ASSALAMUALAIKUM
Selamat pagi semua, dah breakfast ker? bestnya cuti 3 hari ni kan. Mcm2 boleh buat tu. Bersntai-santai,,, Ada yg balik kampung dan ada yg jalan2. Kami ni, entahlah he he pagi2 lagi ni hantar kakak ke sekolah ada tuisyen, si abang pun ada kawad kat sekolah jugak. Emmm nampaknya kat umah je la mama ni.
Ikutkan nak balik kg tgk pak tp bila abang yg duk Klang balik anak beranak nya seminggu ni jadi turn ktorg bulan febuari lak. inilah perancangan kami adik beradik kena gilir-gilir balik kg sb nak pastikan sentiasa ada yg meramaikan kat kampung tu, maka taklah sunyi ayah mak nanti. Kalau dah semua balik sekaligus ada masanya tak sorang pun yg ada kesianlah pak mak sb keadaan skrg dah lain.
kat Kg tu kalau tinggal makpak je memang terasa sgt sunyinya...bilik2 semua kosong hu hu hu seram pun ada. Faham sgt mcmana setuasi mak dan pak tu. Dulu lainlah pak ada mcm2 xtvt dia ke kebun ke kolam ataupun keluar ke masjid dan mcm2 lg skrg dah tak blh kemana kalu tak ada yg bawa. Mak setakat ke rumah jiran2 tu blhlah. Kg pun bukan mcm dulu ..agak sunyi skrg sb ramai yg berhijrah dan yg tua2 pula ramai sudah yg kembali padaNYA.
Hati ni memanglah meronta-ronta nak blk kg. oklah pujuk hati sendiri dgn main masak2 pastu makan he he beberapa hari lepas masaklah sagu ni emmm sedapnya kan makan sejuk2 tu.
Biasa makan dgn santan tp kali ni try makan dgn fresh milk macam kat hotel tu he he sedapnya layan sagu ni tau
sagu ni memang feberet dari duluuuu lagi, kalu wat bubur kacang ker pengat pisang ke mesti letak sagu banyak2 eeiiii sedap
selalu kita main letak je tak ikut resepi he he tp kali ni cuba ikut sukatan resepi linapg.blogspot.com
tqqqq ye Lina akak paste disini ye
PUDING SAGU GULA MELAKA
by:http://linapg.blogspot.com
sagu
1 cawan biji sagu (putih)
i liter air
sehelai daun pandan simpul
pewarna pilihan
cara-cara
rendam biji sagu dalam 1/2 jam, kemudian toskan airnya
didihkan air bersama daun pandan kemudian masukkan biji sagu tadi
biarkan seketika sehingga nampak jernih, tutup api dan biar seketika
toskan dan lalukan dgn air paip utk buang kanjinya
masukkan dlm acuan disukai dan sejukkan
makan bersama air gula yg telah dimasak pekat bersama santan ataupun susu