Tuesday, September 4

acara makan2 biskut raya kat Taska








kenapa aku diuji


KENAPA AKU DIUJI


QURAN MENJAWAB :
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
(Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAMKAN
QURAN MENJAWAB :
"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al-Baqarah ayat 216)

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB :
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Surah Al-Baqarah ayat 286)

KENAPA RASA FRUSTASI?

QURAN MENJAWAB :
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
(Surah Al-Imran ayat 139)

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB :
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
(Surah Al-Baqarah ayat : 45)

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB :
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... "
(Surah At-Taubah ayat : 111)

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB :
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
(Surah At-Taubah ayat 129)

AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB :
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
(Surah Yusuf ayat 12)

rEnuNGkan LAh BerSAma Di blog UmI

Saturday, September 1

buah rambai yg masam manis


assalamualaikum 

bersua kembali masih lg  mood raya kan dengan open house sana sini, sessi menambah berat badan he he
nak lagi hari cuti ni jemputan sana sini, bukan saja oh dgn yg buat majlis kenduri kawen pun ada. yg dekat yg jauh. Yg mana termampu alhamdulillah dptlah tunjukkan muka ye kan bila org jemput tak sampai hati pula taknak dtg. Bukanlah nak makan sangat pun tp utk eratkan ikatan persaudaraan yg telah terjalin.


wokey sebelum sambung entry raya kita layan dulu buah tempatan yg satu ni ye, ada yg tak kenal tak? he he inilah buah rambai namanya buah anggur malaysia kata my son he he buah penghujung musim dah satu2nya buah yg ada masa blk kg beraya, durian rambutan manggis dah selesai . Skrg duk berbunga semula pokok2 durian rambutan dan manggis ni. Nampaknya kalu ada rezeki thn depan dptlah merasa lg.
buah rambai ni anak2 tak reti makan pun dgn rasanya yg masam2 manis tp ada yg betul2 manis bila cukup masaknya ye. Mmeang sedap bila makan memang tak leh berenti tau he he satu satu dikupas masuk dlm mulut. Sedar2 dah habis sebesen ha ha maklumlah kita ni hantu buah semua buah belasah je
pokoknya agak tinggi yg mana dahan rendah tu blhlah dijolok tp yg tinggi terpaksalah org memanjatnya ye.
yg ni anak buah panjat bila dipaksa makciknya. Dpat seguni bawa balik KL, penuh bonet keta.
cakap dgn mak pasni boleh suruh org panjat dan jual. Sbnya dah tak ada sapa yg nak ambik lg daripada membazir camtu je kan. Nampak org duk jual kat tepi2 jalan tp x pasti harganya berapa.
kalu x silap org Negeri Sembilan wat masak lemak kulitnya kan, ikut cerita SIL yg duk sana la tp x penah pulak kami kat Perak masak gitu. Suka makan mentah2 ja. Pokok2 rambai ni lazimnya banyak kat tepi sungai, dulu2 kat sungai rumah arwah tok memang ada je pokok rambai ni. Balik sekolah sambil lepak tepi sungai itu sambil makan rambai he he

Friday, August 31

selamat menyambut HARI KEMERDEKAANke 55



Selamat menyambut hari kemerdekaan yg ke 55 thn...semoga keamanan dan kemerdekaan in menjadi milik MALAYSIA untuk selama-lamanya. Amin

SAYA SANGAT BERBANGGA KERANA MENJADI RAKYAT MALAYSIA
I LUVVVVVVVVVV MALAYSIA

MERDEKA MERDEKA MERDEKA 

Tuesday, August 28

raya tahun 2012

assalamualaikum.

salam aidilfitri buat semua....masih beraya lg kan. masih di bulan syawal...  org2 bandar time ni la nk beraya dgn kawan2 jiran2selepas beraya di kg halaman. Seronok beraya? biasanya ank2 yg seronokkk mcm masa kita kanak2 duluuuu. pakai baju baru dan dpt duit raya, jln2 pusing satu kg pun tak kisah. Seronoknya bila kenang dikala zaman itu. cuma skrg tgk ank2 byk dpn tv layan cerita. bukan apa nk biarkan ank2 jaln sendiri risau kan sb skrg mcm2 hall.. tp thn ni raya kat kg  kurang satu family je kakak sulong dan anak2nya beraya di Pekan pahang x blk kalu tidak tak muat penuhh umah tokki opah.
bayangkanlah 6 keluarga, 2 masih single, cucu seramai 23 orang  4 cucu masing2 dah berkeluarga dan cicit pulak dah 6 orang. memang riuh kalau semua ada.

bergambar pun x cukup semuanya ni abang kakak ipar anak beranak, adik dan isterinya tak dada masa ni, masing2 ada yg kat dapur blm bersiap dan ada yg dah keluar entah mana he he nak tunggu karang hilang mood mak pak nak bergambar pulak so snap je yg mana ada je la kan

sempat bergambar dgn mak dan pak. alhamdulillah syukur sgt2 dpt beraya di kg. tahun ni pak tak pakai baju melayu pun hu hu walaupun adik ada beli sepasang. Memang kurang ceria sikit tp lepas suruh bergambar baru pak tukar baju cantik ni. Mood raya tak ada memandangkan kesihatan yg tak memuaskan. pak x dpt berpuasa maybe sb tu mood raya tak ada.kalu tahun2 sudah pagi2 raya pak awal2 dah kena ke masjid untuk uruskan apa yg patut baru kami anak beranak ikut ke sana utk solat aidilfitri tp thn ni pertama kali pak x dpt solat hari raya memang rasa lain sgt. kalu solat pak kena duduk kat kerusi sb kakinya tak dpt dibengkokkan.  ni kira oklah sb pak nampak bertambah sihat berbanding masa di bulan puasa. Tak dptlah nk beraya ke rumah sedara mara pak kat Kuala Kangsar dan kat Lenggung.
ni adikku yg keja kat Penang ngan 2 anaknya tema coklat, 2 budak baju hitam tu anak abang tema campur2 he he mamanya cheff sibuk kat dapur je.

