Showing posts with label cupcake. Show all posts
Showing posts with label cupcake. Show all posts

Thursday, April 16

Cupkek utk jamuan Raya anak anak Sekolah

Salam jumaat ❤️❤️​

Mini cupkek utk Adik Aishah

Senang nk mkn dgn kwn2

Utk

Abgnya thn 6 buat besar2 sikit

Antara koleksi yg sempat ambik order 

Utk anak2 sek tahun ni

Cupkek coklat dan cupkek oren

Ada kisah sedihhh jga disebalik cupkek oren ni

Ciknur buat 2 versi yg berbeza dan resepi jga berbeza

Awalnya buat kata custemer ni terlalu moist so dia nk garing2 la 

Nextnya buat versi lain  tp terlupaa pula letak pewarna so agak pucat sikit 

Nextlahh try lg resepi

He hee sampai betul puashati


Thursday, July 8

vanila. cup kek


assalamualaikum
hujan. lebat membasahi kuala. Lumpur
sementara keboringan nak menunggu reda nak balik rumah. ni layan blog japlah kan. boleh juga psni nk clear gambar2 dlm hp ni
Aktiviti kanak2 playschool deco cupkek
tgk gambar muka masing2 tu kan excited belaka. siap je semua nak mkn terus he he tak sabau betul

sebenarnya masih dlm. experiment lg buat cupkek vanila ni
belum. dpt yg betul2 puashati
emmm mcm2 resepi dah try.
 yg ni rasanya memang sedappp
lembut, cukup manis nya dan harum.
tapiii kenapa bila. dah agak sejuk kek akan merenggang dari cup nya tu
masa masak nampk. menarik naik molek tp bila. keluarkan. dari ovenπŸ™„πŸ™„πŸ™„
atau semenangnya begitukah

ada teknik2 yg khas agaknya la. kan
ha haa. tu la. kena. belajar dgn. sifu2 ni




 

Sunday, April 27

cupkek oren


Hari ni agak mendung, hujan sikit2 je tadi dan sejukk je emmm best je layan diri golek2 atas katil. Malasnya nak kemana-mana bila  cuaca gini kan. Anak2 je sibuk ajak keluar.
Nasib baik air pun ada ni 2 hari . Boleh bereskan kain baju minggu lepas punya.
Sambil2 tu kita layan cupkek oren ni pula ye.
Asyik cupkek coklat, sekali sekali tukaulah kan




resepi hasil goggle2, itulah kemudahan sekarang nak resepi apapun mudah bila ada  intenet ni. cari mana yg berkenaan. 
Berkenan pada cupkek oren Ucu ni. tqqq Ucu. Lama Ucu ni menyepi. Mesti buzy dgn bakerynya kan


Resepi kek /Cup cake Oren
Sumber  : ucubakery

Bahan-bahan ;

250gm butter
250gm gula castor
250gm tepung naik sendiri
4 biji telor 
2 biji oren - diparut kulitnya 
1 jus/air oren
2sb fresh milk
1sb sunquick - ucu x bubuh
1st oren paste 

Cara-cara

Panaskan oven dahulu, ayak tepung dan baking powder
Pukul butter dan gula hingga kembang
Masukkan satu persatu telor
Masukkan tepung/parutan kulit oren/fresh milik/paste oren- gaul menggunakan spatula
Akhir sekali  masukkan jus oren - gaul hingga rata dan sebati
Masak selama 25minit bergantung pada oven.




Monday, April 7

muffin pisang bercoklat


Assalamualaikum


salam sejahtera buat semua

alhamdulillah. bersua lagi disini
 smlm gagahkan diri buat muffin bila terpandang pisang2 yg dibawak dari kampung minggu lepas semakin ranum. hari2 wat cekodok tak jg habisnya pisang setandan ni
last baru terfikir nak wat muffin
 dlm keterpaksaan
dgn air tak ada hari ni  
kalu muffin pisang biasa mungkin tak ada sambutan itu yg buh cekolat kot2 dpt sambutan la kan
Dpat dlm10 ketul je ,besau2 jg.
kalu x abis bawak g taska kompemm  habis he hee




muffin pisang bercoklat
sumber resepi Rahel

bahan-bahannya

3 biji pisang
2 biji telur A
3/4 cawan gula halus
3/4 cawan minyakjagung
1 cawan tepung
3 sb serbuk coklat
1st soda
1st esen pisang

cara-cara

blender pisang , gula,minyak dan telur
masukkan dlm mangkuk besar
ayak tepung, koko dan soda
sebatikan 
masukkan dlm cup dan bakar
20 minit 160c




