Tuesday, January 24

Nyamankan tekak ..agar-agar kacang hijau



Assalamulaikum

esok akan bermula kembali rutin bekerja ye...4 hari bermalasan sudah tamat
jangan malas-malas ye.  pesanan buat diri sendiri he he
Mari mari ..jom kita layan agar-agar kacang hijau ni, makan sejuk2
feberet daku dari dulu kini dan selamanya. Mulanya cadang nak wat bubur kacang tapi kan tgk2 kacang hijau tu sikit bebenor hu hu so plan bertukarlah menjadi agar2 ...malas nak g kedai dah lagipun lama jugak tak  wat desert ni kan .


Resepi ni dulu ambik dari kakakku yg  no.2. Masa kecik2 dulu intai2 je kakak2 masak..syohh syohh pi jauh-jauh katanye he he  tapi kan resepi dia tak ikut sukatan pun. Jadi bila nak makan memandai-mandai sendiri je lah. tambah dan  kurang apa yg patut  he he.
Alhamdulillah kali ni wat ok tak terlalu keras dan tak juga lembik. Elok2 je boleh dipotong. Amin he he. Segan jugak kan nak share resepi disini tapi kalau sekadar rujukan diri sendiri tak salah kot dan bila  nak wat lagi leh rujuk je kat blog ni . Bolehlah...kan



sumber resepi mama saranur blogsport

AGAR-AGAR KACANG HIJAU

bahan-bahannya

1 cawan kacang hijau-direbus dan blender dgn 2 cwn air dan tapis
agar-agar tali sepeket 11g (basuh dan ditos) sukatan dlm 1 cawan
masak dgn 2 cwn air 

2 cawan santan kelapa yg sederhana pekat 
5 helai daun pandan-blender ambik 1 cawan pati
1  cawan gula boleh  kurangkan @ lebihkan
sikit garam
pewarna hijau

cara-caranya
  1. kacang hijau basuh bersih2 dan direbus sehingga empuk barulah di blender dengan 1 cawan air sehingga halus
  2. kemudian ditapis-ambik yg halus je ye yg hampas tu dibuang(dptkan dlm 1 cawan) ketepikan dulu
  3. masak agar-agar bersama 1 cawan air sehingga agar-agar itu hancur(cair)
  4. santan, air pandan dan kacang hijau (yg telah ditapis) di campurkan dlm satu bekas utk dptkan kesemuanya dlm 4 cawan
  5. masukkan 4 cawan (santan+air pandan +kacang hijau) tadi ke dlm agar-agar yg telah dimasak hingga hancur dan kacau sentiasa supaya x melimpah keluar
  6. masukkan gula dan garam (ikut kesesuaian rasa)  serta pewarna hijau
  7. biar sehingga mendidih barulah  di tutup imasukkan dlm acuan yg disukai dan simpan dlm peti Ais 
sedap makan bila dah disejukkan dlm peti ais, rasa manis lemak2 masin ,kacang hijau beserta harum daun pandan. sedap tau.

tak boleh nak celoteh panjang2 ni, kerja lum beres he he baju sekolah lum digosok daaaa
Walaupun sekolah kebangsaan coti seminggu tp kan sekolah agama kakak esok kembali cam biasa dan Sek Rendah Agama Intergrasi(SRAI) si Abang Is pun sekolah esok siap ada ujian bulanan lagi hu hu Cuti 4 hari dah tamat ye sayang2 mama...

wokey sampai disini dulu...sebelum tu sgt2 tertarik dgn status FB Ustaz Mohd Zawawi Yusof ini
MARI KITA FIKIR-FIKIKAN BERSAMA

Tahanlah diri jika seseorang menceritakan kelebihan dirinya tak perlu ikut sibuk menceritakan diri kita sendiri agar nampak lebih dari dia. Biarlah dia bahagia dengan ceritanya."

