assalamualaikum
alhamdulillah kembali bersua disini
baru kembali dari kampung, emm apa cerita ye lama jg nak tgk blog ni, dan tak jalan blog kawan2 jg.
biasa la kan kalu cuti di kampung no intenet ni
biasa la kan kalu cuti di kampung no intenet ni
Penghujung cuti ni masing2 buzy dgn anak2 la kan persiapkan segala keperluan
smlm pun sibuk dgn anak utk orientasi smk dan dinner akhir tahun staff2 taska auza, hari ni free dptlah wat entry he hee
smlm pun sibuk dgn anak utk orientasi smk dan dinner akhir tahun staff2 taska auza, hari ni free dptlah wat entry he hee
sblm balik minggu lepas sempatlah buat bagedil daging ni.
lama duk peram hasrat he heee suka makan tp baru pertama kali buat sendiri . suka makan bersama nasi emmm sedapppp
ok jom layannn
Resepi dari blog ceriteraibu. tqqqq ye
Bahan-bahannya (20 biji) :
4 biji kentang (saiz sederhana)
250 gram Daging cincang (aku guna sekeping jer, brand Ramly)
2 biji telur
1 labu bawang besar [potong dadu]
Secekak daun sup / daun kucai [potong kecik2]
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Cara-caranya:
1) Kupas kentang dan potong dadu besar or potong bulat2.. (ikut suka korang nak potong camna). Then, goreng kentang sampai empuk dan toskan. [Kalau nak rebus pun boleh, tapi lama sikit la nak tunggu kentang tu empuk]
2)lenyek kentang hingga hancur
3) bawang besar dipotong dadu
5) Satukan daging cincang, kentang lenyek, bawang dan daun bawang/kucai dalam satu bekas. Masukkan kuning telur, serbuk lada sulah dan serbuk lada hitam dan sedikit garam.Gaul sebati semua bahan.
6) Bentukkan aduanan bulat2 dan leperkan.. Buat sehingga habis adunan. Untuk adunan ni boleh menghasilkan 20 biji begedil. [bergantung kepada saiz ye]
7) Panaskan minyak untuk menggoreng. Minyak tak perlu banyak sgt, agak2 tenggelam separuh begedil sahaja.
8) Celupkan begedil dalam putih telur dan masukkan dalam kuali. Agak2 sebelah bawah dahg garing baru terbalikkan.. Goreng sehingga warna keemasan dan angkat.