Thursday, December 15
Monday, December 12
kek coklat kukus
Assalamualaikum
Semalam berkesempatan ke rumah abang yg baru pulang dari Mekah. Alhamdulillah gembira tgk kegembiraan abangku itu...berseri-seri kan org balik HAJI ni. Bila pulak turn daku ni....
Seronok dengar dia bercerita tentang apa yg dilalui di sana.
Dah kalu nak ke rumah abang Nan ni mesti bawa sesuatu kan...anak2nye seramai 6 org tu memang kaki makan he he biasa le kan . Tapi yg ada 5 sb yg sulong di UPSI. Tiapkali dtg sana memang budak2 ni mintak kek coklat je. Tu yg senang keja makcik diorg ni ...
tp kan mesti nk cari yg senang wat ye tak...
kebanyakan blog2 ada resepi kek coklat ni.
ada masa nanti nak masukkan resepi kat sini...skrg tak sempat lg..
ok jumpa lg...
Sunday, December 11
kuih bom labu
salam hari Isnin...
hari ini kita sarapan dgn kuih bom labu ataupun bebola bijan labu ye. Dah biasa panggil kuih ni dgn nama kuih bom..entah dtg dari mana tak taulah tp memang itulah yg tau he he maybe sb dia bulat2 kot..iyerrr sedap rupanya bila ubi di tukar dgn labu ni kan. dgn mak selalu wat kuih bom ubi kayu . memang lain rasanya lemak2 manis labu. Tp kan kita ni memang suke sgt kalu kuih yg berintikan kelapa ni...inti sentiasa ada dlm peti ais..
Labu ni pulak hasil tanaman mak kat kg jg, balik raya haji tu petik sendiri he he bawa balik 3 biji...dah sebulan masih ada sebiji duk di ceruk dapur tu ha ha jadi terpaksa rajinkan diri wat jg kuihmuih ni, Bingka sudah.bikin .. lepat sudah... masak lemak pun dah bebarapa kali ...pengat pun dah...apa lg nak buat ni...tiba2 teringat kuih bom ok jom menerai...
dulu2 zaman sekolah rendah biasa tgk mak buat kuih2 ni tp kan mak memang buat tak sukat2 pun, biasa la kan org dulu2 kan main letak je tp mesti menjadi ye tak...tu yg susah nak tanya resepi ni. Cuma kalau nak tau kena tengok masa mak buat dan pandai2lah kita kankuih bom labu
bahan-bahan nye
1 1/2 cawan isi labu yg telah direbus dan dilecek
2 cawan tepung pulut @ tambah kalu terlalu lembik ye..
inti kelapa gula merah
cara-caranya
campur kedua-dua bahan ini hingga sebati jgn terlalu lembik ataupun keras
pastu ambik sejemput dan leperkan. masukkan inti kelapa kat tengah2 dan tutup.
Bulat-bulatkan dan bolehlah digolek atas bijan
goreng sampai kekuningan...
dan boleh makan panas-panas....
SELAMAT MENCUBA YE
Thursday, December 8
RILEX2 DI TASIK TITIWANGSA
axvt hari minggu ahad lepas bersama family. Jalan2 kat TTW, lama sudah tak kunjung kesini, w/pun perjalanan dlm 20 minit je.
tengah tunggu nak naik bot, 1/2 jam 3 hinggit je. Sekbaik muat 5 orang...
senang sikit kan nak cari budak2 ni...
ok jumpe lagi....
Wednesday, December 7
elegik rambutan ooo rambutan
assalamualaikum semua ..
hendaknya kita semua diberikan kesihatan yg baik hari ini dan hari2 yg mendatang.
Jadi kena beringat sebelum kena, Sihat sebelum sakit ye tak...
Sekarang kan ada byk jual entah musim kat negeri mana. Rasanya skrg bila2 masa ada jual kan buah rambutan ni. Tak susah kalu sapa-sapa yg mengidam he he
Dulu2 lainlah,,,,setahun sekali kot musim rambutan ni.teringat citer dulu2 kat kampung pokok rambutan belakang umah je. Jadi tempat lepak2 bila balik sekolah, siap leh panjat lagi....Tiba musim buah-buahan lagilah seronok leh la main petik2 je,sampaikan belum sempat masak ranum baru keluar
Cuma skrg ni ada sikit compius hu hu nape yek la ni dah tak leh makan lagi rambutan ni...byk kali perasan bila makan je rambutan bibirku gatal2 dan macam kemerahan pastu mengelupas...sedeyyyyy sgt2 3,4 hari gak nak ok balik. Kesiankan daku...mak kata elegik. Dah try basuh banyak kali sblm makan dan kupas pakai pisau tapi still sama kesannye..Nape yek pleaseeeee sapa yg tau hu hu ada ke sapa2 cam ni.
