iklan

Sunday, 23 December 2012

kek kurma moist tanpa telur


assalamualaikum

Apa khabar ...sehat2 ker?
rindunya lama masuk sini....masih bersiaran dari Taiping Bandar Warisan. Sb masih lg berada kat Kg. Curi2 masa sambil menunggu di Pusat Dialisis tgk blog kejap..dah beberapa hari tak sempat nak tgk. Tentu banyak ketinggalan masakan2 kawan2 .

.
Kek kurma moist tanpa telur ni buat sblm blk kg minggu lepas.
Memang sedap sgt2 lembab kek ni. dptlah bawa balik ke kg sbagai buah tangan daripada kosong kan. Kita blk 3 beranak naik bas jadinya tak dptlah bawa mcm2. Satu beg pun tak terbawa kan.

Mak tak makan telur tu yg cari resepi tanpa telur. Lagipun bhn2 utamanya kurma kan bagus tu. Kurma stok thn lepas lg ni he he

resepi asal dari myresipi.com
oleh ADURA
digandakan sukatan oleh mama saranur

Bahan-bahan

  • 3/4 cawan susu kotak/UHT
  • 3/4 cawan gula halus
  • 1/2 cawan minyak sayuran/masak
  • 1 cawan tepung gandum
  • 18 biji kurma yg lembut (kalau kurma keras, boleh rendam dgn susu semalaman)
  • 1 sudu teh baking soda
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 genggam kecil gajus/cashew nut (optional)

Cara-cara

  1. Buang biji kurma dan kisar kurma hingga halus 
  2. dengan sedikit air. Masukkan kurma dalam bekas 
  3. mixing.

  4. Masukkan bahan cair tadi, minyak, gula dan susu. 
  5. Biarkan gaul hingga sebati. Masukkan tepung, 
  6. baking soda dan esen vanilla. Cashew nut tu 
  7. ditumbuk halus dan campurkan. Kalau tak suka tak
  8.  payah, tapi cashew ni bagi kek rasa lemak2 gitu.
  9.  Bakar kek dalam 35 minit pada suhu
    180C. Kalau kek tak melekat kat lidi, dah

     masak la tu.
    Selamat Mencuba.



9 comments:

  1. salam mama,
    nampak sedap kek tue...zila minat jgk kek camne..:)kecurr la pulak..he heh

    ReplyDelete
  2. salam mama sara nur... sedap nya tengok kek kurma nie... kita pun sama ngan zila tu..kecur la pulak..hehehe

    ReplyDelete
  3. akak... nani penah tengok chef anis yang kecil2 molek tu, masak kek kurma utk mak dia.. dia buat sos kastad tuang atas kek kurma tu.. mmg meleleh2 tengok sedap... :)

    ReplyDelete
  4. nampak sedap kek kurma ni.. kat rumah akak pun ada lagi sikit stok kurma masa puasa aritu.. hehe..

    ReplyDelete
  5. Memang nampak moist betul kek kurma tanpa telur ni .... sedapnya!

    ReplyDelete
  6. sedap nampak.. boleh dicuba nanti.. simpan resepi dulu yer laling.. :)

    ReplyDelete
  7. Sedapnya...dah terbayang time minum petang ni..

    ReplyDelete
  8. Assalammualaikum kak Sarah, saya mohon share resepi kek kurma tanpa telur & lain2 resepi kakak yg menarik yer dgn keluarga & kwn- kwn saya. Wassalam

    ReplyDelete

kata-kata manis