Sunday, April 27

cupkek oren


Hari ni agak mendung, hujan sikit2 je tadi dan sejukk je emmm best je layan diri golek2 atas katil. Malasnya nak kemana-mana bila  cuaca gini kan. Anak2 je sibuk ajak keluar.
Nasib baik air pun ada ni 2 hari . Boleh bereskan kain baju minggu lepas punya.
Sambil2 tu kita layan cupkek oren ni pula ye.
Asyik cupkek coklat, sekali sekali tukaulah kan




resepi hasil goggle2, itulah kemudahan sekarang nak resepi apapun mudah bila ada  intenet ni. cari mana yg berkenaan. 
Berkenan pada cupkek oren Ucu ni. tqqq Ucu. Lama Ucu ni menyepi. Mesti buzy dgn bakerynya kan


Resepi kek /Cup cake Oren
Sumber  : ucubakery

Bahan-bahan ;

250gm butter
250gm gula castor
250gm tepung naik sendiri
4 biji telor 
2 biji oren - diparut kulitnya 
1 jus/air oren
2sb fresh milk
1sb sunquick - ucu x bubuh
1st oren paste 

Cara-cara

Panaskan oven dahulu, ayak tepung dan baking powder
Pukul butter dan gula hingga kembang
Masukkan satu persatu telor
Masukkan tepung/parutan kulit oren/fresh milik/paste oren- gaul menggunakan spatula
Akhir sekali  masukkan jus oren - gaul hingga rata dan sebati
Masak selama 25minit bergantung pada oven.




Wednesday, April 23

roti sarang lebah



assalamualaikum

  alhamdulillah, sejuk hari ni hujan lebat membasahi bumi. 
Mata pun layu je ni, kalu duk atas tilam berselimut fuhhh kompem lena he hee

 penangan layan fb he hee semua yg ditunjuk buat kita teruja menu2 yg buat x senang duduk selagi x rasa sendiri. Tapi x semua la kan.
Mcm roti sarang lebah ni la bila pk je wahhhh mcm x sabar2 nk try.

Resepi cp kat blog Izah disini ye.


ROTI SARANG LEBAH
resepi: Lydia Honey
by: Izahdaut


DOH✏️
2 cawan tepung gandum * izah campur tepung roti
1/2 Sudu teh dry yeast
1/4 Sudu teh garam
½ sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir
¼ cawan plain yogurt, suhu bilik *yogurt tak de izah ganti buttermilk
¼ cawan minyak sun flower
1/2 cawan air suam +-

**Almond flakes, pumpkin seeds n butterscotch jika suka

Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
Dalam mangkuk adunan, campurkan, garam, tepung gsndum, baking powder dan kacau sebati.
Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.��
Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah membelasah doh sehingga tak lekat di tangan. INGAT..cara ulinya jika tak ada BM adalah macam nak sental baju zaman dolu2 (zaman tak de washing machine basuh kain kat sungai), tolak tarik tolak tarik menggunakan penumbuk lagi bagus.
Uli sehingga elastic.. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.
Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup like dalam oven atau microwave yang TAK di ON ok..��
Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginya
Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak.
Buat sampai habis. Memang doh lembik tapi dont worry kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak je.
Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes jika suka dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi. ��
Sementra menunggu doh naik ON kan over anda.. Setting 180-200C api atas bawah..(ikut oven anda gak ye..my oven suhu ni).
Make sure oven panas giler baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah.
Time bako dalam 10-15 minit.
Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya.
Sedia untuk dihidangkan.



Saturday, April 19

12/4/2014- tambah ahli keluarga baru Selamat Pengantin Baru Ct Inu dan Aizat

assalamualaikum


Alhamdulillah.....selamat sudah
kenduri kawin ank saudara sebelah en suami
ank dara ke 3 Bil. Ct Inu dan pasangannya Aizat
Semoga bahagia ke akhir hayat...

Photo: The best day of my life :D


Photo: I could feel the change in me after i got married. I never do things for other people before but now yours are my priorities. I never listens to what other people say but every word u say i pay my utmost attention. I used to be lazy but now i don't. Because i know.. i have my own responsibilities as a wife. I really hope our marriage lasts till jannah.. we have a really long way to go and this is just the beginning. Love u my hubby.

senyum riang di meja hidangan



Next ,tiga anak dara tunggu giliran he hee















Friday, April 18

red velvet cupkek


assalamualaikum

salam sejahtera buat semua
Semoga sentiasa dlm lindunganNya

penat nih tp gagahkan diri wat entry
Dah seminggu mcm lama je tak update. 

