Skip to main content

apam polkadot sukatan cawan

 assalamualaikum

 Semalam berkesempatan membuat apam ni atas permintaan anak dara bungsuku itu. Sebenarnya malas sungguh nak buatnya, malas nak dot dot kan tu. Tp dah sb janji yg kena ditepati. Diorg ni kalau dah janji mesti ingat dan akan mengingatkan kita balik so selagi tak buat selagi tu la duk cakap.
 nak ucapkan terima kasih jg pada Mamasya diatas kesudiannya share resepi apam pokadot ini.
Dalam duk nak buat taknak buat tu, keluar entry Mamasya bikin apam ni, pucuk dicita lah, terus c/p
yg bestnya telur tak payah disejukkan dan guna sukatan cawan, heee sbnya telur kat umah ni tak simpan dlm peti ais. Mudah keja mama kan...cantik tengok apam Mamasya , sweet kaler pink putih, jadinya terikut, lagipun biasalah kan budak ni feberet kalernya lah tu. Walaupun taklah secomel Mamasya punya .


banyak jg hasilnya, dapatlah bawa ke taska. Sukalah kawan2 Sarah dpt apam comel ni wat breadfast jam 9.30 tu.

resepi ni lain dari dulu penah buat. lagipun mudah sb guna sukatan cawan

Apam Polkadot /Apam Strawberry
Fp Masriyah
Oleh; Dapurmamasya

Bahan
2 biji telur
1 cawan gula
1 sudu kecil ovallete
2 sudu esen vanilla
1 cawan susu segar
2 cawan self raising flour ayak terlebih dahulu
Jem strawberry -(utk mudah masukkan inti jem ke dlm plastik,gunting sedikit hujung/muncung )
pewarna yg disukai.

Cara
1.Panaskan pengukus
2. Pukul telur, gula, esen vanilla dan ovallete hingga kembang dan bewarna putih.- dlm 8-10 min sahaja
3. Masukkan susu segar, gaul sebati
4. Masukkan tepung, sebatikan
5. Bahagikan adunan kpd 3 bahagian mengikut warna yg disukai.Isikan adunan kedlm beg plastik utk memudahkan mengisi dlm acuan.Letakkan alas mangkuk kertas dlm acuan (boleh guna acuan lompang atau tat).
6. Masukkan separuh adunan dalam acuan, kemudian masukankan sedikit jem strawberry,dan masukan lagi adunan keatas jem tadi sampai penuh.Hiaskan dot-dot ke atas adunan yg penuh itu mengikut kreativiti.
7.Kukus selama 10-15 minit dg api sederhana.(balut tutup kukusan)
nota dapurmamasya;
Kalau ada dot-dot yg terbesar...tersenget jadinya,jgn risau ambil toothpick.baiki dot-dot tersebut dgn menggunakan toothpick tersebut dgn buat keliling dot-dot tersebut mengikut saiz yg diperlukan, lebihan warna itu dikacau dgn warna asas adunan dlm acuan tersebut.

TERIMA KASIH

Comments

  1. dulu pernah wt,tp x letak esen vanila....kalau ikut resepi yg saya guna tu mmg x de esen pun.....bila siap msk try rasa...errrrmmmm bau telur kuat sgt.....tu yg anak2 x suka mkn.....tp x pe next time nk jugak try lg....

    ReplyDelete
  2. lawa... boleh buat jual dah ni...hehe

    ReplyDelete
  3. Seronoknya buat apam kecik2 ni kalau ada kawan yang tolong he he hehh...sambil sembang2lah tu.

    ReplyDelete
  4. Salam Mamasaranur.tkasih mencuba.dah siappun apam polkadot...tomei2..pasti kwn2 Sarah suka.bestnya tengok balik kg...mkn durian...

    ReplyDelete
  5. salam

    comel2 je apam dot dot tu =)

    ReplyDelete
  6. smpi skrg x jd buat yg nih, x seni kot..or tak sabar...huhu

    ReplyDelete
  7. Salam..airis pnah wat sebelum nih tpi keras cikit la,huhu nak try resepi yang saranur nyer plak

    ReplyDelete

Post a Comment

kata-kata manis,
tqqq di atas komen2 anda. insyaallah akan sy kunjung balas

Popular posts from this blog

Makan nasi lemak Burung Hantu

Assalamualaikum  Layankan aje anak anak muda malam minggu nk makan nasi lemak burung hantu katnya Taklah jauh bila waze dlm 20 minit sampai Sri hartamas Beraturrr ikut giliran awalnya ok belum ramai lg kan tp mkn malam makin ramai org datang Nasib baikk sedappp he hee Ayam gorengnyaa nasinya cuma sambal agak pedas Ciknur qmbik rendang daging pun sedapp Boleh la lainkali mkan lg   Balik mkn kita lepak pula sambil Mengopi Sekali sekala inilah bila anak2 buah dtg  Sakan berbual bual bila berjumpa

Makan nasi Arab kat Senawang

Cerita hari Jumaat Cuti kecemasan pg2 bertolak Ke KPJ Seremban Alhamdulillah selamat cucu sulong Arwah Sil Dinikahkan dgn pilihan hati InsyaAllah majlis nanti bln November Selesai semua sblm balik Kl Abg ipar dan anak2 belanja makan kat aSenawang Restoren nasi arab Dptlah borak2 kejap Sambil mkn2 Anak2 buah belah suami ni Jarang2 jumpa  

Ziarah anak sepupu di Sg Besar

Cerita Raya haji yg lepas dpt la ziarah raya ke sg besar rumah ank sepupu  Ank sepupu sorang ni sesat tercampak sini hahaa Terus menetap berkg terus dia selepas berkahwen  Emaknya memang sepupu rapat sb ank sedara arwah mak Tapi jarak usia emaknya dgn ciknur jauhhh kira sebaya kakak sulong sb tu lg rapat dgn anak2 sepupu la kiranya sb usia lebih sebaya Mak dan ayahnya pun dah takda jd pandai2 dia jaga adik2 bina kehidupan di negeri org Sedihh ikutkan kisah mereka ni Alhamdulillah masih dpt hubungi walau jauh kan Yg besttttnya kannn bila dtg rumah dia seronokkk sgt suasana kg keliling sawah padi Sabak bernam kann memangg la Dapat suami pula yg rajin bertani Tgkkk ni rajin dia tanam anggur mcm2 jen Adoiiii terujaaa tgk  Tp masa ni anggur kecik2 baru berputikk banyakk sgt Insyallah next la Kita ziarah lg utk mkn anggur ha haa Sawah padii sejukkk memandanggg Terkenang zaman kanak2 main kat bemdang ni  Sempat la rasa time arwah tok buat bendang  Sabtu ahad je lepakkk...