Thursday, November 28

layan teater kanak2

 assalamualaikum

apa khabar semua
alhamdulillah ye sehat2 hendaknya

tengok teater kanak2 ni xtvt akhir bulan November 2013 bersama anak2 di taska . sblm melangkah ke bulan Disember pulak
tajuk citernya DANIAL DAN BAWANG HITAM
emmm best dan menghiburkan. Bagi anak2 ni yg firstime tgk memanglah teruja he hee macam ank dara Sarah ni he hee
lakunan di depan mata gitu kan. 



Ramai memenuhi auditorium Dewan Bahasa Dan Pustaka ini.
para pelakun nya jg ramai dikalangan kanak2lah kan
he hee kan teater kanak2 .
kisah macam bawang putih bawang merah cuma diubah suai jln ceritanya.



esok nak berangkat balik kampung
insyaallah nak habiskan masa dgn xtvt kat kampung pula
kenduri kendara banyak ni kan

ok jumpa lg jika diizinkan Allah s.w.t
Insyaallah mlm ni nk bertolak ke kampung halaman di Bt kurau Taiping perak. Lamanya x blk ni last raya posa lepas .
doakan perjalanan kami sekeluarga selamat sampai ke destinasi ye.

Tuesday, November 26

kek coklat mousse


assalamualaikum

bersua lg ...dalam cuti cuti sekolah ni, emmm apa cerita ye
Oklah kita terus ke resepi kek yg sempat dicuba sabtu lepas.

mula sekali nak ucap tqqqq buat
atas perkongsian resepi kek yg sedap ni . Syapex letak banana tp kita x sb pisang tak ada.tu yg Jadinya kek coklat mousse je. 
mula2 tgk tergoda tp terbantut bila tgk resepinya yg panjang berjela tu he hee ikut betul2 taklah susah sebenarnya.
3 step mula buat kek span coklat, mousse nya dan coklat ganache .moussenya memang sedap.
 ok jom layan,sedapppp



CHOCOLATE MOUSSE CAKE

C & P : Kak ita

Kek Span Coklat



-5 biji telur

-125 gm gula kastor [ aku letak 100gm ]
-1 sudu kecil esen vanila
-15 gm ovelette
-40 ml air
-100 gm tepung gandum ~ diayak
-20 gm serbuk koko ~ diayak
-1 sudu kecil serbuk penaik (baking powder)
-70 gm mentega ~ dicairkan

Cara-Cara

  1. Panaskan oven pada suhu 170C. Sediakan loyang 8 inc. Sapukan loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan kertas minyak.
  2. Campurkan gula, telur, ovelette, vanilla, air, tepung, serbuk koko dan baking powder. Putar semua bahan di atas hingga kembang dan ringan.
  3. Masukkan mentega cair dan kaup balik dengan spatula hingga sempurna.
  4. Tuangkan ke dalam acuan bulat 8 inc.
  5. Bakar pada suhu 170C ( bergantung pada oven masing-masing ) selama 45 mint atau sehingga kek di masak sempurna. Sejukkan kek atas redai setelah masak.
  6. Potong kek kepada 3 lapisan



Bahan Ganache Coklat



-150 ml krim tenusu
-20 gm sirap glukos
-260 gm coklat gelap ~ hiris halus [ aku letak 200gm ]
-20 gm butter
-1 sudu teh esen vanilla
-1 sudu makan paste almond atau 1 sudu makan Nutella ~ jika suka
-1 sudu teh paste orange atau orange Sunquick ~ jika suka


Cara-Cara

  1. Didihkan krim dan sirap glukos.
  2. Tuangkan dalam bekas yg berisi coklat gelap. Kacau rata hingga coklat larut sepenuhnya.
  3. Tambahkan butter, esen vanilla, paste almond dan paste orange gau rata.


Mousse Chocolate



-250 gm Krim Putar Bukan Tenusu Non Dairy Whipping Cream
-3 biji kuning telur
-80 gm gula aising
-120 gm mentega tanpa garam [ tak letak ]
-6 gm halal gelatin [ aku letak 1 sudu besar ]
-30 ml air
-120 gm coklat gelap


Cara-Cara

  1. Larutkan gelatin dalam air, caranya masukkan air dalam bekas dan taburkan gelatin atasnya biarkan ia mengembang. Kemudian panaskan dengan kaedah doube boiller hingga gelatin larut.
  2. Cairkan coklat gelap dengan kaedah double boiller juga.
  3. Panaskan telur kuning dan gula ising di atas kukusan ( kaedah double boiler) dan kacau tanpa henti hingga ia pekat.. Tambahkan larutan gelatin yang telah cair tadi dan kacau rata.
  4. Masukkan coklat cair dan gaul sebati. Ketepikan.
  5. Dalam bekas pemutar, putar Krim putar bukan tenusu hingga kental. Kaup balik krim dalam adunan telur hingga rata.
  6. Simpan dulu 

Tuesday, November 19

hari anugerah kecemerlangan 2013 & konvo Pra sekolah

assalamualaikum

selamat bercuti buat anak2 yg bergelar pelajar
majlis penutup Persekolahan bagi sessi 2013 di SKTK 1yg berlangsung sabtu lepas 16 november
Majlis anugerah buat pelajar2 yg cemerlang
dan juga utk anak2 Pra sekolah 6 thn 2013.
Tahun akhir kakak bersekolah disini, thn depan melangkah ke fasa baru sekolah menengah pula. Tinggallah adik sorang yg masuk tahun 1. 




peace yo he heee happy adik dgn kawan-kawannya
tahun depan uniform putih lak ye




utk kakak yg menerima result UPSR 
walaupun x dpt keputusan setanding abangnya dulu
alhamdulillah masih berjaya kan. insyaallah thn depan usaha lg dan  buat yg terbaik . Kakak cuma dpt 3A2C.mama abah tetap terima. Cuma harapan mama kakak jd anak yg SOLEHAH kelak ye. Dunia akhirat seiring itu yg utama.
Nampak sedihhh mulanya....tp happy sb English target A tercapai.Dapat jugak naik pentas ambik hadiah. 