Susah betul tiapkali terpandang buah rambutan ni keinginan tarpaksa disekat hu hu skrg kena tengok je.lah.. cukup menguji kesabaranku. Ni duk sebakul rambutan kuning kat dapur...aduhhhh kena tutup mata nampaknya....
Saturday, December 3
chiffon keladi pulak...
assalamualaikum
Chiffon lagi he he dah macam ketagih pulak ni...keinginan yg tak dapat ditolak. Keinginan nak mencuba lagi dan lagi...bahaya tu kan. Apapun sebaik la ada yg suke makan kalau idak apa la nak buat ngan kek2 ni.
Masih guna resepi yg sama resepi chiffon pandan kak YATIE MEMORIES BLOGSPORT.
memang disyorkan siapa2 yg nak buat boleh ikut resepi kak Yatie ni sb mesti menjadi punya kan.
Bahan A
* 6 biji kuning telur
* 2/3 cawan minyak Mazola
* 2/3 cawan santan pekat
* ½ sudu kecil garam
* 1 cawan gula pasir
*pewarna purple dan perisa keladi
* 1 1/2 cawan tepung gandum *diayak
* 2 sudu kecil baking powder* diayak
Bahan B
* 6 biji putih telur
* 1/2 cawan gula pasir
* 1 sudu kecil cream of tar tar
Cara-cara
Bahan (A):
- Masukkan kuning telur, garam dan gula. Kacau. ( tak perlu kembang, sebati je dah cukup)
- Masukkan pewarna hijau, minyak & santan dan kacau lagi.
- Masukkan tepung( yg telah diayak bersama baking powder) gaul sebati dan ketepikan dahulu.
- Pukul putih telur sehingga menjadi berbuih.
- Kemudian masukkan gula.Pukul lagi hingga kembang.
- Masukkan cream of tar tar. Pukul lagi hingga betul2 kembang, jika diterbalikkan adunan tak jatuh.
- Last sekali, masukkan bahan B ke dalam bahan A sedikit demi sedikit....guna spatula sahaja, cara kaedah kaup balik.
- Tuang adunan ke dalam periuk lubang...tak perlu di lenser.
- Setelah siap, hentakkan beberapa kali dan bakar selama 45-50 minit 175c
- Setelah masak, angkat kek dan terus terbalikkan di redai kek sehingga sejuk.
- Setelah sejuk, bolehlah di potong dan hidangkan.
emmm yummy katanya...
ok setakat ini sahaja dan salam sejahtera SALAM 1 MALAYSIA...
Friday, December 2
LOMPANG HIJAU
Salam sejahtera semua, makan apa hari ni ye? orang dah makan tengahari tapi kita duk sibuk ngan makan pagi lgi ni he he. Hari ni wat sarapan kuih lompang ataupun kasui. Kita biasa panggil nama lompang je...
lompang kaler hijau sebab nak segarkan mata....
apapun asal leh makan ye tak, paling suke makan letak kelapa parut banyak2 sikit....sedapppp
macam2 resepi ada kan tp yg ni kita ikut resepi dari majalah Harmoni, lama sudah...tp simpan dlm fail resepi2ku...tak ada pulak tulis nama yg empunya resepi..wat rujukan sendiri dan siapa2 yg nak cuba bolehlah tengok sini ye
bahan2nya
150 gm tepung beras
1/2 biji kelapa-ambil 400 ml santan
150 gm gula
1 sudu kecil tepung ubi
cara penyediaan
campurkan kesemua bahan2 kacau hingga gula hancur
kemudian letak pewarna dan tapiskan..
bolehlah dikukus dlm 20 minit.
alhamdulillah siap sebagai makan pagi tp wat makan petang pun ok kan...
SELAMAT MENCUBA..
makan strawbery dgn kek coklat
sedapkan tengok strawbery merah menyala ni he he sayang pulak nak masukkan dalam mulut tu
salah satu buah yg jd feberet kat umah ni. kita makan lak ngan kek coklat fuyooo lagi sedapkan....rasa manis masam campur rasa coklat..
sekarang senangkan nak dapatkan strawbery ni mana2 pasaraya ada jual. Walaupun taklah semanis strawbery yg kita ngap terus kemulut kat CH tu.
wassalam...semoga hari ini hari yang membahagiakan..
