Saturday, June 30

kemeriahan gathering x-fotopages 2012

 

 
assalamualaikum semua

tergoda tak tengok menu2 diatas dan kat bawah tu, he he  macam2 ada kan. Lazat2 belaka pulak tu sampaikan tak tau mana satu nak makan dulu.
memang best sgt hidangan yg dibawa teman2 ni. Yg bestnya siap boleh tapau bawa balik he he ye la kan mana nak terhabis kalau dah banyak benor makanan. Tp semua kena rasa, kalu tidak kompem menyesal.
hidangan berat, ringan, kek2, kuih muih desert , buahan semua lengkap ada tau
Gathering  x-fotopages  yg pertama kali dianjurkan oleh CT suratman bertempat di dataran Syah Alam. 
Dulu aktif fotopages tp skrg masing2 duk fb dah  blog je

 
  sempat posink sebelah Nani dan k.Madiha http://mamawandiha.blogspot.com/ yg firstime bertemu mata. keduanya ada blog cuma si Mak Nani ni je lama tak update n3. tq ye k. madiha sb sudi buatkan puding mable yg mebeless dan cantik tu, dpt jg sy merasa tau he he pulut kuning memang feberet Sarah habis 2 ketul . kuih cara berlauk pun sedap
 posink  bersama Cida http://denuanza.blogspot.com/ , cida bawakan kek coklat yg sgt cantik dan pastinya sedapppp.  suker sgt keknya dihiasi buah anggur dan strobery he he dan Azura ros dari Klang ni teman yg bermula dgn sapaan di fotopages . sangat sweet orangnya dan ramah tamah. Suker dapt kenal dgn adik2 yg baikhati ni. maklumah kan kita ni tak ramah bila dpt kawan yg ramah emmmm happyyyy je





memang meriah dengan gelak tawa mak2 dara ni semua. Walaupun hati berduka , terubat dgn gelagat ceria teman2 semua. ikutkan banyak lg gambar2nya tp tak larat nak masukkan semua.
SAYANG SEMUA MUAHHHHH


Thursday, June 28

sup sayur cendawan


 assalamualaikum semua

hari ni layan sup sayur cendawan je,bila selera sedikit kurang, maklumlah bila cuaca tak menentu kesihatan pun ikut macam tu. Bila difikirkan pelbagai masalah nak makan pun fikir banyak kali.
Bila tekak tak sedap ni, kenalah paksa jg makan, kalau tida gastrik lagilah teruk.
simple sup ni main campak2. Asalkan ada kuah yg boleh dihiruppp sruuuupp Sgt sedap cendawan telinga ni bila ditumis buat sup, campur sayur sawi. Makan dgn nasi yg baru masak panas2 .

Terima kasih jumpa lagi

Tuesday, June 26

caremel cake for birthday Fiza



 assalamualaikum


Salam sejahtera semua teman2, semoga kita semua sentiasa dilindungi olehNya.
alhamdulillah, rezeki bulan june . kek karemel utk besday salah seorang pelajar transit kat taska ni si Fiza, besdaynya yg ke 10. Sebenarnya Fiza ni pengemar setia kek caremel,  tak jemu2 dia pada kek ni. Bila besdaynya hari tu mamanya pun order kek ni utk wat surprise besdaynya.
 Lgipun sebab hari sekolah kan, kalu kat taska ni nak ikutkan tak cukup sebiji kek ni.
Bila potong tengahri oklah sb budak2 taska masih dibuai mimpi he he habuan utk yg dah sekolah rendah cukuplah. dpt sorang sepotong.

happy birthday Fiza..semoga jadi anak yg solehah ye.. posink ngan kenkawan sebelum ke sekolah agama.

 kek dah kena potong, tak sabar budak2 ni nak kerjakan, sekejap je licin. Seb baik yg kecik2 tu tengah tido.


JUMPA LAGI ...TERIMA KASIH

Saturday, June 23

buah sentul...kian pupus di telan zaman

 assalamualaikum

Hari nak ni share satu kisah buah tempatan yg tidak dikenali lg, terutama generasi skrg. Nama pun bila disebut diketawakan dek anak2. Buah apa tu ??? penuh persoalan. Tak penah la tengok, macam2 ditanya dek anak2.Yg depa kenal buah durian, manggis rambutan, langsat  cempedak, nangka. Kalu zaman mama kanak2 dulu dulu2 macam2 jenis lg buahan tempatan yg sedap. Buah staq, buah rambai, buah tampoi, buah sengkuang.buah salak.semuanya belasah je he he tak kira buah memang suker sgt.
 Bila tiba musim durian, buah sentul jg pun ada kira semusim yg sama.