Akhir persembahan lagu dan tarian oleh anak2 Pra sekolah
bkn main rancak menari he hee
dgn berbaju kurung make-up bagai.

bergambar buat kenangan masa akan datang. Video simpan utk tgk2 nanti.
selamat tinggal SKTK, pasni melangkah ke SMK pula.

Sunday, November 17

rombongan cik kiah ke Kelantan dan Trengganu

 assalamualaikum

entry khas jalan2 he hee al kisah rombongan cik kiah satu bas ke Negeri cik wan kembang Kelantan dan Trengganu kita.
Dah di pelawe oleh boss takkan nak tolak idaknye 
Firstime jalan2 naik bas (ikut rombongan) dulu masa sekolah ada le tp dah besau ni inilah kali pertamanye.
kami bertolak malam sampai pagi sebelum suboh. tempat pertama mestilah rantau panjang tempat pemes shopping tp lupa lak nak snap gambo sb excited sgt he hee pastu ke Pengkalan Kubur
shopping lagi. dah akhir sampai  hotel kat Kota Bharu rest
sblm jalan2 ke Pasar Siti Khadijah.
Masa form 5 dah kesini rombongan asrama masa tu, berbelas tahun sudah he eee. Rasanya masih sama cuma  jelas kelihatan kemajuan dan  pembangunan di Kelantan ni.
 tgk tu macam2 ada kat sini kan. dari yg kering ke basah.
Makan sup perut paling besttt, sedappp banget
nampak tak udang galah beso2 kat atas tu. emmm lalu snap gambor sb gerammm tgk udangnya yg beso. Sayur2 pun fresh belaka.


tak sahlah kalu tak ada batik kat Kelantan ni kan...iuhhhh cantik2 terpesona dan rambang mata sungguh.


hari kedua pagi seawal jam 7 kami gerk ke Trengganu pulak
berenti breakfas kat Pasir Putih pastu destinasi pertama singgah
tempat kopok lekor le dan Masjid Kristal ni.
Turun jap je utk snap gambar wat kenagan

pastu ke Pasar Kepayang Trengganu pulak
destinasi terakhir dah ni so turun shopping lagi
he hee macam2 ada jg kat sini. Batik trengganu pulak
dan tgk tu macam2 ada kat sini. serunding daging ayam, ikan


Rasa tak puas je jalan sini, he hee

Wednesday, November 13

popia nestum sedappp


Assalamualaikum semua

Selamat berpuasa pd yg berpuasa hari ni 
Sunat berpuasa 9 muharam. Sangat besar gangajaran pahalanya. Beruntung yg dpt berpuasa. 



            


 Entah apa pulak masalahnya ni nk wat entry xleh pulak. Emm godek2 kat hp la jadinya. Masih merayap-rayap ni.
Dpt msk gambar je td.

               Popia nestum kudapan sedap ni kejap je habis sebalang 
he hee
Nk membuatnya bercinta jgk masa menggulung tu aduhhhhh lengguh pinggang. Tp sebaik ada assistant kecik ni yg rajin he hee. Jdnya xlah penat wat sorang2.
resepi cp dari 

BAHAN-BAHAN

- 1 bungkus besar kulit popia
- 1 cawan nestum dikisar halus
- 1/2 cawan horlicks
- 1/2 cawan gula dikisar halus
- Telur sebagai bahan pelekat
- Lidi satay untuk menggulung
- Minyak masak

CARA-CARA

1. Gulung kulit popia dengan menggunakan lidi satay, tinggalkan 1-2cm untuk dilekatkan telur dan gulung hingga habis. 2. Panaskan kuali. Potong kulit popia yang telah digulung secara menyerong dengan gunting/pisau jarak 1-2cm.
3. Potongan kulit popia digoreng dengan api kecil hingga garing. Angkat dan toskan minyak.
4. Setelah kulit popia goreng sejuk, tabur dengan horlicks, nestum kisar dan gula. Gaul rata.
5. Simpan dalam bekas kedap udara untuk disajikan lain kali.
 elak kering dan sukar dipotong, tutup bekas berisi kulit popia gulung dengan kain lembab.

Sunday, November 10

sarah nur izzati


 ok ready jommm jalan-jalan dgn keta baru ku


ada yg nak ikut tak....


ooppppsss stop kena bayar dulu tau he heee


penat dah naik ni pulak ye

Thursday, November 7

apam beras lagi


assalamualaikum

salam tahun baru 1435H.
alhamdulillah...

apam beras lagi hari ni
baru beberapa hari lepas kan tayang apam ni
kali ni wat lg dgn sukatan penuh, sb ari tu separuh adunan
tak cukup pulak.



Apam beras

sumber: qaseyhoney.

bahan-bahannya

2 cawan nasi
2 1/2 cawan air
1 cawan gula
2 cawan tepung beras
2 cawan tepung gandum
2 st yis mauripan

cara-caranya

blend nasi dgn air sikit2 sehingga betul2 hancur
masukkan gula blend lagi
tepung beras dan tepung gandum digaul bersama yis
kemudian masukkan cecair yg diblend td
sebatikan
perap dalam 3 jam

panaskan kukusan dan kukus dlm cup kecil2

   Assalamualaikum Cuaca sejukkk pg ni hujan turun membasahi bumi seawal 7 pagi. ahingga jam 8 lebih tak jgak reda terpaksa la redah jga ke ...