Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2020

jalan2 kuak hill resort lenggong perak

Assalamualaikum penutup tirai 2020 dpt juga berkumpul dgn adik beradik, walau hanya berlima, lg 3 tak join kakak yg sulong (1) di Chini Pahang, abg (ke 2)di Kuala. lumpur dan adik(ke 6) kat Penang.  dikejauhan semuanya alhamdulillah sykur dpt abadikan kenangan di puncak bukit Lenggong Kuak Hill Resort dari kg tak jauh pun ikut jln blkg kuala kangsar dlam 45 minit Lenggung kg halaman. arwah mak.  dan naik puncak ni kena kereta gear tinggi kami. berimpit time ni tumpang hilux adik  ada disediakan jip khas memang tinggi menegak 😅      sgt2 menarik resort ni😍  cantikkk tp masa ni dah full book dpat jalan2 tgk2 je yg suka kesunyian, kedamaian mesti suka disini dikelilingi pohon2 buah buahan spti durian, cempedak dll bila musim ni mesti lg syokk tido sini kan aksyen jew bergambar atas ni ha haa otw balik kami singgah dataran tasik raban , isi perut dah kelaparan masing2   SELAMAT TINGGAL 2020 SELAMAT DATANG 2021

sira ubikayu

assalamualaikum menu feberet dari dulu2 lg ni terutama bila balik kampung dan skrg ni bila mkn  rasa sedihhh sgttt makin teringat dan rinduuuuu pd arwah mak al fatihah buat bondaku HAJJAH ZARIAH HJ HASSAN    mak  memang rajin dan sukaa tanam ubi keliling umah   anak sorang ni pula memang  suka ubikayu skrg blk ke rumah kakak pun dia tanam ubi tepi 2 umahnya juga  alhamdulillah masih dpt merasa tiapkali balik ke kg

kek pisang

  ASSALAMUALAIKUM SELAMAT PAGI😍😍 pagi ni mendung cuaca, menunggu masa nak hujan cepat2 td kalihkan motor msk parking dalam he hee sebelum kena mandi ujan gambar minggu lepas bila terajin juga membaking kek pisang ni sbnya ada beli tepung muffin segera  ni tp lama juga tersimpan disitu akhirnya terhasil jua komen sis agak kurang suka kek ni klau nak dibandingkan dgn kek pisang yg guna tepung gandum je tp tak apalah kan lepas ni ingat jgn duk beli lg ha haaa

apam gula hangus

ASSALAMUALAIKUM SEMUA Alhamdulillah masih diberi peluang bertemu disini pantasnya masa berlalu , tak puas lg bercuti di kampung rasanya mcm nak lma2 lg disana  he hee tapi apakan daya kan ikutkan hati ni nak je lama lamaaan     byk cerita dan bermcm2 juga yg terjadi rasa tangan pun gatal nak menulis ok cerita apam gula hangus dulu lah ye lama tak buat apam ni tiba2 hari tu teringat dan teringin pula maka terjadilah ia di pagi hari mudah sb hanguskan je sikit gula dan kita blend je bhn2 ni pastu   kukus dlm bekas kecik2 gini sedap mkn panas2 gitu resepi disini ye 👉👉 Apam Gula Hangus ok jumpa lagi

si Melati yg harum

assalamualaikum semua selamat pg ,semoga pg ni  ceria2 semuanya ye auto update  sb sis berada di kg sekrg ni kg halaman tercinta😊 sini intenet limited la nak tgk lappy memang taklah tp line ok di kebun setakat call dan wassap memang boleh tp kalau di rumah line sepi kejap ok kejap hilang sb tu anak2 kurang minat balik kg huhuu tak dpt jengah dan komen blog kwn2 minggu ni maaf ye semua nyaman udara dan pg2 gini sejukk  kadang berkabus, ujung2 thn memang hujan  ok cerita si melati pg ni, sis sgt ceria bila cium harum si melati ni😍 tapi si melati putih ni bukanlah di kg tp di Kuala Lumpur😍 di tepi pagar letaknya sedappp betul baunya , selain ros , bunga melati ni salah satu yg sis  suka cium he hee petik dan letak atas meja sambil buat keja  mood pun rasa ok 😊😊 ok jommm pergi ke kebun, banyak keja ni nak menyangkul rumput2  dan bersihkan kawasan pokok2 durian  

roti kentang

ASSALAMUALAIKUM SELAMAT PG dah sarapan ke semua, sis sarapan roti kentang ni ,makan panas2 suka sgttt sedappp dah sejuk pun masih lembut roti ni   ROTI KENTANG 500 GM TEPUNG ROTI 100 GM GULA KASTOR 1 PEKET YIS 11 GM  I BIJI KENTANG YG BESAR -REBUS DAN LENYEK HINGGA HALUS 2 BIJI TELUR SEDIKIT GARAM 160 ML SUSU SEGAR 2 SB MARJERIN 👉MASUKAN BAHN KERING DAN DIIKUTI BAHN BASAH SIS GUNA MIXER ADUN HINGGA SEBATI KEMUDIAN PERAP HINGA NAIK 2 KALI GANDA KEMUDIAN BARU BENTUKKAN BULAT2  BIARKAN HINGGA NAIK LG DLM 25 MINIT BAKAR

sun flower @bunga matahari

ASSALAMUALAIKUM SELAMAT PAGI ALHAMDULILLAH   july 2020 sis semai benih bunga matahari ni, Dibelai belai hari2  akhirnya Disember berbunga bunga rasa hati bila kelibat kumtuman  nya mula mekar sukaaanya tgk bunga ni walaupun kecik tak sebesar bunga induk yg sis ambik benih maklumlah kawasan sini terhad tanahnya tak subur sgt kot mula2 tanam dlm pasu pokoknya kecik dan lepas sis tanam di tanah  tepi ni baru nampak pokokya membesar dan bercabang yg bertahan membesar dgn jayanya ni hanya 4 pokok😍 yg lain2 layu di pertengahan masa takpelah kan janji ada juga  

