Skip to main content

Posts

Showing posts from 2014

selamat bercuti

ASSALAMUALAIKUM Selamat bercuti buat anak2 

coklat chips famos amos sedappp

assalamualaikum alhamdulillah...syukur masih diberi peluang meneruskan kehidupan diatas dunia ini syukur masih diberi ruang  utk menghirup udara segar.. Kehidupan kita ibarat roda  yg sentiasa berpusing ke atas dan ke bawah...apapun yg berlaku kena terima dgn Redha bak kata 2 ini yg cukup bermakna LIFE IS LIKE A BOOK SOME CHAPTERS ARE SAD, SOME ARE HAPPY AND SOME ARE EXCITING BUT IF YOU NEVER TURN THE PAGE, YOU WILL NEVER KNOW WHAT THE CHAPTER HAS IN STORE FOR YOU apapun yg terjadi kehidupan tetap kena teruskan..... emmm  okey sambil layan diri smlm sempat layan keinginan nak makan cikut coklat chips ala famos amos ni. keinginan anak-anakanda sebenarnya. Biskut kegemaran ramai kan. Bau yg sgt2 mengugat he hee kembang kucup hidung time membakor cikut ni. ha haa alhamdulillah dpt satu bekas wat kudapan. sedappp  ranggup rasa yg sempurna cam puji diri sendiri pulak ye sungguh tak cakap bohong,memang sedap biskut coklat c...

macaroni bakar

assalamualaikum alahai nape plak takleh komen kat blog dgn hp ni uwaaaa...dpt tgk je blog2 kawan2 terpaksa pendam hasrat buat sementara harap takda yg lupa ya bila kita jarang komen jiwa meronta-ronta  jg ni ye la kan biasa boleh la time2 tengahari tu curi2 tgk blog sambil tunggu budak2 transit ni blk. ini dpt tgk je lah no komen2 kalu kat rumah masa nk ngadap laptop masa agak terhad huhu kes cepat terlena nak wat entry pun asyik tertangguh firstime buat macaroni bakar ni suka suka he heee ramai yg mengemarinya jg. macaroni siap dimasak tunggu nak masuk oven sos yg sedia  jommm layan

goreng pisang or pisang goreng cheese

assalamualaikum apa khabar semua teman2 alam mayaku sedar x sedar dah November kan, penghujung tahun bakal tiba jg skrg jg musim hujan ,petang2 lazimnya KL ni akan hujan siap sedialah payung ye. untungnya pokok2 disirami air setiaphari alhamdulillah...apapun syukur padaNya. apapun yg diberi kita terima dgn gembira kita cerita tentang pisang hari ni he hee sbb sana sini nampak org jual pisang goreng cheese kan, demam cheese kah.  emmm setakat ni kita pun dah terjebak membelinya,  3 tempat yg berbeza dah try he hee nak rasa sedap sangat ker pisang goreng cheese ni dan bila beli ditempat yg berbeza blhlah bandingkan.   p engomen utamanya en suami. setakat ni belum ada yg blh lawan kesedapan rasa  pisang cheese yg en suami makan waktu kat Sabah . katanya lah.... rupanya pisang  goreng cheese ni pisang digoreng pastu buh cheese yg diparut dan sblm tu buh jg susu pekat. alkisahnya....tp teman ni kat kg memang suka makan pisang ...

victoria sandwis kek

assalamualaikum selamat petang semua. dah siapkan makan petang  emmm hujan2 ni lapo je kat sini cuaca sejuk lepas hujan, alhamdulillah segar pokok2 disirami air taklah rajin ye, tp teringin nak rasa sendiri kek yg nama omputih ni dah buat kita tahu dah sedap ker tak  kan kadang2 apa yg org kata sedap tu tak semestinya  sedap  jg di tekak kita ni. kek ni cam kek biasa atau kek butter tp dilapisi jem strawberry dan letak krim sikit sb tu namanya sandwish  sedappp  jom tengok resepinya, hasil carian di goggle pencarian terhenti di sini  juicycafe.  tqqq ya tp akak wat separuh daripada sukatan ni dulu bahan-bahannya 250 gm mentega 200 gm gula kastor 4 biji telur A 1 sdk perasa vanilla 250 gm tepung superfine* 1/2 sdk serbuk penaik* - *satukan dan ayak 1 sdb susu segar Bahan-bahan filling.. 300 gm jem strawberry - gaul agar tidak berketul 150 gm freshcream - pukul sehingga kental 1 ...

