Thursday, October 4

cheese tart inti bluebery akhirnya depan mata

assalamualaikum

Sebelum tayangan gambar2 masa balik kg minggu lepas, nak tayang dulu Cheese tart blueberry yg sgt2 yummy ni..emmm memang rasa syok sgt menyuap ke mulut kalu tak sedar rasanya habis dah semuanya he he haiyaa bertambah-tambahlah gemuklah badan ni. bila masanya nak kurus2 ni.... entahlah .nak diet jgn haraplah kan , nak jogging lagilah...akhirnya terima hakikat diri seadanya kan kan...he he
pertama kali cuba ni tentulah byk kekurangan kan, terutama dari segi rupa parasnya tu..tp rasanya bg empunya yg buat ha ha sedappp je. Lemak2 cheese tu dan shellnya pun sedap ranggup.
alkisahnya buat cheese tart ni bila sgt2 terdesak dah, terpaksa buat bila tarihk akhir cream cheese akan berakhir lg seminggu hu hu seb baik terbuka hati nak tgk rupa-rupanya cream cheese daku ni sikit lg rupanya kalu idak dah membazir kan bila cendawan keluar.
 ada pulak anak dara sorang ni yg tak sabar2 nak tgk hasilnya dan bila siap je sibuk pulak ofer nak bergambar sekali he he

ok resepinya di  c/p dari blog yg sangat2 suka melawat utk melihat kek-keknya yg cantik2.Rahel sangat berseni tangannya tu... http://rahelblog-rahel.blogspot.com  TQQQ Rahel


Blueberry Cheese Tart
Sumber:Buku Resepi Tat & Brownies
sumber:Rahel

Bahan untuk kulit tat:
500g tepung gandum
250g mentega sederhana lembut
120g gula aising
2 biji kuning telur
2 sudu teh esen vanila
2 sudu teh air sejuk

Cara:
1.Satukan tepung gandum dan gula aising.
2.Campurkan mentega dan digaul sehingga menjadi serbuk yang kasar.
3.Masukkan esen vanila,kuning telur dan air sejuk.Uli menjadi doh lembut.Rehatkan doh
   selama 15 minit.
4.Canai dan terap doh ke dalam acuan tat.Bakar dalam ketuhar selama 20-25 minit pada
   suhu 170'C.
5.Keluarkan dari ketuhar dan ketepikan.

Inti Keju
500g keju krim
120g gula halus
50g mentega
2 biji telur
Blueberry fruit filling secukupnya/Blueberry pie filling

Cara:

1.Masukkan blueberry fruit filling ke dalam bag piping.Kemudian paipkan sedikit ke dalam
   kulit tadi.Ketepikan.
2.Pukul keju krim,mentega dan gula halus hingga kembang dan lembut.
3.Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
4.Kemudian masukkan ke dalam bag piping dan paipkan ke dalam kulit tat tadi.
   Kemudian dot2kan blueberry fruit filling di atasnya sebagai hiasan.
5.Bakar lagi selama 15 minit pada suhu 180'C.



Tuesday, October 2

petrosains KLCC

 ASSALAMUALAIKUM SEMUA
sehat2 belaka ke...alhamdulillah andai diberikan kesihatan yg baik kan
hari ni dptlah masuk kesini setelah 3 hari berada kat kampung. kat kampung biasalah kan...tak ada line tenet mana ada can nak tgk blog ni. tp andai ada pun mana sempat kot he he banyak benda , kawasan nak melawat lg, tinjau2 apa ada sekitarnya. Itu dah biasa kerjanya tiapkali ada kat kg. sibuk di dapur lagi uihhh mengalahkan apa lagi kan...nantilah kita masukkan cerita di kampung pulak. skrg tak sempat un nak masukkan gambor2nya
 sebelum tu layan gambar2 kat KLCC, program jalan2 beberapa minggu sudah, masih dlm syawal sebelum ke OH kitaorg sempat singgah KLCC bila anak2 sibuk ajak ke Petrosains ni. Dah beberapa kali dtg tp tiapkali dtg sini timenya agak lewat so yg jaga tu syorkan xyah masuk rugi katanya, tu yg pagi2 dtg dlm kol 10. Betul pun kalau masuk dah jam 3 tutupnya 5 ptg sekejap x puas jelajah Petrosains yg macam2 ada ni. nI Puashati berjam-jam duk dalam ni tengok semua yg ada

Tiket masuk  hari tersebut murah la pulak kanak2 cuma 5 hinggit, dewasa 15 hinggit.


 anak bujang sorang ni memang minat sangat dekat sains dan benda2 sealirannya, memang dari kecik minatnya ke arah itu...masih simpan kertas2 lukisannya tentang enjin kereta, lakaran rekaan tv entah apa2...suka dia teroka yg kita tak tau ni. jadi bila kesini puaslah hatinya tu dpt tgk macam2. siap nak ke pelantar minyak, masuk sorang2. kitorg yg pompuan jalan2 je


 dinosor pun ada seekor...siap nyanyi2 he he kelakar pun ada..



kalu ke KLCC tak sah kalu x masuk sini bebudak ni

ok hanya disini ...gambar2 yg sempat disnap..

