Thursday, December 15

Monday, December 12

kek coklat kukus





Assalamualaikum 

Semalam berkesempatan ke rumah abang yg baru pulang dari Mekah. Alhamdulillah gembira tgk kegembiraan abangku itu...berseri-seri kan org balik HAJI ni. Bila pulak turn daku ni....
Seronok dengar dia bercerita tentang apa yg dilalui di sana. 
Dah kalu nak ke rumah abang Nan ni mesti bawa sesuatu kan...anak2nye seramai 6 org tu memang kaki makan he he biasa le kan . Tapi yg ada 5 sb yg sulong di UPSI. Tiapkali dtg sana memang budak2 ni mintak kek coklat je. Tu yg senang keja makcik diorg ni ...


 macam2  resepi kek coklat ada kan....yg bakar yg kukus. kek coklat tak yah telur, kek coklat yg guna butter dan kek coklat yg pakai minyak jagung....
tp kan mesti nk cari yg senang wat ye tak...


kebanyakan blog2 ada resepi kek coklat ni. 
ada masa nanti nak masukkan resepi kat sini...skrg tak sempat lg..


ok jumpa lg...










Sunday, December 11

kuih bom labu


salam hari Isnin...
hari ini kita sarapan dgn kuih bom labu ataupun bebola bijan labu ye. Dah biasa panggil kuih ni dgn nama kuih bom..entah dtg dari mana tak taulah tp memang itulah yg tau he he maybe sb dia bulat2 kot..iyerrr sedap rupanya bila ubi di tukar dgn labu ni kan. dgn mak selalu wat kuih bom ubi kayu . memang lain rasanya lemak2 manis labu. Tp kan kita ni memang suke sgt kalu kuih yg berintikan kelapa ni...inti sentiasa ada dlm peti ais..
Labu ni pulak hasil tanaman mak kat kg jg, balik raya haji tu petik sendiri he he bawa balik 3 biji...dah sebulan masih ada sebiji duk di ceruk dapur tu ha ha jadi terpaksa rajinkan diri wat jg kuihmuih ni, Bingka sudah.bikin .. lepat sudah... masak lemak pun dah bebarapa kali ...pengat pun dah...apa lg nak buat ni...tiba2 teringat kuih bom ok jom menerai...
dulu2 zaman sekolah rendah biasa tgk mak buat kuih2 ni tp kan mak memang buat tak sukat2 pun, biasa la kan org dulu2 kan main letak je tp mesti menjadi ye tak...tu yg susah nak tanya resepi ni. Cuma kalau nak tau kena tengok masa mak buat dan pandai2lah kita kan

kuih bom labu


bahan-bahan nye


1 1/2 cawan isi labu yg telah direbus dan dilecek
2 cawan tepung pulut @ tambah kalu terlalu lembik ye..


inti kelapa gula merah


cara-caranya
campur kedua-dua bahan ini hingga sebati jgn terlalu lembik ataupun keras
pastu ambik sejemput dan leperkan. masukkan inti kelapa kat tengah2 dan tutup. 
Bulat-bulatkan dan bolehlah digolek atas bijan
goreng sampai kekuningan...


dan boleh makan panas-panas....


SELAMAT MENCUBA YE




Thursday, December 8

RILEX2 DI TASIK TITIWANGSA


axvt hari minggu ahad lepas bersama family. Jalan2 kat TTW, lama sudah tak kunjung kesini, w/pun  perjalanan dlm 20 minit je.
 
tengah tunggu nak naik bot, 1/2 jam  3 hinggit je. Sekbaik muat 5 orang... 

tema kami sekeluarga oren he he
senang sikit kan nak cari budak2 ni...














ok jumpe lagi....

Wednesday, December 7

elegik rambutan ooo rambutan

assalamualaikum semua ..
hendaknya kita semua diberikan kesihatan yg baik hari ini dan hari2 yg mendatang.

Jadi kena beringat sebelum kena, Sihat sebelum sakit  ye tak...


Hari ni tetiba tayang buah rambutan pulak..kan apa ke hal. hu hu sebenarnya nak lepaskan geram sebab tak leh makan buah kegemaranku dari dulu2 ni. 
Sekarang kan ada byk jual entah musim kat negeri mana. Rasanya skrg bila2 masa ada jual kan buah rambutan ni. Tak susah kalu sapa-sapa yg mengidam he he

Dulu2 lainlah,,,,setahun sekali kot musim rambutan ni.teringat citer dulu2 kat kampung pokok rambutan belakang umah je. Jadi tempat lepak2 bila balik sekolah, siap leh panjat lagi....Tiba musim buah-buahan lagilah seronok leh la main petik2 je,sampaikan belum sempat masak ranum baru keluar kaler kuning2 sikit dah kena petik punyalah excitednya kan he he


Cuma skrg ni ada sikit compius hu hu nape yek la ni dah tak leh makan lagi rambutan ni...byk kali perasan bila makan je rambutan bibirku gatal2 dan macam kemerahan pastu mengelupas...sedeyyyyy sgt2 3,4 hari gak nak ok balik. Kesiankan daku...mak kata elegik. Dah try basuh banyak kali sblm makan dan kupas pakai pisau tapi still sama kesannye..Nape yek pleaseeeee sapa yg tau hu hu ada ke sapa2 cam ni.