 

Tapi sekarang susah nak jumpa sebab tu kebanyakan generasi muda tidak mengenali buah ini.
Buah yang mempunyai keluarga yang sama dengan buah nangka ini berwarna hijau ketika muda dan akan berubah menjadi kuning apabila masak. Dikampung-kampung di Malaysia terdapat 2 jenis buah sentul. satu jenis mempunyai kulit yang tebal dan rasanya masam-masam kelat.Satu jenis lagi mempunyai kulit yang nipis dan kurang masam dan tidak berapa kelat.Buah sentul jenis ini juga dikenali dengan nama buah stia. Bahagian isinya sama sahaja dengan yang berkulit tebal. isi Buah sentul berulas-ulas seakan-akan buah manggis. Isinya melekat pada biji dan tidak akan tertanggal dari bijinya.Kulit buahnya juga dimakan .
kalu dihiris kulit luarnya , kulit dalam dalam masih boleh dimakan.

Pokok sentul besar dan merupakan antara jenis pokok balak. Sentul membiak menggunakan biji benih. penyebaran biji benih dilakukan oleh haiwan terutamanya burung.
 

 pokok sentul yg ni kata ayah kacukan sb tu buahnya agak besar berbanding sentul kampung. Nasib baik kan ayahku menanamnya kat kebun belakang umah ,dptlah merasa dan tunjuk kat anak2. Pokok lama2 tu semua dah tinggal kenangaN. Dulu berebut ngan kawan2 cari buah ni tau, tnggu yg gugur kalernya kekuningan. Tp yg ni daku jolok he he sb kalu tak jolok tak merasalah, jadi habuan haiwan lain dulu.

Rasanya masam2 manis. Bila suruh anak2 rasa masamnya kata kakak he he tp kalu dah cukup masak taklah masam sgt.


Friday, June 22

kek chiffon 3 warna

 assalamualaikum

apa khabar semua, harap dlm keadaan sehat belaka ya. Sakit ni kadang2 tak dijangka, dlm sehat tiba2 jatuh sakit ye tak. Pagi baik-baik aje tup2 petang pening ke demam ke kan. Hanya Allah s.w.t yg mengetahui.
Cuma kadang2 terkilan ada sesetengah org yg susah menerima kenyaan ini. Dikatanya kita main2, terasa jg  bila ada yg kata ehh pagi tadi elok je ... siapalah kita ni yg tahu apa bakal terjadi..
Yg baik itu dari Allah dan yg buruk itu dari kita hambanya..

 alhamdulillah , bila sehat dptlah kita buat apa yg boleh kan. Kek chiffon ni terhasil bila amat tertarik dgn kek chiffon 3 rasa yg ditayangkan oleh Qaseh Honey dlm blognya hari tu. Sgt terpesona dgn kerajinan qH yg rajin memasak. Sedap2 belaka . kek chiffon memang sedap kan, lembut je. Geram boleh picit2 he he
TQ QH akak c/p disini ye.

Kek Sifon Oren
Resepi:Chef Noraini Zakaria
Sumber: FB Jom Masak
sumber; QASEH hONEY

Bahan A:
100g tepung kek
1/2 st serbuk penaik
5 biji kuning telur gred A
60g gula kastor
5 sudu makan minyak masak
2 sudu makan jus oren - 

1 st pes oren
1tbsp strawberry emulco + pewarna pink
1tbsp blueberry paste + pewarna purple
1tbsp oren paste + pewarna oren

Bahan B:
5 biji putih telur gred A
100g gula kastor
1/2 st serbuk krim tartar


Cara:
1.Bahan B:pukul putih telur hingga berbuih.Masukkan gula kastor dan
serbuk krim tartar.Pukul lagi hingga pekat dan gebu dengan kelajuan
tinggi selama lebih kurang 7 minit.Apabila adunan ini dicolek dengan
jari,ia keras dan berekor.

