Showing posts with label kek coklat. Show all posts
Showing posts with label kek coklat. Show all posts

Tuesday, June 8

resepi kek coklat senang


assalamaulaikum, selamat tengahari

settle masak nasi tomato td so sambung menulis sini

menu nasi tomato sb masih ada balance

tomato puri hari tu

lagipun anak2 blh mkn.  kalau nasi putih kurang sikit si abang dan kakak ni kecuali si adik


Dalam banyak2 resepi kek coklat yg duk simpan resepi ni paling sukaaa ( byk benau resepi ye😊😊

sbnya tak payah mixer bagai dan cukup mudah  caranya gaul 2 dgn senduk  @ whisk ja

hasilnya pun sedap lembutt

Bila rasa nak mkn sikit je guna resepi ni sesuai utk loyang saiz 8

nak buat kek utk harijadi pun ok

just siram dgn coklat ganache

boleh bakar dan kukus jga

sis suka bakar kek dari kukus




 

bahan bahan

3/4 gula

3 biji telur

1 cawan minyak

1st soda  1st baking

vanila

1 cawan coklat

1/2 cawan susu pekat manis

1 1/4  cawan tepung


cara2nya


pecah telur dan gula dan minyak

adun sebati dgn senduk

masukkan tepung ssoda dan serbuk koko

yg telah diayak


last skli tuang air panas 1 cwsn

sebatikan dan bakar dalam 40  minit

api bawah  

160c

Saturday, April 18

kek coklat fudge



assalamualaikum

kek coklat fudge slice

bila PKP kita terpaksa la skip srtawbery

alhamdulillah customer ni special jenis tak kisah

kek kegemaran anak2nya

kali ni akk wat 2 versi kek coklat satu dibakar dan satu lg dikukus

dan saiznya juga dikecikkan dari loyang 10 buat half loyang saiz 8

hasilnya dipotong slice  4 X 4


KEK COKLAT KUKUS

bahan bahannya

1 cawan gula kastor

1 cawan minyak

1 cawan susu cair

1/2 cawan susu pekat

3 telu saiz A

1 cawan tepung

1 cawan serbuk koko

1st soda

1st baking powder


cara caranya


masak dan sebatikan minyak gula susu cair susu pekat

agak2 suam2 mskkan telur yg dikacau sebati 

kacau dgn garfu je

akhir mskkan tepung


dah sebati masukkan dlm loyang saiz 8 yg telah dilapik kertas minyak


kukus dlm 1 jam













Thursday, March 26

kek coklat lava



ASSALAMUALAIKUM

<STAY AT HOME>

Semoga kita semua dlm lindunganNya

insyaallah, sama2 berdoa semoga setuasi yg melanda saat ini akan kembali pulih.

Aaminn



alhamdulillah, pada awal bulan mac lalu berkesempatan  buatkan kek  yg penah viral ni dulu

kek coklat kukus dgn limpahan coklat cair di tengahnya

atas permintaan adik dan seorg teman baik

resepi kek coklat yg akak sedia maklum terlalu banyak dan bermacam versi ada bila di goggle
kan,,,,beza sukatan mungkin dan ada jga teknik masakan jga berbeza

dlm blog akak ni pun ada resepi2 kek coklat yg penah di cuba dulu2

bg akak resepi terbaik yg sentiasa dibuat adalah resepi Munira Baharom

blh tgk di blog secuitrasaumiejazz. tqqq Ummi

akak copy paste ye


KEK COKLAT KUKUS

bahan A

1 cawan gula  pasir
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak jagung @ minyak masak

bahan B

1 3/4 cawan tepung
1 st serbuk penaik
1st soda bikabornat

bahan c

4 biji telur-diblend
esen vanila

cara cara

satukan bahan2 A dalam periuk
masak dgn api perlahan hingga semuanya sebati
 biarkan sebentar

