Wednesday, February 27

hokaido chiffon cupcake

 assalamualaikum

salam sejahtera semua
alhamdulillah hari yg cerah dan nyaman pagi ni, sebelah petang pula kat KL ni setiap hari hujan. Jadinya pagi2 pokok2 nampak segar selepas disirami hujan



ok hari ni nak kongsi cupcake Jepun ni sb namanya Hokaido kan.
sgt2 sponge sebab chiffon he he. memang sedap makan bersama creamnya. Nak pula selepas disimpan dlm peti ais. emmmm sgt2 yummy.  Memang tak tipu anak2 sy sgt suker, si abang dan kakak layan habis cupcake ni tau. Walaupun dah lama blogger masakan duk tayang tp baru2 ni sempat mencuba. 

Biasa la kan kita ni memang suker buat bila dah reda ...he hee
resepi cp dari blog dapurkakyah  tq ye Kak Yah
boleh try ye. memang sedapppp



5 bji putih telur

1 sudu teh krim of tartar(boleh ganti dengan sedikit garam halus)
80gm gula kastor



Cara Merringue...
Pukul putih telur bersama krim of tartar dan kemudian masukkan gula.  Pukul lagi sehingga beku atau kental(bila diterbalikkan tidak jatuh)



5 biji kuning telur
30gm gula kastor
40ml minyak jagung
40ml susu segar
1 sudu teh esen vanila
60gm tepung kek
25gm tepung kastad
1 sudu teh beking powder(kesemua tepung dan beking powder diayak bersama)



Pukul telur bersama gula hingga sedikit kembang.  kemudian masukkan minyak dan susu. Pukul lagi seketika.
Masukkan tepung yang telah diayak tadi.  Kacau.
Masukkan putih telur tadi(merringue) ke dalam adunan kek dan kacau secara kaup dan balik.
Panaskan oven terlebih dahulu.
Masukkan dalam cupcake dan bakar selama 20 minit dengan suhu 180C .(5 minit pertama guna api bawah sahaja dan bakinya guna api atas dan bawah)



Kastad
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar tepung gandum
6 sudu besar gula halus
400ml susu segar
2 biji telur
2 sudu besar mentega



Sebatikan dahulu tepung dan susu dan masukkan ke semua bahan lain dan masak atas api yang perlahan sehingga pekat dan licin.


Apabila cupcake sudah masak, masukkan kastad dalam paipping (guna nozle muncung tajam) dan tekan dalam kek.Kek kita jadi berinti di dalamnya.


Cara membuat tepung kek
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
Campurkan dan ayak.  Dah siap tepung kek kita..tapi ini untuk secawan tepung kek..resepi di atas 60gm aje..jangan masukkan kesemuanya...


Tuesday, February 26

my 1st hadiah GA...tqqqqq


assalamualaikum semua

apa khabar ...

nak kongsi kegembiraan dpt hadiah GA yg kali pertama sertai ini.
Best kan masuk ke dunia blogger ni he he

sebelum ni selalu jg tengok2 GA tp tak turut serta sb.....memang tak reti pun. sb kena buat entry bagai kan

cuma bila my 1st GA ni dibuat oleh http://asyifamustaffa.blogspot.com/ terus join , mudah tak perlu buat entry.
alhamdulillah berjaya walaupun tempat ke 2
 tqqqqqqqqq Syifa, akak dah terima hadiahnya. cantik 2

jg terima kasih pada http://www.penbiru.com/ sb bagi saguhati pada akak yg kali kedua join GA nya.
Insyaallah lepas ni bersemangat nak join mana2 GA dah he heee

Sunday, February 24

mandi sungai burmese pool



assalamualaikum semua
selamat berhari mingguuuuuu

ada yg bersantai-santai tu kan. bestnya. Kadang2 hari ahadlah yg paling ditunggu hari utk bersantai kat rumah bersama family. Boleh jg main masak2 kan.
ok mood santai kita wat entry saat dan ketika balik ke kg lepas. Maka sempatlah kita bersantai di tempat sejuk gini. Sungai ni bukan dekat kgku tp kat rumah kakak d Taiping nun. Berhampiran bukit Larut dan Taman Tasik Taiping. Burmese pool namanya.
ktorg awal  dlm 10 pagi gitu, lepas antar pak ke pusat dialisis. Dlam masa nk tunggu pak habis tu jam 3 ptg so terus menghala kesini. Tak plan pun ,dekat sgt dgn umah kakak Taman Sentosa.
 Dulu ada dtg masa tu rombongan ke Bukit Larut he he ingat2 lupalah lama sudah kan. tp sejak kakak berpindah duk sini dptlah peluang kali kedua dtg mandi manda. Tak mandi pun cuma si abang dan adik je berendam mama abah dan kakak tgk2 je pastu rendam kaki..
mula2 sampai ada beberapa kerat je org pastu, berduyun2 org ramai, maklumlah cuti raya cina kan. Masing2 dtg berfamily bawa bekalan . Syok tgk diorg berkelah. Kitaorg makan kopok dgn air tin je he he pastu dah sejuk gigil2 di adik dan abang ni terus ke rumah kakak makan tengahari. Alhamdulillah ada rezeki kebetulan rabu kakak off he he 
ok sure pasni balik Tepeng akak singgah sini mandi manda dan kata en asben plan dulu bawa bekal makanan baru bestt he hee

Saturday, February 23

roti manis



assalamualaikum

selamat berhari minggu

hari ni nak kongsikan resepi roti pula. Lupa la hari apa buat he eee sebelum raya cina lg tp x sempat nak transfer dari hp ke laptop tu yg lambt wat entry. 



