Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2014

cupkek oren

Hari ni agak mendung, hujan sikit2 je tadi dan sejukk je emmm best je layan diri golek2 atas katil. Malasnya nak kemana-mana bila  cuaca gini kan. Anak2 je sibuk ajak keluar. Nasib baik air pun ada ni 2 hari . Boleh bereskan kain baju minggu lepas punya. Sambil2 tu kita layan cupkek oren ni pula ye. Asyik cupkek coklat, sekali sekali tukaulah kan resepi hasil goggle2, itulah kemudahan sekarang nak resepi apapun mudah bila ada  intenet ni. cari mana yg berkenaan.  Berkenan pada cupkek oren Ucu ni. tqqq Ucu. Lama Ucu ni menyepi. Mesti buzy dgn bakerynya kan Resepi kek /Cup cake Oren Sumber  :  ucubakery Bahan-bahan ; 250gm butter 250gm gula castor 250gm tepung naik sendiri 4 biji telor  2 biji oren - diparut kulitnya  1 jus/air oren 2sb fresh milk 1sb sunquick - ucu x bubuh 1st oren paste  Cara-cara Panaskan oven dahulu, ayak tepung dan baking powder Pukul butter dan gula hingga kembang...

roti sarang lebah

assalamualaikum   alhamdulillah, sejuk hari ni hujan lebat membasahi bumi.  Mata pun layu je ni, kalu duk atas tilam berselimut fuhhh kompem lena he hee  penangan layan fb he hee semua yg ditunjuk buat kita teruja menu2 yg buat x senang duduk selagi x rasa sendiri. Tapi x semua la kan. Mcm roti sarang lebah ni la bila pk je wahhhh mcm x sabar2 nk try. Resepi cp kat blog Izah  disini  ye. ROTI SARANG LEBAH resepi: Lydia Honey by: Izahdaut DOH✏️ 2 cawan tepung gandum * izah campur tepung roti 1/2 Sudu teh dry yeast 1/4 Sudu teh garam ½ sudu teh baking powder 1 sudu besar gula pasir ¼ cawan plain yogurt, suhu bilik *yogurt tak de izah ganti buttermilk ¼ cawan minyak sun flower 1/2 cawan air suam +- **Almond flakes, pumpkin seeds n butterscotch jika suka Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih. Dalam mangkuk adunan, campurkan, garam, tepung gsndum, baking powder dan kacau sebati. Masukkan campuran yeast dan yogurt ke ...

12/4/2014- tambah ahli keluarga baru Selamat Pengantin Baru Ct Inu dan Aizat

assalamualaikum Alhamdulillah.....selamat sudah kenduri kawin ank saudara sebelah en suami ank dara ke 3 Bil. Ct Inu dan pasangannya Aizat Semoga bahagia ke akhir hayat... senyum riang di meja hidangan Next ,tiga anak dara tunggu giliran he hee

red velvet cupkek

assalamualaikum salam sejahtera buat semua Semoga sentiasa dlm lindunganNya penat nih tp gagahkan diri wat entry Dah seminggu mcm lama je tak update.  Ok jom layan cupkek bercheese ni pula ye. Layan tgk je.  rupanya taklah cantik, keja yg cepat siap nih. Tergesa-gesa sb nk kena ke rumah Bil yg buat kenduri anaknya Red Velvet Cupcake Oleh:   Azie Kitchen Bahan A : 3 1/2 cawan Superfine flour - ayak Bahan B : 170gm unsalted butter - lembut 2 cawan gula kaster 3 biji telur - saiz besar suhu bilik Bahan C : 6 sb red food colouring (saya guna 4 sb)  3 sb high quality cocoa powder 1 1/2 sk vanilla essence Bahan D : 1 1/2 sk garam 1 1/2 cawan buttermilk Bahan E : 1  1/2 sk cider vinegar (guna cuka biasa) 1  1/2 sk baking soda Cara cara: Panaskan oven pada suhu 170 C. Sediakan 2 atau 3 loyang bersaiz 9 inci (23cm) dan griskan dengan butter pada dasar loyang. Kemudian alaskan dengan kertas minyak...