Wednesday, November 30
jom makan aiskrim goreng
permulaan awal Disember 2011 kita mulakan dengan makan Aiskrim ye...
ringkas dan cepat tak payah banyak2 bahan yg penting ada Aiskrim dalam peti ais tu dan roti gardenia kan....lazimnye kalau ada budak2 memang kompen ada aiskrim ngan roti kan...
ooppps tapi yg ni kena sediakan malam tadi he he sbnye ari ni nak makan baru leh goreng..kena kasi sejuk beku semalaman...
penah makan dulu sekali tapi beli la dan masa tu fikir pelik gak camne nak makan aiskrim goreng ni kan...
si abang memang suke la tu yg beriya-iya nak beli.
la ni baru tau rupenya sedap aiskrim goreng ni yek.....kata si abang satu tk cukuplah hu hu
lainkali kalu nak wat kena banyak2 ye mama......
resepinya memang simple sangat ambik dua keping roti dan potong bulat2
pastu letak sesudu @ dua aiskrim ape2 perisa di atas sekeping roti dulu dan pastu ambik yg sekeping lagi letak atas roti yg ada aiskrim. tekan2 kelilingnya kasi rapat-rapat kot kan aiskrim terkeluar pulak. Pastu kasi simpan dlm frezer semalaman.
Esoknya leh la panaskan minyak dan goreng. Bab ni kena cepat dan pantas. sekejap je dah kena angkat kalu idak hangus.... makan segera takut aiskrim cair tak sedap pulak...
ok jumpa lagi dan jom makan...
Tuesday, November 29
kek chiffon pandan
ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT TAHUN BARU MAAL HIJRAH 1433
Hari ni nak tayang kek chiffon pandan yg pertama kali daku cuba ni..terlebih gembira maklumlah kan firstime he he happy sangat2 dek kerana chiffon menjadi seperti yg didamkan lembut gebuss cuma terhangus kat tepinya he he..
tak sempat nak cerita panjang tp jom tengok resepi dari YATIE MEMORIES..yg telah dicopy paste kat sini ye. buat rujukan masa akan datang memang rasa nak buat lagi ni..
tq very very much wat kak Yatie kerana share resepi yg sedap dan pastinya menjadi.
jom tengok...walaupun rupenya tak cun hu hu svbnye terlebih bakor, pasni kena kurangkan masa bakar tu ye
KEK CHIFFON PANDAN
c/p resepi : Yatie memories blogsport
Cara-cara
Bahan (A):
Hari ni nak tayang kek chiffon pandan yg pertama kali daku cuba ni..
tak sempat nak cerita panjang tp jom tengok resepi dari YATIE MEMORIES..yg telah dicopy paste kat sini ye. buat rujukan masa akan datang memang rasa nak buat lagi ni..
tq very very much wat kak Yatie kerana share resepi yg sedap dan pastinya menjadi.
jom tengok...walaupun rupenya tak cun hu hu svbnye terlebih bakor, pasni kena kurangkan masa bakar tu ye
KEK CHIFFON PANDAN
c/p resepi : Yatie memories blogsport
Bahan A
* 6 biji kuning telur
* 2/3 cawan minyak Mazola
* 2/3 cawan santan pekat
* ½ sudu kecil garam
* 1 cawan gula pasir
* pewarna hijau dan perisa pandan
* 1 1/2 cawan tepung gandum *diayak
* 2 sudu kecil baking powder* diayak
Bahan B
* 6 biji putih telur
* 1/2 cawan gula pasir
* 1 sudu kecil cream of tar tar
Cara-cara
Bahan (A):
- Masukkan kuning telur, garam dan gula. Kacau. ( tak perlu kembang, sebati je dah cukup)
- Masukkan pewarna hijau, minyak & santan dan kacau lagi.
- Masukkan tepung( yg telah diayak bersama baking powder) gaul sebati dan ketepikan dahulu.
- Pukul putih telur sehingga menjadi berbuih.
- Kemudian masukkan gula.Pukul lagi hingga kembang.
- Masukkan cream of tar tar. Pukul lagi hingga betul2 kembang, jika diterbalikkan adunan tak jatuh.
- Last sekali, masukkan bahan B ke dalam bahan A sedikit demi sedikit....guna spatula sahaja, cara kaedah kaup balik.
- Tuang adunan ke dalam periuk lubang...tak perlu di lenser.
- Setelah siap, hentakkan beberapa kali dan bakar selama 45-50 minit 175c
- Setelah masak, angkat kek dan terus terbalikkan di redai kek sehingga sejuk.
