Tuesday, July 31

kuih lapis lg


assalamualaikum

Satu keseronokan di bulan Ramadan ialah bila berpeluang tukar-tukar makanan dengan jiran-jiran kan. Menambah penuhkan meja takkala berbuka puasa. Kalau kat kampung dulu2 zaman sekolah rendah ada la trend macam ni tp skrg ni jarang dah kot.  Entah mana hilangnya, semangat kejiranan....Dulu tak ada bazar ramadan skrg kat kg bukan main ramai lg yg duk meniaga makanan ni, kuihmuih pun macam2 ada. Sb tu org kat kg pun keluar beli setakat singgit dua kuihmuih ni.
tp kat Kolumpur alhamdulillah masih ada jiran2 yg rajin hantar makanan ni. Walaupun tak semua, hari ni jiran sebelah kiri  esok jiran belakang. Untungkan...
tp bila org ngantor makanya kita kenalah membalasnya ye tak. he he Sebenarnya elok la gini kan kadang2 teringin nak makan bila buat mcm banyak la pulak so nilah peluang kasi jiran2 rasa airtangan kita. daripada tak habis membazir..

macam kuih lapis ni la, buatnya seloyang, makannya takpun habis seloyang pun, maklumlah menu lain tersedia tu. Bila bg jiran sepiring , dibalasnya semangkuk meehon goreng, bukanlah mengharapkan balasan tp terasa nikmat di bulan mulia ni...bertambah semangat rajin nak masak2 lg kan
Semangat kejiranan tu yg penting,,,

oklah jap lg budak2 nursery nak bangun, baik cepat2 menulis he he
kuih lapis ni dah beberapa kali tayang kat entry , masih resepi yg sama.  boleh tgk kat enty sebelum ni ye.
tak sempat nk c/p resepi lg sekali

SELAMAT BERBUKA PUASA..

Monday, July 30

ubi kayu rebus gula merah




 assalamualaikum

Selamat menjalani ibadah berpuasa buat semua. Alhamdulillah hari ke sepuluh sudah kita berada dlm bulan ramadhan yg mulia ini.
pejam celik je kan, rata-rata dah sibuk tayang biskut raya ye tak.


semalam sempat rebus ubi kayu yg dibeli kat nsk ni, beli seketul je untuk lepaskan keinginan. Lama jugak tak layan ubi kayu ni, kalu balik kg tu selalunya mak tanya nak ke korek ubi tp kebelakangan ni balik x sempatlah sb balik pun sb keaadaan pak yg tak sehat. Jadinya tak berpeluang intai apa yg ada sekeliling.
masa g nsk ternampak ubi ni terus ambik seketul.

feberet dulu2 takkala zaman sekolah lg ni.

resepinya simple jugak cuma bersihkan ubi dan rebus dgn air dan sedikit garam
dah agak empuk bolehlah toskan dulu
dlm periuk lain masakkan gula merah campur sedikit gula putih bersama sedikit air,
utk lebih harum masukkan sehelai daun pandan
jgn banyak sgt air nanti kuahnya banyak sb ikut cara mak sedap pekat2
dah pekat gula bolehlah masukkan ubi yg telah ditos tadi
dan siap utk dimakan

selamat berbuka puasa ye

Sunday, July 29

alhamdulillah.....fruit coktail utk berbuka

 assalamualaikum semua
alhamdulillah...perkhabaran yg mengembirakan bila pak dibenarkan utk balik rumah  setelah 5 hari berada kat wad. Syukur sangat2, pak jg nampak baik dari sebelumnya. Tak putus2 doa dipanjatkan agar kesihatan ayahandaku pulih walaupun tak sepenuhnya tp tetap bersyukur. Ya Allah  Berilah kami anak-anaknya ini peluang untuk terus berbakti kepada ibu dan bapa diatas segala pergorbanan mereka berdua.
Sukar nak digambarkan takkala melihat pak menanggung kesakitan seperti ini..kalaulah boleh kutanggung pasti aku akan menerimanya..


