Tuesday, June 23

durian kampong PKP


alhamdulillah  12hb june 2020 akhirnya dpt merentas negeri , dpat balik ke kampong kat Perak

dptlah merasa buah2 tempatan yg tengah masak , nak lagi durian kampung ,

walaupun  dah penghujung pun, tp dptlah jga merasa  sikit

kali ni musim buah kan dalam  PKP jadinya  pokok2

durian kaT bukit pun terpaksa la dipajakkan. 

dipajak kat org kampong je .kalau tidak tentu ada lain yg ambil kesempatan

ha ha biasa la kan dimana mana pun ada je. dptlah hasilnya sikit.

kalau tahun lepas abg ipar yg jaga dusun,  dapatlah kami peluang juga panjat bukit sikit2 kutip

durian mcm dulu2

banyakkk sgt kenangan yg ditinggalkan..disni..kenangann tiapkali musim buah2

bersama arwah pak mak. penat jerih pak usahakan dusun ini

dgn pokok2 durian, cempedak, limau manis, manggis dan langsat

sayuuu bila kenangkan. kala Mengharungi sungai, sawah padi bersama arwah mak

sbnya dulu xda kemudahan spt skrg. terpaksa berjalan kaki,

arwah pak sorang je naik motor bawa bakul

kami dgn mak jalan kaki lah, walaupun skrg rasa jauhhh juga tp dulu tak terasa kot

skrg naik kereta terus sampai ,





 istimewanya kali ini 2020 dpt merasa durian nan sepokok yg ditanam  kat tanah arwah mak

di belakang rumah lama.  dekatt je tepi jalan besar, Tanah tempat sebelum ini  arwah pak projek

tanam nangka madu dan dokong

beberapa tahun dpt kutip hasil sblm  keadaan arwah  pak tak sehat  kena dialisis

terus kebun ni memang terbiar

macam tu je . pokok2 nangka berbuah pun tak sempat kutip hasil

emmmm penyamun tarbus dulu yg ambik peluang kutip hasil2nya

boleh tahan  lebat  buahnya juga tahun ini dan masa bila dpt pelepasan balik kg  ni baru

kebetulannya  bermula

gugurnya . lewat sikit  . satu satunya pokok arwah mak ni pula baru gugur

betul2 rezeki kami org kl yg terkurung  


 durian di kebun dusun arwah mak, pokoknya taklah  besar, masih muda ,pgi dptlah 3,4 biji yg 

gugur dan ptg . 

pula 2 ,3 biji, Isinya sedikit kuning lemak2 manis. 2 pokok lg tak berbuah . pokok dokong pun sikitt 

je yg berbuah dan masih hijau lg




tanah arwah mak yg sedikit ni di amanatkan pd kami 3 beradik, 💢😊semasa hayat masih ada lg 

arwah mak dah pesan dan 2017 siap buat pertukaran nama . kata arwah dia tak mau bila dah tak ada

 di dunia anak2 berbalah hanya kerana tanah yg tak seberapa ini. Banyak yg  terjadi skrg ini 

adalah contoh yg sering arwah takutkan. 

kadang2 manusia senang berubah tingkahlaku,,,hati berbolak balik ,,reality yg byk terjadi dan 

contoh2 depan mata. Banyak yg kabur bila tiba perihal harta pusaka, tanah2 pusaka .

nauzubillah semoga Allah s.w.t jauhkan kami dan anak2 cucu kelak dari sifat2 sebegini

next sambaungggg cerita seminggu

di kampung 😍😍

5 comments:

  1. Seronoknya kutip durian di kampung.

    ReplyDelete
  2. seronoknya bila da pokok durian sendiri, dapatlah merasa durian di tanah sendiri...
    betul kata arwah mak akak, zaman sekrang kerana tanah boleh bergaduh adik beradik, boleh putus sedara...

    macam tanah rumah kami di kampung, tanah yang ada rumah abah adalah tanah abang abah... mulanya abah takmo tukar nama tapi arwah nenek paksa abah tukar nama, tukar supaya tanah yang ada rumah abah tu jadi tanah abah, dan kebun belakang tu tukar nama abang abah, nasibla lepas pujuk bebarapa kali abah dengar jugak cakap arwah nenek.

    ReplyDelete
  3. betul tu kan Dana, kadang2 org dulu dia cakap tak apa x tukar nama bila kita meninggal, emm akan timbul masalah pd anak cucu kelak.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,

    Seronoknya ada kebun, ada pokok sendiri, sampai waktunya makan yang fresh2, free2 mcm ni... beruntungnya!

    ReplyDelete

kata-kata manis,
tqqq di atas komen2 anda. insyaallah akan sy kunjung balas

Tgk inspirasi kalau buat kat kebun gini cantikkk❤️ Selepas bergambar di GPO ke perkampungan jepun @ japeness villages bukit Tinggi firstime ...