wassalam...jumpa lagi ...TERIMA KASIH

Friday, January 20

kolam ikan talapia tokki...xtvt masa cuti sekolah


assalamualaikum

mesti ramai yg cuti panjang sempena CNY ni kan...utk itu ambik kesempatan nak ucapkan selamat bercuti ye. Selamat beristerihat.yeahhhhuuu 4 hari tu, dan sekolah keb anak daraku bercuti deret seminggu. lagilah syok kan..cuma mama dia cuti 4 hari je.
tak kisah la kan janji coti gak...



citer pasal cuti panjang ..inilah xtvt masa cuti panjang kami dah lepas daaa al kisah masa berehat selama 3 minggu kat kampung Disember lepas. he he baru nak update. Kolam ikan ni terletak kat belakang umah je. Dah dekat 2 tahun ayahku watkan , khas utk anak menantu nd cucu2 dia menjalankan xtvt masa lapang he he mula2 ternak ikan kap rumput pastu, ikan talapia merah pulak, ikan keli pun ada gak...campur2. 

tu dia model tak berbayar tgh posink ngan ikan talapia merah he he


memang seronok betul sejak ada kolam ikan ni...rajin balik kampung he he ,taklah cucu2 yg sekali sekala balik berderet-deret ni bosan kan. Pakat pi memancing la apalagi...bukan budak2 je mak ayah budak pun sama. Berlawan-lawan sapa dpt ikan paling beso dan paling banyak he he




Tapi kan...BIL yg duk Pahang balik habisssslah... terus ikan2 ni kena masuk jala he he tak main pancing2 ni katanye lambat. Okla kan bawa naik sebaldi yg besor2 lagi...puas makan ramai2.  Abg iS yg tak penah makan nasi ni pun wat surprise kat makayah dia tau...makan ikan talapia bakar. Bukan main suke dia blh habiskan 2 ekor sekali makan. Senyum lebar atuk ki tgk cucu dia sorang ni. Pelik tak makan nasi tp meratah ikan bakar he he ikan bakar je tau goreng taknak..bakar cara mudah sgt letak garam je...
 
 
 inilah ikan talapia merah bakar for Abg Is he he...ikan talapia ni kalau bakar isinya cantik sgt putih melepak. memang sedaplah...kalau goreng wat sambal pun sedap. Pastu kena ngan ulaman yg wajib ada tu he he laju je 2 pinggan nasi tau..
tp kan tak semua familyku makan  ikan ni  hu hu kakak iparku tu tukang pancing dan masak je tp xleh makan ikan jenis air tawar ...macam2 ragam kan.

wokey dah malam sudah mata pun layu je ni. nak citer panjang2 tak sempat dah.
lain entry leh sambung citer.


good night semua & SELAMAT CUTI2 CNY

Thursday, January 19

bubur pulut hitam


SELAMAT PETANG SEMUA. 

masak apa agaknye hari ni....pening kan nak memikirkan menu apa. Dah tak ada idea... paling susah bila punya anak2 yg makan memilih ni. Bertambah pening..yg kita suke diorg tak suke la pulak hu hu



Cam bubur pulut hitam ni ha, mama diorg ni suke sgtlah...sedap makan menghirup kuahnya..tapi makan sorang2 je

layan sorang2 ...jom sapa2 nak meh sini ye


terima kasih

Monday, January 16

talam keladi K.Yatie



 assalamualaikum
dah tidoq he he disini lum tidoq hu hu entah kenapa la pulak malam ni mataku susah nak pejam 



walaupun badan ni memang dah kepenatan tp mata tak mau gak rehat...ni sah -sah esk tertido kat kerusi ...karang anak murid yg ajar cikgu cam citer P Ramlee tu he he...apa2 hal esk pepagi kena pi kedai beli setin kacip fatimah lagi ni,,,,,kasi mata cerah

ok malam ni kita layan jap ye kuih talam keladiyg  sweet sgt kalernye he he purple..suka sangat2 akan kuih talam yg satu ni emmm yummy sapa penah  rasa mesti terpikat akan kesedapannya. tang yg bawah putih tu lemak2 pastu keladi yg empuk. memang sedaplah...selalu duk beli ja yg jiran dekat umah ni wat jual tapi setelah jumpa resepinya dan cuba sendiri aduhhhh lagi puashati rasanya. Manis ikut kitalah...kurangkan manis tu yg penting kan..
 

