Saturday, March 31

kuih ketayap @ kuih gulong

 assalamualaikum

selamat berhari Sabtu he he hari yg ditunggu2 oleh mereka2 yg berkerja ni. Hari utk golek2 kat rumah tp kan tu pun jika dah bereskan kerja2 rumah kan he he
Memang la 5 hari duk beri tumpuan pada tugas2 utk mencari rezeki, 2 hari dptlah tumpukan pada family pulak. emmm anak2 hari cuti ni lah sibuk ajak kesana-sini. Yg kecik 5 tahun pun dah pandai merengek-rengek kalu x bawa mana2 hari cuti ni. Mama hmmm kalu boleh nak golek2 je atas katil he he bestnya aduhhh sedapnya titun he he

wokey pagi ni kita sarapan ngan ketayap je, sb inti kelapa tu masih ada , lama2 kang tak sodap.
Bila nampak ketayap ni rasa teramatlahlah rinduuuuuuuuunya pada bonda tersayang yg jauh di kampung hu hu mak, makan apa pagi ye mak....w/pun tiap2 minggu tepon tp tak dpt hilangkan rindu yg 3 bulan sudah x bersua nih..Mak ktorg memang paling bestttt kalu wat ketayap ni, intinya pun sedapp sb kelapa tu guna kukur lama kan. Mak kata kalu kalu wat inti yg kelapa mesin , intinya lembik sikit, betul tu. kalu kukur ni kasar2 sikit..tp penat tuhh

sorry ye kekawan no resepi sb bancuhan tepung ni tak sukat ,main buh je air. Agak2 je cam mak kita wat he he seb baik la jadi ok je.
Apapun bolehlah asalkan dpt hilangkan rindu pada ketayap mak yg jauhhhh

Thursday, March 29

roti kentang pertamaku


assalamualaikum semua

 alhamdulillah akhirnya dpt jg capai hajat nak buat roti ni. Sangat2 gembira he he kegembiraan kalau di share tentulah lagi ok kan. Roti kentang ni mengingatkan pada seseorang ...pada boss @ manager masa kerja opis dulu di Wangsa Melawati he he yg baikhati dan rajin belikan roti kentang panas2 di Carrefour. Sedap sgt masa tu maklumlah panas2 memang lembut sgt roti ni kan. Feberet dia sebenarnya . Kenangan masa 13 tahun yg lalu ni.

 dah lama teringin nak cuba sendiri, bila ke blog Puan izahdaut selalu intai2 resepi ni he he izah yg rajin sangat meroti dan sungguh menjadi. Terliur betul tgk roti2 izah ni. Sapa2 yg nk cuba ke blog izah ni http://izahdaut.blogspot.com/2011/04/roti-kentang-iii.html
banyak roti2 disini. TQ ye izah sb sharekan resepi ni.
 

jadi setelah sekian lama menghayati resepi2 ni dtglah angin ingin menerai pada hari ahad yg lalu. Sementara masak lauk makan tengahari kerja menguli lah dulu. Dah siap masak2 , bakar pulak roti ni. Konon2nya nak kasi si bujang terunaku sorang tu makan.. Ye lah kan nanti org semua makan nasi bolehlah dia makan roti ni. W/pun tanpa kastad kat atasnya tetap sedap.
Tengoklah anak dara sorang ni pun suker makan roti he he sekali lagi tq ye izah , akak c/p resepi disini pula. Pasni nak wat lagi he he

RESEPI ROTI KENTANG



sumberku: izahdaut


Bahan-bahan



  • 135 ml air sejuk dari peti ais
  • 3/4 camca teh garam
  • 1/2 biji telur (kurang lebih 30g)
  • 60 g ubi kentang yg telah dilecek (rebus dulu)
  • 300 g tepung roti (hi protein flour)
  • 3/4 camca besar susu tepung
  • 50 g gula halus
  • 2 camca teh yis
  • 1/2 camca teh bread improver
  • 1/2 camca teh bread softerner
  • *saya tambah 2 ke 3 sudu mkn butter