Ok jom layan cupkek bercheese ni pula ye. Layan tgk je. 



rupanya taklah cantik, keja yg cepat siap nih. Tergesa-gesa sb nk kena ke rumah Bil yg buat kenduri anaknya

Red Velvet Cupcake
Oleh:  Azie Kitchen

Bahan A:
3 1/2 cawan Superfine flour - ayak
Bahan B:
170gm unsalted butter - lembut
2 cawan gula kaster
3 biji telur - saiz besar suhu bilik
Bahan C:
6 sb red food colouring (saya guna 4 sb) 
3 sb high quality cocoa powder
1 1/2 sk vanilla essence
Bahan D:
1 1/2 sk garam
1 1/2 cawan buttermilk
Bahan E:
1  1/2 sk cider vinegar (guna cuka biasa)
1  1/2 sk baking soda

Cara cara:
Panaskan oven pada suhu 170 C. Sediakan 2 atau 3 loyang bersaiz 9 inci (23cm) dan griskan dengan butter pada dasar loyang. Kemudian alaskan dengan kertas minyak.
Pukul butter dan gula dari bahan bahan B hingga kembang dan gebu. Masukkan telur satu persatu, pukul lagi hingga sebati.

Dalam mangkuk yang lain, satukan bahan bahan C dan masukkan ke dalam adunan yang di pukul tadi. Pukul hingga sebati.



 satukan bahan bahan D iaitu garam dan buttermilk.
Masukkan berselang seli bahan buttermilk dan tepung dalam 3 bahagian mula dan akhir dengan tepung hingga habis.
 Pukul hingga sebati tapi jangan terlebih pukul.
Kemudian, dalam mangkuk yang kecil, satukan bahan bahan E iaitu cuka dan baking soda dan biarkan berbuih. Dengan cepat, tuang ke dalam adunan tadi dan gaul sebati.
Tuang dalam 2 sudu besar adunan ke dalam cawan kertas. Kalau kek, tuang dalam loyang yang telah disediakan. 
Bakar pada suhu 160C selama 20 minit atau sehingga masak. Kalau kek dalam 30 - 40 minit atau hingga kek masak. Biarkan kek sejuk dalam loyang selama 10 minit sebelum diterbalikkan atas wire rack.

ok jumpa lagi

TERIMA KASIH

Sunday, April 13

kek gula hangus @ kek sarang semut


assalamualaikum


lama juga tak makan dan buat kek gula hangus ni. mana satu namanya ekk kek gula hangus or kek sarang semut.
mana2 je lah he hee
dua-dua boleh kot. Sebelum ni dah banyak kali buat cumanya lain resepi. Jenuh fikir nak bawak apa last2 inilah jadinya , bekalan ke PD utk Family Day staff Taska. Menu tambah-tambah je. Yg lain menu Boss dah siapkan
Jom tgk resepinya ye resepi kak Nor . Resepi asal  di sini
tqqqqqqq kak Nor


 KEK GULA HANGUS

(resipi asal arwah emak K.Nor)secubitgaram



1 tin kecil butter (250gm) ~ boleh gunakan 1 ketul/bar butter
12 bj telur ayam
1/2 cawan susu pekat manis
4 cawan gula
2 cawan air
2 1/2 cawan tepung gandum ~ ayak
4 sudu kecil soda bikarbonat



Cairkan butter dan biarkan sejuk.
Goreng gula hingga hancur dan masukkan 2 cawan air. Kacau hingga sebati dan cair. Biarkan sejuk.
Telur dikacau hingga cair (jgn dipukul) dan masukkan susu. Kacau hingga sebati.
Masukkan butter cair, tepung gandum (yg diayak bersama dgn soda bikarbonat) dan gula hangus kedalam adunan telur.
Kacau hingga sebati dan tapiskan.
Tuang ke dalam loyang (7" x 7") yg dah digriskan dan dialas dgn baking paper.
Peram selama 3 - 4 jam (lagi lama lagi elok utk menghasilkan lubang2 yg lebih banyak)
Bakar dlm oven yg dah panaskan 170 - 180C lebih kurang 40 - 45 min atau sehingga masak.