KEK SPAN BASUH PINGGAN VIRAL

 ASSALAMUALAIKUM SELAMAT PG terrajin pula mencuba kek viral ni  kek ni dah terbuat awal pulok kek span basuh pinggan ni rupanya kek span biasa juga bahan2 dan cara adun pun sama bezanya ia di bakar dlm 2 loyang dan dah masak kita gabungkan  jd 2 lapisan tebal dan 1 nipis mcm span basuh pinggan tu sb kalernya hijau kuning dan sis pula buat xlah sama kalernya  kaler kuning seakan oren sb guna egg yellow dan hijau pun  sedapp je sb kek span lembut gebus my tester pertama si anak dara he heee dan dia la yg abiskan kek ni resepi ikut 👇👇 / https://www.mingguanwanita.my/resipi-mudah-kek-span-cuci-pinggan-viral-guna-loyang-9x11-dapat-6-biji/

kek butter oren

ASSALAMUALAIKUM SELAMAT PAGI cuaca cerah hari ini mentari dah nampak menyinar alhamdulillah kalau pg smlm dari pg mendung , gerimis tengahari hingga ke ptg  membawa hujan yg  tak berhenti membasahi bumi  agak lebat juga dan hujan sambung menyambung  minggu lepas sis baking kek oren utk seoarang kawan , nak balik kampung katanya setelah agak lama tak dpt blk  dia order kek coklat fudge strawbery kegemearan anak2 nya juga kek oren ni mcm kek butter yg biasa buat tu cuma sis tambah perisa oren @ sunguick dlm botol letak dlm 3 sb utk rasa oren dan sedikit pewarna kuning bila dah potong slice2 ni sis rasalah sikit😊😊 dgn kebenaran he hee dan saje buat dlm loyang saiz 9 utk nampak besar dan tak tebal sangat resepi pun satu adunan guna butter yg 250 gm alhamdulillah moist sgttt😍 kawan sis pun sgt menyukai kek oren 👇👇 250 butter 180 gula halus 5 biji telur  250 gm tepung esen vanila serbuk penaik 2 sb susu pekat manis 3 sb oren sunquick cara caranya mix butter ...

Donat ball @ bomboloni

 assalamualaikum semua selamat pg😍😍😍 hari ni nak cerita tentang donut masa mula mula menulis blog ni anak2 masih kecik2 rajin la  mendonut he hee try mcm2 resepi yg dikongsi rakan2 pantang nampak post donut mesti nak cuba Donut kentang, donut pandan, dan mcm2 lg maklumlah tengah semangat dan rajin nak pula anak2 suka makan time tu kan mcm2 versi resepi  dan bila buat ada yg menjadi elok dan ada juga  yg memang tak menjadi terus msk dlm tong sampah  penah try resepi donut yg katanya resepi ni tak perlu perap uli2 terus goreng bg yg nak cepat tu memang try la emmm malangnya hampehh keras berdengunggg la gayanya 😇😇 takpe kan try and error yg penting kena mencuba dan sis masih simpan resepi masa msk kelas baking dgn seorg cheff  di Bagus bekery dgn tips2 yg diberi. dan resepi  donut yg selalu dpt result puashati  dari perkongsian rakan blogger Izah Muffin Lover memang menjadi resepinya dan kbykan sis buat donut ikut resepi Izah ni tqq ye Izah yg ...

desert, coktail @ agar agar buah

ASSALAMUALAIKUM meh layan desert ni, rasanya lama sungguh dah tak buat ni bila anak dara sis tu tiba2 menyebut yebut nak makan desert ni baru tergerak hati nak membuatnya ha haaa terukkk nya kan terpaksa la ke pasaraya mencari buah2 dlm tin ni skali skala sejukkan tekak layan desert ni sis kalau agar2 ni lebih suka guna agar2 bertali berbanding agar2 serbuk , nampak la org lama gayanya ye😉😉 sukatan pun ikut stail mak2 dulu yg ajor agar2 tali yg 20gm dlm plastik tu, sukatan air juga guna plastiknya sb desert ni kena yg lembut goyang2 gitu so airnya kita lebihkan bersamaan dgn sukatan 1:2.5 susu cair  f&N 1 tin gula ikut manis  @  2st banana esen utk keharuman baunya dah mendidih blhlah mskksn dlm acuan sejukkan dlm petis air nak mkn kita taburkan buah2 dlm tin dan sdikit airnya yummmyyyy  

SAMA TAPI TAK SERUPA

sama tapi lain warna😍😀 sis bukanlah peminat tegar bunga bungaan ni tapi bila nampak bunga2 cantik menarik comfirm tertarik biasa la kan wanita  sgt mudah tertarik dgn  yg cantik ,segak ,  nak lg yg warna warni bunga2 ni di halaman rumah kakak sis di kg kalu tak silap nama bunga ni org sebut bunga Tahi Ayam  cantik cuma baunya tak berapa sedappp ha haa betul tak, ntah kenapa le kan diberi nama ni emmm 😆😆 adakah sb baunya tu  pandang betul2 cantik la bunga ni  kumtumannya tu  warnanya walau tak seharum bunga roses yg semerbak rupanya byk jenis dan warna, bentuk rupanya kumpulan bunga ni cer goggle hehee