Thursday, April 29

puding karemel



ORG YG KUAT DAN SABAR ADALAH ORG YG BERJAYA MENYEMBUNYIKAN PERASAAN SEDIHNYA
 KEPADA ORG LAIN
DAN SENTIASA MENGUKIR SENYUMAN
 DGN IKHLAS

Assalamualaikum semua





desert manis pilihan ramai ni kan

kat bazar Ramadhan mesti ada di jual

berasaskan telur dan susu

yg yg masak dgn cara mengukus dan ada jga yg dibakar

dua2 tetap sedappp 

kali ni sis try resepi yg ni

tqqq yg empunya resepi







 

Wednesday, April 28

juadah berbuka pilihan hati

Wahai org yg berselimut bangunlah sembahyang tahajud pd waktu malam selain dari sedikit masa utk berehat iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit daripada separuh itu atau lebihkan daripadanya dan bacalah AL Quran dengan tartil

surah Al Muzzammil 


ASSALAMUALAIKUM

salam 18 Ramadhan 1442,  salam jumaat

Alhamdulillah 

dah hari ke 18 kita berpuasa semoga puasa kita semua ibadah  berjalan dgn baik dan lancar. AAminn

mcm2 ada menu2 juadah berbuka pilihan hati masing2 kan

ada yg berbuka dgn nasi @ mkanan berat2, dan ada yg suka kuih2 

bg sis pula berbuka mesti kurma, air dan sedikit kuihmuih

lepas teraweh baru cari nasi he hee

hari cuti sempatlah masak2 

hari keja simple2 je lah masaknya 

antara menu feberet yg sempat buat


buah mulong @ buah melaka dan kuih badak berendam ni memang wajib la buat, dah mask kali ke3

memang menu wajib arwah mak . semua gemar kuih ni

lebih kurang sama bahan2nya buah mulong berintikan kelapa gula merah  , badak berendam pun sama

bezanya mulong lepas rebus kita salut dgn kelapa parut dan badak pula kita kukus dgn tepung bhgian luarnya




 sagu gula melaka , kesukaan adik bungsu ni emmm kebetulan sabtu dia dtg berbuka di rumah. penuhi permintaannya 



sis peminat segala jenis bubur @ pengat2 ni😋😋
haruslah bulan puasa ni buat juga bila ada kelapangan
baru sempat buat bubur jagung, pengat pisang  dan bubur kacang
dlm plan bubur butir nangka. next insyaallah





pertama kali try kuih feberettt bulan puasa ni kalau at Perak kita panggil kuih limas

tp kat kl byk jumpa tepung pelita

biasa dlm daun pisang emmm

beza tau Limas dan tepung pelita

limas ni kuih kenyal2 bawah (hijau) lemak atasnya

tp kalau yg byk jual skrg ni tepung pelita stail tak payah kukus

jenisl lembik

yg tu memang sis tak suka

tp xda daun kita try dlm cup cam gini

Tuesday, April 27

Ramadhan 15- pengat ubi sagu


YA  ALLAH
UTK SIAPAPUN YG MEMBACA INI

MUDAHKANLAH URUSANNYA
SEHATKANLAH BADANNYA
LAPANGKAN REZEKINYA LEBIH LAPANG DRPD APA YG DIA MINTA
DAN JDKAN SELURUH IKHTIARNYA HARI INI BERNILAI IBADAH YG KELAK MENGANTARNYA KE SYURGA 
AAMINN


 assalamualaikum

selamat pagi

alhamdulillah

cepatnya masa berlalu dah separuh bulan kita berpuasa

tgk mcm2 menu kawan2 post di bulan ramadhan ni

semua ada sedap2 belaka

masa ni la menu2 yg jarang2 jumpa ,yg jarang2 makan akan ada 

yg pelik tak penah nampak pun ada he hee

kuih2 tradisonal, kuih2 manis

yg biasa tu memang tak kisahh sangat  mcm roti john ,murtabak apam balik, pasar2 malam setiap minggu pun ada dijual

biasa mkn dah selalu kan

kalau jenis bubur @pengat memang feberet jga

tp kalau teringin tu mesti masak sendiri

😉😉

sikit pun jadi la

tp bulan ramadhan ni masak lebih2 dan dpt la tukar2 menu dgn  jiran2 utk juadah berbuka 