Terima kasih.......Jumpa lagi

Saturday, March 1

cupkek coklat berkrim


assalamualaikum

apakhabar semua
selamat berhari minggu. 
panasnya hari ni kan, terasa bahangnya . Pagi tadi sessi royongroyong kat taska. Habis jam 1 tengahari balik  rumah
apalagi mandi baru terasa nyaman he hee



tak sempat nak wat entry , rasanya febuari ni paling sikit update kot kan. dan malas sama tu bab nak masukkan gambar kat lappy.
kebetulan kebelakangan ini masa jg tak mengizinkan.
tpyg pastinya bab masak2 masih diutamakan.
minggu ni alhamdulillah rezeki cupkek dan tart cheese.
budak2 sekolah hari2 wat permintaan cupkek

dan yg bawah ni pula buat utk kak ida utk dibawa ke rumah kawannya. Cupkek coklat letak krim ala2 flower.
tak lah cantik tp bolehlah kan.
sebagai buahtangan katanya.
resepi cupkek dah banyak kali wat entry
dan kita masih setia dgn resepi ni. mudah dan cepat
yg lebih suka rasanya sedap,moist .
ok tak leh celoteh panjang2 nak kena out ke pasar beli barang2 dapur utk taska pula

ok jumpa lagi



Saturday, February 22

cupcake rainbow


assalamualaikum

Selamat berhari minggu.
Smlm seharian berjalan, sampai lenguh kaki he hee hari ni duk kat Umah je pulak. 
Sambil santai2 kat rumah, kita layan cupkek rainbow


Resepi mcm wat kek butter cuma letak dlm cup gini. Senang sikit nk mkn kan
Ank dara kecik ni suka kalu yg kaler-kaler. 
Mama layan je. resepi p dari blog kakAzie
tqqqqq kak




Tuesday, January 28

cupcake coklat

 assalamualaikum semua

nak tulis apa pun tak tau ni he hee tak ada idea langsung
Nk layan citer Ariana Rose jap g ni
YG siap record t
 jom layan je cupcake coklat ni okey
boleh gitu..


 resepi sebelum ni ada

boleh intai2 ye

selamat malam semua


Tuesday, May 28

rvc cup cake cream cheese


assalamualaikum

alhamdulillah ...ahad dpt lepas gian baking akhirnya sambil tu blh jgk layan tekak ni kan he hee bila kesihatan dan keadaan mengizinkan.
itu yg penting, nak lg cuti2 sekolah ni .
Dulu dah cuba versi kek tp kali ni nak rasa cupcake  pula.
Resepi pun lain. Kalau ikutkan google memang ramai rakan2 blogger dah buat. Resepi pun macam2 pesen kan.
Paling suka kalu cupcake yg resepinya guna minyak jagung
bukan tak suka butter @ planta tp lg mudah kerja kan.
very2 moist, sedappp


Sangat2 moist kek baldu merah ni, memang sedap.betul kata k.Azie the best ,easy and very moist.
Tak pastilah kalau resepi lain lg sedap sb sblm ni dah try buat kek rasanya mcm kering sikit. tp ini betul2 moist lah. Nak pasti kena cuba sendiri ye


suka tgk si abang dan kakak ni makan....kena pulak dg kelemakan cream cheese nya bertambahlah sedapnya.
Sedap pun mama blh layan satu dua je he heee
resepi c/p dari blog k.Azie Kitchen ...TQQQQ k.Azie



The Best, Easy and Moist Red Velvet Cake
Oleh: Azie Kitchen


Bahan bahan:
2 cawan all purpose flour
1 sk baking soda
1 sk baking powder
1 sk garam
2 sb unsweetened cocoa powder
2 cawan gula kaster
1 cawan vegetable oil
2 biji telur
1 cawan buttermilk
2 sk vanilla extract
1-2 oz. red food coloring (guna 2 sb)
1 sk white distilled vinegar
½ cawan plain hot coffee (jangan skip)

Bahan bahan:
Panaskan oven pada 170C.


Di dalam mangkuk satukan tepung, baking soda, baking powder, cocoa powder dan garam. Ketepikan. 



Di dalam mixing bowl, gaul sebati gula dan minyak. Kemudian masukkan telur, buttermilk, vanilla dan pewarna. Putar sehingga sebati. Tuangkan coffee dan white vinegar.



Akhir sekali, masukkan tepung ke dalam adunan sedikit demi sedikit dengan diputar sebati setiap kali memasukkannya.



Lenser minyak dan ayak tepung ke dalam 2 loyang. Tuangkan adunan sama banyak. Bakar selama 30-40 minit atau sehingga masak. Jangan terlebih masak kerana ianya akan terus masak semasa menyejuk.



