Showing posts with label pavlova. Show all posts
Showing posts with label pavlova. Show all posts

Tuesday, February 2

mini pavlova.....selamat dtg Febuari

Selamat datang febuari

alhamdulillah rezeki minggu ni

tempahan pavlova versi mini

penuhi permintaan kawan2 

si peminat pavlova




 resepi mini pavlova

4 biji putih telur @ 120 gm
3/4 cawan gula kastor
2 sb tepung jagung
1st  vanila serbuk
1st cuka mkan

cara caranya

pukkul telur putih higga berbuih kembang
masukkan gula sedikit sedikit sehingga habis
dah oekat  berkilat 
kita masukkan tepung jagung 
vanila dan cuka
sebatikan dengan serduk
dan bleh paipkan atas kertas cupkek

sblm tu oven panaskan dulu dlm 20 minit dgn suhu 160
dan masukkan pavlova terus turunkan suhu ke 120
bakar 1 jam 15 minit 

Monday, May 11

pavlova-selamat Hari Ibu


assalamualaikum

May , bulan utk sambutan hari Ibu, bonda, Mama, UMMI, mummy

hari istimewa utk meraikan ibu ibu

walaupun setiap hari adalah Hari IBU๐Ÿ˜Š

May juga ada sambutan HARI JURURAWAT dan HARI GURU

Sempena hari ibu , akak dptlah penuhi permintaan sesorang ,utk pavlova ni

kebetulan masa diberi sgt singkat 

dan ini shj pilihan yg paling cepat sblm waktu berbuka

alhamdulillah pavlova tak meragam kali ini

he heee menjadi elok, akak paling suka bila luarannya nampak rangup dan seakan nk pecah

dihiasi buah mangga harum manis special order tau, dan buah kiwi

mencari juga srtawberi tp kecewa sb takda stok

katanya esk baru ada 

emmm faham2 la kan KPKB ni tak beepeluang merata rata ke pasaraya

yg mana terdekat je dpt terjah.

apapun hasilnya costemerr cakap ok je ....kita ikut lah

resepi akk  guna sukatan timbangan kali ini, kebetulan telur putih duk ada semangkuk๐Ÿ˜™



170 gm telur putih

200 gm gula kastor

2 sb tepung jagung

1st cuka masakan

1st serbuk vanila

# putar hingga berbuih buih telur putih 

baru masukan sedikit sedikit gula

sehingga habis dan jadi meringue

baru mskkan tepung jagung dan cuka serta vanila


*bila dah yakin menjadi kena tabahkan hati terbalikkan mangkuk 

๐Ÿ˜€

tak jatuh eloklah tu maknanya

okeyyy boleh letakkan atas loyang yg dilapik kertas ye


set dulu oven 160 c api atas bawah

dan boleh bakar

selama 1 jam 15 minit

bergantung juga ye mungkin berbeza dgn oven lain

dah bunyiii ting kita biarkan shj pavlova dlm oven tu

dah sejuk baru keluarkan 

taraaaa ini hasilnya๐Ÿ’—













Saturday, March 28

pavlova





ASSALAMUALAIKUM

slmt petang ๐Ÿ˜š

<STAY AT HOME>

pd awal mac lalu , teman sekerja minta buatkan pavlova ni

nak makan2 bersama keluarganya

akak memang suka bab ni. alhamdulillah rezeki jga yg tidak disangka

kebetulan saturday tak bekerja. pg2 terus baking

tghari terus cod pd tuannya.

malangnya masa  cari2 strawbery x jumpa2 ha haa

last2 akk pilih buah anggur, peach dan buah naga 

sekbaik tak cerewet temanku ini๐Ÿ˜—

inilah hasilnya.....

resepi pavlova  boleh tgk kat blog cikepal

siap ada tutorial lengkap

tqq cikepal



Friday, September 27

pavlova akhirnya

assalamualaikum

salam hari jumaat.alhamdulillah masih dpt peluang melihat keindahan dunia ini Amin
Syukur padaNya...

hari ni nak bercerita tentang desert sedap dan manis ni
Pavlova lova gitu he hee
walaupun dah lama tapi baru firstime nak menery ye.
ok yg atas tu kecik2 comel airtangan Puan Izah Muffin Lover
yg skrg makin sukses bisnes bakerynya.
sangat2 sedappp woooo he hee
ok ceritanya bila dpt undangan open house rumah salah sorang parent anak2 taska ni. ada la menu pavlova
tp rasanya agak kurang sikit sgt2 manis dan rasa lebih susu so
my boss ni pun komplen la ha haa tetiba teringat kat Izah terus sms tanya alhamdulillah blh order. bila my boss rasa je palova izah bukan main suker tau. sedapppnya ,sekejap je anak2 nye kasi licin.
yg seblm ni tak suka pun boleh jadi suka


bila dah rasa kita pulak jatuh cinta he hee tu yg buat sendiri pulak utk besday en asben baru2 ni ha haa bolehlah tp xleh talent kesedapan pavlova si izah.
bolehlah kan nak makan2 sendiri he hee anak bujang pun suker maklumlah manissss kan


tqqq Izah ye akak cp resepi nya disini ye

MINI PAVLOVA
resepi: Kak 1

bahannya:

200gm telur putih (4biji)
160 gm gula kastor
1/4 sk cream of tartar
2 sk tepung jagung
200 gm whipping cream
buah-buahan segar- strawbery, blueberry, anggur, peach


caranya:

1. Panaskan oven pada suhu 120 C. Alaskan loyang dengan baking paper.
2. Pukul putih teur dm mangkuk yang bersih dan kering hingga putih telur berbuih.Masukkan gula, cream of tartar dan tepung jagung. Putar hingga kental, kembang dan bertanduk.
3. Masukkan adunan dalam piping bag dan picit ke dalam acuan berlubang. Ratakan menggunakan spatula. Angkat acuan perlahan-lahan. Jika tiada acuan lukis bulatan ke atas baking paper dan picit maringue ke dalamnya.
*saya picit je terus ke atas baking paper mengiku size yg diingini. cuma jarakkan antara pav kerana pav akan mengembang sedikit.*boleh tengok teknik memaip meringue di blog kak wan di link atas.
4. Bakar menringue selama sejam dan biarkan meringue sesudah masak selama 30 minit di dalam oven atau hingga sejuk. Permukaan meringue kelihatan retak dan kekuningan.
5. Letakkan whipping cream di atas meringue dan hiaskan dengan buah2an segar.





Lamaaa tak jenguk FB yg lama ditinggalkan Tibaaa keluar memory 16 September yg lalu Jalan dental Anak2  Masa ni seronok Sgt depa ni kalu dib...