Susah betul tiapkali terpandang buah rambutan ni keinginan tarpaksa disekat hu hu skrg kena tengok je.lah.. cukup menguji kesabaranku. Ni duk sebakul rambutan kuning kat dapur...aduhhhh kena tutup mata nampaknya....

Saturday, December 3

chiffon keladi pulak...

assalamualaikum 
Chiffon lagi he he dah macam ketagih pulak ni...keinginan yg tak dapat ditolak. Keinginan nak mencuba lagi dan lagi...bahaya tu kan. Apapun sebaik la ada yg suke makan kalau idak apa la nak buat ngan kek2 ni.

Tapi bukanlah projek hari ni, projek malam jumaat hari tu. Kali ni suke sgt2 dgn kelembutan kek chiffon ni dan rasanya pun memang digemari...perisa keladi. 
Masih guna resepi yg sama resepi chiffon pandan kak YATIE MEMORIES BLOGSPORT.
memang disyorkan siapa2 yg nak buat boleh ikut resepi kak Yatie ni sb mesti menjadi punya kan.

Bahan A
* 6 biji kuning telur
* 2/3 cawan minyak Mazola
* 2/3 cawan santan pekat
* ½ sudu kecil garam
* 1 cawan gula pasir
*pewarna purple dan perisa keladi

* 1 1/2 cawan tepung gandum *diayak
* 2 sudu kecil baking powder* diayak

Bahan B
* 6 biji putih telur
* 1/2 cawan gula pasir
* 1 sudu kecil cream of tar tar

Cara-cara

Bahan (A):

  1. Masukkan kuning telur, garam dan gula. Kacau. ( tak perlu kembang, sebati je dah cukup)
  2. Masukkan pewarna hijau, minyak & santan dan kacau lagi.
  3. Masukkan tepung( yg telah diayak bersama baking powder) gaul sebati dan ketepikan dahulu.
Bahan (B):
  1. Pukul putih telur sehingga menjadi berbuih.
  2. Kemudian masukkan gula.Pukul lagi hingga kembang.
  3. Masukkan cream of tar tar. Pukul lagi hingga betul2 kembang, jika diterbalikkan adunan tak jatuh.
  4. Last sekali, masukkan bahan B ke dalam bahan A sedikit demi sedikit....guna spatula sahaja, cara kaedah kaup balik.
  5. Tuang adunan ke dalam periuk lubang...tak perlu di lenser.
  6. Setelah siap, hentakkan beberapa kali dan bakar selama 45-50 minit 175c
  7. Setelah masak, angkat kek dan terus terbalikkan di redai kek sehingga sejuk.
  8. Setelah sejuk, bolehlah di potong dan hidangkan.

 ni la peminat setia kek chiffon ni...si kakak Tisha.
emmm yummy katanya...

ok setakat ini sahaja dan salam sejahtera SALAM 1 MALAYSIA...



Friday, December 2

LOMPANG HIJAU




Salam sejahtera semua, makan apa hari ni ye? orang dah makan tengahari tapi kita duk sibuk ngan makan pagi lgi ni he he. Hari ni wat sarapan kuih lompang ataupun kasui. Kita biasa panggil nama lompang je...
lompang kaler hijau sebab nak segarkan mata....

bukan apa tak dak gula merah tu yg wat kaler hijau...he he kes malas ni
apapun asal leh makan ye tak, paling suke makan letak kelapa parut banyak2 sikit....sedapppp
macam2 resepi ada kan tp yg ni kita ikut resepi dari majalah Harmoni, lama sudah...tp simpan dlm fail resepi2ku...tak ada pulak tulis nama yg empunya resepi..wat rujukan sendiri dan siapa2 yg nak cuba bolehlah tengok sini ye


bahan2nya

150 gm tepung beras
1/2 biji kelapa-ambil 400 ml santan
150 gm gula
1 sudu kecil tepung ubi


cara penyediaan


campurkan kesemua bahan2 kacau hingga gula hancur
kemudian letak pewarna dan tapiskan..
bolehlah dikukus dlm 20 minit.


alhamdulillah siap sebagai makan pagi tp wat makan petang pun ok kan...
SELAMAT MENCUBA..














makan strawbery dgn kek coklat

assalamualaikum

 
sedapkan tengok strawbery merah menyala ni he he sayang pulak nak masukkan dalam mulut tu
salah satu buah yg jd feberet kat umah ni. kita makan lak ngan kek coklat fuyooo lagi sedapkan....rasa manis masam campur rasa coklat..


sekarang senangkan nak dapatkan strawbery ni mana2 pasaraya ada jual. Walaupun taklah semanis strawbery yg kita ngap terus kemulut kat CH tu. 

wassalam...semoga hari ini hari yang membahagiakan..

Jam 12 ready chekout☺️☺️ anak2 dara plan nak mkn dimana hee hee Last2 ktrtnya nk singgah Gpo je situu ada  tmpt mkn Cuaca elok alhamdulillah...