Bahan Kastard
  • 3/4 cawan susu segar
  • 2 camca besar tepung kastard
  • 2 camca besar gula halus
  • 1 camca teh mentega
  • 1/2 camca teh esen vanilla
Cara-cara
  1. UNTUK DOH :-) Satukan semua bahan2 doh, uli hingga lembut dan kenyal. Bulat2kan dan alih ke dalam bekas, tutup dengan plastic cling dan biar naik selama 45 minit.KAEDAH LAIN :-) Masukkan semua bahan mengikut urutan ke dalam breadmaker dan pilih setting for dough dan tekan. Biar sampai siap.
  2. Keluarkan doh uli 15 minit. Bagi doh kepada 12 bahagian yang sama besar (kurang lebih 52 g sebiji), atau mengikut saiz yang diinginkan. Bulat2kan menjadi bebola dan susun dalam loyang yang telah digris dengan mentega dan biar 40 minit hingga naik.
  3. CREAM CUSTARD :-) Satukan susu, gula dan tepung kastard. Kacau dengan wisk hingga semua sebati. Masak atas api perlahan sambil terus mengacau hingga pekat. Angkat dari api, masukkan mentega dan esen vanilla. Gaul rata dan biarkan suam sedikit.
  4. UNTUK ROTI KENTANG :-) Isikan cream custard dalam beg plastik yg baru dan bersih. Gunting sedikit bucunya dan picit cream custard atas roti mengikut kreativiti masing2. Buat hingga habis dan bakar dalam oven pada suhu 190C selama 25 minit atau kuning keemasan. Keluarkan roti dan sapu dengan mentega semasa roti masih panas, sejukkan sebelum dihidang 


terima kasih semua

Monday, March 26

jom ke pameran orkid & bonsai


ASSALAMUALAIKUM

dpt peluang ke tempat pameran bunga2 ni memang tak tolak he he cuci2 mata dgn keindahan yg tiada tandingan ini. Kebetulan semalam ahad en. suami  tak ada  program jadi tu yg ajak kesini. Alhamdulillah sampai jg,ingatkan dah tak dpt kesini memandangkan cuaca semalam..berdentam dentum bunyi guruh kan. Mungkin hujan kat tempat lain.
w/pun siap2 nak kesini jam 2 petang lg tp tunda2 tgk keadaan cuaca akhirnya sampai sana 5.30 petang dah pun ,  dpt jalan2 sini sejam je. Tak byk snap gambar...

 
cantik orkid kaler ni kan, sungguh berkenan he he
macam2 kaler yg ada tp paling suker yg kaler purple dan putih ni




Ini Bonsai pokok ceri  kot, sb dipenuhi buah2 ceri, rasa nak petik je ceri yg masak ranum tu he he


Anak dara sorang ni  nak pose ngan bonsai yg ada kura2 comel, boleh kan he he

Esok hari terakhir, sapa2 yg ada masa bolehlah jengah kan, bukan saja pokok2 orkid ada di jual, anak pokok2 buah2 pun ada. Pokok mangga, durian, rambutan macam2 adaaaa
kalaulah ada tanah dah tentu beli he he leh wat dusun buah-buahan..

terima kasih yg berkunjung kesini JUMPA LAGI

Sunday, March 25

kuih lapis paling besttt


 assalamualaikum

alhamdulillah masih ada kesempatan utk buat entry malam ini
w/pun x seberapa, hanya biasa2 saja tanpa menu special.
tp nak juga tempek disini.
Dah penah tempek sebelum ni cuma berbeza dari segi warnanya. Saje2 buat dgn niat nak bawa ke taska utk makan2 jam 9.30 pagi tu. Memang suker rupanya diorg ni w/pun dpt sorang sepotong je he he alhamdulillah .Resepi yg sama c/p dari blog kak Ann Periuk Tanah...disini

Memang sedap...



