Thursday, August 27

melaka part 3 pantai pengkalan Balak


pantai pengkalan Balak, firstime sis dtg sini walaupun selalu dtg Melaka he hee

kita posink sini sebelum balik kl , buat kenang kenangan 






bila chalet tepi pantai, dpt nikmati pandangan waktu senja๐Ÿ˜ tenang je lihat lautan walaupun masa berombak.




 

Wednesday, August 26

melaka part 2

destinasi ke 2 di Melaka, masuk bandar hilir, dataran pahlawan. cari makan dulu masing2 dah kelaparan.pusing2 shj cuci mata

singgah bergambar disini kota Afamosa. ramaii sgt yg melawat sini. so sekejap je bergambar

dgn cuaca yg panas lg pulak tu. si abang is beriya nak mkn coklat. td dah nampak restoren coklat moutan .





 lepas makan wafles dan pengkek coklat terus gerak balik . 

sempat singgah sr beli kek ni utk besday si kakak tisha 20 ogos๐Ÿ˜๐Ÿ˜ sweet 19 dah anak kedua sis

mkn kek tepi pantai la kita





Tuesday, August 25

Melaka -Family trip part 1


assalamualaikum

alhamdulillah pg yg cerah

21-23/8  trip Melaka., lama betul tak jalan2 ke Melaka ni. percutian yg di taja oleh seorg bff en suami, 

penginapan di chalet Permata Pengkalan Balak utk 2 malam,




hari pertama ikut anak2 ke destinasi port bergambar anak2 muda @ pasir putih di Klebang.

perjalanan yg memenatkan๐Ÿ˜ƒ sb kena jalan kaki menuju ke sini. kereta parking di luar shj, ya ampunn 

jauhnya menapak

 rasanya inilah first dan last ke sini. view memang cantikkk dgn 

timbunan piramid pasir putih. di tepian laut tu. utk yg pandai shot gambar memang menarikkk

si anak bujang sis sblm ni ada tunjukkan gambar2 dgn kawn2 woww memang menarik sgt. bergamabar 

juga utk kenangan  selebihnya biar

 anak2 muda ni je bergambar ,  sekbaik masih pgi kalau tak memang panas terikkk la



jd photograper
ha haaa 







 

Sunday, August 16

bengkang ubi kayu

selamat berhari minggu

sarapan sis hari ini,salah satu kuih tradisional yg sgt disukai

bengkang ubi kayu  atau bingka ubi.

kisahnya ptg smlm sis ke pasar malam, nampak ubikayu ๐Ÿ˜Š beli 3 ketul rm4.80

dan singgah beli kelapa parut jga. malam dgn rajin dan  gigihnya terus parut

he hee dpt seloyang jadi la kan

resepi masih kekal yg sama

4 cawan ubi yg siap diparut

1 cawan santan pekat

1 cawan gula pasir

garam dan pewarna kuning

gaul rata dan bakar dlm loyang saiz 8

160c dan kira2 1 jam

#ubikayu yg diparut sis tapis dulu buang air yg berwarna kuning tu dan ambil sagunya ye#

petua arwah mak sis supaya mkn nanti x berangin dan pening kepala 


 

Wednesday, August 12

si ungu @ bunga telang @bunga nasi kerabu

 

ASSALAMUALAIKUM SEMUA

kisahnya bermula masa sis ke Kelantan kira2 5 tahun yg lalu, umah mertua kawan sis

Masa nk balik sis terlihat bunga2 cantik warna unggu banyak sgtt di luar dapurnya. Cantiknya dalam hati berkata kata tp mcm boleh baca je apa yg terfikir oleh sis Terus mertua sis tu bercerita pasal bunga ni๐Ÿ˜Š yg besttnya siap dia kutip kacang2 berwarna coklat utk sis he hee

kisahnya itulah biji benih, sengal betul laaa sis  rasa time tu 

lama juga tersimpan dlm laci dan suatu hari sis bawa ke taska, sis semai dlm polibeg dulu dah agakk besar sikit anak2 pokok baru sis letak tepi pagar sisi yg kosong. alhamdulilah makin berkembang dgn jayanya hingga memenuhi pagar.

