ASSALAMUALAIKUM
Sekadar nak kongsikan pengalaman anak kena demam campak..
Seminggu lepas Sarah demam panas, tengah2 malam pulak tu, nasib baiklah stok ubat memang sentiasa ada. En hubby memang bising kalu takada ubat dlm simpanan ni emmm camnilah takut tiba2 je diserang demam ke selsema atau apa2 kan...susah juga. Ingatkan demam biasa je maklumlah cuaca skrg tak menentu..panas hujan kan. lagi2 budak2 ni aktifnya lain ..lasak berlari sana sini tak kenal erti letih, asalkan ada geng mulalah he he
Sarah ni memang tak reti diam, kalu kat taska tu dialah heroin..
tp 2 minggu lepas dpt tahu seorang kawan sepermainannya itu kena demam campak ..hmmm harap2 Sarah tak dijangkiti lgpun budak tu cuma dtg waktu petang ke nursery ni main2 ngan sarah sblm waktu balik je
Harap2 tidak he he harapan seorang ibu tp kalu dah nak terkena tu tak boleh elaklah kan. kena terima juga
2 hari je Sarah demam panas pastu eloklah dia aktif semula...
Tetapi petang khamis tu lepas mandi ternampak macam2 bintil2 merah ada air jerneh kat telinga dan leher....berderau sekejap...alamak kena ke ni????pujuk2 hati juga, Apapun kena tunggu esok utk perkembangan .betul atau tidak.
Esoknya..sah dah memang sah ada banyak lgi bintik2 tumbuh huhu hu.
Tengahari tu jg bawa Sarah ke klinik utk pastikan..yup maybe la Doktor kata dan Doc kasi ubat gatal, antibiotic dan ubat sapu. ooohhhh dlm usia 5 tahun Sarah kena akhirnya..lebih awal dari kakak dan abangnya yg kena dah sekolah tahun satu.
Bagaimana tanda-tanda, rawatan, dan tips termasuk pemakanan. Kata doktor
cuma banyak minum air, tapi tak salahkan kita cuba kaedah lain juga...
-----------------------
dari info sihat
Demam CampakApa itu demam campak?
Demam
campak ( Rubeola ) adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan
viruChickenpoxs measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala
jangkitan saluran pernafasan dan disertai ruam pada kulit. Penyakit ini
sangat mudah menular kepada orang lain melalui titisan cecair dari mulut
dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin.
Bagaimana pun kebanyakan kanak-kanak di Malaysia telah kebal (immun) pada penyakit ini sejak adanya program campak kebangsaan.Apakah tanda-tanda demam campak?
Antara 10 – 12 hari selepas dijangkiti penyakit, pesakit mula menunjukkkan tanda dan gejala demam campak seperti:
Demam tinggi
Batuk, selsema dan sakit tekak
Mata berair dan sensitif kepada cahaya
Sakit otot
Ruam demam campak
Dua
atau tiga hari kemudian timbul ruam-ruam, bermula dibahagian muka dan
kepala kemudian merebak kebahagian badan, tangan dan kaki. Ruam akan
kekal selama 4 – 7 hari. Semasa ruam timbul, suhu badan biasanya sangat
tinggi. Demam campak boleh menjangkiti orang lain dalam masa seminggu
sebelum timbul ruam sehingga 4 hari selepasnya.
Adakah setiap demam yang disertai ruam merupakan demam campak?
Tidak.
Deman campak sering dikelirukan dengan penyakit Rosela Infantum yang
disebabkan oleh virus lain tetapi mempunyai ciri-ciri yang sama dengan
deman campak melainkan selepas 2–3 hari ruam timbul, demam biasanya akan
berkurangan.
Apakah kesan demam campak pada kanak-kanak?
Kebanyakan
kanak-kanak yang menghidapi demam campak akan sembuh dengan sempurna.
Bagaimana pun kadangkala boleh terjadi komplikasi yang serius terutama
golongan yang menghidapi kekurangan zat makanan dan mempunyai imum
sistem kekebalan yang rendah.
Antara lain komplikasi yang sering terjadi adalah:
Jangkitan pada telinga
Jangkitan paru-paru (Pneumonia )
Jangkitan pada otak (encephalitis)
Cirit birit
Kes yang serius boleh berakhir dengan kematian.
Bagi wanita hamil pula, boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang.
Bagaimana merawat demam campak?
Tiada rawatan yang spesifik tetapi hal-hal berikut dapat mengurangkan gejala :
Panadol untuk mengurangkan demam
Hindari cahaya terang kerana ia menyakitkan mata
Berehat dan minum air yang cukup.
Ruam tidak perlu dirawat kerana ia akan hilang sendiri.
Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah supaya tidak menjangkiti orang lain. (4 hari selepas ruam timbul).Bolehkah demam campak dicegah?
Boleh.
Demam campak boleh dicegah melalui pemberian suntikan immunisasi MMR
(Measles, Mumps and Rubella) pada usia 12 bulan dan kemudian ketika
berumur 7 tahun. MMR adalah vaksin yang selamat. Adalah tanggungjawab
ibubapa untuk memastikan anak mereka mendapat immunisasi. Sekiranya anda
terdedah kepada pesakit demam campak sila dapatkan nasihat doktor atau
petugas kesihatan
|
Alhamdulillah selepas seminggu ianya mula kering tp amat2 bersyukur sb lebih cepat pulih dari jangkaanku. | |
|
|
|