seminggu sudah kita menjalani ibadah berpuasa, pantas kan masa berlalu. Hari sebelum ni memang asyik tapau je, tak ada mood pun nak masak2. Tp tiba-tiba sangat teringin nak makan fruit coktail ni.
ahhh lega dpt hirup buah-buah dalam tin gini...sedapp.
resepi yg simple cuma masukkan dlm mangkuk dan Tambah air  laici dalam tin serta hirisan tembikai.letak ais batu sikit. nak lg sedap letak aiskrim vanila kan.
memang sedap. Semalam jenuh jg cari tembikai, wah mahal tembikai la ni, setengah biji sederhana dah 6.50 hinggit
Dua tiga hari ni  Cuaca  pun memang panas kan sekarang, terasa asyik teringat kat air je. Berbuka dgn segelas besar air cukup kenyang. Makanan tolak tepi. Nasi pun tak teringin langsung dah, sahur lagilah tak selera, alhamdulillah nasib baik perut tak meragam, dpt tunggu sampai ke petang. Itulah kan dah niat nak berpuasa pasti Allah tolong jg
Anak2 pun alhamdulillah..kakak dan abang balik sekolah je masing2 melepek je he he sian.

oklah SELAMAT BERSAHUR DAN BERPUASA BUAT SEMUA YE

Friday, July 27

tapau hari-hari....terima kasih semua

assalamualaikum

hari ni hari ke 6 kita berpuasa ..hari ke 4 jg pak berada di wad. Hari2 juadah berbuka beli ala kadar, 
bungkus mee goreng pun ok dah.cukuplah alas perut kan. Pak pulak alhamdulillah ok sikit ,walaupun masih lemah sb tak ada selera nak makan. nak lagi makanan kat spital ni kan.
Kesian tgk pak, makan ini tak sedap, itu tak sedap
macam2 pulak tu pantang larangnya, berminyak, manis ,masin semua tak boleh. Makan buah pulak menjadi-jadi batuknya. Aisshh pening jugak duk fikir apa yg nak suh pak makan ni..

dlm pada tu duk tertanya-tanya apa agaknya en. suami dan anak -anak  beli utk  berbuka disana.
mesti kakak dan abang is beli mcm2 ni, tau je lah kan budak2. Masa lapar semua nak, nampak sedap je tp bila time berbuka sikit je makannya. Abang is paling suka buah melaka, si kakak kalu ada nasi beriyani ok sangatlah tu. air pulak mesti sorang 2 gelas...betul2 melantak depa ni..kan


Berbanyak-banyak terima kasih pada yg memberi kata2 semangat dan mendoakan ayahandaku ini cepat sembuh. Terima kasih kerana  memberikan kekuatan utk terus  hadapi semua ini.


Tuesday, July 24

dugaan di bulan Ramadhan


Assalamualaikum

Hari ke 4 kita semua menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yg mulia...seronok tgk yg berkesempatan menyediakan menu2 utk berbuka mahupun bersahur buat keluarga tersayang.
Pastinya lazat2 dan memenuhi selera kan.
Insyaallah ada kesempatan teringin sekali nak menyediakan jg. Cuma masa dan keadaan  tidak mengizinkan.
Bila jadi begini berbuka dgn segelas air pun kenyang rasanya. Dah tak terfikir makanan2 lazat yg sebelum ni terbayang-bayang...
Dalam kepala ikutkan macam2 plan nak masak. apapun
Tetap bersyukur walaupun puasa kali ini keluargaku diuji dengan keadaan kesihatan pak(ayah) kat kampung yg tidak memuaskan. Dugaan..
 Hari ke 3 puasa pak kena tahan di wad lg sebab sakit dada dan sesak nafas.  Hati ni memang la sedih. tp akan
sentiasa cuba ingat pada kata2 Hidup kita manusia akan sentiasa diberi musibah dan ujian di dunia sementara ini. Pasti Allah telah aturkan yg terbaik buat kita kerana setiap yg berlaku ada hikmahnya


sebagai anak tetap mendoakan pak sembuh seperti sediakala. Boleh berpuasa , bersahur dan berbuka bersama-sama macam dulu. Paling sedih tgk mak, bila keadaan jadi macam ni mak yg makan tak menentu . Memang dah tak berselera.

Ya Allah berikanlah kami kekuatan dan kesabaran....Aminn

Thursday, July 19

Selamat berpuasa semua

 assalamualaikum semua

alhamdulillah ...sampai jg akhir Ramadhan kali ini. Syukur kerana masih diberi peluang utk menjalani ibadah kali ini. Semoga kita semua sama2 menghayati erti ramadhan yg sebenarnya.

