Monday, August 26

snow cheese cake



assalamualaikum semua

entry kek hari ni ye. Snow cheese cake ni dah lama berangan nak buat. Bila asyik tgk ditayangkan kat blogger2 femes.
memang terliur tengok kan. kek yg penuh dgn rasa lemak2 chese.
kek spannya pun lembut je. 


alhamdulillah akhirnya terlaksana juga he hee
tp taklah secantik blogger2 femes.




resepi cp dari blog kak noor http://nooriahnaim.blogspot.com/

TQQQQ kak Noor


Kek Cheese Bersalji


Resepi : Sherry mz@MyR


  • 6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
  • 100 gram gula halus
  • 100 gram tepung hong kong (blue key superfine boleh juga) - akak guna shelf raising flour
  • 60 gram tepung jagung (maizena)
  • 50 gram air sejuk (dr peti ais)
  • 1 sudu teh baking powder- tak letak
  • 2 sudu makan ovelet
  • 75 gram mentega (dicairkan)
  • UNTUK KRIM
  • 1 kotak cream cheese philadelphia
  • 1/2 tin susu pekat manis- akak letak 1 cwn (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2.
  • UTK TOPPING
  • 1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)
Cara-cara:

1. Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair dan putar.

2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.


3. Sediakan acuan yang telah dialas dgn kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.


4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.
5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.


6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.


7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.



Sunday, August 25

agar-agar milo susu

assalamualaikum
selamat berhari minggu

jom makan agar2 milo he hee tp dah abisss la
buat ahad lepas utk hidangan tetamu. kawan asben call nak dtg beraya so buat apa yg patut. masak mee kari dan desertnya agar2 milo ni

resepi agar2 milo cp dari blog kak ummihttp://ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com/

tqqqqq kak ummi

AGAR-AGAR MILO
Sumber: Jthorge

Bahan (Lapisan Coklat)

  • 8 gm agar-agar tali (strand) - basuh dan toskan
  • 1 3/4 cawan air (akak letak hampir2 2 cawan)
  • 1/3 cawan gula
  • 3/4 cawan serbuk Milo
Cara-Cara:-
  1. Masak agar-agar bersama air hingga agar2 larut. Masukkan gula dan milo, kacau perlahan hingga gula larut. Tapiskan.
  2. Tuangkan aduna ke dalam loyang empat segi 20 x 20 cm ataupun dalam acuan yang dikehendaki. Biarkan beku sebentar.
  3. Kemudian cakar sedikit permukaan lapisan coklat dengan garfu dan bolehlah dituangkan lapisan susu nnt.

Bahan-bahan
Lapisan Susu:-
  • 10 gm agar-agar tali (basuh dan toskan)
  • 1 1/2 cawan air (akak lebihkan jadi 1 3/4 cawan)
  • 1/2 cawan gula
  • 1 cawan susu sejat Ideal/Carnation
  • beberapa titis esen vanila
Cara-Cara:-
  1. Masak agar-agar dengan air hingga agar-agar larut.
  2. Masukkan gual an kacau sebati hingga gula larut. Tapiskan.
  3. Masukkan susu sejat dan esen vanila.
  4. Dengan perlahan-lahan, tuangkan adunan ke atas lapisan coklat tadi. Letak dalam fridge dan hidangan sejuk2.

Saturday, August 24

blueberry cheese tart

 assalamualaikum

salam hari minggu. mesti jem jalan2 di luar sana hari ni kan. semua keluar utk ke majlis2 rumah terbuka.
Biasa dah bila musim raya ni.
Sekolah2 kat sini semua sekolah berganti , ganti cuti raya hari tu so nampaknya nak keluar jalan kena waktu petang.


macam2 duk makan lepas raya ni  kan hu huuu 
tak makan mcmna pulak tu dah ada terhidang dpn mata he hee lgpun namanya majlis makan2 ye tak
ok cheese tart ni buat atas permintaan. ikutkan malas gak
mula2 buatkan utk sorang pastu bila nampak pulak dek cikgu sorang ni terus order lagi. wat kecik2 je senang nak ngap.