Sejukkan atas wire rack sebelum diletak frosting.



Ok jom layannnnn

Wednesday, January 16

cupcake coklat

"Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah"
<Hadis Riwayat Muslim>


ASSALAMUALAIKUM

Seperti dijanji hari ni tunjukan cupcake yg sempat dibaking utk besday girl bawa ke prasekolah.
Dalam gundah gelana ni hasilnya agak kurang memuaskan,,,tp yg pentingnya besday girl dan kawan2nya gembira kan. Biasa la budak2 kan he he kakaknya ada bgtau masa tu dia nampak kawan2 prasekolah masa balik tu berlari-lari dgn riang gembiranya sambil tiap sorang bawa cc ni tunjuk pada ibubapa masing2 sukernya kannnn, 

resepi masih guna yg sama sebelum ni rasanya cukup dah biasa buat mlas nak ubah2 bahan2 dan cara.


 Taknak bunga2 tp nak letak huruf S sempena namanya bermula S,,,,ikutkan je lah ye 


Anak dara ni tgh menghiasi cupcakeya he he rajin dan bersemangat tu....




Thursday, October 18

cupcake coklat 50 sen


 ASSALAMUALAIKUM

Esok jumaat dah kan, pastu sabtu dan ahad......
yehoooo cuti lagi 

Alhamdulillah tak lama lg
 akan tiba 10 zulhijjah. Hari yg dinanti oleh semua muslimin muslimat. Kita akan menyambut hari raya aidiladha @ hari raya korban. Ada yg balik kampung utkbuat korban??
kami insyaallah macam biasa le akan balik he he lgpun thn ni mak ada masuk jg korban 1 bahagian so wat makan2 sikit dirumah
kata mak nak makan rebus2 cicah je daging nanti



ok masuk ke cerita tajuk diatas ye...cupcake 50 sen ,   partime tiapminggu. customernya budak2 sekolah yg transit kat taska ni
suka suka je. selagi disukai 

dah biasa dgn resepi cupcake ni dan budak2 pun suka dgn rasanya . memang moist tak payah nak letak topping2 lg cuma letakkan coklat rice warna warni utk bg seri
resepi ni c/p dari myresepi masa tu blm reti berblog, tak tertulis pula namanya. Harap maaf ye andai ada sesiapa yg empunya resepi ini terbaca. tumpang share disini


cupcake coklat

telur 2 biji
gula 1 cawan
*tepung gandum 2 cawan
*serbuk koko 1 cawan
minyak jagung 1 cawan
susu pekat manis 1 cawan
esen vanila
*soda bikabonat 1 st
1 cawan air panas didih

cara-caranya

mixer telur dan gula hingga kembang
masukkan minyak dan susu
ayak bahan-bahan *tepung + soda + koko 
kemudian digaul sebati
akhirkan masukkan air panas
 danmasukkan dlm cup
bakar dalam 15 minit 170c



TERIMA KASIH

Monday, May 14

CUPCAKE COKLAT DARI KAKAK & ADIK UTK MAMA

 Assalamualaikum semua

cantik tak kek ni mama? he he wah cantikkkk nye. kenalah gembirakan bila anak2 tunjukkan hasil tangannya. Terima kasih sayang2 mama...suker sangat.
inilah projek hari minggu kami semalam he he projek cupcake coklat. Kebetulan duk keluar iklan kat TV Selamat Hari Ibu dan walaupun taklah menyambutnya tp sekadar terima ucapan hari Ibu jg dari anak2.Hari paling istimewa bolehkan, cara kita bukan cara org barat . Rasanya seperti kita menyambut Hari pekerja hari guru dan kebetulan may ini ada hari jururawat juga.. Hari jumaat tu lagi duk plan projek ni tp sabtunya x dpt nak penuhi So utk ahad baru dptmemenuhi axtv santai2 dirumah...taraaaaaaa inilah hasilnya. 
Kakak yg beriya-iya nak buat sendiri tp mama jg yg kena sukatkan bahan-bahan cc ni. Baru tau dia penat jg baking kek kan he he si Adik cam biasa tukang sibuk jg tolong ayakkan tepung, memang suker sgt dia dpt tolong hu hu tp alahai sepah2 tepungnya..apapun asalkan anak2 hepi kan

 masih guna resepi sebelum ni yg mudah dan pastinya sedap
deco ikut suker hati dia je..he he bolehlahkan...


TERIMA KASIH

Lamaaa tak jenguk FB yg lama ditinggalkan Tibaaa keluar memory 16 September yg lalu Jalan dental Anak2  Masa ni seronok Sgt depa ni kalu dib...