 Sarah siap letakkan dlm tupperware khas dia tp pagi tu tak makan pun simpan kat peti ais, petang baru teringat nak makan he he petang pun masih sedap tau w/pun sejukkk. Habis licin juga.


 kuih lapis
sumber resepi kak ann Periuk Tanah. disini
olahan Mama Saranur (Sukatan digandakan)
 
bahan-bahannya
 
3 cawan tepung beras
6 cawan santan sederhana pekat
6 sudu besar tepung gandum
6 sudu besar tepung jagung
1 cawan gula pasir
1/4 sud teh garam
sedikit pewarna merah dan perisa ros

Cara membuatnya:

1. Panaskan pengukus dan sediakan loyang . 
Masukkan santan ke dalam periuk. Panaskan sebentar biar jadi suam-suam kuku. Tutup api.
2. Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Masukkan santan. Gaul rata hingga tidak berbintil. (Daku tapiskan.)
 3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. 
 Warnakan satu bahagian dengan warna merah dan letakkan perisa ros.

4. Masukkan loyang ke dalam kukusan. Tuang sesenduk adunan tanpa warna ke dalam loyang. Kukus selama 5 minit dengan api kuat. setelah lapisan pertama masak, tuang sesendul lagi adunan merah. Kukus lagi. Ulang proses hingga habis 6 lapisan dengan diakhiri dengan lapisan merah.

5. Setelah siap, sejukkan terlebih dahulu  sebelum dipotong.(mama buat sebelum tidur malam dan esoknya baru dipotong)


Sekian TERIMA KASIH

Thursday, March 22

muffin pisang coklat chips

assalamualaikum.
Minggu lepas asyik wat kek pisang je lepas satu satu he he kisahnya anak sedaraku ni yg masih dlm tempoh berpantang anak ke 5 ,bersalin 29 april suker bebenor akan kek pisang ni.
masa melawatnya tu ada bawakan kek pisang tu yg terus  suh wat lg 2 ketul kek ni sb tak cukup katanya...jadi masa beli pisang ,beli lebih sikit jadi tu yg sampai dpt wat muffin ni

 
 guna resepi sama ngan kek pisang kismis  cuma gula tukar ke gula perang dan telur pun kurang kan sebiji. yg lain sama . Bila wat dlm cup ni rupanya macam muffinlah kan.... Letak coklat chips utk kasi menarik supaya anakandaku tertarik he he. Laju jg diorng makan. alhamdulillah



petik dari kata 2 SEJUTA KASIHSAYANG (sekadar utk tenangkan diri sendiri)

Jangan sedih bila orang lain tidak memahami anda..
Tapi sedihlah kerana anda tidak mahu memahami orang lain.

Jangan sedih bila orang lain tidak mempercayai anda..

Tapi sedihlah kerana anda tidak percaya diri sendiri.

Jangan sedih bila orang lain tidak memberi kesempatan kepada anda..
Tapi sedihlah kerana anda belum buat persiapan.

Jangan sedih bila orang lain tidak menghargai anda..
Tapi sedihlah kerana anda pernah tidak menghargai orang lain suatu ketika dahulu…


SEKIAN TERIMA KASIH 

Monday, March 19

biskut cOKLAT chips

 assalamualaikum
selamat malam semua dah makan ke? isshhh tanya pulak kan dah kol berapa ni, mestilah dah makan kan kan...