SELAMAT BERPUASA SEMUA


hari ni nak tayang masak lemak kuning ikan kap rumput yg en.suami dapat tempohari. Dah beberapa minggu masaknya tp baru hari teringat nk letak entry he he
ikan kap ni suami dpt hasil dgn jala di kolam ye , kat kampung hari tu. Alhamdulillah memang sedap ikan ni
isinya putih je, manis sb ikan baru dpt dan dari kolam air bukit pulak tu
emmm memang sedap tau
rasanya blogger pakar dlm bab masak2 lemak ni kan. Biasa2 je masaknya janji ada kunyit, santan cukup lemaknya, cili padi sikit sb sI sara ni tak mau pedas tp masak lemak memang feberet dia. 
nak lagi kalu yg opah buat uihhh laju je dia makan nasi.
suker tgk kalu dia makan nasi ngan masak lemak kuning stail opah ni he he

okey jumpa lagi ye...
SELAMAT BERPUASA YE BUAT SEMUA TEMAN2..

Saturday, July 14

pulut durian santan ganti nasi

ASSALAMUALAIKUM


mood nak memasak memang tak ada, masak pun yg mudah ahamdulillah dikurniakan anak2 dan hubby  yg suka makan simple goreng fries, goreng nugget, goreng telur hu hu terukkan mama ni rentah kenapa, makan pun rasanya malas hu hu tp terpaksa makan jg kan...alangkah bagusny kalau tak makan tp masih boleh kan kehidupan tanpa masalah lapar atau peningg
merepek agaknya hu hu

balik kg baru2 ni dpt merasa lg pulut durian dgn santan gini, kali ni memang pulun sakan. memang tak pandang nasi dh kalu ada pulut ni.

jom layan ye..

http://www.youtube.com/watch?v=bKzXPIqrx6k&feature=player_embedded

Thursday, July 12

manggis oh manggis


Salah satu buah-buahan tempatan kegemaran saya ialah buah manggis. Pasti ramai  yang sukakan buah manggis ni kan.  pokok manggis ni berbuah di musim buah durian. Kata orang, kalau banyak makan buah durian, bolehlah makan buah manggis banyak-banyak kerana buah ini menyejukkan badan.
 Paling tak lupa saat kait buah manggis  masak yang berwarna ungu dan memakannya di bawah pokok memang syok he he tu dulu2 masa zaman sekolah aaar . Sebab pokok manggis ni memang banyak di tanam orang dulu2. Bersepah kat kampung Yg rendah siapleh panjat lagi. pastu Berebut-rebut ngan kenkawan sapa paling banyak dapat kait. Sedapnya makan pula kat tepi sungai rumah arwah Toklong. 
Tp arwah tok jg selalu pesan jangan makan buah ni kalu dalam pantang  , nak lagi kalu menyusu badan , nanti urat kembang


Sumber mengatakan manggis berasal dari Kepulauan Sunda dan Maluku (Moluccas) di Indonesia. Pokok manggis boleh mencapai ketinggian dari 7 hingga 25 m tinggi (20~80 kaki). Putik manggis berwarna hijau pucat atau putih, semasa dua hingga tiga bulan pembesaran, buah manggis akan berwarna hijau yang lebih pekat. 

Rasa isinya yang lembut dapat digambarkan sebagai manis-manis masam .Manggis memang sedap dimakan pada bila-bila masa, paling sedap ketika menghadapi ‘morning sickness’. Salah satu keunikan manggis ialah, walaupun dari mana datangnya buah manggis itu, rasa isinya tetap sama, berlainan sekali dengan buah durian, rasa isinya banyak dipengaruhi oleh jenis dan di mana ia ditanam. Maknanya, tidak kiralah sama ada ia manggis negeri Perak atau Johor atau Pahang atau Siam sekalipun, rasa isinya tetap sama.



Terlalu banyak khasiat dan kebaikan manggis terhadap kesihatan tubuh. Kandungan flavonoid dan flavon di dalam isi buahnya dikatakan mampu merangsang antioksidan lain termasuklah vitamin C dan E. ini sekaligus menguatkan sistem imun tubuh. Ðari hasil satu penyelidikan, buah asli Asia Tenggara, buah manggis dikatakan dapat menghasilkan xanthone iaitu zat yang terbentuk dari hasil penyisihan kulit buah manggis. Xanthone mempunyai aktiviti anti-inflamasi dan anti-oksidan.

Alpha-mangostin dan gamma-mangostin yang terdapat dalam xanthone dipercayai memiliki kemampuan mencegah pelbagai penyakit serta mempunyai kesan anti radang lebih baik daripada ubat anti inflamasi lain.