Sunday, April 25

kek butter 0r kek planta

 


salam ramadhan 

selamat berpuasa ,selamat berbuka friends kesayangan

alhamdulillah.

minggu lepas dpt la mc 2 hari he hee restt mkn ubat selsema demam dan antibiotik

pakej lengkapp demam batuk selsema


kek butter or kek planta he hee

mcm2 kek , skrg ada kek mable jelita 

tp kek old school ni jugak tetap pilihan hati kami😍

walau sebut kekbutter tp sis suka kek yg dibuat dgn planta

lebih suka baunya dan rasanya, kalau dulu2 panggil kek warna warni. time raya hah ni wajib la adaaaa 

ingat zaman sek2 dulu , xdak mixer bagai ehh ,pakat mix la guna senduk kayu

tapi rasanya memanggg ummmphh

mesti pukul kembang betul2 gula dan planta ni

pastu telur dan tepung

kasi kaler merah hijau kuningg ha haaa besttt



Monday, April 19

JAMBU MADU

alhamdulillah kali ni Lebat berbuah pokok jambu nnan satu ni

pokok di depan rumah kakak sis kat Perak

sampai terbuangg la

bertaburan bwh pokok waktu pagii

dalam pd buah lebat tu masih ada berbunga pula

silih ganti.

Bila tgk buah bergelimpangan kat tanah waktu pg

aduhaiii sayang sungguh melihatnya, anak2 kakak sis pun heran sangat buah ni

masa beli kat rnr harganya 7 biji d

je dah cecah rm 13

mahal juga kan






 sayangnya mungkin sb tak terjaga

buahnya byk busuk bhgian dalam

nampak luaran cantik tp hati2 masa gigitttt aduhhh yupp ada ulat he heee

Sunday, April 18

cekodok pisang sedapp

assalamualaikum

slmt pg semua

alhamdulillah hari ke 7 Ramadhan, melepasi minggu pertama kita menjalani ibadat berpuasa 

sekejap nya masa




  cekodok pisang bulat2 , lembut dan sedapp he hee ada yg bertanya mcmnana bulat2 tu😃😃

sis ni tak kira pisang apa bila beli mesti sedikit simpan utk buat cekodok he hee feberet sepanjang masa 

dan cepat je habis bila masak di rumah kan

sis suka cekodok yg letak sedikit soda bikabonat utk lembutkan dan dpt  hasilnya yg bulat2

tak terlalu manis, cukup manis2 buh pisang. kalau guna pisang emas atau berangan hah sdpnya bau semerbak

tapi jgn letak terlalu banyak nanti rasa dah lain pula kan

dan jdi tak sedapp ha haa

biasa pisang sis lenyek2 kalau malas dan byk blender je tp hanya tambah sedikit air

kalau lenyek tak perlu tambah air

bila adun dengan tepung jgn masuk semua sekali sedikit2 

kalau 5 biji pisang sederhana besar letak tepung 2 cawan dulu

agak lembik baru tambah tepung sikit2 lg

tepung kena lebih bila letak soda utk hasilkan bulat2

sbnya kalau lembik tak boleh pulak nk bulatkan dgn jari jemari he hee

minyak pun kena panas dan banyak

masa jemput dgn jari pula jgn rapat2 nanti melekat dan tak bulat dah



Thursday, April 15

bila duriannn udah berbunga


assalamualaikum

salam 4 Ramadhan

minggu pertama kita berpuasa, cuaca sejuk alhamdulillah

ptg2 ujan membasahi bumi

ujan lebat 

walaupun mcm2 dugaan awal puasa ni kan seharysnya kita tetap bersyukur kerana diberi peluang berada dalam bulan ramadhan