msukkan bhn2 C

Akhir bahan2 B sebatikan

mskkan dlm loyang yg telah disapu sedikit butter(bg mengelakkan kek melekat)

kukus 1 jam

jgn lupa tutup dgn foil utk elakan air kukusan menitis ya


utk lavanya akak

guna 1 cawan serbuk koko dan 1 tin susu cair

masak dgn api perlahan shj

Monday, October 29

kek coklat moist Naz

 assalamualaikum

alhamdulillah dpt bersua lg...selepas 4 hari berada di kampung
biasa la kan kalu kat kg tu xtvt penuh padat
macam2 nak buat he he
dah jumpa mak abah  Kakak abang adik serta sil2 macam2 agenda
macam raya puasa jg umah kat kg penuh alhamdulillah semua balik berkumpul kecuali kakak sulong dan anak2nya di Chini Pahang je
kena tunggu cuti panjang baru balik. Walaupun kurang satu tp gamatnya tak kurang pun. Cuma bezanya raya haji kurang meriah utk ziarah menziarahi,byk di rumah masak makan2 sekeluarga.
Masa byk dihabiskan dirumah sb pak pun tak blh jalan2 sgt, jadinya masak makan bersamanya bila ramai2 nampak sikit berselera jg.


Biskut2 raya memang tak ada, yg ada kerepek2 baulu dan kek. Lemang tu adalah tp mak suh org buatkan. yg blik masing2 beli serba sikit. Tengahari biasa nasi putih dan atas permintaan pak pula nak makan laksa , menu utamanya laksa hari tu.
Daku pulak buatkan 2 biji kek, kek coklat dan kek rainbow je.
sb rajin sikit buat la desert agar2 pandan dan apam pokadot.

kek coklat memang jadi kesukaan ramai kan, anak2 pun sama, kalu balik kg lagilah ramai yg duk nanti. Laku sgt. 
kali ni teringin nak mencuba resepi yg lain dan kek coklat moist  Naz ni  jadi pilihan...tak rugi sungguh rupanya kek ni sgt moist yg ni.
suker dgn rasanya TQ ye Naz http://ovenkecil.blogspot.com
tumpang c/p disini pula ye


BEST MOIST CHOCOLATE CAKE RECIPE

Bahan-bahan :
  • cawan tepung gandum
  • 2 cawan gula
  • 3/4 cawan serbuk koko Hershey's (Naz guna yang biasa jer)
  • 2 tsp soda bikarbonat
  • 1 tsp serbuk penaik

  • 2 biji telur saiz A @ B
  • 1 tsp garam 
  • 1 cawan buttermilk (resepi buttermilk di bawah)
  • 1 cawan Mazola vege oil (Naz guna minyak jagung)
  • 1 1/2 tsp asen vanilla
  • 1 cawan air mendidih (boleh dijadikan 1 cawan kopi sekiranya suka)

Cara Penyediaan :
  1. Panaskan oven pada suhu 300 F (lebih kurang 150 C) untuk membakar secara perlahan. (Naz menggunakan suhu 170 C).
  2. Lapik loyang kek dengan kertas kalis minyak.
  3. Masukkan semua bahan 

  • Putar pada kelajuan sederhana selama lebih kurang 1 minit. Kemudian masukkan air mendidih dan teruskan memutar hingga sebati.
  • Tuangkan ke dalam loyang.
  • Bakar selama 1 jam atau sehingga kek masak sepenuhnya. 
  • Cucuk kek dengan lidi atau pisau. Sekiranya pisau atau lidi yang dikeluarkan bersih, maknanya kek telah masak. Sekiranya terdapat adunan kek yang masih basah melekat pada pisau atau lidi, bakar lagi kek dengan tambahan masa 5 minit dan uji lagi selepas itu sehingga kek masak sepenuhnya.
  • Sejukkan kek sebelum dinikmati atau dihias.
RESEPI SUBSTITUTE BUTTERMILK