Terima kasih .....jumpa lagi ye

Monday, April 7

muffin pisang bercoklat


Assalamualaikum


salam sejahtera buat semua

alhamdulillah. bersua lagi disini
 smlm gagahkan diri buat muffin bila terpandang pisang2 yg dibawak dari kampung minggu lepas semakin ranum. hari2 wat cekodok tak jg habisnya pisang setandan ni
last baru terfikir nak wat muffin
 dlm keterpaksaan
dgn air tak ada hari ni  
kalu muffin pisang biasa mungkin tak ada sambutan itu yg buh cekolat kot2 dpt sambutan la kan
Dpat dlm10 ketul je ,besau2 jg.
kalu x abis bawak g taska kompemm  habis he hee




muffin pisang bercoklat
sumber resepi Rahel

bahan-bahannya

3 biji pisang
2 biji telur A
3/4 cawan gula halus
3/4 cawan minyakjagung
1 cawan tepung
3 sb serbuk coklat
1st soda
1st esen pisang

cara-cara

blender pisang , gula,minyak dan telur
masukkan dlm mangkuk besar
ayak tepung, koko dan soda
sebatikan 
masukkan dlm cup dan bakar
20 minit 160c




Terima kasih.......Jumpa lagi

Saturday, April 5

Amie's 1st Giveaway : Debar Menanti Kelahiran


Assalamualaikum



alhamdulillah....senyum lebar dan bersemangat 
bila tarihk tutup giveaway k.amie ni dilanjutkan he hee
mula2 baca tgk 31 mac, alamak terdetik dlm hati melepaslah nak join tp tup2 k.amie umumkan  tarihk dilanjutkan 


14 tahun yg lalu tarihk 5 hb januari detik  bersejarah buatku yg telah selamat melahirkan anak sulong. Hari ini 5 hb April ku abadikan kembali ceritanya disini.

 cerita pengalaman bersalin, yg pertama, kedua dan ketiga  cerita kelahiran anak pertama yg sukar nak lupa berbanding yg ke2 dan ke3. kelahiran ke 2 sangat2 mudah he hee ke3 jg agak mudah mungkin sb sudah ada pengalaman

pengalaman pertama bergelar ibu emmm pasti semua lebih excited  he hee

Waktu mengandung anak pertama ni lazimnya org lebih banyak bertanya pada org2 yg sudah punya pengalaman..nak tahu macamana sakitnya,susahnya ke apa2 lg.
macam2 nak tahu dan mcm2 cerita didengar, sbnya setiap org ada cerita tersendiri yg berbeza betul tak.
takut ngeri emmm macam2lah kan yg dilalui
tp aku pula sebenarnya rilex je masa disahkan mengandung, segera beli buku2 utk  dibaca malu nak  bertanya kot.
   mengidam bukan2 pun tak juga. cumanya perit melalui bulan pertama ,kedua dan ketiga yg agak terukkkkk sangat. 
start tahu preggy 4 weeks tu  hingga masuk semester ke2 memang tak boleh makan langsung hidu bau nasi ke hape memang x boleh. Sgt kurus kering masa tu bayangkan lah yg boleh telan biskut 4 segi je sikit2. Tekak perut  nak makan tp bila makan je akan keluar balik
hohooo dan masuk 3 bulan SIL cadangkan ambik ubat@ vitamin sebenarnya baru beransur ok dan hanya boleh makan roti canai je
bukan apa aku ni sgt2 trauma dgn muntah huuhu
sbnya kalu makan nasi muntah aduhhhhhh takkkk sukanya.
berjam-jam nak pulih kalu muntah ni. sb tu sanggup makan biskut je