Macam nak beraya pulak kan he he maklumlah selalunya nak raya baru sibuk2 wat bicikut ni. Tp sekarang anytime kot, ikut mood mama lah. Sebenarnya wat atas permintaan dan sambil2 tu leh la kasi anak-anakanda tersayang mengunyah kan. anak bujangku sorang ni memang hantu chocolate chips ni, yg 2 lg tu pun suker gak...memang kalu setakat sebalang tu sekejap je habisss. Kalu ke Wangsa Walk mesti beli kat famos amos tu  10 hinggit alahai lekat celah gigi je kan.. harum semerbak tak tahan kan he he

resepi ni paling best rasanya,c/p dari buku resepi SIL, buku resepi zaman muda2 dia. katanya c/p pun dari bestfriendnya. Banyak resepi2 bicikut dulu-dulu yg best tau tp yg tak best ukuran lama hu hu

 cHOCOLATE cHIPS

bahan-bahan utama

200 gm butter
100 gm gula perang
150gm gula kastor-daku kurangkan kpd 100 gm shj
2 biji telur
2 sudu besar serbuk koko @ atau lebihkan
 150 gm chocolate chips
150 gm badam cincang
300 gm tepung gandum
1 st soda
esen vanila

cara-caranya

pukul butter dan kedua-dua gula hingga kembang
masukkan telur dan esen vanila
setelah sebati masukkan tepung yg telah diayak bersama serbuk koko dan soda
akhir masukkan badam halus bersama chocolate chips
gaul sebati
kemudian bulat-bulatkan dengan sudu ikut saiz dikehendaki
dan bakar 


ok setakat ini dulu ye 

TERIMA KASIH


Saturday, March 17

sambungan citer g Melaka


assalamualaikum
 selamat berhari minggu semua
sambungan jalan2 ke Melaka sempena kenduri kawen
 

 Second time dpt naik river cruise ni, yg baru dirasmikan oleh MB Melaka. Masa mula naik dulu lum dirasmi. Bezanya tempat beli tiket dah bertukar tempat dan lebih menarik siap pintu gerbang . Tambangnya pun lebih mahal he he RM20 hinggit dewasa RM 10 hinggit kanak2 tp pelancong dari luar Melaka dpt % separuh harga. OK la kan. Lama gak dlm ni dpt menikmati cahaya2 lampu yg cantik2 sepanjang sungai...

sebelum berangkat balik kl pagi tu kami singgah di sini Air Panas Gadek utk rendam kaki maklumlah penatkan jalan2. SIL pulak  dah bengkak2 kakinya tu. tp budak2 ni leh berendam satu badan (mandi) dlm kolam yg disediakan,abahnya pun berendam he he mama rendam kaki je sedapppp lega rasanya.cuaca pulak hari tu hujan renyai2  dan redup2 je tu yg best. Memang legalah...bayaran masuk dewasa RM5 hinggit dan kanak2 RM 3 hinggit. Sesuai ni duk lepak rendam kaki wifi pun ada tau he he

baikhati anak2 mama ni leh share ngan kucing keropok  he he siannya kata Sarah mesti dia lapo...Yg sebenarnya memang pantang nampak kucing nih.


TERIMA KASIH

Thursday, March 15

kenduri kawen anak sedara kat Alor Gajah Melaka

Assalamualaikum

Malam ni nak citer pasal xtvt awal cuti persekolahan kali ni, Alhamdulillah saat ditunggu ni utk menghadiri kenduri kawen he he lama dah nak makan kenduri kendara keluarga. Yg bestnya kat Melaka he he leh la jalan2 lagi kesana.kan. Anak buah sebelah hubby(abang hubby) anak daranya sorang ni je.Dah kawen pun dia..

Nikahnya pagi pastu tengahari bersanding...

makan nasi putih, nasi jagung lauknya daging kurma, ayam masak merah,  masak lemak nenas ikan masin dan sambal + ulam-ulaman. memang sedap
ikan masin goreng pun ada


Anak dara sorang ni makan nasi jagung ngan buah limau je he he..janji nasi kaler2 mesti dia suker


Petangnya potong kek...cantik keknya bunga2 kaler biru...keknya pun sedap walaupun krimnya tu masin sikit he he


sempat posink ngan kakak2 ipar dan abang2 ipar , bukan senang nak posink camni selalu kan
esoknya majlis bertandang ke umah pengantin lelaki. Malam tu sempat juga jejalan ke bandar hilir BIL belanja ikan bakar nanti sambung entry ..