ikutkan tak rajin sebenarnya nak meroti-roti ni. 
Lainlah ada bm tu tp cuma satu sebab iaitu sayangkan tepung roti yg masih ada separuh peket tu. Kalau biarkan pasti expired date lah. Biasa kan duk simpan dalam peti ais. 

cari resepi di blog http://www.jintanmanis.com yg sgt pandai meroti dan banyak resepi2 roti di sini-dohasasrotimanis 
tqqqqqqqq Ros

banyak jg dapatnya jenuh la makan, 
cicah dgn air milo pun sedappp

Friday, February 22

hanya padaMu



Selamat malam

Sejak dua menjak ni banyak drama2 kat TV tayang cerita2 yg menarik kan. Pelakon2nya jg hebat.
Nak kata sy peminat tegar drama tak juga tp sejak kali pertama menonton drama slot Zehra pada hari jumaat malam sabtu ni terus buat mata terpaku depan TV he he 
Hanya Padamu....dengar lagu temanya pun best.
Heronya jg pelakun hebat ..lakunan yg cukup berkesan Beto Khusyairi  dan Heroinnya walaupun baru tp nampak bagus disamping pelokon hebat lain

paling suker jalan ceritanya...terselit pengajaran

lazimnya kalu drama2 atau filem melayu ni mesti ada org jahat yg dengki, khianat sesama sendiri dan berpura-pura baik di depan tp belakang emmmm sebaliknya. Mneyampah nak tgk. Dah sinonim kot dgn sikap org melayu.
ahhhhhhh tak suker macam tu tp kalu sikit2 tu ok lagi jgn sampai
berlebih-lebih lak kan.

ok jom layannnnn Hanya PadaMu
Sinopsis Drama Bersiri Hanya Padamu

Thursday, February 21

donut gebussssssssss

ASSALAMUALAIKUM

Selamat Malam teman-teman

gebussss kan nampak donut ni, memang iya lembut je tau

nampak model donut di bawah ni he heeeeeeeee yum yumm

sebab menjadi ok dan sedapp baiklah kita share dan panjangkan resepinya semoga bertambah pahala dan rezeki 
si empunya asal ye. TQQQ IzahDaut


RESEPI DONUT LEMBUT IML
Sumber : Izah Daut

Bahan-bahan :
  • 2 sk yis mauripan
  • 1/4 cawan air suam
  • 1sk gula
*satukan bahan diatas dan biar berbuih utk memastikan yis aktif.

  • 3 cawan tepung gandum
  • 4 sb gula
  • 1/2 sk garam
  • 2 sb susu tepung
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan air - kurang lebih
  • 2- 21/2 sb butter / marjerin


Cara-cara :
  • Satukan tepung, gula, garam, susu tepung ke dalam mangkuk yang besar. Gaulkan sekata dan lubangkan tengah2 tepung. Tuangkan telur, air, yis dan marjerin. Uli sehingga llicin atau tidak melekat ditangan. Biar kan doh didalam bekas yang berttutup atau tutup menggunakan tuala lembab sehingga doh kembang.
  • Bila doh kembang tumbuk2 untuk keluarkan angin dan boleh bentukkan donut anda.
  • Biar sebentar donut naik *15-20 minit* dan goreng dengan minyak panas dengan api sederhana kecil.
  • Salutkan donut dengan gula halus atau celupkan dengan coklat.
  • Sedia dinikmati.

penggunaan BM(breadmaker):
  • Masukkan bahan2 mengikut turutan arahan BM masing2.



Wednesday, February 20

cucur jawa

assalamualaikum semua

Biasa la kan lepas  balik dari  kampung cerita pun banyak berkisar di sana je.
Cucur jawa namanya tak pastilah kenapa nama ni diberi kat kg.
seingat dulu2 kan cucur ni mesti ada dibuat takkala kenduri arwah.
Masa zaman duk sekolah rendahlah, kan dulu bila ada kematian mesti wat kenduri mula2 3 malam pastu malam ke 7 dan bila masuk 40 hari. Skrg idak lagikan. kita kanak2 masa tu tak faham sangat yg tahu bila kenduri ni seronok je sb ada makan2 free kan pastu meriah . emmmm skrg senang nk makan cucur jawa ni,kalu gi pasar pagi atau malam memang selalu ada jual.
lazimnya masa tu  petang makcik2 kakak2 sibuk buat cucur jawa ni utk makan2 dan masuk dlm tupperware yg bakal diberikan pada tetamu. Kita masa tu tgkkk je he he pastu makan.
Sampai sekaranglah memang suker, kakak sepupu sangat pandai buat cucur jawa ni. tp kan bila tanya resepinya susah sikit nak ikut sb sukatannya lain sikit. Jadi sb nak makan kita google he he banyak resepinya dan bagai2 jg. Cuma samada ok atau tak, kelembutannya tu penting. Kalu jadi memang lembut dan sedapp. Kena try and test sendiri dulu. Firstime dulu wat tak jadi cantik terlalu banyak minyak pastu agak hitam sb guna gula merah sepenuhnya. Jadi ejas gula merah + gula putih supaya nampak cantik sikit. Bentuk pun bagai2 he he inilah yg nampak agak cantik wakakaaa bolehlah kan...rupa kat tepi tu penting utk menampakkan rupa cucur jawa ni
for 
resepi ikut http://syakitchen.blogspot.com TQQQQQQQ


sumber resepi:surieya ariffin
olahan:sha ahmad

bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 cawan air kelapa(sha guna air paip je)
1 cawan air
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir(sha kurangkan 3/4 cawan je)
secubit garam

cara-cara:
1)sebatikan semua bahan perap seketika
2)kemudian goreng menggunakan minyak yang agak banyak sehingga tenggelam paras kuihnyer
3)goreng dengan api perlahan

Syukur alhamdulillah Langit membiru skrg❤️ Pergi sudah ‘jerebu’ yg melanda