2.Bahan A:Ayak tepung dan serbuk penaik ke dalam mangkuk adunan.
Masukkan gula kastor,kuning telur,minyak,jus oren dan pes oren.Gaul (saya guna whisk-pemukul telur)..last masukkan tepung..

3.Masukkan putih telur 1/2 bahagian ke dlm adunan tpg tadi..dan gaulkan.Kemudian masukkan
1/2 lagi dan gaul perlahan-lahan hingga tiada kelihatan putih telur lg.
Tujuan digaul perlahan ialah supaya gelembung2 udara dalam putih telur tidak pecah.Kek lebih gebu.

4.Sediakan acuan sifon yang berlubang di tengahnya.Tidak perlu digris
atau dilapik kertas.Tuangkan adunan dan bakar dalam ketuhar pada
suhu 180'C selama 45 minit.

5.Telangkupkan kek atas dawai penyejuk dan biarkan ia sejuk selama 15 minit.

TERIMA KASIH

Wednesday, June 20

apam polkadot sukatan cawan

 assalamualaikum

 Semalam berkesempatan membuat apam ni atas permintaan anak dara bungsuku itu. Sebenarnya malas sungguh nak buatnya, malas nak dot dot kan tu. Tp dah sb janji yg kena ditepati. Diorg ni kalau dah janji mesti ingat dan akan mengingatkan kita balik so selagi tak buat selagi tu la duk cakap.
 nak ucapkan terima kasih jg pada Mamasya diatas kesudiannya share resepi apam pokadot ini.
Dalam duk nak buat taknak buat tu, keluar entry Mamasya bikin apam ni, pucuk dicita lah, terus c/p
yg bestnya telur tak payah disejukkan dan guna sukatan cawan, heee sbnya telur kat umah ni tak simpan dlm peti ais. Mudah keja mama kan...cantik tengok apam Mamasya , sweet kaler pink putih, jadinya terikut, lagipun biasalah kan budak ni feberet kalernya lah tu. Walaupun taklah secomel Mamasya punya .


banyak jg hasilnya, dapatlah bawa ke taska. Sukalah kawan2 Sarah dpt apam comel ni wat breadfast jam 9.30 tu.

resepi ni lain dari dulu penah buat. lagipun mudah sb guna sukatan cawan

Apam Polkadot /Apam Strawberry
Fp Masriyah
Oleh; Dapurmamasya

Bahan
2 biji telur
1 cawan gula
1 sudu kecil ovallete
2 sudu esen vanilla
1 cawan susu segar
2 cawan self raising flour ayak terlebih dahulu
Jem strawberry -(utk mudah masukkan inti jem ke dlm plastik,gunting sedikit hujung/muncung )
pewarna yg disukai.

Cara
1.Panaskan pengukus
2. Pukul telur, gula, esen vanilla dan ovallete hingga kembang dan bewarna putih.- dlm 8-10 min sahaja
3. Masukkan susu segar, gaul sebati
4. Masukkan tepung, sebatikan
5. Bahagikan adunan kpd 3 bahagian mengikut warna yg disukai.Isikan adunan kedlm beg plastik utk memudahkan mengisi dlm acuan.Letakkan alas mangkuk kertas dlm acuan (boleh guna acuan lompang atau tat).
6. Masukkan separuh adunan dalam acuan, kemudian masukankan sedikit jem strawberry,dan masukan lagi adunan keatas jem tadi sampai penuh.Hiaskan dot-dot ke atas adunan yg penuh itu mengikut kreativiti.
7.Kukus selama 10-15 minit dg api sederhana.(balut tutup kukusan)
nota dapurmamasya;
Kalau ada dot-dot yg terbesar...tersenget jadinya,jgn risau ambil toothpick.baiki dot-dot tersebut dgn menggunakan toothpick tersebut dgn buat keliling dot-dot tersebut mengikut saiz yg diperlukan, lebihan warna itu dikacau dgn warna asas adunan dlm acuan tersebut.

