Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2013

snow cheese cake

assalamualaikum semua entry kek hari ni ye. Snow cheese cake ni dah lama berangan nak buat. Bila asyik tgk ditayangkan kat blogger2 femes. memang terliur tengok kan. kek yg penuh dgn rasa lemak2 chese. kek spannya pun lembut je.  alhamdulillah akhirnya terlaksana juga he hee tp taklah secantik blogger2 femes. resepi cp dari blog kak noor  http://nooriahnaim.blogspot.com/ TQQQQ kak Noor Kek Ch eese Bersalji Resepi :  Sherry mz @MyR Sumber:  Kzai@Teratakimpian 6 biji telur ayam (buang 2 putihnya) 100 gram gula halus 100 gram tepung hong kong (blue key superfine boleh juga) - akak guna shelf raising flour 60 gram tepung jagung (maizena) 50 gram air sejuk (dr peti ais) 1 sudu teh baking powder- tak letak 2 sudu makan ovelet 75 gram mentega (dicairkan) UNTUK KRIM 1 kotak cream cheese philadelphia 1/2 tin susu pekat manis- akak letak 1 cwn (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak b...

agar-agar milo susu

assalamualaikum selamat berhari minggu jom makan agar2 milo he hee tp dah abisss la buat ahad lepas utk hidangan tetamu. kawan asben call nak dtg beraya so buat apa yg patut. masak mee kari dan desertnya agar2 milo ni resepi agar2 milo cp dari blog kak ummi http://ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com/ tqqqqq kak ummi AGAR-AGAR MILO Sumber:  Jthorge Bahan (Lapisan Coklat) 8 gm agar-agar tali (strand) - basuh dan toskan 1 3/4 cawan air (akak letak hampir2 2 cawan) 1/3 cawan gula 3/4 cawan serbuk Milo Cara-Cara:- Masak agar-agar bersama air hingga agar2 larut. Masukkan gula dan milo, kacau perlahan hingga gula larut. Tapiskan. Tuangkan aduna ke dalam loyang empat segi 20 x 20 cm ataupun dalam acuan yang dikehendaki. Biarkan beku sebentar. Kemudian cakar sedikit permukaan lapisan coklat dengan garfu dan bolehlah dituangkan lapisan susu nnt. Bahan-bahan Lapisan Susu:- 10 gm agar-agar tali (basuh dan toskan) 1 1/2 cawan air (aka...

blueberry cheese tart

 assalamualaikum salam hari minggu. mesti jem jalan2 di luar sana hari ni kan. semua keluar utk ke majlis2 rumah terbuka. Biasa dah bila musim raya ni. Sekolah2 kat sini semua sekolah berganti , ganti cuti raya hari tu so nampaknya nak keluar jalan kena waktu petang. macam2 duk makan lepas raya ni  kan hu huuu  tak makan mcmna pulak tu dah ada terhidang dpn mata he hee lgpun namanya majlis makan2 ye tak ok cheese tart ni buat atas permintaan. ikutkan malas gak mula2 buatkan utk sorang pastu bila nampak pulak dek cikgu sorang ni terus order lagi. wat kecik2 je senang nak ngap. resepi kita cp dari blog  o venkecil.blogspot.com/2011 /10/blueberry-cheese-tart.ht ml   TQQQQQ naz                                                                        ...

jalan-jalan cari makan-steak

assalamualaikum apa khabar semua. masih mood raya ni kan, penuh dgn undangan makan2 rumah terbuka. bulan ni Meriah dgn acara makan2 untuk itu kita masuk entry makan2lah xtvt bulan puasa hari tu sebenarnya. Makan2 waktu berbuka dgn geng2 pu3 ye la lepas pru inilah peluang nak jumpa balik, layan steak je masing2 fiske steakhouse ni kat dgn rumah je dan kepunyaan kakak group kamceng kami power rangers he hee ok jom layan best tau sedap2  paling best ni ha desertnya bread butter puding with aiskrim fuhhh x lena tido firstime rasa. teringat-ringat keenakannya tu                                     Special Beef Steak (grill) = RM 16 sapa2 teringin boleh mai sini ye.