TERIMA KASIH


Tuesday, March 13

kek pisang berkismis


assalamualaikum

alhamdulillah masih ada ruang utk menulis malam ni kerana diberi  kesihatan yg baik. Aminnn
ok mari-mari rasa kek pisang yg masih panas ni, sedap tau.

 
sedap tau kek pisang ni, he he hari tu melawat anak sedara yg baru dpt baby sebagai buahtangan kat anak2 yg lain ku buat kek pisang ni. Esoknya dptlah sms boleh tak nak order 2 biji kek pisang he he katanya sedap sampai tak cukup ha ha itulah bukti kek ni memang sedap

Biasalah kan nak buahku sorang ni ..pasal makan. memang nombor satu

terhasilnya kek pisang ni  setelah sangat tertarik dgn kek pisang di blog singgahsana kitchen apalagi terus cari pisang dan mencubanya. Sebelum ni ada gak try resepi lain tp tak menepati citarasaku. Yg ni dah compem tak wat resepi lain dah...
boleh lihat disini ya

KEK PISANG BERKISMIS

recipe asal  : kak besah@MyResepi
c/p dari : Iza Akma SSK

BAHAN-BAHAN :
  • 3 cawan (300gm) tepung gandum
  • 2 cawan pisang lecek/lenyek
  • 1 1/4 cawan (230gm) minyak masak
  • 1 cawan (200gm) gula pasir
  • 4 biji telur
  • 1 1/2 sudu besar soda bicarbonate
  • secubit garam
  • 60 gm kismis~yg ini sendiri tambah

CARA MENYEDIAKAN :
 
❀  Lenyekkan pisang (jangan diblend nanti tak nampak jalur2/urat2 pisang pada kek...tak cantik). Campurkan soda bicarbonate & lenyek lagi hingga pisang berbuih...(jika soda berketul, ayak dengan penapis teh terus ke dalam pisang).

❀  Blend telur & gula (guna blender cili je) hingga berbuih & gula hancur. Kemudian masukkan minyak dan blend lagi dalam 5 saat. Selepas tu campurkan bahan yang diblend tadi dengan pisang, gaul dengan senduk. Akhir sekali campurkan tepung sambil digaul sebati...jangan diblend ya, guna senduk saja.

❀  Masukkan ke dalam acuan yang telah disapu minyak/majerin, serta telah dipanaskan terlebih dulu. Bakar dengan suhu 180'c selama lebihkurang 40 minit. Biarkan betul-betul sejuk sebelum dipotong. Kek akan bertambah gelap dengan jalur-jalur pisang yang ketara.

Selamat Mencuba. dan pasti anda menyukainya..

TERIMA KASIH

Monday, March 12

donut






assalamualaikum

selamat petang , sudah menikmati minum petang ke? Menu apa agaknya kan



kanak2 memang suker donut kan, anak bujangku ni pun salah sorang dia memang suker terutama masa lapar he he dan makan panas2 bila sejuk takyahlah kasi dah.
 tak laku pun he he

resepi donut disini

 tak sempat taip disini.donut yg gebu dan sedap...tq ye Izahdaut sb share resepi ni


TERIMA KASIH

Tuesday, March 6

kue teow kungfu @ kantonis

assalamualaikum

bersiaran lagi dgn salah satu menu disukai ini. tp sebelum makan kena berkungfu dulu ye he he
ikutkan malas nak buat sebenarnya hu hu sb hanya mama seorang yg makan kue teow ni. En suami memang tak makan entah kenapa bila ditanya katanya memang tak makan, tp kalau mee atau mehoon boleh ja makan. Maybe dari kecik2  tak  penah kasi makan kot ha ha
tp si isterinya ini memang pantang ada kue teow sukerrrr sgt he he tak kira la kungfu ke yg goreng ke memang laju je masuk di tekak..


resepi kue teow ni tiru sebijik cam yg tertulis dalam majalah mingguan wanita edisi Aidilfitri 2003. Lama sudah ku  potong dan simpan keratan ini. resepi rumah terbuka oleh Feroz Catering Sdn.Bhd.
kita c/p disini pula. tq pada empunya resepi.

