiii. 

apapunnn sgt2 gembira kerana berblog ni dpt kenal, dpt. tgk kwn2 jalan2 cuti, dpt byk pengetahuan yg kadang2 tak tau langsung berita2 terkini tp dpt tahu bila blogger update. 
nasihat2 pesanan bermanfaat
tempat mkn2 yg best dan. mcm2 lagilah. 

terimaaa kasihhh 
pd yg sudi kenal berkawan, tinggal komen dan baca blog ciknur jga ye

semoga ukwahhh sesama kita terjalin dgn penuh keikhlasan
Aaminnn



Wednesday, February 2

comot oh comot


Adoiii la
kasi kecohhh satu taman ini Comot


2 hari hilangg
gundahh gulana dibuatnya ktorg.  
comot ni satu satunya waris. cik. tam yg tinggal. Selepas moktam takda dialah pengubat rindu. 

alhamdulillah... Selepas 2 hari  pos gambar dia dlm group kejiranan taman 
dkt . nk maghrib ada adik ni call bgtau. nampak mcm comot. atas bumbung
siap dia snap gambar.  memang  betul adoiii jauhnya jga dia pergi sampai. ke lorong lain
bergegas kami kesana
ya Allah benar comot terkial2 atas bumbung yg tinggi tu. 
sekbaik kejiranan prihatin
dpt selamatkan dia.. syukur

masih tertanyaa mcmna. la. sampai ke. sana. emmm jauhh dia merantau
adoiii la comot adik bungsu kakak ni
dah agak. mestk sesat. jalan. Comot kadang bila lepas keluar dia suka main2. dpn. rumah je. tgk burung2 tak jauhh cepat2 akan. balik semula. 
cuma entah mcm mana x perasan dia blleh terlepas keluar cari2 xda. 
jenuhh pusing2 dpn belakang cari

memang putus asa cik. nur tp tetap doa moga Allah lindungi comot dan selamat hendaknya. 
dan abh je masih tak putus asa. masih melilau cari sb fikir mesti sesat ni

blk je umah. memang kelaparan sgt dia
 
 
 kena. kurunggh terus la takleh keluarr
dah pasni. 

 ni kesayangan kami, yg ada skrg yoyen (ank angkat) , makkin dan anknya  snowy♥️





puding milo oreo


bergembira kejap  cuti 2 hari
tapi lepak. rumah je la gayanya
plan nk balik kg pun terkubur

kita main masak2 je lah
lamaa tak buat entry makanan
bukan apa sejakk menjak ni memang takda mood langsung nk ambik gambar. 
msak, makann teruss tak sempat bergambar



 bila tekak rasa nk mkn puding sejuk2

tgk gobok kat dapur nampak adaa milo, dan. oreo terusss zassss
cari agar2 tali dan susu cair

sedang elok2 boleh potong tak keras dan tak lembik sangat. 
alhamdulilah 

sementara rajin cik nur shre resepi disini. 

Puding milo oreo

bahan2nya

1  peket agar2 tali - 20gm
6  cawan air

*masak hingga hancur kesemua. agar2 tali

*baru masukkan gula - sukatan ikut rasa manisss yg disukai ya. 
ciknur letak 3/4 cawan

*kemudian masukkan susu cair - (1 tin) 

*1 sb tepung jagung

# kacau sehingga mendidih

-dah mendidih tu bolehlah kita bahagi kpd  2 bhagian
satu  bahagian kita letak milo serbuk
ciknur letak dlm 1.cawan
-kacau2 sebati dan baru mskkan dlm loyang
-bekukan dlm 10 ke 20 minit
nampak beku bhagian atas baru kita tuangkan
 bahagian susu  pula dan bolehlah kita  susun biskut oreo di atasnya
-bekukan kembali sekejap

dan utk lapisan akhir last yg tinggal tu ciknur letak serbuk koko dlm 2 sb sebatikan
panaskan sekejap utk ratakan koko
kemudian baru tuang atas lapisan putih. susu yg ada biskut oreo tadi. 

akhir bekukan lg dlm peti  ais hinggalah ianya betul2 keras sblm kita potong. 

#sblm tuang setiap bahagian  tu elok lorek2 dgn garfu supaya me ekat. elok#

Selamat dah masuk perut he hee
jomm. boleh

Tuesday, February 1

Welcome Febuari

febuary dtg lagi♥️

bulan cinta 

Bulan terjalin ikatan rasmi  ciknur dan husband 

lg 14 hari

♥️♥️♥️


Terlihat secara tak sengaja baris2 kata ini

benarkah?  kata2 ini


Sekali org memandangmu tak baik ,

 maka apapun yg kamu lakukan 

akan selalu terlihat tidak baik' 

Jam 12 ready chekout☺️☺️ anak2 dara plan nak mkn dimana hee hee Last2 ktrtnya nk singgah Gpo je situu ada  tmpt mkn Cuaca elok alhamdulillah...