TERIMA KASIH

Tuesday, June 19

balik kampung makan durian

assalamualaikum
salam 1 Malaysia

bersua lagi, terima kasih pada teman2 yg sudi jenguk disini. Sayang semuaaaa. 
Cuti sekolah baru2 ni kami berpeluang pulang ke kampung lagi, kampung kelahiran dan disnilah tersimpan seribu kenangan manis sampai bila2. Kemanapun melangkah disini juga tempat yg dirindui.
Syukur jg kerana masih berkesempatan bersama ibubapa tercinta. Anak2 pula dpt bersama opah dan tokki.
walaupun banyak sudah perubahan, dek kerakusan manusia diantaranya...


 sempat posink di kawasan sawah padi sbelum sampai ke rumah tokki, suka tengok kehijauan sawah padi ni, hampir2 nak kekuningan cuma belum sepenuhnya...takkala zaman kanak2 byk jg masa dihabiskan di sawah padi, dpt jugalah tgk arwah tok tanam, dpt jg rasa mengutip siput, tangkap ikan haruan macam2 lg, paling best bila musim buah mempelam. Pokok kat tepi bendang ,uihhh seronoknya , sedap mempelam kampung ni tak payah kupas2 kulit pun basuh pastu terus ngap, buang kulit guna gigi je he he nostalgia


 budak sorang ni je tak makan durian, rugi kan he he katanya busuk isshhh ada ke? si abang dan kakak suka pantang jumpa macam abahnya lah..



akhirnya dapat juga pengalaman mengutip durian sendiri si abang Is ni, sebelum ni kalu nak kutip jauh, kena panjat bukit bukau  sekarang alhamdulillah pokok durian belakang umah opah dan tokki berbuah agak banyak dptlah merasa. Bunyi jatuh je cepat2 ke belakang pakat kutip he he bahaya tu kan, tp tak dpt lawan pengalaman mama adik beradik masa sekolah rendah dulu, terpaksa merentasi sungai, sawah padi dan panjat bukit pulak tu utk dptkan durian. Tp memang best bila kenangkan kembali masa tu.


 buka main syok dpt panjat pokok manggis ni, cik abang2 ni kan. He he pokok manggis ni rendah je, tu yg boleh panjat.


ha ha tengok ini budak yg pantang ada peluang bermain kat luar. Habis daun2 pokok bunga opah dipetik wat main masak2 he he

Saturday, June 16

apam beras dan bingka pandan


assalamualaikum semua

pagi sabtu yg indah he he dah sarapan semua
alhamdulillah kalau sudah kenyang, tp disini biasa lah kan sabtu kalu pagi sunyi je, semua masih berselimut
jadinya mama leh ngadap blog kejap he he si kakak ada lawatan ke S.K Hulu Klang ,adik tak sehat pulak demam selsema sikit. Sian kan ,,dah sejak taska ni selalu je deman selsema, semalam ada kawannnya demam mungkin jangkit la tu.


sebelum update gambar2 di kampung , nak masukkan dulu entry apam beras ni. Pertama kali cuba apam beras nasi ni. Dulu apam beras guna tapai nasi dan eno. Kali ni lebih senang dan rasanya pn lagi sedap. Guna nasi yg diblend dan mauripan. Buat ni masa kat kg hari tu, sb my mum memang suka apam ni. Tapi sayangnya tak comel2 sb guna bekas yg gedabak he he. kalu guna acuan lompang tu ok kecik2 kan. Tp masih sedap kalu letak kelapa parut tu lebih2. Gambar ni tanpa kelapa la pulak..


tq k. Madiha, sy letak disini ye

Apam Snow White
resepi asal : qnq910@myresipi.com
source : resepidaria
C&P from 2nd source : hanamemories

Bahan-bahan

    * 3 cawan tepung beras
    * 1 cawan tepung gandum
    * 2 cawan gula pasir (MaDiHaA kurangkan 6 sudu besar)
    * 1 paket mauripan @ ibu roti (11gm)
    * 2 cawan nasi
    * 3 cawan air
    * 1/2 biji kelapa parut putih + sedikit garam

