assalamualaikum
selamat malam semua. emmm esok dah senin kan. 2 hari je
cuti esok mula cam biasa
cuti esok mula cam biasa
sarapan hari jumaat lepas ni, wat bengkang beras lagi kali ini dan ikut mencuba resepi di blog Fiza, versi pandan .
jom layan bengkang yg sedapp ni ye
BENGKANG TEPUNG BERAS
Sumber 1 : periuktanah.blogspot
Bahan-bahan:
300 gm tepung beras
150 gm gula pasir
1 sudu teh garam
1000 ml santan daripada sebiji kelapa
4 helai daun pandan dikisar halus- ramas dengan 1/2 cawan air dan dapatkan patinya
Cara membuatnya:
1. Masukkan semua
bahan ke dalam periuk dan gaul dengan whisk hingga sebati. (boleh juga
campur semua bahan di dalam mangkuk lain dan kemudian tapis ke dalam
periuk agar tidak berketul) Hidupkan api sederhana dan kacau sentiasa.
2. Apabila bancuhan mula berketul, perlahankan api dan terus mengacau hingga hampir pekat.
3.Angkat dan tuang adunan ke dalam loyang yang telah dilengser dengan minyak atau margerin dan ratakan.
4. Bakar pada suhu 300 darjah celsius selama 30 minit atau bahagian atasnya keperangan.
Sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong. Seeloknya, masak di waktu malam untuk hidangan pagi.
Sedapnya..... Tak pernah lagi cuba buat kuih ni
ReplyDeletetak pernah buat lagi wani bengkang dengan tepung beras .. hiii.. macam menarik jer kak..! boleh la nak cuba nanti :))
ReplyDeleteWOW.......sedapnya....kegemaran Yan nie.....tapi selalu buat putih je........
ReplyDeleteSalam saranur...cantik kejadian bengkang ni...kerak nampak garing :)
ReplyDeletesalam rindu kak nuri...lamanya tak ngintai dapo akak...bz ngalahkan presiden us..hihihi...
ReplyDeletemakaii..lamanya tak buat bengkang..jap nak cek tpg beras ada tak..garing2 tu sedappp
ReplyDeleteSalam MamaSara, sorry sgt2 kakpb tak dpt blog walking selalu. Sibuk dgn aktiviti surirumah, biasalah kan...masak, kemas, menggosok....kalau ngadap pc ni mau dua tiga jam:)
ReplyDeleteSedap ye MSN..acik hiasa makan bingka tepung gandum je
ReplyDeletesedapnya....sy suka kuih2 tradisional ni. Sedap2 belaka. Rajin betul akak buat kuih kan...
ReplyDeleteselalunya warna putih kan... kak ana pernah cuba sekali kurang menjadi..nnt nak cuba resepi ni pula..tq MSN..
ReplyDelete