Bila baru2 ramai up bunga2 sakura Malaysia , yg berwarna pink pepel putih bertaburan. indah pemandangan

nampak tak😍😍kita pun nak up lah bunga2 bertaburan, 

he heee  harummm nye bau

pemandangan pg 2 menyegarkan mata

skrg pokok2 buah2 tempatan asyikkk 

semuanya tengah berbunga

rambutan, durian manggis pulasan dokong

semoga ada rezeki tahun ini 

dapat menikmati nya




 

Wednesday, April 14

kek tema lori. hepi besdayyy Umar


salam ramadhan

alhamdulillah masih diberi kesempatan kita semua berada dalam 

bulan mulia ini


Khamis sebelum RAMADHAN  kita nk berpuasa dah minggu

 depan kan

celebrate besdayy si Umar ni, dgn kawan2 di taska 

 Birthday Umar yg ke 3 tahun

si kecik ni peminat kereta, lori mainan. hari2 mesti pau ibu abahnya 😊😊 aduhaiii 

anak tunggal bolehlah kan , sok ada adik2 😊

kek besday pun nak ada mainan.

kek coklat luar krim , dan sis letak hiasan 4  lori mainan kecik camni

nampak je umar dan kawan2 semua excited he hee







 

Monday, April 5

mykori desert Bangi



cerita ptg semalam alang2 ke Bangi hantar si kakak ni , sambil2 tu
 
jalan2 cari

 makan 

singgah di MYKORI DESERT ni layan aiskrim sejukkk

pilihan yg menarik bila nampak tembikai 

dan anak2 berdua pilih aiskrim oreo, mangga




mula2 sampai alhamdulillah  adaaa rezeki terus dpt meja dan order

tp kemudiannya pandang blkg uikkk ramai juga beratur tunggu 

giliran.

meja pun penuh belaka





 

Sunday, April 4

cuti sekolah


pantasnya masa berjalan
esok dah sekolah kembali
seminggu ber aktiviti dgn mereka2 
tak sempat berswa foto byk 
alhamdulillah masa cuti diisi dgn riadah pd paginya, tghari baking
solat berjemaah zohor dan asar
 dan tazkirah 
cerita kisah2 nabi oleh Ustaz Suhail

memang masa terhad

emm bila belek2 hp alahai ni je gambar yg sempat snap

firstday buat roti pizza, aduhaiii terdelete pulak gambar anak2 ni

hari ke2 ajar buat butter  cookies 
yg simple2 
suka anak2 dpt gentel2 tepung camni
letak spinkle
masing2 dah tak sabar nak makan
sbnya bau masa membakar ni sungguh menusuk hidung he hee
masak je terus pakat ngap

yg lelaki pun semua x sabar nak mkn


hari ke3 sempat ajar mereka buat muffin pisang mudah
ni la cheff cheff muda😍😍
kasi depa adun sendiri, sis beri arahan je
alhamdulillah menjadi semuanya




muffin pisang coklat chips
makan panas2 sedapp
baunya semerbak

hari ke 4 sandwich time

dan acara mewarna ,adik2 yg sekolah rendah

dan seterusnya fruit coktail

acara sampingan pertandingan congkak 

pemenang2 ptgnya dapat hadiah masing2

congkak permainan tradisi ingat zaman sekolah rendah era 80 an seronoknya dpt main
walau berbeza dgn cara dulu2 tp alhamdulillah ramai juga anak2 skrg terror main congkak ni

duluu bestnya  bermain congkak ni bila musim buah getah
luruh. kutip la buah getah kat kebun2 getah belakang2 rumah
bestnya lubang mesti atas tanah he hee
sweet moment dulu2 anak2 yg aktif lasak
dgn persekitaran
alam semuajadi

 

Jam 12 ready chekout☺️☺️ anak2 dara plan nak mkn dimana hee hee Last2 ktrtnya nk singgah Gpo je situu ada  tmpt mkn Cuaca elok alhamdulillah...