Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2013

sukan sktk 1 & pra sekolah

assalamualaikum ahad lepas berlangsungnya acara sukan tahunan bagi tahun 2013 SKTK1. Sukan yg tertangguh, sepatutnya sebelum ramadhan dulu tp ditangguhkan apabila jerebu melanda. wajah2 ceria tak sabar nakberaksi ni persembahan dari PRASEKOLAH paling happy bila dpt hadiahnya he hee thn ni si kakak masuk pembarisan rumah biru pula, taknak pasukan beruniform lg. acara pula larian berganti 100m je. acara penghujung sekali , tarik tali pasukan rumah biru dan rumah hijau. yeahhhhh rumah biru juara akhirnya

kek chiffon rose

 assalamualaikum selamat berhari minggu. entry cepat dan pantas hari ni he hee baru lepas siapkan kek chiffon rose ni ..potong dan siap posink dan wat entry. ni lah namanya tak ada kejaaa sebenarnya sorang2 duk umah dari semalm hu huu anak2 sorang pun tak ada. Si kakak ikut camping sekolahnya, si abang dan adik tidur kat kat umah SIL di Rawang nun. En asben pulak pagi2 td ke Trengganu huwaaaa so tinggal la sorang2 tu yg nak hilangkan boring wat kek chiffon ni. ptg ni kakak dah balik blhlah makan2. Si kecik Sarah ni beriya-iya nak tido di rumah sil, byk kali tanya boleh ker tanpa mama ni. Bolehhhh katanya dia okey je tp mama yg tak keruan he heee alhamdulillah sedappp lembut gebus kek ni cuma agak fail bab nak tanggalkan dari acuan tu. Terkopak sikit he hee atau tak sabau benor tak sempat sejuk apapun still okey elok. boleh wat makan petang ni sorang2 cicah air kopi o. mai sapa nak temankan bolehhh ok resepi kek chiffon pandan hasil olahan   hazi...

pavlova akhirnya

assalamualaikum salam hari jumaat.alhamdulillah masih dpt peluang melihat keindahan dunia ini Amin Syukur padaNya... hari ni nak bercerita tentang desert sedap dan manis ni Pavlova lova gitu he hee walaupun dah lama tapi baru firstime nak menery ye. ok yg atas tu kecik2 comel airtangan Puan Izah Muffin Lover yg skrg makin sukses bisnes bakerynya. sangat2 sedappp woooo he hee ok ceritanya bila dpt undangan open house rumah salah sorang parent anak2 taska ni. ada la menu pavlova tp rasanya agak kurang sikit sgt2 manis dan rasa lebih susu so my boss ni pun komplen la ha haa tetiba teringat kat Izah terus sms tanya alhamdulillah blh order. bila my boss rasa je palova izah bukan main suker tau. sedapppnya ,sekejap je anak2 nye kasi licin. yg seblm ni tak suka pun boleh jadi suka bila dah rasa kita pulak jatuh cinta he hee tu yg buat sendiri pulak utk besday en asben baru2 ni ha haa bolehlah tp xleh talent kesedapan pavlova si izah. bolehlah kan nak...

agar-agar santan sirap rose

 assalamualaikum kembali bersiaran....agak lemau malam ni tp gagahkan jg wat entry ni la akibat makan rambutan he hee dah lain macam tekak ni badan suam2 gak.Harap2 janganlah demam ... ok jom tengok menu desert kali ni. Agar-agar santan versi merah. kan biasa makan yg gula merah atau pandan. bila letak kaler merah pun ok gak kan. resepi dari Naz, TQQQQ ye Naz   http://ovenkecil.blogspot.com/2012/09/ AGAR-AGAR SANTAN SIRAP ROSE BY:  Naz @ovenkecil.blogspot.com Bahan-bahan : 1 paket serbuk agar-agar 10 gm atau 11 gm 1 liter air (4 cawan) 200 gm gula pasir (lebih kurang 1 cawan) 200-250 ml santan pekat (1 cawan) -  (Naz guna santan kotak jer & boleh kurang kuantiti kalau nak dapatkan lapisan santan/atas y 1 biji telur ayam - masukkan dalam santan dan kocak sikit dengan garfu Secubit garam 1-2 sudu besar sirap rose  ATAU  beberapa titis pewarna pink dan perisa rose 2 helai daun pandan - dibasuh dan disimpul...

