assalamualaikum
salam sejahtera semua
terima kasih banyak2 pada yg masih sudi kunjung dan memberi sepatah dua kata disini. Sangat2 menghargainya...
semoga anda tak jemu utk dtg lagi ye
Agak sibuk sekarang ni kan, tentu semua sedia maklum, utk menjalankan tanggungjawab baru kini. Kepenatan jg sb tu siang dah tak dpt layan lappy, balik umah pula dlm keletihan kena layan anak2 pula. Kalu letak kepala je kat bantal memang terlelap teruslah he heee
ok semalam hari ahad baru berkesempatan main masak2...kebetulan sambil baking kek pisang pastu terus bancuh buat kuih lapis ni. Bolehlah wat utk sarapan.
2 org anak daraku pula tak sehat demam on off je dlm minggu ni, selera makan pun kurang,,,emmm pening fikir nak kasi makan apa dah.
Sedap jg layan kuih lapis ni , selak selapis-selapis macam budak kecik... ok resepi sama jg masih guna resepi k.ann dan sukatan digandakan shj. boleh tgk disini
kuih lapis
sumber resepi kak ann Periuk Tanah. disini
olahan Mama Saranur (Sukatan digandakan)
bahan-bahannya
3 cawan tepung beras
6 cawan santan sederhana pekat
6 sudu besar tepung gandum
6 sudu besar tepung jagung
1 cawan gula pasir
1/4 sud teh garam
sedikit pewarna merah dan perisa ros
Cara membuatnya:
1. Panaskan pengukus dan sediakan loyang .
Masukkan santan ke dalam periuk. Panaskan sebentar biar jadi suam-suam kuku. Tutup api.
2. Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Masukkan santan. Gaul rata hingga tidak berbintil. (Daku tapiskan.)
3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
Warnakan satu bahagian dengan warna merah dan letakkan perisa ros.
4. Masukkan loyang ke dalam kukusan. Tuang sesenduk adunan tanpa warna ke dalam loyang. Kukus selama 5 minit dengan api kuat. setelah lapisan pertama masak, tuang sesendul lagi adunan merah. Kukus lagi. Ulang proses hingga habis 6 lapisan dengan diakhiri dengan lapisan merah.
ok jumpa lagi