TERIMA KASIH JUMPA LAGI YE

Thursday, September 27

Sarah Nur Izzati----cahaya kekuatanku

 ASSALAMUALAIKUM

Pelik tak hari ni entry gambar anak dara bungsuku ini ...bukan hari istimewanya pun besdaynya lambat lg bulan januari. tp hari2 tanya kenapa besday adik lambat lagi mama..hu hu dah beri jawapan tp tetap x puashati..tanya lagi...lagi dan lagi. last2 mama x jawab dah he he

tahun depan 6 tahun dah prasekolah..sekali pandang kecik je macamnan la agaknya nanti kalu g tadika tanpa mama ni kan... bila bgtau dia ok je katanya adik baik2 je kat sekolah nanti. cikgu kan ada.
pantang disuruh berposink....nak je..kamera mama penuh gambar dia je he he
kat taska ni bibik paggil nenek Sarah, sbnya mulutnya yg tak bereti ngomel ngalahkan maknenek tau..
kawan2nya habis kalu bab bercakap dialah dulu.
entah mana diikutnya ramahtamah gitu, bila bila jumpa kawan2 sekolah mama dulu semuanya terkejut...isshhhh lain benor dgn mamanya zaman sekolah..yg sunyi sepi he he

sebenarnya post gambar ni bila rasa rinduuu pulak kat kampung halaman ..dah sebulan kan tak balik
bila belek2 ternampak anak dara sorang berposig atas kereta hu hu amat2 rasa rindu. Telepon mak ayah lepas raya tentu sunyi kan,,,, adik terua yg ada sorang tu, jangan haraplah tak lekat punya kat rumah..kalu tak g keja tidur je lah sepanjang hari.

harap2 hujung minggu ni dpt  gaji dan dpt balik ke kampung....h he h bestnya
yg pastinya dptlah terjah kolam ikan . Buah durian kecik2 lagi.



Tuesday, September 25

tart fruit again

ASSALAMUALAIKUM

salam sejahtera buat semua yg sudi berkunjung ke sini. Terima kasih jg yg sudi komen...sayang semua muahhhhhh
hari ke 2 ank2 tahun 6 menghadapi PSRA....semoga anak2 dpt dpt mejawab soalan2 dg baik ye.

nak mulakan dgn apa ye...sgt ketandusan kata2
apa kata layan je lah gambar2ya he he tart fruit  yg entah kali keberapa cuba..cuma skrg buat utk tambah pendapatan sampingan. Alhamdulillah rezeki kan..jadi kesukaan anak2 jg.
sedap sungguh kalu dpt layan tart ni kan

resepi sebelum ni dah ada letak rujukan blog  http://www.tiffinbiru.com/2011/12/ yg sgt dikagumi kerna kreatif dan kerajinannya memasak berbagai menu. tq ye en Mat


JUMPA LAGI ....INSYAALLAH...

Monday, September 24

chicken chop & lamb steak sempena besday abah


assalamualaikum

alhamdulillah bersua lg ye. n3 makan2 layan besday en suami yg jatuh pada jumaat 21 september..usia berapa?? he he agak2 berapa ye. Tak kisahlah kan angka je tu yg pasti darling ku tetap dihati he he
sempena besday kita makan2 je...mama memang takde mood nak membaking kek sendiri macam sudah2. sorry ye abah..mama belanja makan steak tp nanti abah bayaor balik ye ha ha
abah pilih lamb steak emmm sedapplah dan anak2 teruna dan dara sorang tu macam biasa chicken chop dan adik funfries lah apalagi.
sebelum makan disini  ke Wangsa Walk cari kek besday,abah tp bila sampai kat sr tu masing2 ada kek pilihan sendiri pulak si adik and mama memang suka coklat indulgent ataupun cheese kakak biasa la carrot cheese seb baik la kek carrt tu habiss he he tp abang ni pula minat sgt ket kek pecan buttercorch.takkan 3 sekali nak kot.kempis la poket kalu beli dua2 ni dahlah whole 85++ hu hu pengsan mama akhirnya buat kata sepakat beli 3 potong indulgent dan 3 buttercorch...baru puashati masing2 dpt makan ikut citarasa sendiri kan..besday boy si abah no komennnnnn he he korang yg nak makan kan abah layan lamb steak dahhh





dah kenyang la tu....layu je mata si adik. makan kat sini best sb pemandangan belakangnya KLCC dari jauh la ye he he
sedapkan adikk kek ni he he
si abang Is kusyuk layan chiken chop dia...tak pandang kiri kanan dah...sedapnya
kakak tiasha layan indulgent kek sb carrot kek habiss ...alim kakak malam ni berbaju kurung dan bertudung sb baru balik dari sekolah agamanya yg adakan solat hajat.

