Wednesday, April 28

juadah berbuka pilihan hati

Wahai org yg berselimut bangunlah sembahyang tahajud pd waktu malam selain dari sedikit masa utk berehat iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit daripada separuh itu atau lebihkan daripadanya dan bacalah AL Quran dengan tartil

surah Al Muzzammil 


ASSALAMUALAIKUM

salam 18 Ramadhan 1442,  salam jumaat

Alhamdulillah 

dah hari ke 18 kita berpuasa semoga puasa kita semua ibadah  berjalan dgn baik dan lancar. AAminn

mcm2 ada menu2 juadah berbuka pilihan hati masing2 kan

ada yg berbuka dgn nasi @ mkanan berat2, dan ada yg suka kuih2 

bg sis pula berbuka mesti kurma, air dan sedikit kuihmuih

lepas teraweh baru cari nasi he hee

hari cuti sempatlah masak2 

hari keja simple2 je lah masaknya 

antara menu feberet yg sempat buat


buah mulong @ buah melaka dan kuih badak berendam ni memang wajib la buat, dah mask kali ke3

memang menu wajib arwah mak . semua gemar kuih ni

lebih kurang sama bahan2nya buah mulong berintikan kelapa gula merah  , badak berendam pun sama

bezanya mulong lepas rebus kita salut dgn kelapa parut dan badak pula kita kukus dgn tepung bhgian luarnya




 sagu gula melaka , kesukaan adik bungsu ni emmm kebetulan sabtu dia dtg berbuka di rumah. penuhi permintaannya 



sis peminat segala jenis bubur @ pengat2 ni😋😋
haruslah bulan puasa ni buat juga bila ada kelapangan
baru sempat buat bubur jagung, pengat pisang  dan bubur kacang
dlm plan bubur butir nangka. next insyaallah





pertama kali try kuih feberettt bulan puasa ni kalau at Perak kita panggil kuih limas

tp kat kl byk jumpa tepung pelita

biasa dlm daun pisang emmm

beza tau Limas dan tepung pelita

limas ni kuih kenyal2 bawah (hijau) lemak atasnya

tp kalau yg byk jual skrg ni tepung pelita stail tak payah kukus

jenisl lembik

yg tu memang sis tak suka

tp xda daun kita try dlm cup cam gini

4 comments:

  1. dana tahun ni malas sikit buat kuih manis kak, lagilah bila keje lagi malas heheheh
    kuih limas dana tak pernah makan, dana teringin kuih tako, rupanya dia mcm tepung pelita tapi bawah dia macam agar2 ada sengkuag cina... kt sini payah jumpa kalau balik johor baru ada

    ReplyDelete
  2. Sedap sedap pemanis mulut akak buat. onde onde, badak berendam dan sagu gula melaka sedap tu :)

    ReplyDelete

kata-kata manis,
tqqq di atas komen2 anda. insyaallah akan sy kunjung balas

Jam 12 ready chekout☺️☺️ anak2 dara plan nak mkn dimana hee hee Last2 ktrtnya nk singgah Gpo je situu ada  tmpt mkn Cuaca elok alhamdulillah...