- Setelah sejuk, bolehlah di potong dan hidangkan.
Friday, November 25
kek biskut merry
salam sejahtera
semalam Sarah request nak makan kek merry , katanya dah lama mama tak buat he he
pandai je budak sorang ni kalau nak makan tu ada je sok sek dia...
takperlah mama pun ok je tengah rajin ni so dgn segera pegi cari biskut merry , yg lain tu dah ada kat umah kan.
Ternampak lak biskut merry yg kaler coklat emmmm apakata try wat coklat punya kan...
lazimnya la kek merry ni wat tak ikut resepi pun main agak2 je dan tak letak telur pun. tp hasil carian2 at blog2 rasa nak try resepi macam ni ada telur lak...alhamdulillah ok jadi sedap..
jom tgk resepinya ye..
sumber: mrsdayat@myresipi.com
- 1 bungkus (350g) biskut marie( yg ni versi coklat)
- Setengah buku butter
- 2 biji telur
- 1 cwn serbuk koko
- 1/2 cwn milo
- 1 cwn air
- 3/4 cwn gula
- ** milo dan koko tu terpulang pd citarasa. nak rase cokelat yg kuat..gune 1 cwn koko+1/2 cwn milo.nak rase yg agak mild,gune 1cwn milo+1/2 cwn koko
Cara-cara
- patah2kan biskut
- dalam periuk, campurkan koko,milo,air,gula. Dengan api sederhana, kacaukan sampai semua dah larut
- masukkan butter,kacau sampai butter cair
- kecilkan api, masukkan telur..kacau sampai agak2 pekat (lbh kurang 30 saat).padamkan api
- masukkan pula biskut yg dah dipatahkan tadi.kacaukan sampai semua biskut dh di selaputi cokelat.(sukatan biskut terpulang pd citarasa. kalo nak byk cokelat gune sket ajer...)
- masukkan dlm loyang..tekan2 sket bg padat.simpan dlm peti sejuk sebelum dipotong dan dihidang
tak sempat2 Si Sarah nak rasa tau sempat sejukkan dlm peti ais 1/2 jam je hu hu
tu yg potong macam lembik je lagi. Apapun sedappppp
tq for tuan resepi...
Wednesday, November 23
ict syah alam
assalamualaikum...salam sejahtera buat semua.
Cuti-cuti sekolah ni mulalah kan anak2 kita buat muka seposen
monyok je kalau x bawa jejalan kan...tapi kan bila di bawa berjalan senyum meleret-leretlah...
Cuti-cuti sekolah ni mulalah kan anak2 kita buat muka seposen
monyok je kalau x bawa jejalan kan...tapi kan bila di bawa berjalan senyum meleret-leretlah...
layan kerlipan cahaya-cahaya lampu di ICT Syah Alam cukuplah yek he he ni kali ke4 terjah ict tapi kan budak2 ni memang tak jemu2 kalau cakap nak datang sini. entahlah ape yg syok sgt kan...
Tapi kali ni diorg je masuk snow tu, mama abah dan sarah angkat tangan awal2 TAKNAK he he tak tahan sejukkkkk...so kenalah duk luar jalan2 je... layan budak kecik ni...sementara menunggu kakak abangnye bersnow dalam tu...
pastu baru kitaorg semua pusing2 lg tgk kerlipan lampu sambil berposink....sampai lenguh2 kaki he he pastu balikkkk
Monday, November 21
spaggeti simple je...
assalamualaikum semua & selamat menjalani kehidupan harian..
alhamdulillah masih diberi kesempatan utk bercerita disini, masih diberi peluang utk terus menhirup udara segar di bumiNya ini.
Tahniah wat pasukan bolasepak Malaysia negaraku tercinta ini kerana berjaya membawa pulang pingat Emas. Tentu ramai yg menyaksikan semalam. Riuh rendah dgn sorakan tak sia2 ye duk depan tv sampai habis he he
Dah penat bersorak semlam kan hari ni meh kita makan spaggeti je lah ye. resepi simple je ni . yg pastinya semua tahu kan. Yg penting ada bhn2 asasnye, daging cincang, bawang sos dlm botol tu. Rasa leh ikut sendiri masam masin manisnya.