RESEPI DARI BLOG YG POPULAR NGAN KUIH2 TALAM sapa lagi kan KYATIE. 
http://yatiememories.blogspot.com/2011/07/talam-keladi-2.html
Bila dpt resepi ni comfirm lah tak beli lagi lainkali kalu teringin.My SIL pun kata sedap tau he he siap suh buat seloyang utk perjumpaan ngan kekawan dia.


jom tengok resepi

TALAM KELADI

sumber utama K.Yatie (TQ very much sb share resepi)
Asal dari Chef Asma


Bahan-Bahan Utk Lapisan Bawah(A)
  • 220 gm tepung beras
  • 40 gm tepung ubi
  • 1 1/2 tsp garam
  • 5 sudu besar gula pasir
  • 300 ml santan pekat
  • 700 ml air
  • (B) 250 gm keladi - (lebih sikit pun tak apa) - buang kulit, basuh,(basuh dgn air garam untuk tidak hitam) potong kiub dan kukus selama 5 minit.- (kukus baru timbang)
Cara-caranya :
  1. Bancuh semua bahan A hingga rata dan sebati .
  2. Tapis ke dalam periuk . Masak sehingga naik wap dan masukkan bahan B
  3. Kacau sebentar dan tuang ke dalam loyang 10" x 10" x 3"
  4. Kukus selama 25 minit
Bahan-Bahan Utk Lapisan Atas
  • 150-180 gm tepung gandum
  • 250 gm gula halus
  • 3-5 biji telur
  • 250 ml santan
  • 500 ml air
  • sedikit pewarna purple
Cara caranya :
 Bancuh semua bahan bahan diatas, tapis ke dalam periuk Masak sehingga naik wap. Tuang ke atas lapisan bawah Kukus selama 30 minit.(Lap 5 minit.)                                                                             

ok selamat ber ZZZZZZZ semua dan TERIMA KASIH YG SUDI DTG SINI.

Saturday, January 14

nasi goreng telur


selamat pagi semua...dan selamat bersantai bersama keluarga tercinta mesti dah siap sarapan semua kan...

Hari ni citer pasal nasi goreng... yg selalunya org wat sebagai sarapan ye tak...tp cuma skrg bila2 masa pun boleh menikmatinya. Itu zaman dulu-dulu le mak-mak , tok-tok kita lazimnya pagi le baru le makan goreng nasi  ,nasi lebihan semalam he he nasi sejuk kata tok daripada dibuang baiklah goreng wat sarapan. tetiba teringat dan rindu akan suasana di kampung dulu2 pulak...rindu akan nasi goreng arwah tok, kalau tak nasi goreng , tempek@ lempeng tepung ataupun pisang cicah gula. Yelah waktu cuti sekolah ktorg memang suka sgt tido umah tok. Seronokkkkk bukan main maklumlah umah arwah ni dekat ngan sungai he he syokkkk seharian berendam di sg ...
yg special sekali nasi goreng arwah tok...simple je ...tapi kena dengan ikan kedera masin isshhhhh sedapnye hai tak terkata. Airtangan org tua tu yg buatkan rasanya tak sama ngan nasi goreng lain. Seingatku cuma tumis bawang merah dan letak telur dan garam. Simple kan...
apapun AL FATIHAH buat arwah tok dan tok yah semoga rohnya dicucuri rahmat Amin..