kuih kaswi pandan

assalamualaikum kelmarin buat kuih kaswi pandan  atas permintaan en suami. Sebab tak sempat nak beli gula merah kita buat le versi pandan kaswi ni salah satu kuih feberet gak paling suka makan yg kenyal2 gitu kan lulur ngan kelapa parut tu yg buat sedapp goggle2 cari resepi ,berkenan dgn resepi kaswi  kak Azlita ni alhamdulillah sedapp tqqqq  kak  .azlitamasam manis sukatannya kita doublekan sb nak dpt satu loyang KASWI PANDAN 4 cawan air pandan-blender daun  pandan 2 cawan tepung gandum 2 sb tepung ubi 2 sb tepung beras 1 1/4 cawan gula 1 sb air kapur bblender semua bahan2 diatas kemudian tapis maskkan dlm loyang yg telah disapu sedikit minyak @ lapik plastik kukus dlm 40 minit

apam nasi

ASSALAMUALAIKUM SALAM MAAL HIJRAH SEMOGA PERJALANAN KEHIDUPAN KITA SEMUA LEBIH BAIK DARI SEMALAM ALHAMDULILLAH HARI INI DIBERI KESEMPATAN DAN  MASA YG TERLUANG PAGI2 BANGUN SEMANGAT BERKOBAR-KOBAR NAK WAT SESUATU UTK BREAKFAS LAMA TAK BUAT APAM NI SALAH SATU KUIH KEGEMARAN EMAK TERINGAT BILA DTG SINI SURE PAGI2 MAK SUH BELI APAM NI. DULU SEBUNGKUS SINGGIT DLMNYA ADA 10 KETUL PASTU KURANG JADI 9 DAN 8 TP BARU2 NI BELI DAH TINGGAL 6 KETUL RUPANYA  SEBUNGKUS SINGGIT TU HUHUU ITULAH PERUBAHAN SEIRING MASA DAN ZAMAN APAPUN WAT SENDIRI AMBIK KAU MELAMBAK JENUH MAKAN JOMMMM APAM NASI 2 CAWAN NASI-BLENDER HALUS DGN 3 CAWAN AIR 2 CAWAN TEPUNG BERAS 1 CAWAN TEPUNG GANDUM 1 CAWAN GULA 1 PEKET YIS MAURIPAN BLENDER SEMUA DAN BIARKAN NAIK 1-2 JAM PANASKAN KUKUSAN KUKUS 10 MINIT

rendang daging

assalamualaikum Salam Maal Hijrah selamat menyambut 1 muharam 1436H ALHAMDULILLAH syukur masih diberi peluang menikmati kehidupan di atas muka bumi ini. AAminn wokeyy  terajin nak update menu tak seberapa ini rendang daging, daging korban rendang daging ni makan dengan nasi putih pun sedapp kalu dpt lemang @ ketupat wat cicah lg sodappp resepi cp dari kasihaleeya.blogspot.com  tqq ye resepi-rendang-daging Bahan-bahan . 1 mangkuk daging dipotong kecil sedikit daun kunyit dan daun limau purut dihiris kerisik (beli kat pasar dah siap) 1 bungkus santan (rm2) 3 sudu cili kering blend 2 keping asam keping Bahan Blend 5 bijik bawang putih 1 biji bawang besar 5-6 cili padi (aku guna sikit sebab budak nak makan) 4 batang serai 1 inci halia (besar ibu jari kaki) sedikit kunyit hidup Cara-Cara campak daging dalam kuali.. biar sampai keluar air.. api kecik je..  bila dah kecut sikit daging tu.. air dah...

ucapan

cekodok lemak manis

assalamualaikum salam dihari minggu. bahagianya hari ni dpt rehatkan diri  awal pagi bangun sunyi sepi je gembiranya andai setiap kali hari ahad cam gini he hee sambil menikmati cekodok lemak manis dan air teh o wahh berangan sekejap jangan mare ye ok jom layan mata, meh la sapa yg nak join he hee

onde-onde labu

assalamualaikum Selamat petang semua alhamdulillah bertemu lagi ya cuci mata dgn onde-onde labu @ buah melaka labu pula  ada banyak buah labu kat umah tp agak kecik2 buahnya. Yang besar2 semua dah pembekal ambik kot tinggal yg kecik2 ni je kata bil. Mungkin sb musim kemarau hari tu so buahnya agak terbantut. kecik2 comel blhlah. tp isinya tetap kuning cantik. mcm2 leh wat dgn labu ni kan, masak lemak, pengat ,cekodok dan paling best onde-onde . Resepi  Rohah , tqqqq ye akak cp disini ya ONDE-ONDE LABU Oleh;rohah Bahan-bahan; 1 cawan labu -  lenyek halus 2 cawan tepung pulut 1/2 sudu kecil garam - lenyek bersama labu Inti; Gula merah atau gula melaka secukupnya Bahan lain; Kelapa parut Garam halus  Cara; 1.Satukan labu yang dilenyek tadi bersama tepung pulut.Gaul rata hingga sebati. 2.Bulat-bulatkan adunan, leperkan dan masukkan gula merah/ gula melaka.Tutup semula dan gentel membulat. 3.Didi...

