assalamualaikum
Lebatnya hujan petang semalam kan, rasanya lama jg ujan turun membasahi bumi kuala lumpur dan kawasan seangkatannya .
Dalam duk tunggu jam 6 nk balik tu terpandang 2, 3 org budak2 lelaki anak2 sapa entah bermain air hujan di taman berhampiran taska....wah bestnya kan..teringat lak zaman masa kanak2 terutama masa sekolah rendah dulu he he kita dulu memang pantang la hujan lebat gini...laju je berlari main hujan lenjun dgn baju2 he he maklumlah geng pulak budak2 lelaki ..kalu hujan je depa mai panggil wehhh jom mandi he he opah atau tokki tak marah mama ker? tanya anak2 bila cerita kisah dulu. ala marah jg rasanya tp biasalah kan...he he
tp skrg JANGAN he he dilarang sama sekali ye
ok stop pasal ujan meh kita citer pasal makan lak he he bila hujan2 ni perut memang lapo je kan...dpt isi perut yg berbunyi-bunyi dgn kuihmuih lglah best + air teh @ nescafe panas. fuhhh lega nyaman rasanyakan he he
sebenarnya dah lama simpan hajat nk buat onde-onde ni, sama je kan onde2 dgn buah melaka kan ataupun kalu kat kg biasa panggil buah mulong. Bezanya yg onde2 ni tepung pulut + keledek .
Nak lain ganti ngn labu pun sodappp he he
tak sedar pun satu persatu duk ngap, kena lak inti kelapa gula merah .
untuk resepi yg dic/p dari SAPUR MAMASYA
Onde-Onde Labu
Oleh;Dapurmamasya
Bahan-Bahan
2 cwn tepung pulut
1 cwn labu yg dah dilenyek
secubit garam
gula melaka- dipotong kecil -daku tukar ke inti gula merah
kelapa di kukus bersama sedikit garam
Cara-Cara
1.Campurkan tpg pulut sedikit demi sedikit dalam bekas berisi labu.Ulikan hingga menjadi doh yg lembut.
2. Ambil sedikit doh dan dijadikan seperti bola kecil dan buat lubang ditengah nya untuk meletakkan sedikit gula melaka.
3. Didihkan air dan masukkan doh onde-onde.
4. Apabila timbul angkat dan golekkan diatas kelapa parut yg telah dikukus tadi.
ok jemput makan semua ye