dan ramai juga yg bertanya berminat memetiknya

ada jiran2 tu siap mintak nk  ambik utk masak nasi kerabu .

alhamdulillah. 

oklah jom baca khasiat2 nya 

sis goggle๐Ÿ˜


๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

[KHASIAT BUNGA TELANG]

Manfaat Bunga Telang (Clitoria ternatea) @ Bunga Nasi Kerabu

Khasiat perubatan

Bunga kacang telang mempunyai bentuk organ luaran seksual wanita, maka nama latin dari genus ‘Clitoria’ , diambil dari perkataan ‘clitoris’ . Dalam beberapa bahasa (Tamil, Malayalam) bunga kacang telang dinamakan ‘kerang’ yang juga mempunyai bentuk organ seksual wanita. Oleh kerana mempunyai kesamaan bahagian tubuh manusia, tanaman ini dikatakan mempunyai pengaruhi kepada sistem pembiakan manusia. Tumbuhan ini digunakan secara tradisional untuk menyembuhkan penyakit seksual, seperti ketidaksuburan, gonore, mengendalikan kitaran menstruasi (haid), dan juga sebagai afrodisiak. Amalan ini dicatatkan dalam sebuah kepercayaan kuno dicatat dalam Doktrin Signatures.

Dalam perubatan tradisional pula, tumbuhan ini banyak digunakan untuk merawat sakit telinga, kelenjar membengkak, kolik, sembelit, sakit tekak dan penyakit kulit.

Manfaat lain Bunga Telang.

1.Menyuburkan rambut
Kacang telang telah dipercayai amat berkhasiat untuk melebat dan menghitamkan rambut. Tumbuhan ini juga dipercayai mampu mengilatkan rambut dan juga dapat menyuburkan kulit rambut.

2. Mengurangkan sakit kepala
Daun dan bunga kacang telang juga dikatakan mampu mengurangkan sakit kepala. Caranya adalah dengan mengambil daun atau bunga tersebut. Kemudian masukkan dalam kain hingga membentuk bantal dan digunakan sebagai pelapik kepada sewaktu tidur oleh pesakit.

3. Merawat ulser mulut.
Dikatakan juga bunga kacang telang boleh direndam dalam air panas dan diminum seperti teh untuk mengurangkan sakit akibat ulser mulut.

4. Insomnia
Air rendaman bunga ini juga dikatakan mampu merawat insomnia.

5.Mengubati bisul
Daun pokok ini yang dihancurkan dan ditampal pada bisul atau jerawat dapat merawat masalah tersebut.

6.Melawaskan kencing
Akar digunakan untuk melawaskan pembuangan air kecil dan dijadikan julap. Biji kacang telang yang dihancurkan dan dijadikan serbuk digunakan sebagai julap.

7.Membersihkan mata
Bunga dan daun kacang telang yang direndam di dalam air bersih, boleh digunakan untuk mecuci mata yang disebabkan oleh mata merah.

8.Perbaiki haid wanita
Bunga dan akarnya dicampur dalam air mendidih, kemudian direbus bersama sedikit gula dan diminum dipercayai dapat merangsang haid.

9.Merangsang memori dan kebijaksanaan
Di India, kacang telang dikenali dengan nama Shankupushpam telah digunakan secara meluas sebagai tonik otak dan ia dipercayai dapat merangsang memori dan kebijaksanaan.

10.Pewarna makanan dan fabrik
Selain digunakan sebagai pewarna makanan, bahan pewarna yang terhasil daripada rendaman bunga kacang telang juga telah digunakan sebagai pewarna pakaian ataupun nila. Caranya adalah dengan menambahkan warna biru ini kepada air bilasan terakhir pakaian terutamanya pakaian berwarna putih. Tujuannya adalah untuk mencerahkan fabrik tersebut (bertindak sebagai nila)

11. Sebagai detox
Teh herba bunga telang dapat hilang kan racing dalam sistem PENCERNAAN. Amik 2 3 kuntum bunga rendam air panas dan minum boleh ltk madu atau tambah limau nipis buat air biru bertukar menjadi purple!