kek gula hangus @ kek sarang semut

assalamualaikum lama juga tak makan dan buat kek gula hangus ni. mana satu namanya ekk kek gula hangus or kek sarang semut. mana2 je lah he hee dua-dua boleh kot. Sebelum ni dah banyak kali buat cumanya lain resepi. Jenuh fikir nak bawak apa last2 inilah jadinya , bekalan ke PD utk Family Day staff Taska. Menu tambah-tambah je. Yg lain menu Boss dah siapkan Jom tgk resepinya ye resepi kak Nor . Resepi asal   di sini tqqqqqqq kak Nor   KEK GULA HANGUS (resipi asal arwah emak K.Nor) secubitgaram 1 tin kecil butter (250gm) ~ boleh gunakan 1 ketul/bar butter 12 bj telur ayam 1/2 cawan susu pekat manis 4 cawan gula 2 cawan air 2 1/2 cawan tepung gandum ~ ayak 4 sudu kecil soda bikarbonat Cairkan butter dan biarkan sejuk. Goreng gula hingga hancur dan masukkan 2 cawan air. Kacau hingga sebati dan cair. Biarkan sejuk. Telur dikacau hingga cair (jgn dipukul) dan masukkan susu. Kacau hingga sebati. Masukkan butter cair, tepung...

muffin pisang bercoklat

Assalamualaikum salam sejahtera buat semua alhamdulillah. bersua lagi disini  smlm gagahkan diri buat muffin bila terpandang pisang2 yg dibawak dari kampung minggu lepas semakin ranum. hari2 wat cekodok tak jg habisnya pisang setandan ni last baru terfikir nak wat muffin  dlm keterpaksaan dgn air tak ada hari ni   kalu muffin pisang biasa mungkin tak ada sambutan itu yg buh cekolat kot2 dpt sambutan la kan Dpat dlm10 ketul je ,besau2 jg. kalu x abis bawak g taska kompemm  habis he hee muffin pisang bercoklat sumber resepi Rahel bahan-bahannya 3 biji pisang 2 biji telur A 3/4 cawan gula halus 3/4 cawan minyakjagung 1 cawan tepung 3 sb serbuk coklat 1st soda 1st esen pisang cara-cara blender pisang , gula,minyak dan telur masukkan dlm mangkuk besar ayak tepung, koko dan soda sebatikan  masukkan dlm cup dan bakar 20 minit 160c Terima kasih.......Jumpa lagi

Amie's 1st Giveaway : Debar Menanti Kelahiran

Assalamualaikum alhamdulillah....senyum lebar dan bersemangat  bila tarihk tutup giveaway k.amie ni dilanjutkan he hee mula2 baca tgk 31 mac, alamak terdetik dlm hati melepaslah nak join tp tup2 k.amie umumkan  tarihk dilanjutkan  14 tahun yg lalu tarihk 5 hb januari detik  bersejarah buatku yg telah selamat melahirkan anak sulong. Hari ini 5 hb April ku abadikan kembali ceritanya disini.  cerita pengalaman bersalin, yg pertama, kedua dan ketiga  cerita kelahiran anak pertama yg sukar nak lupa berbanding yg ke2 dan ke3. kelahiran ke 2 sangat2 mudah he hee ke3 jg agak mudah mungkin sb sudah ada pengalaman pengalaman pertama bergelar ibu emmm pasti semua lebih excited  he hee Waktu mengandung anak pertama ni lazimnya org lebih banyak bertanya pada org2 yg sudah punya pengalaman..nak tahu macamana sakitnya,susahnya ke apa2 lg. macam2 nak tahu dan mcm2 cerita didengar, sbnya setiap org ada cerita tersendiri yg berbeza betul ta...

musim bunga durian bermula.......mengamit

musim bunga lagi.... baunya harum semerbak bangun pagi hirup udara nyaman aghhhh sedapnya bauuu inilah pemandanganya....memenuhi segenap ruang di atas tanah belakang rumah Ayahanda bonda ohhh  bunga durian  mengamit memori jg....tetiba rasa rindu pada  ketika dulu yg telah hilang...yg telah  lama berlalu bukan saja durian, malah manggis ,rambutan semua tengah berbunga sgt lebat saat ini alhamdulillah kalu ada rezeki tak lama lg dptlah menikmati salah satu nikmat kelazatan di atas dunia pinjaman ini...  rasa baru saja menikmati buah-buah tempatan  beberapa bulan lepas adakala....ada sesuatu yg sukar nak diluahkan putaran masa membuatkan ku terfikir sejenak masih memikirkan sesuatu yg tak dpt dicoretkan atau diluahan dgn kata2 pena apa ye????entah bagaimana