due, ikut dok 7hb januari 2000, tarihk hari Raya Aidilfitri tu hu huu
sedihh sb tak dapat beraya kat kampung . Tp fikirkan anak dan suami pujuk2 hati utk terima kenyataan kali ni berkorban utk beraya jauh dari  makayah. Kat sini hospital dekat,kalu kg agak jauh kan.
 Dan nak di jadikan cerita 4hb januari 2000 bersamaan 27 Ramadhan tu jalan2 la kat pasar ramadhan utk beli juadah berbuka kononnya. tp tup tup sampai umah je sebelum azan berkumandang tu ada tompokan darah sikit, masa tu gusar jgklah cepat2 asben tepon SIL tanya ,diorg suruh g spital je ,kemungkinan dah nak bersalin kata Sil
 Malam tu  bermalamlah kat spital Damai Melawati ni.
sebenarnya tak rasa sakit apa-apapun sampailah keesokkan harinya
Ttengahari doktor cadangkan masuk ubat je (induce) utk percepatkan bukaan . ada jg dgr cerita sakit bersalin induce ni teramat sakit tak sama sakit semulajadi . Gabra jgaklah bila fikirkan
dlm pada tu  teringat kat kampung je hu hu nak rayaaa
badan je kat sini hakikatnya
terbayang mak adik kakak duk bakar lemang la, anak2 buah main mercun waaaaaa.
beberapa jam lepas induce....aduhh aduh mula terasa sakit menyengat-yengat la. mula2 blh tahan makin lama sakitnya
woooowooo hanya org yg penah lalui je tahu sakitnya kan.
Nak raya ni, nurse pun yg tinggal india je huhuu
bila  x tahan sakit sgt panggil nurse dah aku pun dibawa ke bilik khas tu utk org bersalin
katilnya yg agak tinggi kan dah tu sorang2 waaaa asben yg pucat lesi rupanya kejap masuk kejap keluar je kejanya





nak jadikan cerita dlm sakit2 duk sorang2  terjeritlah panggil nurse
tak juga tak muncul2, dahlah menahan sakit tu kan.entah macamana dpt idea pegang botol air dan melompat turun katil ha haa ambik kau masa tu tak fikir apa2 lg
nurse nampak je apalagi terus kena marah hihii  kecoh la kejap,  dlm kelam kabut mcm2 nurse bebel masa tu he hee aku selamba je la bila kena marah ni, dahlah tgh sakit
 akhirnya selepas menempuh kesakitan bebarapa jam 
selepas bergelut dgn rasa sakit teramat tu...baby keluar pada jam 4.19 petang akhirnya ouhhh sakit yg tak dpt digambarkan dgn kata2.
syukur alhamdulillah....... kerana  masih berpeluang melihat dunia selepas itu. Betapa besarnya kuasa yg Maha Esa 
bila doktor angkat baby dan bagitau awak dpt baby boy suh tgk pun mata ni samar2 je pandang 
sungguh tak bermaya  separa sedar agaknya. Dan bila bukak mata semula pun dah ada kat wad ditemani en suami dan kakak ipar.
2 malam tido kat spital, akhirnya dibenarkan pulang.
ye la kan esok dah nak sambut raya.
Orang beraya kita duk baring dlm bilik je. tetapi tetamu dtg beraya sekali melawat org baru he hee
memang tak dpt lupa tiapkali 28 ramadhan , teringat detik2 itu
bergelut dgn kesakitan



kini satu-satunya puteraku Saif Al muqmin dah  berusia 14 tahun
tragisnya mamat ni terbawa dgn tabiat mamanya yg tak makan nasi masa ngandung huhuu
memang tak penah sentuh nasi kecuali masa baby je makn bubur nasi ...

warna pilihanku mestilah merah jambu he hhe


Tuesday, April 1

musim bunga durian bermula.......mengamit



musim bunga lagi.... baunya harum semerbak
bangun pagi hirup udara nyaman
aghhhh sedapnya bauuu
inilah pemandanganya....memenuhi segenap ruang di atas tanah
belakang rumah Ayahanda bonda
ohhh  bunga durian 
mengamit memori jg....tetiba rasa rindu pada  ketika dulu
yg telah hilang...yg telah  lama berlalu

bukan saja durian, malah manggis ,rambutan semua tengah berbunga sgt lebat saat ini
alhamdulillah


kalu ada rezeki tak lama lg dptlah menikmati salah satu nikmat kelazatan di atas dunia pinjaman ini...

 rasa baru saja menikmati buah-buah tempatan 
beberapa bulan lepas
adakala....ada sesuatu yg sukar nak diluahkan
putaran masa membuatkan ku terfikir sejenak
masih memikirkan
sesuatu yg tak dpt dicoretkan atau diluahan dgn kata2 pena
apa ye????entah bagaimana






Jam 12 ready chekout☺️☺️ anak2 dara plan nak mkn dimana hee hee Last2 ktrtnya nk singgah Gpo je situu ada  tmpt mkn Cuaca elok alhamdulillah...