Azeezah Al-Ansar berdekatan SRAI Taman Keramat de kat rumah je ni he he memang pilihan dari dulu lg cuma dulu kalu x salah ownernya lain skrg lain rasa pun ada la sikit lain tp stil sedap
harga chicken chop RM9.50 dan lamb 10.50. nasi goreng cina RM 4.50
air2 buahnya RM 2.50.

kalu suka layan steak bolehlah singgah disini makan2

Friday, September 21

udang ala rendang

 assalamualaikum

apa khabar semua hari ni...harap2 sehat belaka kan. sudah menikmati makan tengahari  agaknya kan kita belum lg entah nak makan apa ...
hari ni dahpun hari jumaat.kan.penghulu segala hari... 21 hb september besday encik suami ..hampir terlupa walaupun awal2 dia ada duk hint2 je he he saja je buat x tau ...tgk apa agaknya reaksi. kek pun x buat @ beli pun tgklah esok nak wat surprise.. belilah je malas pulak nk membaking skrg ni Anak2 dah tanya dari minggu lepas lg nak beli apa hadiah utk abah ni...dah tak ada idea  tiaptahun minyak wangi je tahun ni nak bg kelainan lah. Tgk tepon abah tu lama dari dulu sama...beli tepon ok gak kan he he tp nanti claim balikkk okeyy  boleh gituu


sebelum tayang kek besday kita tgk je udang yg masak ala2 rendang ni yek..udang ni memang feberet encik suami tersayang...kalu ada depa mata tak hinggat dia kat isteri dah...lupa yg isterinya ini tak makan udang hu hu kesiankan...sebenarnya ada cerita disebalik kenapa tak makan udang..story dulu2 lagi. bukan sb elegik ye tp memang tak makan. kalu ak cerita panjang...biarlah jadi rahsiaku he he

okey resepi udang ni macam rendang biasa je macam rendang ayam tu...serai kunyit santan, cili padi kalu suka pedas kerisik bahan2 utamanya. cuma bezanya tukar ke udang je. main blend semua pastu masak hingga kering. simple kan
mesti tahu kan..


okey tak leh story mory panjang sb tengah lapar kena cari makan dulu 

jumpa lagi

Wednesday, September 19

jamuan raya Taska di penghujung raya

assalamualaikum

hari ni nak masukkan n3 jamuan raya taska di penghujung syawal..buat kenangan akan datang
jemputan para ibubapa yg menghantar anak ke nursery dan jg yg anaknya transit disini.
Alhamdulillah ramai yg dpt hadirkan diri, dptlah beramah mesra he he ada jg yg tak dpt hadir maklumlah cuti 3 hari kan ada yg nak balik kg atau bercuti ke luar.
Hari yg banyak jemputan rumah terbuka jg tp tak dptlah hadir hu hu sb kena menyibukkan diri kat taska
antara tetamu awal sampai...sempatlah snap bila dah ramai kamera entah kemana dah sibuk nk layan pula. Gaya anak2 yg riang gembira...

antara menu2 yg sempat disnap...mula jamuan jam 1 tengahari hidangan utama nasi puti dan laukpauk beserta ulam sambal tempoyak. sambal udang, masak lemak rebung, ayam masak kicap ayam goreng ikan masin pun ada. Laukpauk i semua dimasak oleh my boss @ cikgu Lina dan dibaNtu oleh kami semua. tP tolong potong je apa yg patut he he Kuihmuih order dan ada jg makanan dibawa oleh ibubapa yg baikhati.  mAMA  xdan makan pun hu hu sibuk menyambut tetamu tengok2 dah habis he he

kuihmuih pun ada, nugget utk budak2 dan macaroni goreng. Bila dah habis nasi baru keluarkan mee kari, laksa ,lemang dan rendang, roti jala, dan putu mayam. Air soya, taufu fa dan cendol pun ada..

tamat 6 petang...siap berkemas apa yg patut he he tapau lebihan air cendol dan taufu fa. pastu balik dah kepenatan...seb baik isnin tu cuti kan dptlah merehatkan diri

last baru dpt menyelit he he ok ye ceritanya...JUMPA LAGI

 5 November … selamat hari lahir buat adik bungsu Adik bungsu bujang terlajak sorang ni Dari minggu lepas dia Wassap nak suruh hantar KFC  d...