Xanthone jenis ini juga dikatakan mampu menghindarkan pelbagai jenis penyakit yang disebabkan oleh peradangan seperti arthritis dan Alzheimer serta bermanafaat mencegah pertumbuhan sel kanser dan tumor. Kangungan alpha-mangostin dan gamma-mangostin pada buah manggis juga bersifat sebagai anti bakteria.

Manggis juga mempunyai Cathechins, Polifenol dan Polisakanida yang berkesan untuk menjadi agen antioksida semulajadi dan juga bahan anti bakteria dan anti kulat. Selain itu, buah manggis juga mengandungi zat besi, niasin, kalsium, protein, serat, vitamin B1 dan B2.
Selain isi buah manggis yang banyak khasiat, bahagian lain juga boleh digunakan untuk tujuan ubatan. 


Kulit buah manggis telah digunakan secara meluas di India sebagai ubat cirit-birit. Kulit buah manggis sekitar suku inci tebal dn mengandungi astringen.


Masyarakat Cina mengunakan kulit pokok manggis bagi mengubat cirit-birit. Kulit manggis yang telah direbus dikatakan mampu dijadikan ubat sapu bagi melegakan masalah sistitis. Manakala kulit manggis yang telah direndam semalaman dikatakan mampu dijadikan sebagai ramuan masalah cirit-birit kronik.

Hirisan kulit manggis kering yang telah dijadikan serbuk boleh digunakan sebagai ubat yang cirit-birit yang teruk diiringi darah . Ramuan serbuk kulit manggis yang telah dijadikan minyak pula dikatakan mampu dijadikan sebagai ubat sapu masalah kulit seperti ekzema



Daun dan kulit pokok manggis pula dikatakan boleh dijadikan sebagai ramuan bagi merawat masalah jangkitan seriawan, cirit-birit, disentri dan masalah urinari. Air rebusan akar pokok manggis pula dikatakan boleh digunakan sebagai ubat bagi mengatur haid. Ekstrak kulit yang dikenali sebagai ‘amibiasine’ pula dikatakan mampu dijadikan ubat bagi rawatan ameba disentri.

Thursday, July 5

kek pelangi-semoga serimu menyinariku


 assalamualaikum

alhamdulillah bertemu lagi...dah siap pakai baju ye kek rainbow ku he he dah tak seksiiiii
ala pakai baju yg comot2 je, sb tukang pakaikan tu tak berapa gembira. Hati masih lg berduka lara  hu hu
hentam je lah...minggu yg cukup serabai rasanya,macam2 dlm fikiran ni,badan je masih disini hati fikiran melayang-layang kat kg tu, kalaulah boleh terbang sekarang jg pasti terbang ke sana.
setiap hari mendoakan..semoga ayah tercinta kembali seperti biasa.
namun dari kejauhan ini hanya doa yg dpt dilakukan...

insyaallah, petang jumaat akan bertolak ke kampung menjenguk ayah dan mak. Apapun yg berlaku kelak akan diterima dgn redha. Keluarga adalah segalanya walaupun kerjaya kini amat disenangi.. Doakan yg terbaik ye buat kami sekeluarga...

ok jumpa lg babaiiiiiiiiiiii

Tuesday, July 3

kek rainbow yg tak pakai baju



assalamualaikum semua

taraaaaaaaaaa kek raibow impian sudah keluar tp malu la he he post gambar kek tanpa baju ni. 
tak sabau2 nk posink kan. dahlah comot-comot tu
kes tak cukup krim he he kena ke kedai cari krimwell dulu la pulak.
kek rainbow ni terhasil ada bersebab tau he he ....ceritanya bila tinggal telur putih dlm mangkuk , telur kuningnya sudah kena adun utk sapu biskut mazola dan jg wat krim kastad tart fruit. Itulah maka terhasilnya kek rainbow ni...

tak nk citer panjang2 ye sb hati tengah berduka, tp cuba ceriakan dgn kek warna warni ni.
nanti post lg gambar yg siap make-up ok.
resepi boleh rujuk  disini ye blog JUICY CAFE

TERIMA KASIH ...jumpa lggggiiii

Jam 12 ready chekout☺️☺️ anak2 dara plan nak mkn dimana hee hee Last2 ktrtnya nk singgah Gpo je situu ada  tmpt mkn Cuaca elok alhamdulillah...