Selamat hari lahir....eN suami tercinta

  21 hb September....  hari kelahiran suami tercinta En  Sulaiman Hj Mohd  Rashid  Ya Allah, panjangkan lah umur suamiku, agar dapat kami bersama-sama mendidik Anugerah dari-Mu  & meniti usia tua bersama. Ya Allah, berikanlah nikmat kesihatan yang baik untuknya agar dia dapat mencari rezeki buat kami sekeluarga & melindungi kami sekeluarga..  Ya Allah,Kekalkanlah HATInya hanya buatku hingga ke Jannah & lindungilah suamiku daripada segala tipu muslihat dunia ni. Amin ~

kata-kata hikmah

sambutan hari MALAYSIA ke 50

talam keladi chef asma

assalamualaikum Salam Satu MALAYSIA Selamat hari Malaysia yg ke 50 buat semua rakyat Malaysia. Amin.....syukur diatas segala nikmatNya... berkesempatan jg smlm menyambutnya di KLMO gombak. hari ni layan kuih talam feberet ni talam pepel kaler talam keladi yg mabeless  , kali ni resepi ikut resepi yg dikongsikan oleh Cheff Asma. memang sedaplah. tqqqq Cheff Asma diatas perkongsiaan ini. cp dari blog  ummizzkitchen.  tqq Ummi Kuih Talam Keladi sumber: Yatie memeories sumber : ummi  Bahan Lapisan Bawah  : 2 Cawan tepung beras  3 Sudu besar tepung ubi 1 1/2 Sudu kecil garam 6 Sudu besar gula pasir  300 ml santan pekat 700 ml air 300 gm keladi - dibersihkan dan basuh dengan air garam untuk tidak hitam. Potong kiub dan kukus selama 5 minit - (kukus dulu, baru ditimbang). Cara-cara  : 1. Bancuh semua bahan A hingga rata dan sebati . 2. Tapis ke dalam periuk. Masak sehingga naik...

cempedakk ooo cempedak

 assalamualaikum yeahhhhhooo sukanya tgk anak2 thn 6 petang tadi sebaik semuanya selasai. he hee gembira , gembira jugak ye adik2 tp perjalanan hidupmu masih jauh di hadapan . apapun kita tunggu dan lihat resultnya nanti okkkk. esok dah pun jumaat, zassssss masa beredar. begitu pantas. nak menulis pun mcm suramm sikit he heee malas pun ada. itulah penyakit yg selalu menyerang tp nampak gambar disini buah cempedak la pulak kan, ha mesti kenai idak. buah femes dan mabeless ni. emmm dpt mkan yg goreng time petang2 gini sedappppnya aii. kalu org goreng baunya menusuk hidung....wanginya sedapnya tp mahalnya kan si cempedak ni. sekilo berhinggit-hinggit. kalu sebiji ..pernah beli cempedak 18 hinggit sebiji. teringat zaman2 dulu masa zaman sekolah rendah, cempedak ni berlambak-lambak sampai x termakan. pokoknya memang banyak kat kampung ,bila musim buah jenuhlah duk pi angkut, dgn arwah toklong dulu sampai ktorg jemur kasi kering sb sayang nak buang. ...

kuih koleh kacang

assalamualaikum alhamdulillah.... bersua lagi ye di hari yg ceria fisrt nak ucapkan GOOD LUCK buat anak2 tahun 6 hari ni yg akan menduduki UPSR bg tahun 2013. semoga semua anak2 tenang dan menjawab soalan2 dgn baik ye, INSYA ALLAH  ..gunakan segala yg dipelari selama ini dgn sebaik-baiknya ye TRY THE BESTTT ok buat kakak Firasya, Hidayah, Siti Mariam mama sentiasa doakan kalian malam isnin hari tu merajinkan diri membuat kuih koleh kacang ni. Firstime mencuba. itu pun selepas banyak kali tertangguh he heee beli tepung kacang hijau dan kelapa parut , selalu bila beli kelapa lain yg jadinya Resepi asal   DI SINI  ye. boleh jenggah hasil perkongsian Ros Jintan Manis   tqqqqq ye. nanti cp resepinya kat sini

kemeriahan jamuan raya Taska Auza

alhamdulillah...ahad lepas Taska Auza buat jamuan raya , meriah sgttt. dari pagi kami bertukus lumus wat persiapan sampai ke senja baru dpt balik . walaupun minggu yg agak kelam kabut dek masalah bekalan air yg ada kejap tak ada hu huu Tetamu juga tak putus2 dari jam 12 tengahari. walaupun petang hujan turun dgn lebatnya tp tetamu tetap singgah. mcm2 menu, satay, nasi impit kuah kacang, lemang, rendang ayam mee kari, laksa, nasi berlauk ,kuihmuih, kek2 ,buah2an dll ada antaranya jg di sponsor oleh parents.memang kenyanggg habisss antara menu paling larissss sgt ni BBQ (kambing bakar) musroom sup dan garlic bread,sekejap je tau habiss beratur panjang tetamu. sempat gak rasa sikit he hee sessi bergambar ramai2 selepas tetamu dah reda he he e  Dapat kumpul gini memang best kan...