okey nasi goreng diatas ni nasi goreng telur....nasi goreng kakak & Sarah. Feberet budak dua org ni...balik sekolah pun leh request nasi goreng gini. Senang sikit keja mama kan. Kadang2 abah n mama pun tumpang sekaki wat dinner terus just tambah cili padi, tomato letak sos cili he he dah siap he he
nak sedap lagi wat telur dadar...ni wajib feberet si abah.


wokey setakat ini bercerita....jap g nak makan tengahari pulak.


jumpa lagi...TERIMA KASIH



Friday, January 13

gulai lemak tempoyak ikan keli+ timun kuning




selamat malam semua,,,makan apa malam ni ye
tentu menu sedap2 kan tambah2 lagi bila makan bersama-sama sekeluarga. Nak pulak kalau anak2 yg besar2 wah lagi syok kan tengok anak-makan ni. Si ibu pulak tentu bertambah rajin ke dapur....bestnye kan. Tak payah susah2 fikir menu lain lg sb semua yg si ibu masak anak2 makan.
aiii nape la anakanda2 ku ini tak seperti itu hu hu org lain berselera makan nasi berlauk si abang & si kakak ni payahhhh betul. Asyik2 kentang asyik2 burger, asyik2 entah apa2 yg buat pening memikirkan menu...

citer pasal makan malm tu yg letak menu lauk ni" gulai lemak tempoyak ikan keli + timun kuning" panjang nak menyebut. Kita org utara panggil gulai lemak bukan masak lemak he he
sedap ni aduhhh tu yg naik 2 kg masa duk kampung huhu 
Timun tu yg buat bertambah sedap, xyah lauk lain pun ok.

resepi dari my mum

3 ekor ikan keli -di kerat 2 @ 3
1 biji timun kuning-dipotong
santan dari sebiji kelapa
2 sudu tempoyak
*kunyit
garam
*cili padi dan sedikit serai

*2 ulas  bawang kecil

bahan2 bertanda * ditumbuk hingga hancur

masukkan ke dalam periuk semua bahan2 diatas  dan masak dengan api sederhana
sentiasa di kacau supaya tidak pecah minyak
setelah mengelegak barulah diangkat...
siap...


jumpa di lain kali..insyaallah.... terima kasih

Tuesday, January 10

ke PULAU PINANG...

ASSALAMUALAIKUM SEMUA.
Sudahpun minggu kedua persekolahan....rutin harian macam biasa la kan...bangun pagi siap sarapan..dah hantar anak kesekolah. Alhamdulillah syukur sgt2 sb sekolah anak2 dekat je, si abang cuma jalan kaki sekolah belakang umah je dan si kakak naik van w/pun dekat sb xda org nak ngantor he he

masih lagi cerita tentang keluarga....buat sekiankalinya sampai ke Pulau Pinang ni, dekat je kalu dari kampung dalam sejam lebih sampai . Hajat nak kesana sb nak menjengah umah adik di Batu Kawan, dah dekat 2 tahun dia beli umah di sana kami lum sempat melawat lagi. Tu yg ambik peluang cuti sekolah lepas...






bertolak ke sana tengahari dah pun...sampai tepat pada masa makan tengahari tu yg best he he SIL dahpun siap masak2 tunggu kitaorg je. Adikku pulak keja kat MPPP so nak jalan2 kena tunggu kol 5 pm. Tp sb kakak kesayangnye ni dtg so dia balik awal sikit he he kesiankan..tp kan sblm tu sempatlah kami ke jeti dekat bt kawan ni...posink2 ambik angin pantai..

kata SIL salah hari dtg kalau kena hari jumaat mesti best sb boleh beli ikan ketam sotong fresh punya yg baru naik ...ala rugilah ktorg....takper hubby cakap lainkali kita datang tido sana pulak hu hu bestnya tapi bila yek???