resepi kita cp dari blog  ovenkecil.blogspot.com/2011/10/blueberry-cheese-tart.html   TQQQQQ naz
                                                           

                                                  PASTRY/ TART SHELL/ CRUST

Bahan-bahan :
  • 170 gm majerin
  • 50 gm gula icing
  • 1 biji telur gred C
  • 1 sudu teh asen vanilla
  • 290 gm tepung gandum
Cara-cara :
  1. Pukul majerin dan gula dengan senduk kayu (Naz guna balloon whisker). Jangan lama sangat.
  2. Masukkan telur dan asen vanilla. Pukul lagi.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tart. Kemaskan doh di dalam acuan tart dan potong lebihan doh dengan pisau di bahagian tepi-tepi acuan tart(petty tin). Cucuk dasar doh dengan garfu sebelum dibakar.
  5. Bakar pada suhu 170C sehingga masak (Naz bakar selama 15 minit sehingga doh bertukar menjadi warna perang menggunakan api atas dan bawah).
  6. Sejukkan sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara sekiranya tidak digunakan terus.
Nota :
Jika menggunakan telur gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi terlalu keras.

(b) CREAM CHEESE FILLING




Bahan-bahan : 
  • 250 gm cream cheese
  • 50 gm gula kastor
  • 1 biji telur saiz B
  • 1/2 sudu teh asen vanilla/ asen lemon

Cara-cara :
  1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
  4. Tuang atau pancitkan (jika menggunakan piping bag) cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170 C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.

Thursday, August 22

jalan-jalan cari makan-steak




assalamualaikum

apa khabar semua.
masih mood raya ni kan, penuh dgn undangan makan2 rumah terbuka. bulan ni Meriah dgn acara makan2
untuk itu kita masuk entry makan2lah
xtvt bulan puasa hari tu sebenarnya. Makan2 waktu berbuka dgn geng2 pu3
ye la lepas pru inilah peluang nak jumpa balik, layan steak je masing2
fiske steakhouse ni kat dgn rumah je dan kepunyaan kakak group kamceng kami power rangers he hee
ok jom layan
best tau sedap2  paling best ni ha desertnya bread butter puding with aiskrim fuhhh x lena tido firstime rasa. teringat-ringat keenakannya tu



                                    Special Beef Steak (grill) = RM 16


sapa2 teringin boleh mai sini ye.

Tuesday, August 20

selamat hari jadi kakak ke 12


assalamualaikum

alhamdulillah,hari ni 20 0gos genaplah usia anak dara ku
  Siti Fatimah Firasyah 12 tahun.
selamat hari lahir kakak
doa dan harapan mama kakak jadi anak solehah ye
yg beroleh kejayaan di dunia dan akhirat




Sunday, August 18

kenangan raya 2013




assalamualaikum

salam aidilfitri semua.
cerita raya 2013,gambar2 yg di cp dari fb adik. Raya tahun ni sampai kg lewat mlm raya dah. Sb bertolak dari KL ptg pun. berbuka pun dlm keta je. anak2 bising gak x dpt menikmati saat2 sblm raya yg lazimnya tolong bakar lemang, pasang pelita raya dan main mercun saat diumumkn esok raya.tp nk wat camna kan....apapun yg penting dpt berya di kampung.


menu wajib lemang, ada hero2 ank abang yg tolong opah
thn ni semua dik beradik blk kg, kakak sulong kat Chini Pahang pun balik cuma ank2 buah yg dah kwin beraya dgn mertua msing2




inai pun wajib di malm raya he hee cucu2 memang tunggu je opah giling inai pastu hulur tangan masing2


pagi raya sblm ke masjid solat 




blk solat raya sempat bergambar cuma tak dk makayah . Ayah xnak walau puas dipujuk. Lengkap 8 adikberadik tahun ni. cicit 2 je yg blk raya.
2 kakak sibuk kat dapur.



