Showing posts with label PENGAT. Show all posts
Showing posts with label PENGAT. Show all posts

Friday, October 22

pengat pisang tanduk versi putih


assalamualaikum 
salam. jumaat❤️
semoga kita semua dlm perlindunganNya. 
Dah kembali ke. asal skrg ni kan. Mana2 pegi dah bersesak sesak.  Walau  ada sop tp yg cik. nur perasan dqn lihat  sop jarak tu rasanya ke lautttt dalam he hee
Tak da sop jarak pun.. 
yg ikut scan my sejahtera dqn. ambik suhu shj. kat pasaraya2 kat gerai kat kedai makan. 
kadang2 seriau jga terpaksa jauh2 tapi org dekat2. alamakkkk 
walau setiap. hari MKN hantar sms beri peringatan. 
 pandai2lah kan. 


Pisang tanduk dah masak ranum😊
menu wajib mesti buat pengat + sagu mata ikan. Feberettt 
cuma. kali ni. buat versi putih sb tak letak gula merah atau gula. melaka. 

 arwah mak. dulu suka. buat pengat putih cam gini. Tak suka letak. gula melaka.  ajommm. layannn


Sunday, October 17

pisang nangka 2 tandan


assalamualaikum

happy monday, selamat bekerja dan selamat bercuti buat yg bercuti
semoga ceria2 semuanya ye

alhamdulillah minggu lepas
terima pemberian dari kawan baik en. somi. rezeki berkawan. dgn. org Sabak Bernam he hee
selalu terima sgt dpt pemberian. hasil kebunnya tu. Buah buahan. Buah dragon, buah betik, jagung, segala pisang. 
 ni dpt pisang tanduk dan pisang berangan. pula
puas la makn. gorzng pisang dan pengat. 
pisang berangan baru mula kuning2. 


 

goreng pisang tanduk. memang sedapp
cik. nur suka. yg baru masak. tu masih keras2 sikit. mkn. cicah susu pekat
memanggg mabelessa😁 kena. control

pastu yg ranum. masak. kita buat pengat campur sagu wallahhh memang best sgtt la. okeyyy jom. sambungg makan. he hee


Thursday, June 17

pengat pisang😊rezeki pisang tanduk dari Sabak Bernam


 aassalamualaikum

Alhamdulillah

rezeki 😊

pemberian kawan en suami dari Sabak

3 tandan pisang tanduk

jenuhh mkn

awal2 dpt en somi siap buat kerepek

dah masak goreng pisang la menunya

ni kali kedua buat pengat

memanggg sukaaa sgtt bila campur dgn sagu pergghh layann




Tuesday, May 15

pengat pisang + nangka + sagu


assalamualaikum

 hari ni nak tayang pengat pisang campur nangka pula ye, sedap tau he he  Pisang dan nangka yg dibawa balik dari kampung hari tu. Pisang batu , pisang ni memang sedap wat goreng pisang dan pengat, masam2 manis bila dicampur ngan nangka lagilah sedap dan tak boleh mis sagu mata ikan
Nangka madu pun dari kampung, bawa balik sebiji je dapatlahpotong kasi jiran belakang dan bawa ke taska. Org kata nangka ni 'angin' he he sb tu tak semua nak makan nangka ni kan. Bila makan nangka asyik buang angin, ye ker he he 
Kalu kat kampung tu memang daku seorang je dewasa yg duk ngadap he he yg lain budak2 sb mak2 budak tak nak takut angin satu badan.
isshhh rugi la kan, dahlah manis ....




Jemput ye semua makan pengatku ini. he he banyak ni satu periuk .

TERIMA KASIH

Saturday, April 14

PENGAT UBI KELEDEK BERSAM SAGU

 assalamualaikum

salam petang sabtu. Dari tengahri tadi memang mendung je pastu bila petang terus hujan lebat. Bila hujan ni rasanya malas nak kemana-mana w/pun anak2 sibuk ajak keluar. Biasalah kan budak2 ni kecik2 dah pandai boring kalu cuti2 kat umah je. Kejanya nak jalan2 je he he isshhh kan. Sebaik tiba2 SIL dtg ofer nak bawa  budak2 ni ke Wangsa Walk , tengok wayanglah tu apalagi he he bolehlah mama rilex2 kat umah ngadap pc sambil tu makan pengat ubi keledek ni he he meh jemput semua ye

 Lama juga tak layan tekak sendiri, sekali sekala buat pengat ubi ni memang sedap gak Teringat akan bonda dan ayahanda di kampung, mesti suka kalu makan pengat2 ni. Nak pulak hujan2 ni lapo je kan.

tapi kat sini pengat2 tak laku hu hu sorang2 je makan tau. Jadinya wat ciput je dapt semangkuk dua cukuplah. Mama yg kena perabihkan. Sarah yg kecik ni makan tang sagu mata ikan tu je he he ubinya tolak ke tepi. Tak reti budak2 ni bila disuruh makan ubi yg lembut sedap nihhh. Si abang  & kakakkalu wat kuih keria baru makan lah.

resepi yg amat simple rasanya semua wanita2 @ mama2 tau kot kan. he he
daku guna keledek kuning je dlm 2 ketul sederhana. pastu santan pun sederhana pekat. boh gula, garam daun pandan utk harumkan sikit. Masak sampai mendidih. ooppps lupa sagu mata ikan tu penting he he pas basuh tos masukkan dlm periuk sekali. nak sedap lagi tambah gula merah sikit
dah mendidih dan ubinya empuk bolehlah makan he he

ok jom makan...

TERIMA KASIH YG SUDI BERKUNJUNG KE SINI YE


Lamaaa tak jenguk FB yg lama ditinggalkan Tibaaa keluar memory 16 September yg lalu Jalan dental Anak2  Masa ni seronok Sgt depa ni kalu dib...