Kena tunggu cuti panjanglah kan ha ha



Sunday, January 8

cucuq durian @ cekodok durian

assalamualaikum
cucuq @ cekodok durian kegemaranku sudah mai he he sedap wat makan time petang2 takpun time bekfas kan kan.  Musim durian je baru merasa makan cucuq durian ni dulu2 la skrg durian dah tak bermusim anytime anywhere ada kan..
tapi kan cucuq durian ni makan kol 12 tengahari dah...ha ha nak tau nape??
ni nak citer ye, pelik sikit sebabnye bila dah siap bancuh tepung ngan durian ni kenalah perap dulu sampai dia naik baru lah sedap digoreng.. takyah pakai soda lagi dah. Itulah rahsianya yg membuatkan cucuq durian ni gebusss







Buah durian ni makan ngan pulut santan pun sedap ...kalau masak wat pengat cicah ngan roti pun sedap jugak issshhhh semualah sedap habis citer he he

cam biasa resepi cucuq durian takda sukatan he he kita main letak je


mula2 asingkan isi2 durian ni dari bijinya dlm 6,7 ulas 


lenyek2 isi durian biar sebati + sikit gula + garam


masukkan sedikit air


pastu baru masukkan tepung gandum dlm 2 cawan  agak2 ye ( adunan macam nak wat cekodok..).


dah sebati biarkan tertutup beberapa jam


lagi lama lagi naik tp jgn sampai ke petang pulak nanti masam cam tempoyak hu hu


panaskan minyak dan jemput2 guna tangan @ sudu ke dalam kuali 

goreng hingga perang


angkat, tos dan boleh makan.


senangkan....selamat mencuba ye








Friday, January 6

besday ABG iS dan adik Sarah

Tiap2 tahun share kek Harijadi tau he he..senang keja mama sikit..Semalam 5 januari besday si Abang Is (anak sulong) dahpun genap 12 tahun.
Hari ni pula genap si adik Sarah NUR Izzati 5 tahun , hu hu pantasnye masa berlalu kan. dah besar anak2 mama ni
dah sekolah, taska pun, rasa macam baru je mengandung, pastu sakit bersalin...apapun happy besday sayang  doa dan impian mama jadilah anak yg soleh solehah dan membesar sbgai insan yg berjaya di dunia dan akhirat kelak .Aminnnn


 tiap2 tahun makan2 kek di rumah je.

 
awal2 tahun ni maklumlah kan sibuk uruskan persekolahan...takda can nak wat majlis harijadi cam dulu2 dah...kesian si abang, tp alhamdulillah abang faham oklah mama katanya....


setiap ibubapa pasti sentiasa mendoakan yg terbaik untuk anak2nya... sentiasa mengharapkan anak2 dilindungi dari apa jua.

Wednesday, January 4

BUKIT LARUT TAIPING PERAK

ASSALAMUALAIKUM. 
entry kisah jalan2 masa cuti sekolah yg lalu...




 
 Balik ke kampung baru2 ni barulah berpeluang bawa anak2 ke Bukit Larut, tempat yg dah lama nak pergi tapi tak dapat2 ...buat mama diorg inilah kali ke2 naik ats ni, mula2 naik dulu ikut rombongan sekolah dalam darjah 4..hu hu lama sudah kan. Walaupun selalu balik taiping tp x penah naik dah. Cuma kali ni nekad nak naik jugak kebetulan hari yg sama kena hantar ayahandaku ke hospital Taiping utk wat pemeriksaan mata. Kan alang2 ke Taiping tu lagipun lama kena menunggu ambil peluang ke sana jap. Pas hantar ayah ke spital 8.pagi tu terus ke bkt larut mula2 frustttt sb tiket full .Terpaksa pujuk2 org kaunter tiket dan kena tunggu lebihkurang sejam jg kalau kekosongan maklumlah coti sekolah ni kan fulll..Alhamdulillah ada rezeki dptlah 
 naik ke ats tu.
Tiket 18 hinggit utk kami berempat.Dewasa RM6 & kanak2 RM3. Bawah 5 thn free... Nak sampai atas tu kena naik land rover (jip) yg disediakan muat dlm 10 org je. Memang adventure tul jalannya berbukit koner2...silap hb leh muntah2 ..Nak naik jalan sendiri(jln kaki) pun boleh tp makan masa pailng cepat 3 jam...baru sampai...
aduh memang tak larat... 