kakak sulong, abang no 2 dan adik lelaki & wife




dengan adik2, sil dan mak serta besan 

next entry sambungan gambar raya ye

Thursday, August 15

selamat hari raya





Duhai bonda duhai ayahanda

Dengarlah rayuan anakanda


Yang jauh di mata…


Tanpa ku sedari airmata ku mengalir


Terdengar ayat suci seruan takbir


Betapa daku gembira dekat di samping keluarga


Di pagi mulia hari raya

Kan ku sujud di kakimu bila kita bertemu


Kan ku cium tangan mu ku pohon restu


Oh maafkan daku kesalahan diri ku

Walau jauh di mata namun kau tak dapat ku lupa


Doa ku sepanjang masa agar kau bahagia


Ku pohon restu dari mu oh ayah dan ibu


Agar tercapai cita ku membela nasib mu

Kan ku sujud di kakimu bila kita bertemu


Kan ku cium tangan mu ku pohon restu


Oh maafkan daku kesalahan diri ku



assalamualaikum

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN pada semua
hanya ucapan dari kejauhan
 sudah seminggu kita semua menyambut hari raya.
Alhamdulillah kami sekeluarga jg sudah selamat kembali dari kampung halaman tercinta. .
nak update gambar2 raya lum sempat lg, tak banyak pun gambar sempat snap. 
Raya kali ni memang tak macam dulu, mood agak kurang. Bila org yg yg paling disayang Ayahanda tak sehat mcm dulu lg. Memang rasa lain sangat tp apapun raya tetap raya kan. anak2 kecik masih berkejaran riuhrendah... cuma hati rasa tak segembira dulu

Saturday, August 3

salam Aidilfitri & cornflake ranggup dan cheese tart

 assalamualaikum

SELAMAT HARI RAYA aidilfitri MAAF ZAHIR DAN BATIN buat semua
entry akhir sblm raya yg agak kelam kabut





Thursday, August 1

biskut coklat chips


Assalamualaikum

Keajaiban-keajaiban yang terdapat pada 10 malam terakhir bulan ramadhan telah banyak disebutkan di dalam al-Qur’an maupun Sunnah. Diantaranya, pertama; terjadinya lailatul qadr yang merupakan malam di turunkannya al-Qur’an dan dicatatnya di lauhul mahfudz seluruh perkara yang akan terjadi di muka bumi pada tahun tersebut. Rasulullah saw. mewanti-wanti agar umatnya memperhatikan lailatul qadr pada 10 malam terakhir. Beliau bersabda:
 « تَحَرَّوْا لَيْلَةَ القَدْرِ في الوَتْرِ مِنَ العَشْرِ الأوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ ».


Dahpun masuk bulan Ogos kan. macam terkejar-kejar masa ni
mcm2 nak buat. Ramadhan juga kian ke penghujung

ok jom layan biskut raya ni ye coklat chips. Tiaptahun memang kena buat sb anak2 suka makan
Buat dulu utk jiran sebelah yg order 3 balang, rumah punya blm lg kena tunggu cuti.

coklat chips

bahan-bahan

200 gm butter
180 gm gula perang
2 biji telur
1st soda
esen vanila
2 sb serbuk koko
150 coklat chips
150 gm badam 
300 gm tepung gandum

caranya

ayak tepung dan serbuk koko
sebatikan butter ,gula dan telur
masukkan tepung  akhir dgn coklat chips serta badam

btkkan dgn sudu dan bakar
150c 20 minit


Jam 12 ready chekout☺️☺️ anak2 dara plan nak mkn dimana hee hee Last2 ktrtnya nk singgah Gpo je situu ada  tmpt mkn Cuaca elok alhamdulillah...