Assalamualaikum
Hari ni nak kongsi cerita tentang kuih serimuka pula ye. ada seri tak he he
Lama tak makan kuih yg seri2 ni buat lglah lama dah tak buat. Cuma bila cuti 3 hari lepas terjadilah serimuka ni. Terlebih rajin kununnn he he
Walahal makannya bukan ramai pun kita and en asben je layan. Anak2 memang tak sentuh pun nengoknya. Buat seloyang tinggal sepring je kat umah yg lain tu kasi jiran belakang sepiring dan jiran sebelah sepiring....alhamdulillah rezeki diorg dptlah merasa kan.
Sebenarnya teringin nak buat serimuka pandan tp lain pulak tukarnya ke jagung sb malas nak ambik daun pandan. Resepi macam biasa la kan skodeng di google cari2 yg rasa berkenan.
Hasilnya inilah Serimuka jagung yg sedap ni. Meh la rasa ..
resepi dari blog http://kurniaanmu.blogspot.com... asal resepi kak Rusnah Fotoages
tqqq Arah dan kak rus
PULUT SERIMUKA JAGUNG
Bahan-bahannya
11/2 cawan pulut(guna 2 cawan)
11/2 cawan santan sederhana pekat
sedikit garam
basuh , tos dan dikukus dalam 1/2 jam
bahagian atas
- 2 biji telur
- 1/3 cwn gula pasir
- 1/2 cwn santan pekat
- 1/3 cwn susu cair-x letak tp ganti dgn santan
- 2 sb tepung gandum
- 1 sb tepung custard
- sedikit garam dan vanilla
- sedikit pewarna kuning
- 2 sb jagung cream
Pukul telur bersama gula sebati kemudian masukkan bahan yang lain.Kacau sebentar di atas api bagi naik wap sahaja kemudian tuangkan ke atas pulut dan teruskan mengukus lagi 20 minit.