Cara-cara

1. Masukkan semua bahan diatas kecuali nasi dan air kedalam bekas. Gaul rata dan ketepikan sebentar.
2. Kisar nasi dengan air sehingga ia betul-betul halus. 
3. Masukkan campuran kisaran nasi dan air tadi kedalam bekas tepung dan sebatikan. (MaDiHaA guna whisker lebih mudah).
4. Perapkan adunan selama sejam.  (MaDiHaA perap hampir 2 jam.. apam lebih lembut) sy pun.Tutup bekas adunan anda dengan kain bersih/tuala bersih.
5. Panaskan periuk kukus. Sapukan sedikit minyak pada acuan lompang dan susun dalam pengukus. Kukus dalam 3-5 minit. 
6. Angkat bekas kukusan yang mengandungi acuan lompang kosong dan masukkan bancuhan tadi sehingga penuh acuan. Anda boleh letakkan pewarna kesukaan anda atau sirap ros.  Kukus selama 10-15 minit dengan api yang sederhana .


bingka pandan ni pulak buat utk bekalan balik kampung lepas. entah keberapa kali buat, sb memang kesukaan en.suami jg. Selalu buat sebagai kuih utk makan pagi. Resepi sebelum dah letak kita cp dari blog k. madiha juga he he
boleh ke sini ye utk resepi  sini

alhamdulillah memang sedap apam ni. mak kata sedap lagi sedap yg duk beli he he beli kadang2 keras kadang2 masam sgt. Biasala kan. ok lepas nak wat lg

Friday, June 15

ayam goreng kicap kegemaran



assalamualaikum

Salam pada hari Jumaat penghulu segala Hari. Jumaat lepas baru je berada kat kg, ni dahpun jumaat lg.
cepatnya kannn...balik makan durian, ikutkan sini pun durian ada dijual tp nak makan durian  yg baru jatuh dari pokok tu. Perbezaannya kutip sendiri pastu belah sendiri he he dptlah merasa, kalulah boleh lama-lama lgi tentulah bestkan. Apakan daya...
manggis, rambutan pun  ada sikit tp lum masak maybe bulan posa ataupun raya. Tak sempat lg masukkan gambar2 nya. Next entry lah.



sebelum tu meh rasa ayam goreng kicap kegemaran si bungsu kat umah ni. Makan dgn nasi putih panas2 tu sedappp. Simple je, dan paling penting penyediaan yg pantas. Budak ni memang  suka bila letakkan carot dan hirisan kentang. emmm laju je suap kemulut tu.
rasa manis masin kicap. kalu mama nak tumpang makan selalu potong cili padi sikit.
biasa la budak2 mana suka pedas tp mak budak nak pedas baru ummmpp
resepinya sgtlah simple

ayam goreng + kicap

bahan-bahannya

isi ayam-potong kecik2

garam + serbuk kunyit
bawang besar
kentang
karot
kicap

cara-caranya

gaulkan dgn garam kunyit isi ayam kemudian goreng separuh masak
kemudian toskan
kentang dan karot juga dihiris nipis dan goreng dahulu

tumiskan bawang besar yg dipotong memanjang
masukkan hirisan karot dan kentang
kemusian masukkan ayam yg telah digoreng
akhir masuk sedikit kicap 

siap utk dimakan


TERIMA KASIH PADA  kawan2 SUDI BERKUNJUNG DAN KOMEN DISINI
TQ VERY2 MUCH. jg wat yg ucapkan besday dan anniversary utk ayahbonda...TERIMA KASIH sekali lg

Tuesday, June 12

happy anniversary @ happy birthday to makayah and me



assalamualaikum

alhamdulillah syukur ke hadratNya diatas segala limpahan kebahagian
dan syukur kerana masih diberi ruang utk meneruskan kehidupan bersama anak dan suami tercinta

pelikkan tajuknya happy anniversary @ happy birthday
kalau ada yg tertanya-tanya 12 june ni tarihk pernikahan makayah dan 12 june jg (tahun yg berlainanlah) tarihk daku dilahirkan

12hb june tarihk paling istimewa buat makayah kerana disatukan dlm ikatan perkahwinan 50 tahun lalu.
SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN mak ayah .
alhamdulillah kekal bahagia hingga ke hari ini bersama kehadiran 8 org cahayamata dan kehadiran cucu cicit
 istimewa kan jodoh org dulu2 yg diatur keluarga.

 Alhamdulillah anak ke 5 nya kini sudah menjangkau 30++ he he Untungkan  dpt share tarihk ni, tiaptahun dpt sambut makan2 kek sama2.
 Happy birthday to me juga

sayang mak sayang ayah....terima kasih diatas segalanya.
terima kasih kerana melahirkan dan membesarkan anakmu ini dgn sempurna. Alhamdulillah.. 


