Monday, October 29

kek coklat moist Naz

 assalamualaikum

alhamdulillah dpt bersua lg...selepas 4 hari berada di kampung
biasa la kan kalu kat kg tu xtvt penuh padat
macam2 nak buat he he
dah jumpa mak abah  Kakak abang adik serta sil2 macam2 agenda
macam raya puasa jg umah kat kg penuh alhamdulillah semua balik berkumpul kecuali kakak sulong dan anak2nya di Chini Pahang je
kena tunggu cuti panjang baru balik. Walaupun kurang satu tp gamatnya tak kurang pun. Cuma bezanya raya haji kurang meriah utk ziarah menziarahi,byk di rumah masak makan2 sekeluarga.
Masa byk dihabiskan dirumah sb pak pun tak blh jalan2 sgt, jadinya masak makan bersamanya bila ramai2 nampak sikit berselera jg.


Biskut2 raya memang tak ada, yg ada kerepek2 baulu dan kek. Lemang tu adalah tp mak suh org buatkan. yg blik masing2 beli serba sikit. Tengahari biasa nasi putih dan atas permintaan pak pula nak makan laksa , menu utamanya laksa hari tu.
Daku pulak buatkan 2 biji kek, kek coklat dan kek rainbow je.
sb rajin sikit buat la desert agar2 pandan dan apam pokadot.

kek coklat memang jadi kesukaan ramai kan, anak2 pun sama, kalu balik kg lagilah ramai yg duk nanti. Laku sgt. 
kali ni teringin nak mencuba resepi yg lain dan kek coklat moist  Naz ni  jadi pilihan...tak rugi sungguh rupanya kek ni sgt moist yg ni.
suker dgn rasanya TQ ye Naz http://ovenkecil.blogspot.com
tumpang c/p disini pula ye


BEST MOIST CHOCOLATE CAKE RECIPE

Bahan-bahan :
  • cawan tepung gandum
  • 2 cawan gula
  • 3/4 cawan serbuk koko Hershey's (Naz guna yang biasa jer)
  • 2 tsp soda bikarbonat
  • 1 tsp serbuk penaik

  • 2 biji telur saiz A @ B
  • 1 tsp garam 
  • 1 cawan buttermilk (resepi buttermilk di bawah)
  • 1 cawan Mazola vege oil (Naz guna minyak jagung)
  • 1 1/2 tsp asen vanilla
  • 1 cawan air mendidih (boleh dijadikan 1 cawan kopi sekiranya suka)

Cara Penyediaan :
  1. Panaskan oven pada suhu 300 F (lebih kurang 150 C) untuk membakar secara perlahan. (Naz menggunakan suhu 170 C).
  2. Lapik loyang kek dengan kertas kalis minyak.
  3. Masukkan semua bahan 

  • Putar pada kelajuan sederhana selama lebih kurang 1 minit. Kemudian masukkan air mendidih dan teruskan memutar hingga sebati.
  • Tuangkan ke dalam loyang.
  • Bakar selama 1 jam atau sehingga kek masak sepenuhnya. 
  • Cucuk kek dengan lidi atau pisau. Sekiranya pisau atau lidi yang dikeluarkan bersih, maknanya kek telah masak. Sekiranya terdapat adunan kek yang masih basah melekat pada pisau atau lidi, bakar lagi kek dengan tambahan masa 5 minit dan uji lagi selepas itu sehingga kek masak sepenuhnya.
  • Sejukkan kek sebelum dinikmati atau dihias.
RESEPI SUBSTITUTE BUTTERMILK

Bahan-bahan :
  • Susu segar - lebih kurang 1 cawan
  • 1 Tbsp cuka masak atau jus lemon
Cara Penyediaan :
  1. Masukkan cuka masak atau jus lemon ke dalam jug penyukat.
  2. Tuangkan susu segar hingga menjadikan campuran tepat pada ukuran 1 cawan.
  3. Biarkan larutan berehat selama 5 minit.
  4. Boleh digunakan









12 comments:

  1. assalamualaikum kak...
    best balik kampung?
    balik KL macam mana? kena jalan jem ek? kalau balik awal tak kena la.. kalau balik petang kena jem kan.. teruk kata jem smlm.. :)
    >>> sedapnye kek coklat.. basah2 gitu ye.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm nani
      best tu biasa la he he tp kerap blk kg pun tak dijangka sb keadaaan ayah tu,memang kena blk selalu tp ikutkan tiapminggu nk blk nani rasa mcm nk habiskan masa dgn makayah je, nk bw KL taknak susah nk tinggalkan rumah kg tu
      jemmmm he he akak tolak kol 6 sampai 11 mlm tak berenti pun cuma jap isi minyak dan g toilet he he adik akak gerak 1 tghari pun jem sampai 9 mlam gak..biasa le tu raya kan he he tu pu ikut tepi jln kecemasan ha ha seb baik takdak polis je

      Delete
  2. wah..wah..! meleleh lak tgk kek cekelat...!

    ReplyDelete
  3. KEK CEKLAT.. Peberet kami sekeluarga sepanjang masa.. takpernah tolak.. :)

    ReplyDelete
  4. salam kak..
    mau makan rasanya..

    ReplyDelete
  5. kena cuba resepi ni jgk..nmpk sedap...rasa nya mesti lagi sedap..

    ReplyDelete
  6. Sedapnya kek coklat moist..nak jugak..

    ReplyDelete
  7. untung adik beradik ramai ni kan.. masing2 sorang sikit bwk blk time raya.. meriah jadinya makanan kat rumah mak atau mertua kan.. heee..

    ReplyDelete
  8. bile dah bkumpul dgn adik bradik mmg padatkan xtvt..mcm2 yg nk dbuat..hehe..sama la ngn QH..

    sedapnya tgk kek coklat tu...bleh cuba...QH xde stok kek coklat lg kt blog...hehe

    ReplyDelete
  9. Assallamualaikum..

    Wah dah cuba kek yg moist ni yer.. Lembut jer kan.. Naz pun suka kek ni.. Seronoknya dapat berkumpul adik beradik time raya.. meriah sgt..

    ReplyDelete

kata-kata manis,
tqqq di atas komen2 anda. insyaallah akan sy kunjung balas

Jam 12 ready chekout☺️☺️ anak2 dara plan nak mkn dimana hee hee Last2 ktrtnya nk singgah Gpo je situu ada  tmpt mkn Cuaca elok alhamdulillah...