Bahan-bahannya

3 biji bawang putih-dicincang
i inci halia dihiris
1 biji telur
1 paket kue teow-buat separuh je
20 gm udang
20 gm ayam
20 gm sotong-x letak
20 gm salad-x letak
air secukupnya
cili padi-yg ni pandai2 tambah
serbuk perasa, sos tiram, kicap cair,, minyak, serbuk lada dan sedikit tepung jagung

cara membuatnya

 goreng kue teow dgn telur hingga garing dan angkat
tumis bawang putih, halia dan masukkan ayam, udang serta sotong
masukkan air biar hingga  mendidih
masukkan sayur-sayuran dan bahan2 perasa, soso tiram, kicap
utk pekatkan kuah masukkan bancuhan tepung jagung
kemudian tuang di atas kue teow tadi
siap sedap dimakan panas2 


ok untuk hari ini.

TERIMA KASIH


Saturday, March 3

bingka labu berbijan @ bengkang labu

assalamualaikum
salam di hari minggu, masak2 apa hari ni, tentu menu special kan, maklumlah hari cuti dihujung minggu ni anak2 pun ada kat rumah ye tak.Meriah lah kalau ramai2 ni kan.



 menu kat atas ni bukanlah dimasak hari ni dah berhari-hari yg lalu he he lupa dah hari apa mengodeknya. Wat pun waku malam2 sebelum baring lelapkan mata . dah masak biarkan je esok pagi2 baru potong wat bekalan g taska. Dapat la Alas perut sebelum makan tengahari jam 12.00 tu. Pagi2 memang tak makan yg berat2 tp kena juga makan nanti perut masuk angin...gastrik lagi susah kan. he he

paling bestlah bingka labu yg guna resepi ni tau..terbaik he he memang sedap 
resepinya ambik bLog RENCAH KEHIDUPAN oleh Sue
Asal dari Datin Lulu @myresepi dan  kita c/p kat sini pula wat rujukan.

BINGKA LABU

bahan-bahan utama
  • 600gm labu (berat selepas di rebus/kukus) - dilecek sedikit kasar
  • 2 @ 3 sudu besar kelapa kering ~  tak letak
  • bijan secukupnya untuk taburan
Bahan-Bahan diblend sehingga sebati

  • *2 cwn tepung gandum
  • *2 sb (mumbung) tepung kastad
  • *200ml santan kotak + air = 2 cawan santan( kita guna santan kelapa fresh)
  • *3/4 - 1 cawan gula
  • *2 sudu besar butter @ marjerin - dicairkn
  • *½ cwn susu pekat manis/krimer manis
  • *1 sk (rata) garam halus
  • *5 biji telur (saiz B/C)( guna 4 biji telur A)
PENYEDIAANNYA
  1. Oven dipanas terlebih dahulu, 180°c
  2. Bahan2 yang diblend tadi dimasukkan ke dalam labu yang dilecek...Kacau sehingga sebati 
  3. Masukkan 1 sudu besar butter/marjerin kedalam loyang dan panaskan sebentar dengan api yang kecil..
  4. Tuangkn adunan tadi kedalam loyang...Tabur bijan...
  5. Bakar lebih kurang 1 jam @ sehingga masak/ biar garing cikit kat atas lagi sedap...

SELAMAT MENCUBA

TERIMA KASIH

weeding ank sedara, slmt pengantin baru









Jam 12 ready chekout☺️☺️ anak2 dara plan nak mkn dimana hee hee Last2 ktrtnya nk singgah Gpo je situu ada  tmpt mkn Cuaca elok alhamdulillah...