Bahan-bahan :
  • Susu segar - lebih kurang 1 cawan
  • 1 Tbsp cuka masak atau jus lemon
Cara Penyediaan :
  1. Masukkan cuka masak atau jus lemon ke dalam jug penyukat.
  2. Tuangkan susu segar hingga menjadikan campuran tepat pada ukuran 1 cawan.
  3. Biarkan larutan berehat selama 5 minit.
  4. Boleh digunakan









Thursday, April 19

kek coklat versi cupcake

 
assalamualaikum dan salam sejahtera 

lama jugak tak wat kek coklat ni kan sampailah si kakak ingatkan hari tu maknanya nak makan lah tu he he
selalunya kalu wat kek coklat dlm loyang makan tak habis, bila dah masuk peti asi tu biar je la hu hu
baik wat kecik2 dlm cup ni, laju sikit pas satu satu kena ngap..masuk peti ais pun takpa..nak makan keluarkan je. Si Sarah pun suka kalu dlm cup ni, mudah kot nak ngap.. macam2 kan ragam anak2 ni



paling suka dgn resepi kek coklat yg ni, mudah dan tak payah guna susu cair. yg pastinya ianya moist tak payah letak topping coklat pun takper. tetap sedap cuma letak coklat rice warna warni ni kasi menarik anak2. Makin lama makin moist tau. Guna blender je pun boleh.
tak pasti resepi ni sumber dari mana sbnya tak pula tertulis kat buku resepi ni. yg ingat dulu2 memang selalu tulis dan simpan resepi2 dari jom kongsi resepi  masa tu belum ada blog , memang hobby tulis resepi2 yg rasa best dlam buku note kesayangan ni  ( dah takda rupa buku pun) he he Kalau sama ngan resepi2 sapa harap maaf banyak 2 ye.dan tq sgt2 diatas resepi yg sedap ni. apapun share kembali disini  utk rujukan kelak.

kek coklat

bahan-bahan utama

1cawan gula halus
2 cawan tepung kek @ tepung gandum
2 biji telur A
1 cawan minyak
1/2 cawan susu pekat manis
1 cawan serbuk koko
1 cawan air panas
1 st soda
1st baking powder

cara-caranya

tepung, koko dan soda diayak-ketepikan
telur dan gula pukul kembang
pastu masukkan minyak pukul lagi dan susu pekat
masukkan tepung  yg telah diayak tadi
akhir sekali masukkan air panas
masukkan dlm acuan atau cup dan bakar 20 minit 170c

selamat mencuba
sekian terima kasih

Monday, December 12

kek coklat kukus





Assalamualaikum 

Semalam berkesempatan ke rumah abang yg baru pulang dari Mekah. Alhamdulillah gembira tgk kegembiraan abangku itu...berseri-seri kan org balik HAJI ni. Bila pulak turn daku ni....
Seronok dengar dia bercerita tentang apa yg dilalui di sana. 
Dah kalu nak ke rumah abang Nan ni mesti bawa sesuatu kan...anak2nye seramai 6 org tu memang kaki makan he he biasa le kan . Tapi yg ada 5 sb yg sulong di UPSI. Tiapkali dtg sana memang budak2 ni mintak kek coklat je. Tu yg senang keja makcik diorg ni ...


 macam2  resepi kek coklat ada kan....yg bakar yg kukus. kek coklat tak yah telur, kek coklat yg guna butter dan kek coklat yg pakai minyak jagung....
tp kan mesti nk cari yg senang wat ye tak...


kebanyakan blog2 ada resepi kek coklat ni. 
ada masa nanti nak masukkan resepi kat sini...skrg tak sempat lg..


ok jumpa lg...










Lamaaa tak jenguk FB yg lama ditinggalkan Tibaaa keluar memory 16 September yg lalu Jalan dental Anak2  Masa ni seronok Sgt depa ni kalu dib...