assalamualaikum
apa khabar semua teman2 alam mayaku
sedar x sedar dah November kan, penghujung tahun bakal tiba jg
skrg jg musim hujan ,petang2 lazimnya KL ni akan hujan
siap sedialah payung ye.
untungnya pokok2 disirami air setiaphari
alhamdulillah...apapun syukur padaNya.
apapun yg diberi kita terima dgn gembira
kita cerita tentang pisang hari ni he hee
sbb sana sini nampak org jual pisang goreng cheese kan, demam cheese kah.
emmm setakat ni kita pun dah terjebak membelinya, 3 tempat yg berbeza dah try he hee
nak rasa sedap sangat ker pisang goreng cheese ni dan bila beli ditempat yg berbeza blhlah bandingkan.
pengomen utamanya en suami. setakat ni belum ada yg blh lawan kesedapan rasa pisang cheese yg en suami makan waktu kat Sabah . katanya lah....
rupanya pisang goreng cheese ni pisang digoreng pastu buh cheese yg diparut dan sblm tu buh jg susu pekat.
alkisahnya....tp teman ni kat kg memang suka makan pisang goreng ni cicah susu pekat tu. nak lg kalu pisang nangka yg blm masak
ranum rasanya masam2 sikit fuhhh sedappp cicah susu hingga menjilat jari he hee
feberet tu, kalu pisang batu pun sama sedapp cumanya jgn terlampau masak sbnya nanti lembik.
kalu pisang raja pula cam kelat2 sikit, ataupun kat KL ni byk jumpa pisang abu dan pisang tanduk.
sabtu lepas g pasar malam alhamdulillah dptlah seikat pisang nangka he hee balik terus goreng, apalagi cicah susu
kata en suami mana cheesenya hahaaaa
alamak xyah cheese kot. sbnya goreng camni ranggup2 pun habis licin jg.
okeyyyy jommmm layan pisang gorenggg