kek marble

ASSALAMUALAIKUM Tak tau nak makan apa....kering idea tp list berderet tu yg harus dicuba he hee bukan apa sering kecundang niat di hati kadang2 dah beli barang2 ,bawa keluar dari fridge dah tppp.....waaaa lepak2 atas katil pastu terlelap ha haa selalu gitulah kalu hari bekerja  ni mata cepat benor nak terlelap so tunggu hari cuti le kesian kita kan ni la kek sempoi yg sempat diadun utk makan2 lama x layan kek cam gini kan jom intai resepi sempoinya KEK  MARBLE 2 CAWAN PLANTA 2 CAWAN GULA HALUS 5 BIJI TELUR 2 CAWAN TEPUNG BERSERBUK PENAIK ESEN VANILA CARA-CARA PUKUL GULA DAN PLANTA HINGGA KEMBANG PUTIH MASUKKAN TELUR SATU PERSATU ESEN VANILA DAN AKHIRI DGN TEPUNG WARNAKAN SEDIKIT DGN COKLAT BAKAR 170C -45MINIT

puding cheese

assalamualaikum alhamdulillah kembali bersua disini jom layan puding cheese pula ya ni kes tersalah agar2 tau he hee  terletak serbuk agar2 kaler hijau beli 2 peket satu clear satu hijau konon utk wat kek pandan layer tp tersalah pulak he  hee tu yg jadi puding ni kaler ijau. apapun jadi dan tetap telan sedapp lemak2 biskut cheese resepi skodeng diblog syapex.   suka jalan2 kat dapur Syapex ni macam2 menu menarik. tqqqq ye dik PUDING CHEESE By:  AlongRoz@HomeKreation Saiz 8" persegi Bahan-Bahan -13g Serbuk Agar-Agar -1 liter Air -120g Gula -3 biji Telur -120-150g Biskut Cheese - blend halus -1 sb Tepung Kastad -400ml Susu Cair -200g Susu Pekat -50g Mentega cara-cara 1. masak agar2 dgn air hingga hancur masukkangula dan kacau sehingga sebati 2.pukul telur, campurkan dgn biskut dan tepung kastad dan jg susu kacau selalu 3.tuang ke dlmadunanagar2 td dan dikacau biarkan hinga mendidih dan akhir masu...

SALAM AIDIL ADHA

Selamat hari raya aidiladha @hari raya korban Tak dpt blk beraya Kali ni Terasa sgt sunyinya Ye lah tak sama sambut raya kat kg, walaupun td kat masjid solat raya. Apapun redha terima Tgk gambar2 raya Aidilfitri je lah sbgai pengubat hati. kenangan raya AIDILFITRI 2014

waffle sedapp

assalamualaikum selamat pagi minggu jom sarapan dgn waffle sedap dan mudah ni makan panas2 ranggup lg ni mcm2 boleh letak jem, kaya  peanut butter atau sapu nuttella semua sedap waffle bahan2nya 2 cawan tepung kek @ tepung kek 2st yis 2 sb gula secubit garam 1 biji telur 1 cawan susu segar 1/2 cawan air suam 3 sb butter cair gaul semua hingga sebati\atau blend je biarkan sekejap dlm 15minit tuang dlm acuan tunggu nmpk agak perang siapppp mudahkan, 

kek pandan kastad

                                   Assalamualaikum Seperti yg dijanjikan nk update resepi kek pandan kastad. tak boleh coleteh panjang sb mata dah nak terpejam he hee RESEPI KEK SPAN  Recipe by:  Sweet4ever @ My Resipi Tried by:  Nadz @ovenkecil.blogspot.com Bahan-bahan : 150 gm tepung superfine 1sk serbukpenaik 150gm gula 5bijitelurA 1SB OVERLATTE 80ml air pandan 80ml minyak 1 sk pes pandan pewarna hijau cara-caranya 1satukan gula overlatte serbukpenaikdan telur dalam mangkuk adunan pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dgn kelajuan tinggi perlahankan kelajuan dan masuk air pandan pes dan pewarna pukul lg hingga kembang dlm 2 minit gaulkan minyak atau mentega hingga sebati bakar dlm45minit 180celcius bila dAH masak telangkupkanatas redai dlm 5minit utk elakkan kek mendap RESEPI KASTAD JAGUNG (Adaptasi da...

21 september...happy birthdayyy to Abah & kek pandan kastad

alhamdulillah.....21 september. Meraikan harijadi en suami kami berempat, sb  si abang takada kat umah simple. mama watkan kek kastad pandan kali ni Sarah yg excited wat persiapan, buat kad besday khas utk abah,susun piring tak sabar dia dari malam tgk mama wat kek hari istimewa utk abah katanya. Semoga abah diberikan kesihatan yg baik selalu aamiin.... kami semua sayang Abah nanti update resepi kek pandan ya