assalamualaikum semua
alhamdulillah, kembali lg
balik dari kampung ni masa agak terbatas sikit sampaikan nak wat entry pun asyik tertunda
pulak tu dilanda selsema beberapa hari lepas.
biasa la kan perubahan cuaca skrg ni, sblm ni sejuk skrg panas.
tgk pokok2 dah layu,ada yg mati pun nak lagi dlm pasu tak bersiram ni. Masa kat kg cuaca angin panas tp airnya makin sejuk.
biasa air kat kg memanglah sejuk sb air gunung tp blk kali ni sgt2lah sejuknya macam air dlm peti ais tau.
emm pagi2 nak ambik wuduk mengigil la, mandi tengahari pun masih kesejukan. Hujan agak lama x turun sampaikan pokok2 nampak layu sgt.
lepat labu berinti kelapa putih ni sempat buat utk sarapan pagi isnin lepas. Lebih daripada buat masak lemak.
lama x layan lepat ni, kalu kat kg peluang nak buat lepat2 lebih terbuka he heee sb daun pisang senang dpt, pulak tu free je
boleh pilih yg elok2
kalu sini beli alamaknya daun nya buat sakit hati je.
dahlah daun keras koyak pulak tu kan,
luarnya nampak elok kat dalam emmm
resepi kita main agak2 je he heex ikut sukatan spesifik
alhamdulillah jadi yg penting terasa labunya bkn rasa keras tepung
dan terasa inti kelapa lemak2 masinnya
menepati citarasa sendiri