 

 budak yg sangat happy dapat jalan-jalan..... dah penat panjat bukit duk lepak2 kat tangga pulak

sementara tunggu jip yg nak bawa kitorg turun semula.
ok lepas ni kita g ke Pulau Pinang pulak k....

Monday, January 2

kek red velvet 2012

Permulaan tahun baru, kebanyakannya bicara tentang azam baru...dan ada yg semuanya nak baru. Apa2 pun yg penting tahun baru 2012 kita mulakan dgn semangat baru semangat ingin kehidupan yg lebih sempurna @ baik dari yg lama

AZAM-bermaksud cita-cita, kecekalan semangat dan ketentuan diri sendiri yg lebih menyakinkan diri sendiri utk masa depan yg lebih terjamin, bahagia dan ceria
(utusan- oleh Rabiatul Adawiyah Koh Abdullah)







Untuk itu Mari kita mulakan hari baru kita dgn kemanisan dan lupakan seketika kepahitan.
insyaallah....
Kali ke 2 try kek ni , alhamdulillah lebih baik dari dulu. Cuma kalernya tak red sangat....tp rasanya masih sama sedap.Deco comot2 je, tangan tak berapa nak seni hu hu..kena practice lag

KEK RED VELVED
sumber diperolehi..blog  Kzai@Teratakimpian

5 biji telur gred B
250 gram mentega
*3 cawan tepung naik sendiri
*3 sudu makan koko Vochelle
2 cawan gula kastor
4 sudu makan pewarna Red Bright - guna 1  sudu makan je
1 cawan buttermilk - kalau xde buttermilk = guna 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka
biarkan 10 minit(hingga jadi pekat)
1 sudu teh garam1 sudu makan bicarbonate of soda
1 sudu makan cuka makan


CARA-CARA:
1. Panaskan ketuhar 180 degree celcius.
2. Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepikan.
3. Pukul mentega dan gula di dalam mangkuk pengadun kek elektrik hingga sebati.
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji, perlahan-lahan.
5. dalam mangkuk buttermilk campurkan pewarna merah dan kacau sebati.
5. Masukkan tepung dan buttermilk, berselang-seli hingga habis. Masukkan garam. Pukul hingga kembang dan ringan. Matikan mesin pengadun.
6. Larutkan bicarbonate of soda/baking powder dan cuka kemudian tuangkan kedalan adunan kek. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati.
7. Tuang adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar hingga kek masak.


FILLING:
500gram blueberry filling -letak sikit je
KRIM:
250 gram krim keju Phillidephia
1 cawan krim putar- akak letak 1 1/2 cawan
 tambah sedikit gula icing
Pukul krim keju hingga lembut kemudian masukkan krim putar sedikit demi sedikit hingga habis dan krim menjadi kental dan gebu (speed mixer - medium).
*Campur sedikit butter(agak2) dan putar bersama bahan diatas supaya frosting agak keras dan mudah dibentuk

utk lebih detail boleh ke blog Teratak Impian dan pastinya bila dah mencuba pasti nak lagi...

SELAMAT MENEMPUH TAHUN 2012

Sunday, January 1

selamat tahun baru 2012





SELAMAT TAHUN BARU


 

Tiada azam baru cuma mengharapkan TAHUN 2012 akan lebih baik dari 2011....AMIN

Jam 12 ready chekout☺️☺️ anak2 dara plan nak mkn dimana hee hee Last2 ktrtnya nk singgah Gpo je situu ada  tmpt mkn Cuaca elok alhamdulillah...