12. Mengubati batuk
Akar bunga telang dpt ubati batuk dan asma

13. Ubati bronchitis
Rebus 30-60grm Akar telang dengan 4gelas air sampai tinggal separuh. Minum 1gelas 2kali waktu pagi dan malam.

14. Mencuci darah
Darah kotor penyebab jerawat dan bisul. Minum air rebusan Akar telang dipercayai mampu cuci darah

15. Ubati sakit telinga
Ambil daun telang ramas dalam air campur garam sapu pd telinga yang sakit.

Boleh juga dimakan bunga telang. Campur kan dalam telur dan masak seperti telur dadar atau celup tepung pun sedap!

Kredit : knor khalid

Tuesday, August 11

pantai teluk cempedak

Persinggahan bila dah sampai Kuantan ni๐Ÿ˜‰ mesti la TC @teluk cempedak.

wahhh pesat membangun, mcm2 ada disini. Meriahhh skali dgn tempat2 mkn. 

pilih jew semua ada MCD, PIZZA, kfc, starbuck, he hee

Dan sudah ada jambatan rupanya dibina di persisiran pantai ni 

ala2 jambatan gantung gitu tp kat tengah mcm goyang2 sikit, tak pasti bila dibina

 sb rasa dah ada kerosakan sikit,  mulanya seriau juga 

naik jugalah utk ambik gambar kenangan
















Add caption







 

Monday, August 10

Pantai Balok Kuantan





abadikan kenangan percutian family  baru2 ni  kat pantai Balok kuantan . pertama kali sampai sini.

pantai yg cantik bersih, damaii  dgn deruan anginnya membuaii perasaan hihii

bertolak dari kl kira2  jam 12.30 tghari kot , singgah sekejap di hentian sis lupa pulok tempat tu 

en somi mkn dan solat jamak zohor asar , sampai kesini jam melepasi  waktu asar dah

lepas chek in letak barang2 terus ke pantai ni . memang tak sabar dah bermain pasir dan kena angin 2 

anak2 dara ni. anak bujang sis pula lepak atas katil je emmm 

apalagi mula bergambar๐Ÿ˜ƒpuas2

kami bermalam De ru Beach Resort  utk semalam je sebelum esk tolak ke felda Chini umah my sis๐Ÿ˜Š








 
rasa nak jelajah sini lg tak puas pula rasanya,

nanti update gambar posing raya sis pula ye he hee

assalamualaikum

Sunday, August 9

tasik chini pahang

assalamualaikum sahabat2 semua

alhamdulillah  harap semuanya dlm perlindunganNya, aaminn

  kesempatan yg diberi pd aidil adha 2020 kali ini. akak sekeluarga beraya di 

Pahang. setelah 10 tahun  tak kunjung ke rumah my sis ni  

he heee lamaaaa kan tanpa disedari.

last dtg masa anak sedara yg ke 3 kawen, la ni anak sulongnya

 @ pangkat cucu dah pun mencecah 9 tahun



suasananya dah jauhhh beza dari dulu,  terkenang masa dtg sini . bila dtg umah 

kakak sis dgn arwah pak dan mak mesti  ziarah skali tasik disni , ada peluang naik

 bot ramai2 . walaupun 

takut sebenarnya tgk air ๐Ÿ˜› gementarrr tgk 

tasik ni mcm2  bayangan dlm kepala otak ni time tu. 

anak buah sis  tu siap dibawanya kami pusing2 hingga  msk sungai2 , dan singgah

pula ke perkampungan org Asli. 




cantikk dan tenang air tasik ni, cuma airnya agak kurang sb kemarau  dan sejak 2019 resort pun tak beroperasi lg. 

sayanggg sekali tempat mcm ni tak dijaga dgn baik.
 

Jam 12 ready chekout☺️☺️ anak2 dara plan nak mkn dimana hee hee Last2 ktrtnya nk singgah Gpo je situu ada  tmpt mkn Cuaca elok alhamdulillah...