selamat hari jadi kakak ke 12

assalamualaikum alhamdulillah,hari ni 20 0gos genaplah usia anak dara ku   Siti Fatimah Firasyah 12 tahun. selamat hari lahir kakak doa dan harapan mama kakak jadi anak solehah ye yg beroleh kejayaan di dunia dan akhirat

kenangan raya 2013

assalamualaikum salam aidilfitri semua. cerita raya 2013,gambar2 yg di cp dari fb adik. Raya tahun ni sampai kg lewat mlm raya dah. Sb bertolak dari KL ptg pun. berbuka pun dlm keta je. anak2 bising gak x dpt menikmati saat2 sblm raya yg lazimnya tolong bakar lemang, pasang pelita raya dan main mercun saat diumumkn esok raya.tp nk wat camna kan....apapun yg penting dpt berya di kampung. menu wajib lemang, ada hero2 ank abang yg tolong opah thn ni semua dik beradik blk kg, kakak sulong kat Chini Pahang pun balik cuma ank2 buah yg dah kwin beraya dgn mertua msing2 inai pun wajib di malm raya he hee cucu2 memang tunggu je opah giling inai pastu hulur tangan masing2 pagi raya sblm ke masjid solat  blk solat raya sempat bergambar cuma tak dk makayah . Ayah xnak walau puas dipujuk. Lengkap 8 adikberadik tahun ni. cicit 2 je yg blk raya. 2 kakak sibuk kat dapur. kakak sulong, abang no 2 dan adik lelaki & wife dengan a...

selamat hari raya

Duhai bonda duhai ayahanda Dengarlah rayuan anakanda Yang jauh di mata… Tanpa ku sedari airmata ku mengalir Terdengar ayat suci seruan takbir Betapa daku gembira dekat di samping keluarga Di pagi mulia hari raya Kan ku sujud di kakimu bila kita bertemu Kan ku cium tangan mu ku pohon restu Oh maafkan daku kesalahan diri ku Walau jauh di mata namun kau tak dapat ku lupa Doa k u sepanjang masa agar kau bahagia Ku pohon restu dari mu oh ayah dan ibu Agar tercapai cita ku membela nasib mu Kan ku sujud di kakimu bila kita bertemu Kan ku cium tangan mu ku pohon restu Oh maafkan daku kesalahan diri ku assalamualaikum SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN pada semua hanya ucapan dari kejauhan  sudah seminggu kita semua menyambut hari raya. Alhamdulillah kami sekeluarga jg sudah selamat kembali dari kampung halaman tercinta. . nak update gambar2 raya lum sempat lg, tak banyak pun gambar sempat snap.  Raya kali ni memang tak macam dulu, mo...

salam Aidilfitri & cornflake ranggup dan cheese tart

 assalamualaikum SELAMAT HARI RAYA aidilfitri MAAF ZAHIR DAN BATIN buat semua entry akhir sblm raya yg agak kelam kabut

biskut coklat chips

Assalamualaikum Keajaiban-keajaiban yang terdapat pada 10 malam terakhir bulan ramadhan telah banyak disebutkan di dalam al-Qur’an maupun Sunnah. Diantaranya,  pertama;  terjadinya  lailatul qadr  yang merupakan malam di turunkannya al-Qur’an dan dicatatnya di lauhul mahfudz seluruh perkara yang akan terjadi di muka bumi pada tahun tersebut. Rasulullah saw. mewanti-wanti agar umatnya memperhatikan lailatul qadr pada 10 malam terakhir. Beliau bersabda:  « تَحَرَّوْا لَيْلَةَ القَدْرِ في الوَتْرِ مِنَ العَشْرِ الأوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ ». Dahpun masuk bulan Ogos kan. macam terkejar-kejar masa ni mcm2 nak buat. Ramadhan juga kian ke penghujung ok jom layan biskut raya ni ye coklat chips. Tiaptahun memang kena buat sb anak2 suka makan Buat dulu utk jiran sebelah yg order 3 balang, rumah punya blm lg kena tunggu cuti. coklat chips bahan-bahan 200 gm butter 180 gm gula perang 2 biji telur 1st soda esen vanila 2 sb serbuk koko 150 co...