yg bergambar kakak kat Taiping bersama anak teruna dan 2 anak daranya. baju merah 3 anak bujang kakak no 2.

 tokki kalah dgn pujukan cucunya utk bergambar tahun ni he he

OK SELAMAT BERHARI RAYA BUAT SEMUA....AMPUN MAAF ANDAI ADA KEKHILAFAN

Wednesday, August 15

SELAMAT HARI RAYA ADILFITRI buat semua

Assalamualaikum

Ramadan bakal meninggalkan kita hanya beberapa hari lagi dan pastinya Syawal akan tiba, Hari kemenangan untuk semua umat islam yg telah menunaikan rukun islam  BERPUASA.

Dikesempatan ini daku mengucapkan SELAMAT BERHARI RAYA buat semua TEMAN-TEMAN
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin ....mohon maaf  andai ada salah dan silap sepanjang mengenali di alam maya ini.
Pada yg akan pulang ke kampung halaman masing2 utk bersama ibubapa sanak saudara sahabat handai
di ucapkan selamat pulang dan pastinya kepulangan yg dinanti diharap sampai destinasi dgn selamat.

BERHATI-HATI KETIKA MEMANDU.
PANDU SELAMAT JIWA SELAMAT.




Insyaallah kami sekeluarga jg akan pulang beraya pada hari sabtu ini ke kampung di Bt Kurau Perak
Jemputlah singgah ye.

Tuesday, August 14

coklat chips famous amos

assalamualaikum

Salam 25 ramadan,yg kian menghampiri Syawal. zap zup zas masa berlalu...bestnkan.ya kalu dah ready semuanya. hari ni badan pun suam2dah suara dah serak2, bahang panas kat luar buat tekak sangat2 perit. tu blm lg keluar jln2 cam org lain, shoping moping kat jln TAR ke..hu hu
tak terdaya rasanya w/pun hati ni memang la teringin nk tengok2..

pasal biskut2 je lega dah siapkan beberapa jenis, jadilah kan. yg mudah simple dan kesukaan ank2. Cam coklat chips ni kali 3 buat pun pertama awal2 habis kedua ada je seblng lg jd kena buat lg utk stok raya he he memang sedap kata si abg dan kakak. emmm sahur pun dingapnya bila takda selera dgn benda lain.
memanng best rangup dan baunya menusuk dari luar. Last part ni si abang yg buat barulah dia tahu penat jg buat biskut he he
mula2 tengok di blog kak Asma disini sangat2 teringin nak mencubanya memandangkan budak2 ni memang suka beli kalau ke Wangsa Walk tu. Kan baik buat sendiri lebih banyak hasilnya.
 disini utk rujikan sendiri dan sesiapa yg nk mencuba ye


BISKUT COKLAT CHIPS FAMOS AMOS HOMEMADE
Sumber Asal :KAK NADZ
Copy n paste :kak Asma, KAK Q n KAK DIANA  

Bahan di ayak:

  • 280 gm ( 2 1/4 cawan ) tepung gandum
  • 10 gm ( 3 tsp ) serbuk koko
  • 2 tbsp tepung jagung
  • 1/2 tsp soda bikarbonate
  • 2 tbsp susu tepung
  • Secubit garam
Bahan2 lain
  • 250 gm mentega(guna buttercup aje)mama guna csc
  • 150 gm gula kastor>>yg ni kita kurangkan ke 110g
  • 1/2 tsp asen vanilla
  • 1 biji kuning telur
  • 100 gm ( 1/2 cawan ) coklat chip _ boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa>>yg ni mmg kena kurangkan sbb manis klu letak byk2
  • 100 gm sebarang kekacang ( walnut, badam, gajus dan lain² yang dicincang ) _ Diana bubuh gajus cincang >>yg ni cuma letak bdm, nxt time buat letak kekacang kurangkan coklat cips.
  •  Kismis _ Optional ( boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa )


Cara2
  1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.
  2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
  3. Masukkan bahan² ayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.
  4. Masukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata.
  5. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar yang dialas dengan kertas minyak.
  6. Boleh juga diuli menjadi bebola² kecil dengan menggunakan tangan. Susun di atas dulang pembakar.
  7. PERHATIAN! JANGAN LETAKKAN BEBOLA RAPAT² ANTARA SATU SAMA LAIN KERANA BEBOLA INI AKAN MENGEMBANG DAN MELEPER SEWAKTU PROSES PEMBAKARAN.
  8. Bakar pada suhu 160°C selama 15 - 25 minit bergantung kepada saiz bebola² adunan anda menggunakan api atas dan bawah.
  9. Sejukkan dahulu biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.


SELAMAT BERPUASA





 5 November … selamat hari lahir buat adik bungsu Adik bungsu bujang terlajak sorang ni Dari minggu lepas dia Wassap nak suruh hantar KFC  d...