Sunday, June 10

tq Wah Chan....gift for me

 
assalamualaikum

lagi 2 hari 12 June  akan tiba lagi he he..berganjaklah lagi satu angka
.tq  pada Wah Chan diatas pemberian gift paling awal ini. 
paling awal, selalunya Jusco yg awal hantar kad dan Maxis awal2 wish tp tahun ni dpt kad dari wah chan.
Mestilah happy kan...family sendiri lum kasi apa2 ok jugak leh kasi en suami cemburu sikit.
 

inilah kad dari wah chan. sampai minggu lepas lagi suh dtg ambik present gift free

terima kasih

Saturday, June 9

selamat pengantin baru



 assalamualaikum

  inilah aje gambar pengantin baru yg sempat diambik, jadi la kan wat kenangan. Dek kemari kesana sini tak tersnap gambar elok2. Sebaik kat meja makan baru teringat.
 dua anak dara cilik yg pangkat mak sedara ngan anak sedara berposink berdua
bezanya beberapa bulan je.

 

cupcake utk dimasukkan dlm paper beg. Simple sesangat kan. Maklumlah firstime kena sediakan banyak camni. Nak letak krim pesen bagai dah tak larat he he

Wednesday, June 6

mandi manda pula

assalamualaikum

masih lagi bersiaran cerita di Melaka. sebab tak dpt bermandi-manda di pantai Pengkalan Balak esoknya dpt jg tunaikan hajat budak2 ni. tp bukan air masin lagi he he air tawar pulak
Lepas majlis makan2 hari sabtu terus singgah di Taman buaya bersama anak2 buah. Disni ada tempat mandi macam theme park tu. Walaupun kecik tp dpt la berendam sampai kecut kaki tangan
wat si sarah ni susuai angat la sb airnya tak dalam.


Dulu masa masuk taman buaya ni jalan2 tengok buaya tp kali ni tak sempat dah tengok buaya bila masing2 nampak air membiru he he x heran lg kat buaya. Sian kan..




dah sejuk mandi singgah rumah mak SIL utk makan durian. alhamdulillah dpt kali ni makan Melaka. Selalu durian Perak je. Makan dengan pulut santan. sedapnyaaa

Monday, June 4

bersantai di Pantai Pengkalan Balak Melaka


assalamualaikum semua

terima kasih atas kunjungan teman2 kesini. cerita yg tak seberapa je ni
Maaf ye semalam cuma sempat letak gambar2 tanpa cerita he he. hari ada masa boleh coret2 sikit
Pantai Pengkalan Balak di di Melaka kalau dari Alor Gajah kira2 setengah jam sampai. Kebetulan jumaat
 (1 hb June)  SIL wat majlis kecilan sempena akad nikah anak ke 3 nya, anak buah daku le tu. Anak sedara sebelah hubby. Kat Alor Gajah dah selesai nikah petang tu bawa anak2 ke sini. Dah berkali-kali duk mai Melaka ni la firstime ajak cik abang g sini, teringin gak sb dah lama tak jejak pantai kan. Cantiklah rupanya, dpt posink2 je. memandangkan dah petang dptlah sejam sebelum maghrib tu lepak2. Budak2 ni biasalah memang tak puas kalu ikutkan he he next July ada sorang lg nak nikah bolehlah lama2 sikit ke sana.




budak kecik ni je siap pakai sut mandi he he kakak abang tengok2 je dulu


cantikkan, pantainya pun bersih, mungkin tengah air pasang ombak pun kuat jg.

Sarah kecik ni bukan main lg seronoknya dpt main ngan pasir pantai...


si abang Is posink je

3 hari 2 malam kat Melaka pun lum habis jalan2 sebenarnya kan. esoknya lepas majlis makan2 sempat ke Taman Buaya sini pun ada tempat mandi manda.
bulan july ni kita datang sini lagi ye nakkkk he he boleh mandi manda dan naik bot sekali

terima kasih

Jam 12 ready chekout☺️☺️ anak2 dara plan nak mkn dimana hee hee Last2 ktrtnya nk singgah Gpo je situu ada  tmpt mkn Cuaca elok alhamdulillah...