sekali sekala pekena menu camni ok jugak kan, tapi kan yg sedeynya....isi rumah disini semuanya kureng berminat pun, anak2 aiii lagi la sorang je la duk makan. Meh la sapa2 yg sudi makan sini ye ...he he
Saturday, November 19
kuih lapis lagi
assalamualaikum & selamat bercuti sekolah
sekejap je kan dahpun cuti sekolah akhir tahun, cuti panjang wat anak2 sekolah. bermakna tak lama lg juga la tahun baru,,,kan kan,,
pantas sungguh masa beredar dalam sedar tak sedar je kan .Cuti-cuti sekolah ni para2 ibu tentu buzy habis kan,,, buzy ngan karenah anak2 le...he he
masa ni la anak2 yg tinggal asrama nak menempek-nempek ngan makayah dan adik2 kan he he. ala kita dulu kan masa sekolah pun camtu cuti panjang ni la ditunggu-tunggu.hihi pelajar2 yg duk asrama lagi la melompat sakan time ni yessss balik kampung he hee bukan apa selalunya sebulan 2 kali je leh balik jumpa keluarga kan,,,,bila dah tinggalkan zaman sekolah ni rindu lak tetiba kat kenangan masa duk asrama kenangan yg pelbagai kisah suka dan duka
citer cerita gak kan, anak2 nak makan tu, nak makan ape yek??? apakata wat kuih lapis ok gak kan ...wokey jom tengok kuih lapisku ini ye. sesaja je wat kaler hijau, asyik pink je kata sarah tapi camne pun kena gak sikit kaler feberetnye itewww
resepi dah letak sebelum ni kan, dari dapur kak ann periuk tanah yg duk Putrajaya sana. Memang best kuih lapis Kak Ann ni. paling besttttt tq very2 much sb share resepi ni..
oklah dah kepenatan ni citer pasal cuti tapi kan kita tak cuti pun he he
dah ada yg bertanya tu cuti2 ni tak kemana ke mama? he he tanyalah abah tu kata si mama ...si abah punye jawapan yg selamber hi hih no komennnnn
selamat bercuti ye wat anak2 dan selamat melayan anak2 anda ye para ibu-ibu...
wassalam...
Friday, November 18
bingka jagung
assalamualaikum dan selamat makan malam ye...
malam ni nak kongsi resepi bingka jagung pulak, boleh jg nak makan malam 2 ni dan nak wat sarapan esok pagi pun boleh jugak he he
kebetulan je nak habiskan jagung dlam tin yg masih ada setengah, kot lg lama kang dah sedap pulak. lebihan masa wat puding jagung tp puding jagungnya tak snap..
resepi copy dari dapur Suzi blogsport terima kasih puan Suzi
bahan-bahannye
1 cawan susu cair
1 1/2 cwn air
2 biji telur
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung kastad
1 tin jagung ( daku letak 1/2 tin je)
3/4 cawan gula
1 s/b marjerin cair
cara-caranye
sebatikan semua bahan2 diatas ( daku blend je kecuali jagung)
pastu masukkan dlm acuan yg telah dilenser ngan minyak @ butter
bakar 45 atau lebih 9daku cuma lebihkan 15 minit lg api atas sahaja supaya nampak garing)
dah sejuk leh potong dan makan....
ok selamat mencuba ye...
Tuesday, November 15
persahabatan
kita kawan baik selamanya...kan LOVELY FRIEND SARAH & ATIKAH
alangkah seronoknya kalau punyai sahabat baik, sahabat yg dapat berkongsi segalanya suka dan duka, yg saling faham memahami dan paling penting sahabat yg cukup faham dgn diri kita. masih adakah sebegitu??????? kalau masa era persekolahan dulu memang tak sah kalau tak ada sahabat setia ni kan, kesana-sini menemani bahkan sampai je sekolah sahabt kita dululah yg di cari. andai salah seorang tak hadir alamaknye hari itu moyok je kan. tak ada kawan nak ketawa bersama. bukanlah kita hanya berkawan dengan seorang sahaja tapi kan yg seorang itulah lebih rapat...itulah sahabat
Subscribe to:
Posts (Atom)
Jam 12 ready chekout☺️☺️ anak2 dara plan nak mkn dimana hee hee Last2 ktrtnya nk singgah Gpo je situu ada tmpt mkn Cuaca elok alhamdulillah...
-
Minggu lepas punya cerita mkan2 @potluck jamuan raya Taska. Cawangan tmpt ciknur bertugas. Menu potluck yg dibawa parents anak2 dan jga yg d...
-
sebelum tirai 2022 berakhir jamuan kecil kecilan , potluck anak2 taska. Tak sampai separuh pun hadir maklumlah cuti sekolah. Bulan disember ...
-
21 hb September.... hari kelahiran suami tercinta En Sulaiman Hj Mohd Rashid Ya Allah, panjangkan lah umur suamiku, agar dapat ...